Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Baju Pengantin Songket Peplum



Huhu sekarang Shakira suka sangat tengok baju pengantin songket yang berdesign peplum ni :)

Warna gold atau dalam bahasa melayunya warna emas. Pakai waktu malam memang cantik sangat. Nampak eksklusif je rasanyakan? Hehe.

Almaklumlah Shakira jarang pakai peplum, tapi bila tengok orang pakai macam cantik je macam comel je. Haha nak request kat vendor butiklah, kita tengok dapat ke tak ya? Bye!

Sumber gambar : Syalizslovebubbles

10 Hari Lagi

Baca tajuk je macam dah fahamkan? Hehe siapa yang memang dah sedia maklum yang Shakira ni B2B, memang dah faham sangat :)

Lagi 10 hari, apa yang dah siap? Dah ready ke apa yang patut? Rohani dan jasmani? Ilmu di dada? Pengetahuan kekeluargaan? Hmm bagi Shakira semua tu automatik nanti sendiri tau macam mana nak handle di samping ambil juga masa untuk study. Betul ke apa yang Shakira cakap ni bekas B2B semua? Huhu.

Semalam baru je setel last fitting baju. Baju nikah, baju malam berinai, baju sanding dan baju potong kek/outdoor photoshoot. Huhu empat baju je ke? Yalah, Shakira malas nak tukar-tukar bagai dengan baju-baju tradisional yang lain. Rasanya sekarang ni pun dah jarang orang buat. Hehe tapi kalau korang nak buat tak salah pun, tu cuma pendapat Shakira je :)

Semalam dah tak kerja merayau dengan En. Hamdan try baju, cari bantal kat Tesco Bukit Tinggi. Cari karpet lagi. Ha! Cerita pasal karpet, tengok dekat Tesco saiz yang Shakira nak harganya RM190 tau. Naib baik terdetik kat hati masa tu tak nak beli dulu, konon nak survey kedai lain. Keluar dari Tesco pergi kedai biasa yang deret-deret tu, saiz yang sama boleh dapat harga RM100. Pergh kalau beli yang RM190 tadi, serius rugi. Haha ni memang ayat B2B budget :)

Hmm apa lagi nak cerita ek? Tak ada kot sebab hari ni terasa macam monday blues sangat. Pipi kiri ni sakit, macam sakit gigi je. Hmm. Maaflah entry ni tak ada gambar. Hehe. Sampai sini jelah.

Sekian.

Selesai Majlis Berkampung

Alhamdulillah semalam hari Ahad, 17/11/2013 keluarga Shakira buat majlis berkampung. Mungkin ada yang faham dan ada yang tak faham tentang berkampung ni. Meh sini Shakira terangkan :)

Kalau kat kampung biasanya tak payah buat pun tak apa, sebab kat kampung automatik dah ada geng-geng rewang untuk sebarang majlis perkahwinan. Siapa yang kena masak, kena tu kena ni semua. Huhu. Tapi kalau kat bandar macam tempat Shakira, jarang ada geng-geng yang dah dilantik untuk merewang bagai. Sebab tu abah Shakira buat majlis berkampung ni, duduk berbincang memohon bantuan mengenai peranan masing-masing.

Majlis Shakira nanti guna khidmat katering. Tapi abah Shakira saja buat majlis berkampung juga. Tujuan utamanya untuk mendapatkan bantuan dan kerjasama dari beberapa orang jiran tetangga yang sudi menghulurkan tenaga dan tengok-tengok apa yang patut di Majlis Perkahwinan Shakira dan En. Hamdan nanti :) Biasanya orang-orang nilah yang bakal memakai bunga duit atau zaman sekarang ni lebih dikenali sebagai corsage.

Ok jom layan gambar semalam ya :)


Mampu lagi bergambar walaupun Shakira baru keluar hospital :)


Antara kawan mak dan abah yang hadir :)


Antara hidangan ringkas yang disediakan :)


Bakal pengantin yang kononnya malu, duduk snap gambar dalam bilik. Huhu. Adik Shakira yang bongsu entah apa dia tengah buat tu agaknya :)

Jadi tulah serba sedikit yag Shakira nak ceritakan hari ni. Selamat menjalani majlis berkampung ya B2B semua. Bye!

Jodohku Habis

Rasanya dah lama tak update apa-apa story dalam blog ni. Kesian sungguh blog ni dah bersawang, siapa volunter nak bersihkan? Hehe.

Jodohku habis? Apakah itu? Huhu.

Ala bukan apa pun. Actually Shakira saja nak cakap sinetron Jodohku yang selalu main kat 104 Astro Ria petang-petang tu dah habis :)


Barisan pelakon :

  • Naysilla Mirdad (Dinda)
  • Dude Harlino (Artha) 
  • Rionaldo Stokhorst (Badai)
  • Chrissie Vanessa (Citra)
  • Paramitha Surady (Lestari)
  • Ari Wibowo (Alfin)
  • Elicia Putri (Kirana)
  • Moudy Wilhelmina (Sonya)
  • Sultan Djorghi (Bram)
  • Tia Ivanka (Susan)
  • Ana Pinem (Maysaroh)

Ok, memang suka dengan jalan ceritanya. Selalu kalau cerita indon orang selalu kaitkan dengan belit-belit. Contoh macam anak kau anak aku, mati hidup balik, 50 tahun jumpa balik cinta lama. Haha macam-macam. Tapi bagi Shakira, sinetron Jodohku ni ada kelainannya. Selain daripada ciri-cirinya yang ke arah islamik, ianya agak tersusun. Tak macam cerita indon lain. Huhu.

OST lagunya pun best, sedap telinga ni mendengar. Lagu "Jika Engkau" dari kumpulan band NOAH. NOAH ni diketuai oleh vokalis bernama ARIEL iaitu bekas vokalis kumpulan band PETERPAN. Ingat lagi tak? Huhu jom tengok youtube di bawah :



Happy endinglah yang paling syok. Artha dan Dinda berkahwin juga setelah macam-macam dugaan dilalui. Badai pula pasrah dengan ketentuan Jodoh dari Allah. Hehe i like.

Tu je nak cerita! Bye :)

UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN NURSHAKIRA & HAMDAN

“BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..YA ALLAH YA TUHAN KAMI..JADIKAN RUMAHTANGGA KEDUA MEMPELAI INI SEINDAH RUMAHTANGGA ADAM DAN HAWA, SETABAH IBRAHIM DAN HAJAR, SEBAHAGIA YUSOF DAN ZULAIKHA, SESETIA SULAIMAN DAN BALQIS SERTA SESUCI MUHAMMAD DAN KHADIJAH..MURAHKANLAH REZEKI MEREKA, PANJANGKANLAH UMUR MEREKA, DEKATKAN MEREKA DENGAN KEBAIKAN, JAUHKAN MEREKA DENGAN KEBURUKAN DAN KURNIAKANLAH MEREKA KESENANGAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT..”


DENGAN LAFAZ TAHMID DAN PENUH KESYUKURAN KE HADRAT ILLAHI, SAYA NURSHAKIRA BINTI ABDUL HALIM DAN PASANGAN HAMDAN BIN SHUIBON INGIN MENJEMPUT SAHABAT BLOGGER YANG MENGENALI DIRI INI BAGI MENYEMPURNAKAN MAJLIS PERKAHWINAN KAMI SEPERTI MAKLUMAT BERIKUT

LOKASI MAJLIS
CG-4, AMAZING HEIGHTS, JALAN UDANG KARA, 41250 SG. UDANG, KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN
TARIKH
8 DISEMBER 2013 (AHAD) BERSAMAAN 5 SAFAR 1435H
JAMUAN MAKAN
11 PAGI – 4 PETANG
BERSANDING
1.30 TENGAHARI

# JIKA ADA ANTARA KITA YANG TIDAK SENANG DENGAN UNDANGAN MELALUI ATAS TALIAN DAN MEMERLUKAN KAD, SILA EMAIL ALAMAT RUMAH. JIKA YANG MAHUKAN SOFTCOPY PETA SAHAJA JUGA BOLEH EMAIL. EMAILKAN KE shakirakyra004@gmail.com :)

SEMOGA DENGAN KEHADIRAN SEMUA AKAN MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS PENYATUAN DUA HATI INI DAN MENDAPAT KEBERKATAN DARI ALLAH S.W.T. INSYAALLAH.

Jangan Buat Aku Sedih Yati :(

Post cerita sedih ni kenapa? Hehe taip tajuk tu pun Shakira dah rasa nak menangis. Cuba korang baca bawah ni :(


Shakira saja tag kat officemate namanya Yati, sebab Shakira memang tahu dia suka gila dengan lagu Saat Terakhir nyanyian kumpulan ST12 tu, tup-tup di sedih. Ingat sedih pasal apa, mungkin pasal ex-boyfriend ke. Hehe rupanya pasal Shakira dah nak berhenti kerja :(

Huhu janganlah sedih, berat hati pula Shakira nak berhenti macam ni.

Teaser B2B : Centerpiece


Nah, gambar tapak je Shakira bagi. Teaserkan? Bye :)

Prosedur Permohonan Bernikah

Macam janji Shakira dekat entry sini, hari ni Shakira nak berkongsi secara terperinci apa yang perlu dilakukan oleh bakal pengantin untuk mendapat kebenaran bernikah khususnya untuk pihak perempuan di Selangor :)

  • Macam kes Shakira, En. Hamdan orang Negeri Sembilan. Jadinya En. Hamdan punya tugas kena buat permohonan dan dapatkan kebenaran untuk bernikah di luar kariah (Shakira : Negeri Selangor)
  • Bila dah dapat permohonan lengkap dan kebenaran dari pihak lelaki, bermulalah tugas pihak perempuan pula nak minta kebenaran. Negeri Selangor sekarang dah pakai sistem online. Pergi je link http://ncr.jais.gov.my/
  • Daftarkan diri dulu.
  • Keluar paparan berikutnya, yang bertanda hijau tulah yang ada kaitan dengan kita. Warna merah tu tak ada kaitan. So, maksudnya kat sini isi semua maklumat yang dikehendaki pada yang warna hijau je. Senangkan?
  • Kalau alamat pada kad pengenalan tak sama dengan alamat tinggal sekarang, sila isi Borang 1 (Akuan Pengesahan Pemastautin) - Shakira dulu Puchong, tak tukar lagi kad pengenalan :)
  • Isi pula Borang 2C (Permohonan Kebenaran Berkahwin Perempuan)
  • Isi pula Borang 2D (Persetujuan Wali & Wakalah Wali)
  • Setelah selesai isi semua borang, cetak keluar atau dalam Englishnya print out :)
  • Lampirkan salinan kad pengenalan sendiri, kad pengenalan wali, kad pengenalan 2 orang saksi.
  • Lampirkan salinan sijil nikah ibubapa (jika yang berkahwin anak sulung) - yang asal perlu juga dilampirkan sekali.
  • Lampirkan juga salinan sijil kursus kahwin - yang asal perlu juga dilampirkan sama.
  • Lampir slip keputusan ujian saringan HIV yang telah dijalankan di klinik atau hospital kerajaan sahaja (Shakira : Klinik Kesihatan Kerajaan Pandamaran Klang)
  • Bila dah lengkap yang di atas ni, hantar pada jurunikah bertugas dan hadir bersama wali dan 2 orang saksi. Semua tandatangan perlu dilakukan di depan jurunikah (Shakira : rumah jurunikah dekat je dengan rumah Shakira)
  • Setelah itu, hantar permohonan tersebut ke pejabat agama (Shakira : Pejabat Agama Islam Daerah Klang)
  • Nyatakan tujuan datang, ambil nombor dan tunggu giliran dipanggil.
  • Semakan akan dibuat oleh pihak bertugas di kaunter setelah nombor dipanggil. Jika sudah lengkap, borang permohonan akan diserah pada kaunter lain (kita pula diminta duduk sebentar)
  • Setelah nama dipanggil sekali lagi, semua borang permohonan yang kita hantar tadi akan dipulangkan.
  • Kita juga akan dapat borang kosong yang perlu di isi dari nombor 5 hingga 7, nombor 9 dan 10 yang mana di belakangnya terdapat surat perakuan lafaz taa'liq.
 
  • Pembayaran sebanyak RM10.00 dikenakan.
  • Paling penting kita akan dapat kebenaran bernikah :)
  • Dah selesai hal kat pejabat agama, direct pergi bagi semuanya pada jurunikah dan jurunikahlah yang akan pegang semua tu sampailah tiba hari nikah.
  • Apa lagi nak buat? Dah habis. Bolehlah pulang dengan hati yang berbunga sambil tunggu hari untuk bernikah :)

So, tulah yang Shakira dapat bantu semua bride-to-be hari ni. Moga dapat jadi perkongsian yang berguna untuk semua generasi. Ceh wah. Hehe. Selamat bertugas menuju alam rumahtangga ya. Haha bye :)

Format Surat Perletakan Jawatan

Shakira dah submit resign letter petang semalam pada higher management, tiba-tiba datang satu idea untuk buat entry ni pagi ni. Saja nak share pada korang semua format menulis surat perletakan jawatan. Mana tahu boleh dijadikan panduan :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

NAMA PELETAK JAWATAN
ALAMAT PENUH PELETAK JAWATAN

garisan                                                                                                                                 __

NAMA SYARIKAT
ALAMAT PENUH SYARIKAT                                                    TARIKH SURAT DITULIS

TUAN/PUAN,

NOTIS PERLETAKAN JAWATAN - ruangan ini perlu digaris dan ditebalkan

DENGAN SEGALA HORMATNYA PERKARA DI ATAS ADALAH DI RUJUK.

2.     SAYA nama peletak jawatan BERTUGAS SEBAGAI jawatan INGIN MEMAKLUMKAN KEPADA PIHAK TUAN/PUAN TENTANG PERLETAKAN JAWATAN SAYA PADA bila tarikh akhir bekerja. SEHUBUNGAN DENGAN ITU, DIMAKLUMKAN BAHAWA SAYA DENGAN INI MEMBERI NOTIS PERLETAKAN JAWATAN SAYA SELAMA berapa notis berhenti yang telah ditetapkan oleh syarikat. PERLETAKAN JAWATAN SAYA INI ADALAH KERANA nyatakan sebab meletak jawatan.

3.     SAYA JUGA INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK TUAN/PUAN KERANA TELAH MEMBERI TUNJUK AJAR DAN KEPERCAYAAN KEPADA SAYA KETIKA MENJALANKAN TUGAS SELAMA berapa lama berkhidmat INI. SEMOGA PIHAK TUAN/PUAN AKAN LEBIH MAJU DI MASA AKAN DATANG.

TERIMA KASIH.

YANG BENAR,


tandatangan peletak jawatan                    ___________
NAMA PELETAK JAWATAN
NOMBOR KAD PENGENALAN PELETAK JAWATAN

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ok, yang Shakira kongsi ni dalam Bahasa Melayu. Simple and straight to the point. Senang je, tak sampai 5 minit dah boleh siap. Kalau korang rasa nak tulis dalam English pun boleh je, terserah. Sekarangkan ada Google Translate. Sila gunakan kemudahan yang telah disediakan. Haha.

Oklah ya, moga format ni dapat jadi manfaat buat kita semua. Bye :)

Tips Menjadi Pengapit Pengantin Yang Berjaya

Seumur hidup Shakira, tak pernah jadi pengapit pada mana-mana pengantin. Baik yang dirancang mahupun pengapit terjun. Huhu semua tak pernah. Ada jugalah sepupu yang melamar, tapi Shakira tak nak. Entah kenapa pun Shakira tak tahulah. Tapi hari ni Shakira nak kongsikan sedikit tips untuk menjadi pengapit pengantin yang berjaya.

  • Cari ilmu - Buat kamu yang bakal pangapit tu, google je. Banyak-banyak. Tup-tup masuk blog ni :) Ringankan mulut untuk bertanya pada orang yang ada pengalaman sebagai pengapit. Mana tahu ada perkara yang mungkin akan terlepas pandang semasa majlis berlangsung. Pengapit perlu tahu aliran majlis ya.
  • Warna baju - Biasanya kalau pengantin ada lebih budget, pengantin akan sediakan baju untuk si pengapit. Tapi tak kisahlah samada pengantin belikan atau pengapit beli sendiri, warna tu memainkan peranan penting. Tolong jangan pakai baju yang warnanya serupa dengan pengantin. Kalau nak juga sedondon pilihlah warna yang mungkin lebih cair dari pengantin. Apa-apa pun bincang dengan pengantinlah senang :)
  • Design baju - Ni lagi satu kriteria yang perlu dititik beratkan oleh pengapit. Pengantinnya memang dah cantiklah dalam busana pengantin, tapi tiba-tiba ada kain meleret masa berarak. Ingatkan kain pengantin, rupanya si pengapit. Tak ke naya kamu tu ditugaskan untuk jaga pengantin, ni dah jadi satu hal nak membelek kain kamu yang berjela panjang tu. Kesimpulannya, design baju pengapit biar simple. Tu yang seeloknya, sebab kalau dari jauh bajunya mengerlip tetamu akan pandang pengapit je sepanjang majlis tu. Percayalah.
  • Make up - Pengapit biarlah penampilan wajahnya simple. Nampak natural, orang kata manis dipandang. Tu dah cukup. Rasanya pengapit tak perlu kot untuk upah tukang make up untuk touch up wajah tu macam nak pergi dinner gara-gara nak jadi barbie doll :)
  • Tanggungjawab - Pengapit mestilah dah faham apa tugas dan peranan sepanjang majlis. Jaga pengantin, kipaskan pengantin, lap peluh pengantin, saling mengingatkan pengantin, betulkan pakaian pengantin, redakan perasaan pengantin yang memang gemuruh lagi-lagi saat dinikahkan. Barang-barang wajib macam handphone pengantin, kipas dan tisu tu tolong jangan tertinggal ya.
  • Masa makan beradab - Pengapit perlu tau yang mana tanggungjawabnya perlu menyenduk nasi buat pengantin. Jangan pengantin baru nak mita lauk, kamu dah licin sepinggan. Sebaiknya pengapit makan dulu kenyang-kenyang sebelum majlis bermula, sebab tugas kamu sangat-sangat diperlukan selagi pengantin tak suruh balik. Bukan kata pengapit tak boleh nikmati makanan tu, tapi perlu tau yang pengantin lebih memerlukan kamu di saat itu :)
  • Keserasian - Kalau terima lamaran untuk jadi pengapit tu, kaji dulu boleh ke diri tu serasi dengan pengantin. Bukan apa, keserasian itu penting tau. Kang pengantin entah mana pengapit yang duduk kat kerusi pengantin. Naya je. Biar kita sekepala dengan pengantin, supaya kerjasama dan gelak tawa tu jadi natural. Bukan seolah dipaksa atau dibuat-buat. Bayangkan kalau jadi pengapit untuk musuh? :)

Rasanya tu jelah kot tips yang boleh diguna pakai buat kamu-kamu yang bakal bergelar pengapit. Kalau nak jadi pengapit yang berjaya, buatlah apa yang Shakira listkan ni :) Ni cuma pendapat ya, tapi rasanya pendapat ni tak ada siapa nak bantah. Sebab ianya perkara umum, dah memang menjadi tiang sebagai pengapit. Hehe.

Selamat menjadi pengapit :)

# Masih tak pasti siapa bakal pengapitku :(


Sumber gambar : GOOGLE

Dibenarkan Bernikah

Alhamdulillah.

Tadi ni Shakira baru je balik dari Pejabat Agama Daerah Klang (PAIDK). Buat apa situ? Hehe buat apa lagi kalau bukan hantar borang permohonan nikah. Teringat kenangan kursus kahwin dengan En Hamdan kat situ juga, bulan April lepas :)

Tengahari lepas lunch tadi baru Shakira gerak. Sampai sana pukul 2:40 macam tu. Tengok ramai orang berkumpul depan pintu, rupanya kaunter masih tutup. Yalah, hari nikan hari Jumaat. Waktu lunch mesti lebih panjang daripada hari biasakan. Kat mana-mana tempat pun macam tulah, so dengan sabarnya Shakira pun join menunggu depan pintu. Hehe.

Dalam pukul 2:50 macam tu pintu kaunter dibuka, lega rasanya. Yalah, lenguh kaki ni berdiri lama-lama. Shakira pula pakai high heel hari ni, menahan jelah muka. Huhu sampai dalam je, terus ramai-ramai beratur depan kaunter pertanyaan. Masing-masing dengan urusan. Lepas bagitahu tujuan datang pada petugas kaunter tu, terus dapat nombor dan duduklah sebentar sementara menanti nombor anda dipanggil ya. Haha perkara biasa :)

Lama tak lama jugalah prosesnya, boleh dikira berapa kali Shakira menguap. Haha mengantuk tau menunggu giliran ni. Proses semak borang dan lampiran tu sekejap je, tak sampai 15 minit pun. Cumanya proses menunggu kebenaran nikah tu dicetak. Tu yang lama sikit. Masa tulah mata Shakira ni penuh dek syaitan bergayut. Haha sabar jelah.

Alhamdulillah, senyum sampai ke telinga bila nama dipanggil dan diberikan surat kebenaran bernikah. Bersyukur tak terkata. Yalah, harus diingatkan ya semua. Kalau kita buat persiapan kahwin yang lain bagai nak rak, kalau surat kebenaran bernikah ni tak ada memang sia-sialah semua persiapan. Kebenaran bernikah tu memang benda nombor satu, paling penting tu. Ingat ya. Hehe.

Boring korang baca tak ada gambarkan? Asyik membebel je. Hehe sorrylah, card reader tak bawa. So, Shakira tak boleh nak masukkan gambar dalam PC ni. Esok ya. Shakira akan buat entry step by step mengenai prosuder permohonan bernikah. Ok?

Sampai sini je, penat tak hilang lagi ni. Tapi apa nak buat, ghairah nak menaip entry tak terkawal. Haha bye!

Blog Persiapan Perkahwinan Ke? ^_^

Hehe tersenyum je tengok keyword yang masuk dalam blog Shakira ni. Kebanyakannya pasal kahwin. Kahwin, kahwin, kahwin. Huhu.

 

Agaknya pembaca yang masuk blog picisan Shakira ni semuanya tengah buat persiapan nak kahwin ya? Hehe. Bukan ada apa sangat pun, perjalanan baru bermula. Blog Shakira ni baru je berusia 4 bulan lebih. Kalau baby 4 bulan tu agaknya baru belajar meniarap kot, tak pun baru nak belajar angkat punggung. Haha.

Tapi seronok jugakan kalau pembaca dah cop kita sebagai tempat mencari inspirasi :)

DIY B2B : Idea Prop Untuk Bergambar

Ok, bagi yang follow story Shakira dalam blog ni mesti dah sedia maklum yang Shakira baru je selesai Pre Wedding Photoshoot dua minggu lepas. Nak tengok klik sini :)

Ok, hari ni Shakira nak share cara DIY benda alah yang tergantung dengan huruf-huruf. Haha entah apa namanya prop tu, tapi yang jelas ianya memang sweet and sesuai dijadikan props dalam bergambar tak kisahlah for wedding ke, anak aqiqah ke, hari jadi ke, anniversary punya majlis ke, hari guru ke, jadikan background candy table ke, saja nak gantung dalam bilik pun boleh. Haha.

Bahan-bahan :
  • paper bag - free sebab balance doorgift bertunang dulu -
  • doily paper - free sebab balance doorgift bertunang dulu -
  • kertas berwarna - adik Shakira punya dah tak pakai -
  • marker pen - pinjam mak punya -
  • tali - abah punya -
  • staple - memang dah ada kat rumah -
  • gam - memang dah ada kat rumah -
  • gunting - memang dah ada kat rumah -

Actually masa tunang tahun lepas Shakira DIY Doorgift tau. Paper bag ada lebih. Doily paper pun sama ada lebih. Fikir punya fikir, why not Shakira buat something yang bergunakan? Inspirasi datangnya dari blog Somewhat Simple. Memang kreatif, macam-macam idea datang. Sesuai untuk B2B yang sukakan seni :)


Let start :
  • Gunting kertas berwarna dalam bentuk huruf dari ayat yang korang nak (Shakira buat ayat nama blog ni. Huhu LOTS OF LOVE)
  • Lekatkan huruf-huruf tersebut guna gam pada paper bag
  • Hitamkan bahagian tepi huruf dengan marker pen supaya lebih nampak timbul
  • Lipat doily paper kepada dua bahagian
  • Staplekan pada bahagian atas paper bag
  • Staplekan paper bag yang siap dengan huruf dan doily paper pada tali (Shakira guna tali rapia je. Hehe)
  • Siap dan bolehlah bergambar sepuasnya :)

En Hamdan kata Shakira nampak gemuk dalam gambar ni, gambar lain tak pun. Tu mesti sebab ranting-ranting tu duk tolak baju Shakira ke depan. Hehe lantaklah, asalkan kecomelan kami tak hilang. Comel ke? Haha dah! Fokus pada prop tu je ok :)

JUMLAH KOS : RM0.00

Sharing is caring. Simple dan senangkan? Selamat mencuba. Huhu. Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013