Showing posts with label ucapan. Show all posts
Showing posts with label ucapan. Show all posts

Terima Kasih Lulu Caldina

Biasalah kalau blogger baru nak merangkak macam Shakira ni, masih tercari-cari idea yang baik untuk dikongsi dan diconteng dalam blog ni. Alhamdulillah dah 2 bulan lebih ni ramai pembaca datang dan pergi, meninggalkan jejak untuk Shakira singgah diselit salam perkenalan dan Shakira rasa bersyukur sebab dikurniakan ketentuan oleh Allah sebagai blogger.

Hari ni Shakira nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada Lulu Caldina sebab sudi follow dan paling tak sangka entry-entry blog LOTS OF LOVE BY SHAKIRA ni ada dalam pilihan bloglist blog Lulu.


Bagi Shakira, Lulu seorang blogger famous yang amat meminati sukan bola sepak group Chelsea. Tengok blog Lulu yang biru bak laut tu pun kita dah dapat tau. Huhu. Keep it up Lulu!


Banyak entry Lulu yang up to date mengenai dunia hiburan, berita semasa dalam dan luar negara, gosip hangat dan banyak lagi. Shakira sendiri dah mengikuti perkembangan Lulu Caldina pada setiap entry sebelum Shakira ada blog lagi.

Shakira masih ingat Lulu Caldina pernah buat satu contest teka air 100 Plus. Memang ramai yang join, Shakira sendiri pun join sebab ianya menarik dan kita dapat meneka jawapan yang boleh dijadikan idea secara automatik. Tapi masa tu Shakira di blog lama yang kini dah terpadam. Hehe tak apalah, tak salah untuk mula dari bawah balik macam sekarang ni. Betul tak?

Sebelum undur diri, thanks lagi sekali pada Lulu for support my blog yang tak seberapa ni. Moga Lulu terus maju dalam dunia penulisan. InsyaAllah.

# korang apa tunggu lagi, jom serang blog Lulu Caldina ! Kita kasi gegar :)

Salam Syawal 2013 By Shakira





Di kesempatan ni, Shakira nak ucapkan Salam Syawal 2013 kepada :
  • Abah 
  • Mak 
  • Adik-adik tersayang 
  • Saudara mara yang dekat dan yang jauh 
  • Guru-guru dan warga pendidik 
  • Rakan-rakan zaman Tadika Kemas Puchong 
  • Rakan-rakan zaman Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana 
  • Rakan-rakan zaman Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Perdana
  • Rakan-rakan zaman Sekolah Menengah Teknik Selangor Sungai Buloh
  • Pelatih dan jurulatih PLKN Kem Etnobotani Gua Musang Kelantan
  • Rakan-rakan zaman Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
  • Jiran-jiran kat Puchong dulu 
  • Jiran-jiran sekarang di Klang
  • Rakan-rakan Facebook, Blog dan Twitter
  • Rakan-rakan A&W IOI Mall Puchong
  • Rakan-rakan Giant Bukit Tinggi Klang
  • Rakan-rakan tenaga pengajar Pusat Tuisyen Infitah Shah Alam
  • Rakan-rakan Ryotomas (M) Sdn Bhd
  • Rakan-rakan Voyage Logistics International (M) Sdn Bhd
  • Saudara seagama serata dunia

Semoga Syawal tahun ni memberikan 1001 keberkatan di atas kemenangan kita menahan hawa nafsu selama berpuasa di Ramadhan yang baru saja pergi meninggalkan kita. InsyaAllah amin :)

She Is Number 111

Lepas blogwalking tadi, tengok kat widget follower angkanya 111.


Cantikkan angkanya? Alhamdullillah ada juga yang sudi follow blog merangkak Shakira ni ya. Hehe. Ok tak nak buang masa Shakira nak promote blog yang bertuah tu. Huhu.



The owner : Ain and she is number 111 :)

Jomlah berkenalan dan rapatkan silaturrahin dengan Ain. Tekan je banner header Ain tu laju2 ya. Thanks Ain sebab sudi jejak sini dan to all my followers tak kiralah widget followers ke widget google+ followers ke. Thanks for being my follower and my silent reader. Might be! Hehe bye.

**UPDATED**

Widget follower ni kadang2 memeningkan juga ya? Tadi 111 lain, sekarang dah lain pula. Cuba korang bandingkan gambar bawah ni dengan yang atas sekali tu? Sabar je la ya. Hehe.


Ok tak apa, Shakira murah hati sikit hari ni. Mood baik, alhamdulillah. Hehe Shakira promote juga owner yang lagi satu ni. Jom tekan laju2 banner header bawah ni ya :)


Jomlah berkenalan dengan blogger ni namanya Nelly. Thanks ya Nelly sudi join segmen Shakira dan jadi follower kat sini. Hehe ok, jap lagi kalau widget ni buat hal, tak tau berapa orang nak pegang title 'she is number 111' kan? Haha bye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013