Showing posts with label B2B. Show all posts
Showing posts with label B2B. Show all posts

Tahun Melawat Malaysia 2014 # 2

Malaysia. Sebut je nama negara kita yang tercinta ini, pasti tak ada seorang pun yang geleng kepala mengatakan tidak tahu atau tidak kenal akannya. Semua orang tahu Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mendapat perhatian tinggi dalam sektor pelancongan selain sektor-sektor yang lain.


Shakira pernah berkongsi mengenai tempat menarik untuk bulan madu dalam blog picisan ni. Sila klik mana-mana entry di bawah :


Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 nanti, hari ini Shakira nak kupas balik salah satu tempat secara terperinci hasil daripada lawatan perkongsian ilmu ke laman sesawang yang lain tentang Persisir Pantai Memukau Di Terengganu :)

  1. Pulau Kapas 

Pulau Kapas terletak kira-kira 5 batu nautika atau 6 km dari Pantai Marang, Terengganu. Pulau ini adalah tempat di mana ramai penduduk tempatan datang dan melawatnya disebabkan oleh perjalanannya yang cepat dari jeti. Kita akan sampai ke pulai ini hanya dalam masa 10 minit dengan bot laju dari Jeti Marang. Marang terletak 18km dari Kuala Terengganu, ibu negeri Terengganu. Jangan keliru dengan bandar Marang dengan bandar Merang ya. Bandar Merang terletak di utara Kuala Terengganu.

Jeti Marang ke Pulau Kapas
09:00 am, 11:00 am, 01:00 pm dan 03:00 pm (01:00 pm ; perkhidmatan tidak disediakan pada hari Jumaat)

Pulau Kapas Untuk Jeti Marang
09:30 am, 11:30 am, 01:30 pm dan 03:30 pm (01:30 pm perkhidmatan tidak terdapat pada hari Jumaat)


Di Pulau Kapas, aktiviti yang boleh kita lakukan ialah seperti berenang, snorkeling, selam skuba, luncur angin, memancing, berkayak. Aktiviti bermotor seperti bot banana tidak dibenarkan. Ketika menyelam ke dalam Pulau Kapas ni, kita berpeluang melihat ikan yang berwarna-warni, batu karang, penyu dan makhluk laut yang lain. Duyong juga pernah dilihat di pulau ini.

Ketika bukan waktu cuti umum kita digalakkan hadir ke Pulau Kapas ini sekiranya kita jenis yang sukakan percutian dalam ketenangan dan keamanan semata-mata, ini kerana sebahagian besar penduduk di sekitarnya sedang bekerja. Kerana musim tengkujuh, kebanyakan resort di sekitar Pulau Kapas ini akan ditutup dari bulan November hingga Februari. Oleh itu, masa yang terbaik untuk pergi akan pada bulan Jun, Julai, Ogos dan September.

Dek kerana perjalananya hanya mengambil masa 10 minit dengan bot laju dari Jeti Marang, kebanyakan penduduk tempatan hanya pergi untuk lawatan sehari ke pulau itu. Jika kita sebagai pelancong tidak mahu tergesa-gesa kesana, kita boleh singgah dan tinggal di resort yang disediakan. Terdapat kira-kira 9 resort utama di Pulau Kapas. Kadar chalet, asrama dan bilik antara RM20 hingga RM300 semalam.

9 resort utama di Pulau Kapas adalah:

Penyu Valley Chalet
The Light House
Duta Puri Island Resort
Kapas Island Resort
Kapas Beach Chalet
Makcik Gemok Beach Resort
Chalet Qimy
Kapas Garden Resort
Site Camp Harmony
 

Sumber : Malaysia Vacation Guide

UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN NURSHAKIRA & HAMDAN

“BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..YA ALLAH YA TUHAN KAMI..JADIKAN RUMAHTANGGA KEDUA MEMPELAI INI SEINDAH RUMAHTANGGA ADAM DAN HAWA, SETABAH IBRAHIM DAN HAJAR, SEBAHAGIA YUSOF DAN ZULAIKHA, SESETIA SULAIMAN DAN BALQIS SERTA SESUCI MUHAMMAD DAN KHADIJAH..MURAHKANLAH REZEKI MEREKA, PANJANGKANLAH UMUR MEREKA, DEKATKAN MEREKA DENGAN KEBAIKAN, JAUHKAN MEREKA DENGAN KEBURUKAN DAN KURNIAKANLAH MEREKA KESENANGAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT..”


DENGAN LAFAZ TAHMID DAN PENUH KESYUKURAN KE HADRAT ILLAHI, SAYA NURSHAKIRA BINTI ABDUL HALIM DAN PASANGAN HAMDAN BIN SHUIBON INGIN MENJEMPUT SAHABAT BLOGGER YANG MENGENALI DIRI INI BAGI MENYEMPURNAKAN MAJLIS PERKAHWINAN KAMI SEPERTI MAKLUMAT BERIKUT

LOKASI MAJLIS
CG-4, AMAZING HEIGHTS, JALAN UDANG KARA, 41250 SG. UDANG, KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN
TARIKH
8 DISEMBER 2013 (AHAD) BERSAMAAN 5 SAFAR 1435H
JAMUAN MAKAN
11 PAGI – 4 PETANG
BERSANDING
1.30 TENGAHARI

# JIKA ADA ANTARA KITA YANG TIDAK SENANG DENGAN UNDANGAN MELALUI ATAS TALIAN DAN MEMERLUKAN KAD, SILA EMAIL ALAMAT RUMAH. JIKA YANG MAHUKAN SOFTCOPY PETA SAHAJA JUGA BOLEH EMAIL. EMAILKAN KE shakirakyra004@gmail.com :)

SEMOGA DENGAN KEHADIRAN SEMUA AKAN MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS PENYATUAN DUA HATI INI DAN MENDAPAT KEBERKATAN DARI ALLAH S.W.T. INSYAALLAH.

Jangan Buat Aku Sedih Yati :(

Post cerita sedih ni kenapa? Hehe taip tajuk tu pun Shakira dah rasa nak menangis. Cuba korang baca bawah ni :(


Shakira saja tag kat officemate namanya Yati, sebab Shakira memang tahu dia suka gila dengan lagu Saat Terakhir nyanyian kumpulan ST12 tu, tup-tup di sedih. Ingat sedih pasal apa, mungkin pasal ex-boyfriend ke. Hehe rupanya pasal Shakira dah nak berhenti kerja :(

Huhu janganlah sedih, berat hati pula Shakira nak berhenti macam ni.

Tahun Melawat Malaysia 2014

Malaysia. Sebut je nama negara kita yang tercinta ini, pasti tak ada seorang pun yang geleng kepala mengatakan tidak tahu atau tidak kenal akannya. Semua orang tahu Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mendapat perhatian tinggi dalam sektor pelancongan selain sektor-sektor yang lain.


Shakira pernah berkongsi mengenai tempat menarik untuk bulan madu dalam blog picisan ni. Sila klik mana-mana entry di bawah :


Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 nanti, hari ini Shakira nak kupas balik salah satu tempat secara terperinci hasil daripada lawatan perkongsian ilmu ke laman sesawang yang lain tentang Kembara Selangor Mendamaikan :)

  1. Pantai Morib, Banting

Secara peribadinya, Shakira sendiri pernah menjejakkan kaki ke Pantai Morib ini. Pantainya cantik dan tidak terlepas daripada mendapat peluang kunjungan yang tinggi. Ianya sesuai benar dengan pengunjung dari arah Kuala Lumpur untuk merehatkan diri kerana jaraknya yang tidak berapa jauh dan tiada bayaran masuk dikenakan.

Pantai Morib ini terletak di daerah Kuala Langat. Perjalanan untuk sampai ke Pantai Morib dari Kuala Lumpur adalah melalui Jalan Persekutuan atau pun melalui North Klang Valley Expressway via Klang. Dari Klang, teruskan perjalanan sehingga Banting sebelum tiba di Pantai Morib.

Untuk sampai ke Pantai Morib melalui bas, kita cuma perlu menaiki bas Kuala Lumpur ke Banting dari Stesen Bas Lama Klang. Setibanya di Banting, kita boleh samada menaiki bas Sepang ke Morib atau pun menyewa teksi di perhentian teksi bersebelahan dengan perhentian bas di Banting. Kemudahan yang terdapat di Pantai Morib termasuklah juga sebuah pentas serbaguna, gelanggang gasing, padang bola sepak pantai, gerai-gerai makan dan Pusat Pelancongan Darul Ehsan (DETC). Shakira juga pernah berbuka puasa di deretan kedai makan yang disebutkan, sambil menjamu mata dengan turunnya matahari yang indah.



Sumber : Majlis Daerah Kuala Langat

Teaser B2B : Centerpiece


Nah, gambar tapak je Shakira bagi. Teaserkan? Bye :)

Prosedur Permohonan Bernikah

Macam janji Shakira dekat entry sini, hari ni Shakira nak berkongsi secara terperinci apa yang perlu dilakukan oleh bakal pengantin untuk mendapat kebenaran bernikah khususnya untuk pihak perempuan di Selangor :)

  • Macam kes Shakira, En. Hamdan orang Negeri Sembilan. Jadinya En. Hamdan punya tugas kena buat permohonan dan dapatkan kebenaran untuk bernikah di luar kariah (Shakira : Negeri Selangor)
  • Bila dah dapat permohonan lengkap dan kebenaran dari pihak lelaki, bermulalah tugas pihak perempuan pula nak minta kebenaran. Negeri Selangor sekarang dah pakai sistem online. Pergi je link http://ncr.jais.gov.my/
  • Daftarkan diri dulu.
  • Keluar paparan berikutnya, yang bertanda hijau tulah yang ada kaitan dengan kita. Warna merah tu tak ada kaitan. So, maksudnya kat sini isi semua maklumat yang dikehendaki pada yang warna hijau je. Senangkan?
  • Kalau alamat pada kad pengenalan tak sama dengan alamat tinggal sekarang, sila isi Borang 1 (Akuan Pengesahan Pemastautin) - Shakira dulu Puchong, tak tukar lagi kad pengenalan :)
  • Isi pula Borang 2C (Permohonan Kebenaran Berkahwin Perempuan)
  • Isi pula Borang 2D (Persetujuan Wali & Wakalah Wali)
  • Setelah selesai isi semua borang, cetak keluar atau dalam Englishnya print out :)
  • Lampirkan salinan kad pengenalan sendiri, kad pengenalan wali, kad pengenalan 2 orang saksi.
  • Lampirkan salinan sijil nikah ibubapa (jika yang berkahwin anak sulung) - yang asal perlu juga dilampirkan sekali.
  • Lampirkan juga salinan sijil kursus kahwin - yang asal perlu juga dilampirkan sama.
  • Lampir slip keputusan ujian saringan HIV yang telah dijalankan di klinik atau hospital kerajaan sahaja (Shakira : Klinik Kesihatan Kerajaan Pandamaran Klang)
  • Bila dah lengkap yang di atas ni, hantar pada jurunikah bertugas dan hadir bersama wali dan 2 orang saksi. Semua tandatangan perlu dilakukan di depan jurunikah (Shakira : rumah jurunikah dekat je dengan rumah Shakira)
  • Setelah itu, hantar permohonan tersebut ke pejabat agama (Shakira : Pejabat Agama Islam Daerah Klang)
  • Nyatakan tujuan datang, ambil nombor dan tunggu giliran dipanggil.
  • Semakan akan dibuat oleh pihak bertugas di kaunter setelah nombor dipanggil. Jika sudah lengkap, borang permohonan akan diserah pada kaunter lain (kita pula diminta duduk sebentar)
  • Setelah nama dipanggil sekali lagi, semua borang permohonan yang kita hantar tadi akan dipulangkan.
  • Kita juga akan dapat borang kosong yang perlu di isi dari nombor 5 hingga 7, nombor 9 dan 10 yang mana di belakangnya terdapat surat perakuan lafaz taa'liq.
 
  • Pembayaran sebanyak RM10.00 dikenakan.
  • Paling penting kita akan dapat kebenaran bernikah :)
  • Dah selesai hal kat pejabat agama, direct pergi bagi semuanya pada jurunikah dan jurunikahlah yang akan pegang semua tu sampailah tiba hari nikah.
  • Apa lagi nak buat? Dah habis. Bolehlah pulang dengan hati yang berbunga sambil tunggu hari untuk bernikah :)

So, tulah yang Shakira dapat bantu semua bride-to-be hari ni. Moga dapat jadi perkongsian yang berguna untuk semua generasi. Ceh wah. Hehe. Selamat bertugas menuju alam rumahtangga ya. Haha bye :)

Format Surat Perletakan Jawatan

Shakira dah submit resign letter petang semalam pada higher management, tiba-tiba datang satu idea untuk buat entry ni pagi ni. Saja nak share pada korang semua format menulis surat perletakan jawatan. Mana tahu boleh dijadikan panduan :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

NAMA PELETAK JAWATAN
ALAMAT PENUH PELETAK JAWATAN

garisan                                                                                                                                 __

NAMA SYARIKAT
ALAMAT PENUH SYARIKAT                                                    TARIKH SURAT DITULIS

TUAN/PUAN,

NOTIS PERLETAKAN JAWATAN - ruangan ini perlu digaris dan ditebalkan

DENGAN SEGALA HORMATNYA PERKARA DI ATAS ADALAH DI RUJUK.

2.     SAYA nama peletak jawatan BERTUGAS SEBAGAI jawatan INGIN MEMAKLUMKAN KEPADA PIHAK TUAN/PUAN TENTANG PERLETAKAN JAWATAN SAYA PADA bila tarikh akhir bekerja. SEHUBUNGAN DENGAN ITU, DIMAKLUMKAN BAHAWA SAYA DENGAN INI MEMBERI NOTIS PERLETAKAN JAWATAN SAYA SELAMA berapa notis berhenti yang telah ditetapkan oleh syarikat. PERLETAKAN JAWATAN SAYA INI ADALAH KERANA nyatakan sebab meletak jawatan.

3.     SAYA JUGA INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK TUAN/PUAN KERANA TELAH MEMBERI TUNJUK AJAR DAN KEPERCAYAAN KEPADA SAYA KETIKA MENJALANKAN TUGAS SELAMA berapa lama berkhidmat INI. SEMOGA PIHAK TUAN/PUAN AKAN LEBIH MAJU DI MASA AKAN DATANG.

TERIMA KASIH.

YANG BENAR,


tandatangan peletak jawatan                    ___________
NAMA PELETAK JAWATAN
NOMBOR KAD PENGENALAN PELETAK JAWATAN

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ok, yang Shakira kongsi ni dalam Bahasa Melayu. Simple and straight to the point. Senang je, tak sampai 5 minit dah boleh siap. Kalau korang rasa nak tulis dalam English pun boleh je, terserah. Sekarangkan ada Google Translate. Sila gunakan kemudahan yang telah disediakan. Haha.

Oklah ya, moga format ni dapat jadi manfaat buat kita semua. Bye :)

Tips Menjadi Pengapit Pengantin Yang Berjaya

Seumur hidup Shakira, tak pernah jadi pengapit pada mana-mana pengantin. Baik yang dirancang mahupun pengapit terjun. Huhu semua tak pernah. Ada jugalah sepupu yang melamar, tapi Shakira tak nak. Entah kenapa pun Shakira tak tahulah. Tapi hari ni Shakira nak kongsikan sedikit tips untuk menjadi pengapit pengantin yang berjaya.

  • Cari ilmu - Buat kamu yang bakal pangapit tu, google je. Banyak-banyak. Tup-tup masuk blog ni :) Ringankan mulut untuk bertanya pada orang yang ada pengalaman sebagai pengapit. Mana tahu ada perkara yang mungkin akan terlepas pandang semasa majlis berlangsung. Pengapit perlu tahu aliran majlis ya.
  • Warna baju - Biasanya kalau pengantin ada lebih budget, pengantin akan sediakan baju untuk si pengapit. Tapi tak kisahlah samada pengantin belikan atau pengapit beli sendiri, warna tu memainkan peranan penting. Tolong jangan pakai baju yang warnanya serupa dengan pengantin. Kalau nak juga sedondon pilihlah warna yang mungkin lebih cair dari pengantin. Apa-apa pun bincang dengan pengantinlah senang :)
  • Design baju - Ni lagi satu kriteria yang perlu dititik beratkan oleh pengapit. Pengantinnya memang dah cantiklah dalam busana pengantin, tapi tiba-tiba ada kain meleret masa berarak. Ingatkan kain pengantin, rupanya si pengapit. Tak ke naya kamu tu ditugaskan untuk jaga pengantin, ni dah jadi satu hal nak membelek kain kamu yang berjela panjang tu. Kesimpulannya, design baju pengapit biar simple. Tu yang seeloknya, sebab kalau dari jauh bajunya mengerlip tetamu akan pandang pengapit je sepanjang majlis tu. Percayalah.
  • Make up - Pengapit biarlah penampilan wajahnya simple. Nampak natural, orang kata manis dipandang. Tu dah cukup. Rasanya pengapit tak perlu kot untuk upah tukang make up untuk touch up wajah tu macam nak pergi dinner gara-gara nak jadi barbie doll :)
  • Tanggungjawab - Pengapit mestilah dah faham apa tugas dan peranan sepanjang majlis. Jaga pengantin, kipaskan pengantin, lap peluh pengantin, saling mengingatkan pengantin, betulkan pakaian pengantin, redakan perasaan pengantin yang memang gemuruh lagi-lagi saat dinikahkan. Barang-barang wajib macam handphone pengantin, kipas dan tisu tu tolong jangan tertinggal ya.
  • Masa makan beradab - Pengapit perlu tau yang mana tanggungjawabnya perlu menyenduk nasi buat pengantin. Jangan pengantin baru nak mita lauk, kamu dah licin sepinggan. Sebaiknya pengapit makan dulu kenyang-kenyang sebelum majlis bermula, sebab tugas kamu sangat-sangat diperlukan selagi pengantin tak suruh balik. Bukan kata pengapit tak boleh nikmati makanan tu, tapi perlu tau yang pengantin lebih memerlukan kamu di saat itu :)
  • Keserasian - Kalau terima lamaran untuk jadi pengapit tu, kaji dulu boleh ke diri tu serasi dengan pengantin. Bukan apa, keserasian itu penting tau. Kang pengantin entah mana pengapit yang duduk kat kerusi pengantin. Naya je. Biar kita sekepala dengan pengantin, supaya kerjasama dan gelak tawa tu jadi natural. Bukan seolah dipaksa atau dibuat-buat. Bayangkan kalau jadi pengapit untuk musuh? :)

Rasanya tu jelah kot tips yang boleh diguna pakai buat kamu-kamu yang bakal bergelar pengapit. Kalau nak jadi pengapit yang berjaya, buatlah apa yang Shakira listkan ni :) Ni cuma pendapat ya, tapi rasanya pendapat ni tak ada siapa nak bantah. Sebab ianya perkara umum, dah memang menjadi tiang sebagai pengapit. Hehe.

Selamat menjadi pengapit :)

# Masih tak pasti siapa bakal pengapitku :(


Sumber gambar : GOOGLE

Dibenarkan Bernikah

Alhamdulillah.

Tadi ni Shakira baru je balik dari Pejabat Agama Daerah Klang (PAIDK). Buat apa situ? Hehe buat apa lagi kalau bukan hantar borang permohonan nikah. Teringat kenangan kursus kahwin dengan En Hamdan kat situ juga, bulan April lepas :)

Tengahari lepas lunch tadi baru Shakira gerak. Sampai sana pukul 2:40 macam tu. Tengok ramai orang berkumpul depan pintu, rupanya kaunter masih tutup. Yalah, hari nikan hari Jumaat. Waktu lunch mesti lebih panjang daripada hari biasakan. Kat mana-mana tempat pun macam tulah, so dengan sabarnya Shakira pun join menunggu depan pintu. Hehe.

Dalam pukul 2:50 macam tu pintu kaunter dibuka, lega rasanya. Yalah, lenguh kaki ni berdiri lama-lama. Shakira pula pakai high heel hari ni, menahan jelah muka. Huhu sampai dalam je, terus ramai-ramai beratur depan kaunter pertanyaan. Masing-masing dengan urusan. Lepas bagitahu tujuan datang pada petugas kaunter tu, terus dapat nombor dan duduklah sebentar sementara menanti nombor anda dipanggil ya. Haha perkara biasa :)

Lama tak lama jugalah prosesnya, boleh dikira berapa kali Shakira menguap. Haha mengantuk tau menunggu giliran ni. Proses semak borang dan lampiran tu sekejap je, tak sampai 15 minit pun. Cumanya proses menunggu kebenaran nikah tu dicetak. Tu yang lama sikit. Masa tulah mata Shakira ni penuh dek syaitan bergayut. Haha sabar jelah.

Alhamdulillah, senyum sampai ke telinga bila nama dipanggil dan diberikan surat kebenaran bernikah. Bersyukur tak terkata. Yalah, harus diingatkan ya semua. Kalau kita buat persiapan kahwin yang lain bagai nak rak, kalau surat kebenaran bernikah ni tak ada memang sia-sialah semua persiapan. Kebenaran bernikah tu memang benda nombor satu, paling penting tu. Ingat ya. Hehe.

Boring korang baca tak ada gambarkan? Asyik membebel je. Hehe sorrylah, card reader tak bawa. So, Shakira tak boleh nak masukkan gambar dalam PC ni. Esok ya. Shakira akan buat entry step by step mengenai prosuder permohonan bernikah. Ok?

Sampai sini je, penat tak hilang lagi ni. Tapi apa nak buat, ghairah nak menaip entry tak terkawal. Haha bye!

Blog Persiapan Perkahwinan Ke? ^_^

Hehe tersenyum je tengok keyword yang masuk dalam blog Shakira ni. Kebanyakannya pasal kahwin. Kahwin, kahwin, kahwin. Huhu.

 

Agaknya pembaca yang masuk blog picisan Shakira ni semuanya tengah buat persiapan nak kahwin ya? Hehe. Bukan ada apa sangat pun, perjalanan baru bermula. Blog Shakira ni baru je berusia 4 bulan lebih. Kalau baby 4 bulan tu agaknya baru belajar meniarap kot, tak pun baru nak belajar angkat punggung. Haha.

Tapi seronok jugakan kalau pembaca dah cop kita sebagai tempat mencari inspirasi :)

DIY B2B : Idea Prop Untuk Bergambar

Ok, bagi yang follow story Shakira dalam blog ni mesti dah sedia maklum yang Shakira baru je selesai Pre Wedding Photoshoot dua minggu lepas. Nak tengok klik sini :)

Ok, hari ni Shakira nak share cara DIY benda alah yang tergantung dengan huruf-huruf. Haha entah apa namanya prop tu, tapi yang jelas ianya memang sweet and sesuai dijadikan props dalam bergambar tak kisahlah for wedding ke, anak aqiqah ke, hari jadi ke, anniversary punya majlis ke, hari guru ke, jadikan background candy table ke, saja nak gantung dalam bilik pun boleh. Haha.

Bahan-bahan :
  • paper bag - free sebab balance doorgift bertunang dulu -
  • doily paper - free sebab balance doorgift bertunang dulu -
  • kertas berwarna - adik Shakira punya dah tak pakai -
  • marker pen - pinjam mak punya -
  • tali - abah punya -
  • staple - memang dah ada kat rumah -
  • gam - memang dah ada kat rumah -
  • gunting - memang dah ada kat rumah -

Actually masa tunang tahun lepas Shakira DIY Doorgift tau. Paper bag ada lebih. Doily paper pun sama ada lebih. Fikir punya fikir, why not Shakira buat something yang bergunakan? Inspirasi datangnya dari blog Somewhat Simple. Memang kreatif, macam-macam idea datang. Sesuai untuk B2B yang sukakan seni :)


Let start :
  • Gunting kertas berwarna dalam bentuk huruf dari ayat yang korang nak (Shakira buat ayat nama blog ni. Huhu LOTS OF LOVE)
  • Lekatkan huruf-huruf tersebut guna gam pada paper bag
  • Hitamkan bahagian tepi huruf dengan marker pen supaya lebih nampak timbul
  • Lipat doily paper kepada dua bahagian
  • Staplekan pada bahagian atas paper bag
  • Staplekan paper bag yang siap dengan huruf dan doily paper pada tali (Shakira guna tali rapia je. Hehe)
  • Siap dan bolehlah bergambar sepuasnya :)

En Hamdan kata Shakira nampak gemuk dalam gambar ni, gambar lain tak pun. Tu mesti sebab ranting-ranting tu duk tolak baju Shakira ke depan. Hehe lantaklah, asalkan kecomelan kami tak hilang. Comel ke? Haha dah! Fokus pada prop tu je ok :)

JUMLAH KOS : RM0.00

Sharing is caring. Simple dan senangkan? Selamat mencuba. Huhu. Bye!

Teaser B2B : Pre Wedding

Ingat lagi entry sini? Tahniah blogger Maszie dan blogger Adrianna sebab pandai meneka berpandukan gambar kek kamera yang Shakira post kat situ. Good!

Ok, done our pre-wedding photoshoot yang berlangsung jumaat yang lepas, beberapa jam sebelum solat jumaat. Hehe tema? GAME OF LOVE. Permainan cinta! Lokasi? Ole-Ole Bowling Shah Alam and roundaboard berdekatan Masjid Shah Alam :) - betul ke Shakira eja roundaboard tu?

Sebenarnya memang niat nak letak sekeping kat sini sebab teaser kan, tapi En Hamdan request letak dua tiga keping. Nah tengoklah empat lima keping Shakira bagi. Haha all this is snap shot yang terhasil by our Official Photographer Saif Photography & Media Creative. Before this they known as Budget-Foto. Dorang juga OP masa Shakira dan En Hamdan tunang tahun lepas. Hehe.

 

Haha tarikh dah terkeluar, anggap jelah tu jemputan juga ya. Tu tarikh nikah. Actually ni dapar free sekali dengan pakej gambar yang Shakira amek! Ok, all the edited pictures look superb right? I love it! Recommended sangat untuk B2B kat luar tu, harganya pun mampu milik InsyaAllah. Klik je link dorang and direct to deal anything :)

Jumpa Isnin Depan :)

Hai semua :)

Ok saja nak bagitahu, hari ni Shakira kerja halfday tau. Lepas lunch ni nak pergi cucuk HIV. Hehe faham-fahamlah life B2B nak kena buat preparation bagai. Oh busy! Kononlah busynya. Huhu.

Esok dan lusa pula Shakira off kerja. Why? Rahsia. Haha nanti dah setel baru Shakira bagitahu ya. Ni Shakira bagi hint ataupun klu apa aktiviti Shakira sampaikan kena cuti kerja :)


Wahh sedapnya kek, kreatif betul ya buat bentuk kamera. Tabik! Huhu korang dapat teka tak apa aktivitinya melalui gambar ni? Ala, tak payah susah-susahlah teka. Nanti Shakira bagitahu ok?

So Shakira tak dapatlah nak jalan-jalan ke blog korang selama cuti ni, sebab kat rumah tak syoklah online pakai handphone. Kecik, pening kepala nak mengadap. Nak PC juga baru selesa. Hehe tunggu isnin ya Shakira masuk office balik. Kita ketemu di ruangan blog, akanku gerakkan jariku untuk menari-nari di atas papan kekunci. Haha ayat!

Untuk yang nak join Segmen Komen Berpantun By Shakira tu, ada masa lagi ni. Sabtu (28/9/2013) dah tamat. Setakat ni ada 19 pantun yang Shakira dah terima, terima kasih sokong Shakira. Tepat sabtu Shakira publish semua komen yang berpantun ya. En Hamdan tu tak sabar-sabar nak memilih pemenang. Haha. InsyaAllah tak ada aral melintang, Selasa atau Rabu depan Shakira umum pemenang ya :)

Bye :)


Sumber gambar : GOOGLE

Teaser B2B : Kasut Nikah

Ok, this is teaser of my kasut nikah. Biasa je. Harganya RM45, beli siap-siap jadikan barang hantaran tunang hari tu. Beli kat Jusco Bukit Raja brand apa entah. Memang cepat lupa kalau cap ayam punya. Huhu tu je yang mampu :)


Simple and sedap mata Shakira memandang. Boleh pakai pergi kerja lepas sah! Tapi apa kaitan dengan manik-manik tu? Haha adalah projeknya, dah nama pun B2B. Tunggu :)

Teaser B2B : Bilik Pengantin Sekarang


How? Cantik tak bilik pengantin kita? Haha bengang ya. Ni gambar bilik Shakira sekaranglah :)

Sebenarnya Shakira nak cerita pasal keadaan bilik. Keadaan bilik bakal pengantin mana yang bersih sebersihnya sebelum majlis bermula?? Memang tak ada punya. Mesti celah-celah, atas, bawah, tepi ada je barang-barang persiapan kahwin diletakkan. Betul tak? Hehe.

Samalah juga dengan bilik Shakira sekarang ni. Penuh dengan barang-barang persiapan kahwin. Tambah pula dengan barang-barang yang nak DIY. Hari tu memang bersepah, tapi kali ni Shakira dah kumpulkan setempat. Nampak tak tingkat 2 katil tu banyak plastik yang diikat? Huhu tu Shakira dah asingkanlah tu :)

Sini Shakira zoomkan untuk korang. Huhu.


Tengok! Macam-macam bungkusan ada. Ada doorgift punya barang, sapu tangan good morning, beg untuk doorgift nanti. Pendek kata, macam-macamlah :)

Tapi nanti bilik pengantin Shakira bukanlah bilik ni. Hehe kecik je bilik bujang ni. Nanti Shakira akan guna bilik mak abah. Bilik mak abah ada aircond! Bestnya. Lagipun perabot katil almari dalam bilk mak abah semuanya baru lagi. Masa pindah sini beli baru :)

Ok, tu jelah nak bebel. Kesimpulannya sini Shakira nak cakap. Walaupun kita ni B2B yang sangat busy, jagalah bilikmu yang sekarang ni. Ikat kumpul barang-barang dalam plastik macam Shakira buat. Kita juga yang senang nak mencari nantikan? Hehe.

Shakira pun sebenarnya dah kena bebel dengan mak baru jadi rajin mengemas bilik. Haha.

Bye :)

Honeymoon Package Ke Bali

Ok, klik sini dulu baru teruskan bacaan ya :)


Macam mana? Teruja tak? Joinlah contest honeymoon package tu. Lagi 2 hari ni, esok dah last day. Tak apa, cuba je dulu. Rezeki tu kan rahsia Allah. Kalau dah tau tak menang, baik tak payah joinkan. Hehe sebab tulah wujudnya perkataan berusaha dan tawakal. Habislah ustazah Shakira dah berbicara secara mendalam :)

Shakira join juga tau. Nampak tak Shakira punya link tadi? Hehe korang nak baca? Panjang tau. Yalah, tulis pengalaman En Hamdan ke Bali 5 tahun lepas. 5 hari 4 malam punya story, memanglah panjang berjela. Tapi Shakira dah pastikan korang takkan boring punya. Sebab Shakira ada letak gambar dan susunan cerita pun tak serius sepanjang perjalanan. Huhu.

Korang kalau nak baca story honeymoon package yang Shakira pertaruhkan tu, jemput klik sini ya :)

Selamat membaca. Kalau terpikat tu, perahlah otak untuk buat entry. Then post pada blog penganjur. Huhu kita bersaing secara sihat. Tak menang tak apa, yang penting kita dah usaha. Lepas tu apa? Tunggu keputusanlah!

Tawakal :)

Honeymoon Package

Wow! Tajuk :)

Bila kita bercakap tentang perkahwinan, mesti akan terkeluar soalan tentang bulan madu. Ataupun lebih dikenali dalam bahasa orang putih sebagai honeymoon. Huhu.


Shakira nak tanya, honeymoon ni wajib or tak? Maksud Shakira macam ni, honeymoon ni mesti kena ada dalam checklist B2B? Ke tak payah pun tak apa?

Bukan apa. Shakira dengan En Hamdan memang tak ada apa-apa rancangan ke arah honeymoon dalam masa terdekat ni. Kalau ada pun, mungkin 6 bulan ke setahun lepas berkahwinlah :) Kot je, Shakira main hentam ni. Tapi bagi Shakira, kalau ada rezeki nak pergi tu pergilah. Kalau tak ada pun tak apa, rezeki lepas kahwinkan banyak Allah dah susun. Tak tahun ni, tahun depanlah kita nikmati honeymoon package tu. Hehe.

Dalam otak kitorang sekarang ni just setelkan hal kahwin ni je dulu. Hal honeymoon biar pending jap. Huhu.

Korang Ex B2B dulu macam mana? Honeymoon ni dijadikan salah satu nota dalam checklist or tak? Korang pergi honeymoon betul-betul dekat dengan hari nikah atau ambil masa? Berapa lama you all ambil masa tu? Dan jangan lupa share juga honeymoon package mana yang you all cekup. Hehe.

Share dengan Shakira jom! Thanks :)

Teaser B2B : Sampin Nikah

Minggu lepas Shakira setel belikan En Hamdan sampin untuk dipakai masa nikah. Sebenarnya masa tunang tahun lepas, memang Jakel dah bagi free masa beli kain pasang kat sana dan kitorang pun dah siap-siap buat sebagai hantaran masa tunang. Tapi En Hamdan tak minat! Haha cerewet juga tunang Shakira ni ya :)

Sebenarnya En Hamdan kata dia nak beli sendiri kat area rumah dia. Tapi Shakira dah belikan dulu. Huhu.


Kenapa kabur tak jelas? Memanglah! Nikan teaser, tak supriselah tunjuk semua. Huhu Shakira puas hati, sebab harganya RM50 je. Tapi sampinnya memang cantik. Kena dengan baju nikah nanti. Shakira dah hantar gambar kat En Hamdan, dia terus call dan cakap suka! Huhu senangnya hati.

Ok done pasal sampin! Jangan lupa ya En Hamdan, ganti balik RM50. Dah janjikan? Haha.

Teaser B2B : Bunga Tisu

Teaser ke macam ni? Tunjuk semua ni boleh pula tajuk panggil teaser.



Hehe korang tak tahu pun Shakira nak buat apa dengan bunga tisu nikan? Ha tu boleh dikira teaserlah tu. Huhu bye :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013