Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Resipi : Sambal Ikan Bilis

Direst to cara buat tau!

  • Bila minyak dalam kuali dah panas, goreng sehingga garing ikan bilis yang siap dikopek dan dibasuh bersih
  • Nak asingkan ikan bilis ke tepi dulu pun boleh, nak biarkan dalam kuali tu pun tak apa (kalau Shakira malas nak asing2, terus je step seterusnya)
  • Masukkan cili kering yang telah dikisar bersama bawang putih, bawang merah dan belacan (petua mak Shakira, kalau masak sambal bawang merah tu biar banyak sikit)
  • Tumis sampai naik minyak
  • Masukkan serai yang telah dititik (tau titik tu apa? amek lesung batu yang kecik tu tumbuk serai tu ala2 nak hancur, tu namanya titik)
  • Seterusnya letak asam keping atau asam jawa (ikut selera kemasaman sendiri ya)
  • Masukkan garam secukup rasa, balancekan dengan gula bagi manis sikit
  • Teruskan sesi menumis sehingga minyak betul2 naik
  • Siap untuk dimakan


Nak buka puasa kejap lagikan? Kalau rasa2 kat dapur tu ada ikan bilis, cubalah buat. Hehe. Selamat mencuba!

Resipi : Simple Pavlova

Direct to cara buat ya!

  • Sebelum start buat kerja, panaskan dulu oven pada 140 darjah celsius, api bawah sahaja.
  • Asingkan 4 biji putih telur dengan kuning telur ke dalam mangkuk pengisar (jangan ada sedikit pun kuning telur, asingkan dengan cermat ya)
  • Putar putih telur dengan kelajuan paling tinggi sampai teksturnya gebu (nak tahu dah gebu belum, telangkupkan mangkuk pengisar putih telur tu takkan jatuh)
  • Dengan kelajuan tinggi juga, masukkan 3/4 cawan gula kastor sedikit demi sedikit (kalau tak nak manis sangat, boleh kurangkan lagi ikut masing2)
  • Masukkan 1 sudu besar tepung jagung dan terus putar dengan kelajuan yang sama sehingga adunan menjadi kental
  • Seterusnya tanpa menggunakan pengisar, masukkan 1/2 sudu teh esen vanilla dan 1/2 sudu teh cuka makan
  • Gaul rata sehingga adunan sebati (gaul guna spatula, tak ada spatula gunalah senduk yang ala2 spatula)

  • Sediakan dulang pembakar. Lapikkan dengan baking paper, tabur sedikit tepung jagung dan tuang adunan ke atasnya (ikut besar mana kita nak buat)
  • Masukkan ke dalam oven, turunkan kepada 110-120 darjah celcius api atas bawah dan bakar selama 1 jam 15 minit (sebenarnya ikut jenis oven juga, kalau korang tengok warna kulit pavlova korang tu dah keperangan, kulitnya juga rangup dan dalamnya lembut macam marshmallow, tu dah ok)
  • Bila dah cukup masanya, buka pintu oven tu sedikit dan biarkan pavlova tu sebentar (dalam 5-10 minit)
  • Sambil tu ambil secawan penuh atau 250ml whipping cream bukan tenusu punya dan putar pada kelajuan yang tinggi dalam 10-15 minit (putar sehingga cream kental)
  • Potong buah2 ikut citarasa masing2 (sebaiknya buah yang masam, sebab pavlova dan cream dah manis)
  • Mula hias pavlova ikut kreativiti korang!





Ni first trial Shakira, alhamdulillah. Hehe hari tu Shakira buat yang besar satu dengan beberapa biji mini pavlova. Sedap dan paling syok bila my dad yang susah nak puji orang tu puji pavlova Shakira tu sedap. Haha best2!

Oklah, selamat mencuba ya!

Resipi : Maggi Goreng Simple

Direct to cara buat ya :)

  • Rebus maggi, tus dan ketepikan sebentar
  
  • Tumis bawang merah, bawang putih dan sedikit udang kering
  • Bila dah naik bau, masukkan cili giling (pendapat Shakira gunakan cili giling Puteri)
  • Masukkan sedikit sos cili, kicap dan serbuk kari
  • Gaul sehingga bahan cili betul2 masak
  • Masukkan fishball
  • Masukkan sayur kobis
  • Garam, gula dan perasa secukup rasa
  • Masukkan maggi yang telah direbus tadi
  • Gaul sehingga rata
  • Taburkan telur hancur
 
  • Siap untuk dimakan

Selamat mencuba! Bye.

Resipi : Kuih Keria / Gelang

Direct to cara buat ya :)
  • Buang kulit 6 ketul/biji ubi keledek merah (ada orang kata ubi keledek putih lebih sedap)
  • Basuh bersih2 dan rebus sehingga lembut (ada orang cakap kukus lebih menolong kemanisan keledek kekal)
  • Letak sedikit garam ketika merebus
  • Selesai rebus, tos dan lenyekkan satu persatu sehingga hancur/lumat
  • Masukkan 1 cawan tepung gandum pada ubi keledek yang telah dilenyek tadi (jangan terlalu banyak, takut kuih keras) dan uli sehingga menjadi doh yang sebati
  • Uli bentuk bulat berlubang di tengah
  • Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga garing
  • Tos dan ketepikan sebentar




  • Masukkan gula dan satu cawan air ke dalam satu periuk kosong
  • Cairkan gula tersebut sehingga pekat/likat
  • Tuang perlahan2 ke atas kuih keria yang siap digoreng
  • Tunggu sehingga gula mengeras
  • Angkat satu persatu, susun ke dalam pinggan kecil
  • Siap untuk dimakan

Selamat mencuba! Bye
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013