Showing posts with label raya 2013. Show all posts
Showing posts with label raya 2013. Show all posts

Nasib Baik Bukan Lucah

Wahhhh tajuk Shakira pagi-pagi ni bukan main. Hehe but dont judge the book from its cover only ya! And please baca entry Shakira ni sampai habis baru kata "oooooooo".


Korang mesti kenal dorang punya, Alvin dan juga Vivian. Tujuan Shakira bukan nak burukkan siapa-siapa ya. Tapi nak cerita malam tadi punya mimpi. Jeng3! Haha nak tau apa kaitan dorang berdua ni dengan mimpi Shakira tak? Teruskan bacaan.

Macam ni. Secara realitinya memang Shakira ada bisnes biskut raya sekarang ni, yalah musim nak rayakan. Entah macam mana malam tadi boleh pula mimpi dorang berdua datang nak beli biskut raya. Harga yang Shakira jual realitinya RM19 satu bekas, dalam mimpi tu boleh pula dorang minta RM10 satu bekas dengan alasan dorang nak beli 30 bekas. Haha.

Shakira pun dengan semangat call mak tanya boleh tak jual dengan harga macam tu sebab dorang nak beli banyak. Mak pun laju je bagi respon positif, mak cakap boleh. Macam lipas kudunglah Shakira membungkus 30 bekas biskut raya tu. Huhu semangat berniaga!

Tiba-tiba Shakira rasa sakit sangat dekat kepala ni, rupanya terhantuk kat tepi katil. Adoyai, cerita mimpi tak habis lagi! Kacau betullah katil ni. Tapi bersyukur jugalah sebab dorang berdua ni kan famous dengan adegan-adegan SENONOH sangat secara realitinya dalam setiap video dan blog dorang. Nasib baik dorang tak buat aksi lucah tu dalam mimpi Shakira. Haha.

Tapi otak ni dok fikir kenapa boleh jadikan dorang pelakon utama dalam mimpi malam tadi eh? Hmm mungkin sebab petang semalam Shakira ada tengok video maaf dari dorang kat Youtube. Mungkin tu yang kesannya sampai termimpikan dorang. Haha macam-macam!


Sumber gambar : GOOGLE

AMRA (Hamdan & Shakira)

Ketika itu, aku dan keluarga pulang ke kampung halaman adik ipar abahku yang ku panggil sebagai 'makngah'. Itulah kali pertama aku menjejakkan kaki sedangkan keluargaku sudah biasa ke sana. Hanya 'makngah' yang aku kenal, adik-beradiknya yang lain memang tidak pernah bersua muka denganku sebelum ini.

"Apahal mamat ni..dok pandang-pandang dari tadi..?" hatiku bertanya sendiri.

Air teh dan biskut yang terhidang depan mata aku jamah perlahan. Sesekali aku melirik padanya. Ternyata dia masih menatapku.

"Aduh..aku jadi tak tentu arah pulak ni..sudah-sudahlah pandang aku ni..aduh.." keluh hatiku lagi.

Dari mula menjamah sehinggalah selesai, si dia masih mencuri pandang ke arahku. Aku pura-pura tidak menyedari tindakannya, sehinggalah aku dan keluarga meminta izin untuk bermalam di sana memandangkan hari sudah gelap.

"Sejuk betul tidur kat kampung ni ya.. kalau dapat tinggal sini best jugak" kataku perlahan ketika sedang bersiap-siap untuk pulang pada keesokkan paginya.

Ketika menunggu abah memanaskan enjin kereta, aku sempat bertanya pada salah seorang adikku mengenai si dia yang memandangkanku semalam. Rupanya lelaki itu ialah adik 'makngah' bernama Hamdan dan biasa di gelar sebagai 'Acu' oleh adik-beradiknya.

"Ohh..ok.." jawabku ringkas.

Sebelum masuk ke dalam kereta, si dia telah meminta nombor telefon adik-adikku. Semua nombor dia minta, kecuali aku. Selesai bersalaman dengan 'makngah' dan keluarganya, kami sekeluarga pun gerak pulang.

"Ayong! Acu kirim salam..!!" jerit salah seorang adikku secara tiba-tiba.

Ayong itu panggilanku di dalam keluarga. Terkejut aku dibuatnya dan jeritan adikku disambut oleh emak pula.

"Amboi... mana tahu tu jodoh kau Ayong.. mak tengok Acu tu baik orangnya, rajin kerja..hormat orang tua.." kata-kata emak telah membuatkan aku berfikir.

"Cinta itu biarlah kerana Allah.. " sahut abahku pula.

Aku berfikir dan berfikir, adakah semua ni gurauan atau kenyataan? Adakah ini takdir yang telah Kau lakar untukku Ya Allah?? Kata-kata abah yang ringkas membuatkan aku teringat pada satu sabda Rasullullah yang mana menyatakan bahawa Allah akan berfirman di Hari Kiamat nanti.

..Di mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini, Aku akan memberikan naungan kepadanya dalam naunganKu di saat tidak ada naungan kecuali naunganKu..

"Ahhh..! si dia main-main je tu.." tegas hatiku dalam-dalam.

Selang beberapa bulan, kami berhubung melalui telefon. Ternyata salah seorang adikku telah memberi nombor telefonku kepadanya.

"Dah dapat nombor aku rupanya mamat ni.." kataku.

Melihatkan caranya yang serius dan menghormatiku, aku membuka hati untuk memberi ruang padanya meluahkan perasaan. Hari demi hari, kami kian akrab.Kami saling berkongsi pendapat dan cerita. Aku selesa dengannya walaupun kami berjauhan dan hanya berhubung melalui telefon.

Dipendekkan cerita, dia telah menghantar 'makngah' dan 'pakngah' sebagai wakil untuk merisikku. Keluargaku menerima kehadiran mereka dengan baik. Seakan tidak percaya aku dirisik oleh seorang lelaki dan hanya Allah yang tahu apa yang kurasakan ketika itu.

"Aku serahkan semuanya padaMu Ya Allah.." bisikku perlahan ketika sedang sibuk menghidang makanan untuk tetamu yang hadir.

Setelah dipersetujui, 23 Disember 2012 telah menjadi saksi majlis pertunangan aku dan si dia yang pernah membuat aku tidak tentu arah ketika direnungnya. Aku percaya pada Qada' dan Qadar. Aku yakin Allah memberkati perkenalan yang amat singkat ini untuk kami lebih mengenali. Segalanya berlaku terlalu pantas dan tanpa disedari, aku dan dia bakal diijab qabul tidak lama lagi. InsyaAllah.

Kini, ikatan pertunangan kami bakal mencecah 8 bulan. Benarlah kata orang, ‘Dari Mata Turun Ke Hati’. Sungguh besar cinta yang Kau hadirkan pada kami, Ya Allah. Kami akan menjaga amanat ini dengan sebaiknya. Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013