Showing posts with label hubungan. Show all posts
Showing posts with label hubungan. Show all posts

10 Hari Lagi

Baca tajuk je macam dah fahamkan? Hehe siapa yang memang dah sedia maklum yang Shakira ni B2B, memang dah faham sangat :)

Lagi 10 hari, apa yang dah siap? Dah ready ke apa yang patut? Rohani dan jasmani? Ilmu di dada? Pengetahuan kekeluargaan? Hmm bagi Shakira semua tu automatik nanti sendiri tau macam mana nak handle di samping ambil juga masa untuk study. Betul ke apa yang Shakira cakap ni bekas B2B semua? Huhu.

Semalam baru je setel last fitting baju. Baju nikah, baju malam berinai, baju sanding dan baju potong kek/outdoor photoshoot. Huhu empat baju je ke? Yalah, Shakira malas nak tukar-tukar bagai dengan baju-baju tradisional yang lain. Rasanya sekarang ni pun dah jarang orang buat. Hehe tapi kalau korang nak buat tak salah pun, tu cuma pendapat Shakira je :)

Semalam dah tak kerja merayau dengan En. Hamdan try baju, cari bantal kat Tesco Bukit Tinggi. Cari karpet lagi. Ha! Cerita pasal karpet, tengok dekat Tesco saiz yang Shakira nak harganya RM190 tau. Naib baik terdetik kat hati masa tu tak nak beli dulu, konon nak survey kedai lain. Keluar dari Tesco pergi kedai biasa yang deret-deret tu, saiz yang sama boleh dapat harga RM100. Pergh kalau beli yang RM190 tadi, serius rugi. Haha ni memang ayat B2B budget :)

Hmm apa lagi nak cerita ek? Tak ada kot sebab hari ni terasa macam monday blues sangat. Pipi kiri ni sakit, macam sakit gigi je. Hmm. Maaflah entry ni tak ada gambar. Hehe. Sampai sini jelah.

Sekian.

Mimpi Semalam

Apa yang Shakira tau, Shakira tidur je terus wajah seorang blogger cantik ni datang. Haha siapakah gerangannya? Blogger Nadia Johari :) Entah macam mana boleh dia register jadi pelakon malam semalam. Hehe.

http://miszrockers.blogspot.com/

Permulaan cerita, Nadia ni naik motor dengan seorang perempuan. Katanya adik dia (dalam mimpi tu cakap). Naik motor sebiji motor Shakira pula tu! Dengan nombor plat sama, warna pun. My Baby Girl tu. Huhu Shakira yang masa tu tengah buat apa entah kat tepi jalan, tegur Nadia. Tanya dia nak ke mana. Dengan slumber dengan wajah berlagaknya Nadia jawab nak pergi join Game Killer Karaoke! Haha korang yang tak tau pasal Killer Karaoke ni bolehlah search Youtube ya.


Memandangkan lokasinya pun tak jauh dengan tempat kitorang bertegur siapa tu, Shakira pun pergi juga tempat tujuan Nadia dengan adiknya tadi. Tiba-tiba je Shakira sampai, dalam mimpi tu tak tunjuk pula Shakira pergi naik apa. Haha sila percaya cerita mengarut ni :)

Sampai je sana, terus giliran Nadia dengan adiknya. Menggelupur Nadia ni get ready. Hehe masa tu game yang pertama dorang dapat game jalan atas papan yang bergoyang dan retak. Haha padahal dalam Killer Karaoke, realitinya mana ada game macam tu. Nampak tak betapa kreatifnya pengarah mimpi ni?

Wisel bunyi, papan tu mula bergerak dan ala-ala nak retak. Nadia dengan adiknya sambil berpimpin tangan mula mengorak langkah. Slow-slow dorang gerak atas papan tu. Shakira bagi semangat dari tepi. Pelik dalam mimpi tu Shakira je penonton yang datang studio bagi semangat macam pom-pon girl. Tak ada bajet nak ambil pelakon tambahan ke wahai pengarah mimpiku? Hehe.

Sampai tengah, adik Nadia dah macam tak dapat kawal keadaan. Terus terjatuh. Pergh bunyinya jangan cakaplah. Tinggi pula tu jatuhnya. Bila tak berjaya sampai ke hujung, maknanya kumpulan dorang kalah dan tak dapat nak teruskan perjuangan. Hehe muka Nadia ketat gila masa tu!

Tapi yang paling memeranjatkan Shakira, kumpulan kedua yang masuk gelanggang nak teruskan perjuangan juga nak tau siapa?? Haha insan tu ialah mak abah Shakira. Geli hati je, agaknya masa Shakira mimpi tu tersengih tak macam kerang busuk? Huhu dengan semangat mak abah dah get ready. Tak pasti pula masa tu mak abah dapat main game apa, dalam mimpi tak ada mention (Haish banyak betul kelemahan jalan cerita ni ya).


Wisel dibunyikan menandakan mak abah perlu mengorak langkah merebut kemenangan! Tiba-tiba, baru je kaki mak abah nak melangkah, wisel dibunyikan semula. Semua pandang ke arah pemegang wisel tu. Nak tau apa dia cakap?? Dia cakap dah masuk Zohor ni, jom kita solat dulu! Hahah Ya Rabbi, terus kecewa muka mak abah! Shakira pun tiba-tiba terus terjaga dari tidur. Hehe.

Motif mimpi? Tak pasti apa, yang pastinya sangat aneh. Tak pasal-pasal sahabat blogger masuk mimpi. Mungkin Shakira rindu kat Nadia kot. Huhu dah lama tak jumpa. Last jumpa pun masa Ramadhan hari tu, Iftar Bersama Blogger :)

Nadia-Nadia, malam ni kalau nak masuk mimpi Shakira lagi tolong minta watak lain pula ya. Mak abah Shakira pun sama :)

Salah Satu Punca Jadi Andartu


Jumpa artikel ni kat wall Facebook Oh Media semalam. Mungkin ada betulnya kot. Tapi sepatutnya adik ni perlu cakap tak baik naik motor, sebab lebih mengundang fitnah berbanding naik kereta. Tak perlulah cakap tak ada standard dating naik motor. Hmm tapi kalau dah syaitan menghasut, tak kira motor atau kereta. Betul tak?

Tepuk dada tanya selera. Ops bukan! Tepuk dada, tanya iman. Komen Shakira, no komen. Hehe :)

UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN NURSHAKIRA & HAMDAN

“BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..YA ALLAH YA TUHAN KAMI..JADIKAN RUMAHTANGGA KEDUA MEMPELAI INI SEINDAH RUMAHTANGGA ADAM DAN HAWA, SETABAH IBRAHIM DAN HAJAR, SEBAHAGIA YUSOF DAN ZULAIKHA, SESETIA SULAIMAN DAN BALQIS SERTA SESUCI MUHAMMAD DAN KHADIJAH..MURAHKANLAH REZEKI MEREKA, PANJANGKANLAH UMUR MEREKA, DEKATKAN MEREKA DENGAN KEBAIKAN, JAUHKAN MEREKA DENGAN KEBURUKAN DAN KURNIAKANLAH MEREKA KESENANGAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT..”


DENGAN LAFAZ TAHMID DAN PENUH KESYUKURAN KE HADRAT ILLAHI, SAYA NURSHAKIRA BINTI ABDUL HALIM DAN PASANGAN HAMDAN BIN SHUIBON INGIN MENJEMPUT SAHABAT BLOGGER YANG MENGENALI DIRI INI BAGI MENYEMPURNAKAN MAJLIS PERKAHWINAN KAMI SEPERTI MAKLUMAT BERIKUT

LOKASI MAJLIS
CG-4, AMAZING HEIGHTS, JALAN UDANG KARA, 41250 SG. UDANG, KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN
TARIKH
8 DISEMBER 2013 (AHAD) BERSAMAAN 5 SAFAR 1435H
JAMUAN MAKAN
11 PAGI – 4 PETANG
BERSANDING
1.30 TENGAHARI

# JIKA ADA ANTARA KITA YANG TIDAK SENANG DENGAN UNDANGAN MELALUI ATAS TALIAN DAN MEMERLUKAN KAD, SILA EMAIL ALAMAT RUMAH. JIKA YANG MAHUKAN SOFTCOPY PETA SAHAJA JUGA BOLEH EMAIL. EMAILKAN KE shakirakyra004@gmail.com :)

SEMOGA DENGAN KEHADIRAN SEMUA AKAN MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS PENYATUAN DUA HATI INI DAN MENDAPAT KEBERKATAN DARI ALLAH S.W.T. INSYAALLAH.

Jangan Buat Aku Sedih Yati :(

Post cerita sedih ni kenapa? Hehe taip tajuk tu pun Shakira dah rasa nak menangis. Cuba korang baca bawah ni :(


Shakira saja tag kat officemate namanya Yati, sebab Shakira memang tahu dia suka gila dengan lagu Saat Terakhir nyanyian kumpulan ST12 tu, tup-tup di sedih. Ingat sedih pasal apa, mungkin pasal ex-boyfriend ke. Hehe rupanya pasal Shakira dah nak berhenti kerja :(

Huhu janganlah sedih, berat hati pula Shakira nak berhenti macam ni.

Bukan Main Lagi Mak Shakira

Huhu ceritanya macam ni, mak Shakira dengan jiran-jiran ni memang rajin. Macam-macam jenis rajinlah dorang ni. Masak-masak bawa satu rumah, makan sama-sama. Kadang tu lepak depan rumah, seorang buat air seorang buat kuih. Nikmati sama-sama. Kalau ada kenduri-kendara pun memang turun padang. Bantu apa yang patut.

Belum cerita hal joging. Pergi joging sama-sama naik satu kereta, kadang tu kat Taman Rakyat Klang tu. Masing-masing bawa makanan masing-masing. Kononnya lepas joging nak breakfastlah tu ramai-ramai. Huhu macam-macam :)

Tapi hari ni Shakira nak bagitahu, hari tu mak Shakira dengan jiran-jiran main make up oi. Hehe macam tak percayakan? Sekali tengok gambar mak ada dalam Facebook abah. Huhu dah macam artis gitu mak Shakira jadi model make up. Abah kata mak dah macam Abby Abadi :)


Cantikkan mak Shakira ni kena make up? Pandai posing lagi tu. Tengoklah anak dia. Hehe dah mula angkat bakul sendiri nampak. Mak Shakira ni sporting je kan, melayang kerenah jiran-jiran. Macam-macam, tak kisahlah apa pun, asalkan mak bahagia.

# Lupa pula nak kenalkan, mak Shakira ni namanya Puan Zaiton Mohamed as per mentioned dekat sidebar tepi tu. Berusia 43 tahun. Muda lagi you. Orang selalu ingat mak ni kakak Shakira tau! Huhu :)

My Baby Girl

Heeee nilah Shakira punya baby girl yang amat disayangi :)


Cerita ni dah basi sebenarnya. Huhu hari tu baby girl Shakira ni buat hal, merajuklah tu sebab dah lama juga tak pergi servis. Breknya dah bunyi-bunyi, rupanya getah pada brek tu dah haus.

Nama baby girl Shakira Yamaha Ego S. Tahun 2011 Shakira beli baby girl ni kat Seri Muda, Shah Alam. Huhu Shakira guna baby girl ni dah 3 tahun. Alhamdulillah tak pernah bagi Shakira rasa nak maki lagi :) Bagus betul baby girl Shakira ni tau.

Baby girl ni dah banyak berjasa. Ke sana ke sini, entah mana-mana tempat dia bawa Shakira. Haha. Pergi kerja pun sama, masa hujanlah kenangan paling tak dapat Shakira lupakan dengan baby girl ni. Dilema si minah rempitlah konon bunyinya tu. Huhu padahal motor skuter je pun, tak adalah rempit 100% pun.

Dah nikah nanti, tetap nak angkut baby girl ni balik Negeri Sembilan walaupun permintaan tinggi dari adik-adik suruh tinggalkan kat Klang ni. Haha.

<3 I LOVE MY BABY GIRL SO MUCH <3

Walau Kadangkala Kita Lupa PadaNya

Kalau difikirkan semula kita ni sebagai manusia kadangkala lupa pada Maha Penciptanya. Kita lupa nak memuji padaNya, kita lupa nak sujud ucapkan terima kasih padaNya, kita lupa nak menyanjungNya.

Kita alpa dengan kebebasan dunia yang Dia beri. Kita salah gunakan keadaan. Kita lupa hukum hakam. Kita lupa apa yang ustazah, ustaz, mak abah kita pesan. Kita lupa semua nasihat yang baik.


Kita sebagai manusia juga kadangkala lupa nak menyanjung kitabNya iaitu Al-Quran. Kita lupa bahawa Al-Quran itu penyinar di dalam kubur kelak. Kita lupa Al-Quran itu dapat membantu kita di saat amalan kita dihitung oleh Allah.


Kita lupa. Kita leka. Kita lalai dalam melaksanakan apa yang dipertanggungjawabkan ke atas diri kita sebagai hamba. Kita fikir kita kuat. Kita fikir kita akan hidup lebih lama. Kita fikir nafas ini takkan terhenti pada bila-bila masa. Kita tak terfikir sesuatu yang sepatutnya kita fikir.

Namun, Allah itu sayang pada kita. Kita hambaNya yang lemah. Biar kita leka, biar kita lupa, biar kita lalai, biar kita tidak mengingatiNya Dia tetap melihat kita. Gerak-geri kita. Dia tetap melimpahkan rezeki yang banyak ke atas kita. Dia tetap memberi kesenangan pada kita. Dia tak lupa pada kita. Dia Maha Berkuasa ke atas semua hambaNya.

Sedarlah betapa sayangnya Dia pada kita semua. Bersyukurlah. Kembalilah ke sujud yang sebenar sebelum Dia memanggil kita. Sujud yang sebenar-benar sujud. Sujud yang istiqamah.


Ya Allah. Tetapkanlah iman ini agar sentiasa membesarkanMu Ya Allah. MenyanjungMu. MemujiMu. Meletakkan Kau sebagai tempat paling utama di benak jiwaku. Supaya aku menjadi hamba yang baik dan merasai SyurgaMu yang indah kelak.

InsyaAllah. Amin hendakNya.

Sekadar entry luahan, kesedaran dan juga perkongsian sesama sendiri :)


Sumber gambar : GOOGLE

Jangan Buka Pintu Fitnah


Memang benar dalam Islam, wanita tidak dibenarkan bekerja. Namun hari ini dalam tuntutan ekonomi yang semakin mendesak, ramai wanita yang terpaksa keluar bekerja untuk memenuhi banyak keperluan. Apatah lagi bagi yang mempunyai kelayakan tinggi, memanglah sayang jika sijil dan ilmu itu terbiar serta tidak dimanfaatkan.

Kini wanita berada di semua sektor kerjaya, hatta di dalam bidang yang asing bagi mereka satu ketika dulu. Mereka semakin bijak bekerjasama, lancar berkomunikasi tanpa kekok dan tidak lagi ragu-ragu dalam membuat sesuatu keputusan.

Namun dalam luas pergaulan dan bijak berkomunikasi, kadangkala ada sesuatu yang terlepas dari pegangan kita. Kita rasa 'tak apa' terhadap perhubungan bebas antara lelaki dan wanita sehingga mendatangkan syak dan was-was dari orang lain.


Maka wujudlah istilah kononnya 'teman tapi mesra', 'hubungan platonik' yang kemudian berselindung di bawah istilah 'hubungan profesional'. Ia bukan sekadar istilah yang direka-reka untuk menutup cerita sebenar, tetapi memang ada sesuatu yang tersirat di sebalik sesuatu yang tersurat.

Apa jua istilahnya, yang terlarang tetap terlarang serta wajib dijauhi. Jangan sesekali membuka pintu fitnah kerana sekali kita terleka dan membiarkan unsur tidak baik itu masuk, belum tahu bila kita berpeluang untuk berpatah balik.

Kita juga harus ingat, bahawa kerjaya kita bukan sekadar untuk mencari wang semata-mata. Bukan juga untuk sesuatu kesempatan memupuk hubungan bersosial tetapi kerjaya itu juga ibadah. Oleh itu janganlah pula yang jernih itu dikeruhkan dengan unsur-unsur cela sebegini. Bimbang hilang berkatnya pada wang yang akan menjadi darah daging kita.


Sumber artikel : Beberapa petikan Salina Ibrahim, seorang Editor Majalah NUR keluaran Februari 2009
Sumber gambar : GOOGLE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013