Ramadhan Vs Kanak2

Selamat pagi semua!

Lagi seminggu lebih je kita semua nak berpuasakan? Hehe.


Menempuh bulan Ramadhan memang satu saat yang paling seronok. Imbas balik kenangan belajar berpuasa masa zaman kanak2 Shakira dulu. Hari ni puasa penuh, esok sekerat hari pula. Huhu indah kenangan tu kan?

Balik sekolah jalan kaki, haus. Sampai rumah Shakira buat muka kesian, mak bagi buka puasa. Wahh masa tu rasa best sangat! Kelakar pun ada bila fikir balik. Huhu. Kalau mak tak bagi, Shakira pergi buka peti ais duduk kat peti ais tu lama2. Konon nak dapat kesejukan peti ais tu. Haha macam2!

Masuk waktu berbuka puasa, cepat2 duduk depan juadah. Mengalahkan orang yang berpuasa penuh! Haha semua tu kenangan masa lalu Shakira. Agak2 kalau sekarang nak buat perangai macam tu, mak bagi tak? Memang kena baling dengan penyapulah jawabnya. Hehe. Shakira pasti kenangan korang masa berpuasa dulu2 pun lebih kurang dengan Shakira. Betul tak? Huhu.

Ramadhan dah nak hampir ni, masing2 bersiap-sedia dari pelbagai segi. Moga kita semua dapat menyempurnakan tanggungjawab berpuasa ini dengan sebaiknya. InsyaAllah Amin.

Gwiyomi Dalam Tandas

Orang lain berduyun2 buat video gwiyomi. Ada yang comel dan ada yang bolehlah. Haha! But Shakira pula?? Huhu gwiyomi dalam tandas? Haha tandas mana yang jadi mangsa tu? Tandas Shell Seksyen 19 Shah Alam. Hehe.

Actually kisahnya macam ni, semalam Shakira tersampai awal 10 minit ke kelas. Hehe so Shakira pun menghalakan motor ke pam minyak Shell seperti yang Shakira mentioned tadi. Hehe lepak dalam toilet ni rupanya kerja Shakira! Hehe.


Kesiankan? Buat image gwiyomi je, orang lain buat video. Tengok tu pegang handphone cikai sendiri je. Haha. Tu pun entah apa2 step Shakira buat berterabur, tak sama langsung dengan gwiyomi sebenar. Haha hentamlah labu! Asalkan dapat isi 10 minit tu dengan berfaedah. Berfaedah ke buat macam tu? Haha.




Dalam kelas, tengok anak murid Shakira tu. Bukan main tekun lagi buat latihan. Tunduk je, suruh pandang kamera haram dia nak! Zalifah2. Tengok atas meja pula, Shakira ni baik tau. Tak suka anak murid study stress2. Ada makanan, boleh kongsi kudap2. Hehe. Ok dah start angkat bakul sendiri Shakira ni. Huhu.

Ok, that's all yang Shakira nak share pasal semalam. Hehe mood Shakira stress ni anak murid ada Percubaan UPSR 2 minggu lagi! Waaa cikgu pula seram. Bye!

Resipi : Kuih Keria / Gelang

Direct to cara buat ya :)
  • Buang kulit 6 ketul/biji ubi keledek merah (ada orang kata ubi keledek putih lebih sedap)
  • Basuh bersih2 dan rebus sehingga lembut (ada orang cakap kukus lebih menolong kemanisan keledek kekal)
  • Letak sedikit garam ketika merebus
  • Selesai rebus, tos dan lenyekkan satu persatu sehingga hancur/lumat
  • Masukkan 1 cawan tepung gandum pada ubi keledek yang telah dilenyek tadi (jangan terlalu banyak, takut kuih keras) dan uli sehingga menjadi doh yang sebati
  • Uli bentuk bulat berlubang di tengah
  • Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga garing
  • Tos dan ketepikan sebentar




  • Masukkan gula dan satu cawan air ke dalam satu periuk kosong
  • Cairkan gula tersebut sehingga pekat/likat
  • Tuang perlahan2 ke atas kuih keria yang siap digoreng
  • Tunggu sehingga gula mengeras
  • Angkat satu persatu, susun ke dalam pinggan kecil
  • Siap untuk dimakan

Selamat mencuba! Bye

Projek 100 Bloggers

Projek 100 bloggers dikendalikan oleh Bro Framestone dalam mengumpulkan 100 bloggers Malaysia yang mampu diketengahkan kepada beberapa syarikat yang sudi mengiklan di 100 blog terpilih.

Keterangan lanjut, klik sini

Bersama2 memartabatkan dunia penulisan maya!

Wordless Wednesday











# Memahami tujuan/hikmah di sebalik kejadian

Sumber gambar : GOOGLE

Review E-Day : Henna / Inai

Hai semua!

Before cerita, sini Shakira tepek gambar dulu. Huhu layan.




Ok fokus pada henna/inai di tangan Shakira je tau. Abaikan jari2 Shakira yang montok dan ala2 tembam tu. Haha. For me, tak suka langsung dengan ukiran masa tunang hari tu. Why? Sebab tak cantik, lepas tu cas mahal! You know what?? Baca dulu sampai habis. Hehe.

Macam ni ceritanya, sehari sebelum hari kejadian Shakira kelam kabut cari kedai yang buat henna/inai ni. Nak tunggu uptown, malas pula nak keluar malam2. So, pergi pagi2 kat area Little India Klang tu. Memang pernah dengar cerita dari blogger lain yang situ banyak kedai henna/inai ni. Tapi malangnya pagi tu, 1 kedai je buka! Huh terfikir Shakira datang terlalu awal ke apa.

Masa tu redho jelah. Nak tak nak kena buat juga, sebab petang tu vendor pelamin nak datang pasang pelamin. Vendor meja kerusi pun nak datang petang tu juga. So, pasrah!

Before buat, Shakira sebagai customer mestilah nak tengok katalogkan?? But orang kedai tu kata tak ada katalog. Hmm lagi satu hal. Shakira yang masa tu malas dah nak berfikir, terus biarkan orang tu conteng2 kedua2 tangan Shakira ni. 

Ok dah siap contengan! RM30 kak. Ha???

Ok, bayar terus balik! Tak nak cerita lagi pasal henna/inai tunang ni! Sedih. 

Bye.

# moral of the story : survey awal2!

Cikgu Shakira

Hehe tajuk gedikkan? :p

Macam yang Shakira janji beberapa hari yang lepas, Shakira nak cerita sesuatukan? Ok actually Shakira ada dapat tawaran jadi guru kelas tambahan atau dalam Englishnya tuition teacher. Hehe.

So far, tawaran yang Shakira dapat subjek Sains UPSR dan sebagai home tutor pada salah seorang customer pusat tuisyen. Erk! Pusat tuisyen mana yang bagi peluang pada Shakira ni? Hehe Pusat Tuisyen Infitah. Tanggungjawab yang Shakira pegang sekarang ni dekat Seksyen 19 Shah Alam.

Alhamdulillah, student Shakira namanya Nuzalifah Abdul Rahim, 12 tahun. Comel orangnya. Chubby2 sikit tapi pemalunya ya amat! Hehe. Shakira pula jenis suka ketawa, so rasa macam gelak syok sendiri je masa dalam kelas. Haha. Ok, for me student Shakira setakat ni ok. Otaknya sangat brilliant! High mark je Shakira tengok yang lepas2 punya exam. Good2! I like. Hehe.

Meh Shakira share gambar beberapa hari dok mengajar :p sorrylah kebanyakan gambar mengalami jerebu. Huhu.











Tengok atas ni, Zalifah cuba jawab soalan Shakira. Hehe. InsyaAllah lepas ni kalau ada peluang, Shakira nak cuba PMR pula and mestilah nak subjek Geografi. Hehe. InsyaAllah kalau dapat :) Lagi best kalau dapat mengajar dalam kelas yang ramai2 tu, mencabar kesabaran Shakira ni. Haha.

Oklah, janji nak cerita dah ditunaikan ya!

Segmen Topup 48 Jam By Dedeq [PART 2]

 

Nak join klik banner :)

Segmen Jom Berkenalan Bersama Blogger

Di hari Nisfu Syaaban yang indah ni, Shakira nak join satu segmen yang istimewa. Why istimewa? This is because berkenalan tu kan something yang special. Hehe tengok je la tajuk tu :)

Direct to the point!


Nama Sebenar : Nurshakira Abdul Halim
Tarikh Lahir : 6 April 1990 (23 y/o)
Cita-cita : Engineer (insyaAllah masih mengejar! Doakan ya)
Hobi : Membaca, menulis, melukis (3M)
Warna Kegemaran : Tak kisah asalkan cantik dan sesuai dengan sesuatu
Benda yang paling disayangi : My Ego S
Tujuan Berblog : Dah sah2 Shakira suka membaca dan menulis. Hehe. Berkenalan! Rapatkan silaturrahim. Rasakan apa itu sahabat maya!

For this kind of segment, Shakira nak tag SINI SANA SITU ok :)
Salam blogwalking!

Salam Nisfu Syaaban



Sumber gambar : GOOGLE

Segmen Doodle Comel by Fizgraphic


Nickname : Shakira
The colours : Ungu untuk baju & merah jambu untuk tudung
 The victim : Ayu & Deqla

1st Mini GA By Random Rainbow

Come join us!

Bukan Jelebu Woi !!

Tajuk macam nak cari pasal kan? Haha tumbuk kang!



Shakira saja nak ejek kawan2 yang sebut jerebu tu jelebu. Tak sangka Shakira macam ni! Hehe gurau jelah di pagi hari. Jelebu tu nama tempatlah sayang oi, kat Negeri Sembilan.

Actually pagi ni Shakira keluar rumah nak pergi kerja, tengok2 cuaca macam suram je. Macam ada habuk depan mata. Eh! Faham ke? Hehe. Jerebulah nampak gayanya.

Hmm Shakira tinggal area Sg. Udang/Kg. Delek/Port Klang kat area Klang, sini memang confirm jerebu. Tempat korang pula macam mana? Sekitar KL? Negeri lain?

Apa2 pun, jagalah kesihatan semua ya. Jerebu ni kita sebut je macam perkara remeh, tapi kesan penyakit pada kita boleh tahan juga. Boleh dapat batuk, sakit tekak dan sebagainya. Jadi, utamakan kesihatan anda! Hehe macam menyanyi dalam iklan pula.

Oklah, till here.

Sumber gambar : GOOGLE

SHopping Time GiveAway!

Saya nak join SOPHIE PARIS!







Janji Tinggal Janji

Oh no.....! Tidak berniat pun :(

Hehehe Shakira tau Shakira ada janji semalam kat wall FB.


Huhu bukan lupa, bukan janji tinggal janji ok! Shakira terlupa sebenarnya, terlupa nak bawa card reader. Gambar2 yang berkaitan dengan janji tu ada di dalamnya. Huhu.

Natntilah ya? Lari....!! Huhu bye.


**gaya macamlah ramai yang baca entry Shakira ni..haha

Review E-Day : Meja & Kerusi Makan Tetamu

Morning!

Aik? Meja kerusi pun nak review ke Shakira oi? Hehe biarlah. Anggap je ni entry penghargaan untuk semua pihak yang terlibat semasa hari kejadian.

Meja kerusi ni Shakira booked from one of my officemate, kawan dia ada buat servis meja kerusi bagai ni. Jadi, Shakira hired dorang. Huhu RM200 je untuk 250 kerusi dan 25 meja petak + lapik meja. Nak nombor? Macam biasa, email Shakira ya.

 

Tengok gambar atas tu, susun bawah bangunan apartment Shakira je. Betul2 depan rumah Shakira. Jimat tak payah booked kanopi. Hehe tapi dua tiga hari sebelum tu dah minta izin tuan punya motor2 yang park kat situ. Hehe terima kasih sebab bagi kerjasama! Sayang jiran2 semua. Haha.

 

Tengok tu abah Shakira busy layan panggilan telefon. Huhu mungkin masa tu tetamu banyak call tanya jalan. Might be! Hmm kemas je susunan yang my dad buat. Ops! lupa, adik2 Shakira yang hero semuanya tolong abah juga dari mula buka meja sampailah kemas2 semuanya. Terima kasih ya! Sayang kamu semua!

 

Ada buah rambutan lagi atas meja. Anggap je centerpiece! Centerpiece boleh makan punya. Hehe tu buah terjun namanya! Haha kenapa? Sebab malam sebelum tu, tiba2 ada lori datang bawa berbakul2 rambutan. Rupanya tu pakcik En. Hamdan yang rumahnya dekat je dengan rumah Shakira. Huhu thank you so much bakal uncle! Hehe.

Oklah, penatlah menaip. Nanti kita jumpa lagi. Bye!

Review E-Day : Doorgift

Review lagi?? Hehe belum habis lagi, nak buat macam mana. Lagipun blog ni diari Shakira juga kan? Dah tua2 nanti bolehlah Shakira baca ditemani oleh cucu2 Shakira. Eh! Dah jauh menyimpang ni. Hehehe.

Ok, sorry gambar doorgift masa Shakira tunang hari tu memang tak ada siapa pun snap. Haha memang semuanya lupa! Mana taknya, tetamu dah separuh makan baru kelam kabut keluarkan dari dalam bilik. Haha nak suruh OP snap pun memang tak ingat langsung. What to do, pasrah. Tapi tak apa, Shakira bagi gambar yang lebih kurang je ya? Shakira curi dari Google, maaf pada tuan empunya ya!



 

Ok, Shakira tak adalah kreatif sangat sampai letak penyepit tu. Hehe. Shakira staple then letak bunga kecik warna kuning. Tema masa tu kan tema diraja. Huhu dirajalah sangat!



 

Ok, atas ni pula sticker yang Shakira DIY sendiri. Guna photoscape je. Print kat ofis, FOC. Balik rumah gunting, tampal kat doorgift. Haha bos tau habislah! Hehe.

Shakira masih tak dapat lupakan arwah atok sebenarnya. Tapi tak apalah, kita yang masih bernyawa ni mesti kena teruskan hidup. Betul tak? Oklah, tunggu next review ya! Bye.

Atok....

Sorry sangat dah lama tak update blog ni. Namanya blog baru, tapi tengok tu sawang dah sana sini. Hehe ada2 je!

Shakira cuma nak bagitahu, Jumaat yang indah minggu lepas bertarikh 14 Jun 2013 Allah telah memanggil Encik Yahya Bin Turau iaitu seorang ayah kepada abah Shakira, atok kepada Shakira dan cucu2 yang lain. Shakira sebagai cucu pertama belah abah, Shakira sebak lagi sebenarnya ni :(

Tapi tak apa, Shakira dan ahli keluarga yang lain merelakan pemergian arwah atok dan menganggap ni suatu yang terbaik buat atok. Sejak arwah opah Puan Halimah Binti Mohd Noor pergi menghadap Illahi pada tarikh 24 Jun 2011 yang lalu, arwah atok seakan hilang semangat. Gelak tawanya seakan pura2, tiada lagi keceriaan sebenar di hatinya. Hari demi hari berlalu sendiri, arwah atok menahan rindunya pada arwah opah.

Kini arwah atok dan arwah opah dah bahagia di sana. InsyaAllah Shakira dan ahli keluarga yang lain akan sentiasa mendoakan agar Allah mencucuri rahmat. Shakira sayang sangat pada arwah opah dan atok. Tiada siapa yang dapat mengganti kasih sayang kalian walaupun lepas ni kami menumpang cinta pada nenek dan atok saudara :( Ya Allah kuatkan hati ini. 

Review E-Day : Makan Time!

Hai semua.

Sihat ke? Shakira sihat hari ni tapi tak sepenuhnya. Huhu perut main gila dari pagi tadi ni. Tapi tak apa, Shakira cuba tahan, Shakira gagahkan juga untuk menaip entry baru. Hehe tak boleh blah ayat!

Ok, today I want to share about makanan yang dihidangkan masa hari pertunangan Shakira hari tu. Huhu bolehkan? Bolehkan jela, tak habis dengan review lagi ni. Hehe.




Ada nasi putih, ayam masak merah, dalca sayur, kuih2, buah limau dan apa lagi Shakira tak ingat! Hehe. Alhamdulillah yang datang masa kejadian kata semuanya sedap. Amin! Terima kasih mak sebab pandai carikan tukang masak a.k.a kawan mak juga. Terima kasih acik Misah. Hehe :)

Siapa2 yang tinggal area Sg. Udang, Kg. Delek Klang ni kalau nak buat majlis kecil2 tapi malas masak sendiri, bolehlah guna khidmat acik Misah ni. Sedap tau! Jamin tak rugi. Hehe Shakira nak tinggalkan nombor telefon kat sini tapi rasa tak bagus pula. Tak apa! Kalau korang nak try khidmat ni, apa2 email Shakira ya. Nanti Shakira bagi nombor dan bolehlah korang halo2 dengan acik Misah :)

Oklah, sakit perut! Till here :)

1st Big Giveaway Diari Sedetik Lebih Farisha

Amaran : Stiscky post

Alhamdulillah..Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan rahmat-NYa, Farisha berjaya menganjurkan
"1st Big Giveaway Diari Sedetik Lebih Farisha"
bersempena pertengahan tahun 2013
Kejap je masa berlalu,kan?


Pencarian Sponsor telah dimulakan pada 22/04/2013 dalam entry INI. Mula-mula nak mencari sponsor, teragak2 jugak takut tiada yang sudi sponsor. Tapi alhamdulillah, sponsor semua amat baik hati dan sporting! Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada sponsor-sponsor kerana menyokong 1st Big Giveaway ini


Jadi, pada hari ni, 15/05/2013 rasmilah pembukaan Big Giveaway ^.^ 
(sambil ambil mood potong ribbon merah..hehe).. 
Audience...Please Clapping your hands! :) Clap! Clap! Clap!!


Hadiah berjumlah RM 800.00 untuk dimenangi!! 
50 pemenang utama di cari!


Para peserta dikehendaki JUJUR ketika melakukan tugasan yang diberi. Semua tugasan adalah WAJIB sebab Hadiah yang akan diberi adalah berbaloi dengan usaha korang menyiapkan tugasan
(Seandainya korang menang Hadiah GA dari Sponsor yang terlibat dan didapati korang tak follow Blog/ like Facebook /add friend Facebook sponsor tersebut, automatik hadiah akan terbatal dan digantikan dengan pemenang baru)


Antara syarat-syarat penyertaan :-
1) Mempunyai blog dan Warganegara Malaysia.
2) Tinggal di Malaysia
3) Follow blog ini (untuk mengetahui update terkini GA)
4) Follow, Add Friend dan like sponsor.
5) Paling Wajib - Copy coding yang telah disediakan dan pastekan di ruangan HTML.
6) Letakkan URL entri di ruangan komen di bawah.

[1. klik pada Html 2. paste coding entry 3. tekan compose . 4 klik publish]  



Follow Blog Sponsor










Like Fan Page Sponsor





 Add Friend Facebook Sponsor



BEUTSKIN ESSENCE DATYN MIA 
NATURACTOR COLLECTIONS 
CAPTURE BOOTH 
MAKAN COKELAT ZAI 
NATURACTOR COSMETICS 
(**tambahan - sila like & share mana2 gambar produk dalam album sponsor Naturactor ini**)
MAKAN COKELAT ZAI 
NUR IZZUREEN 
SITI NOR AMIERA 

Klik Iklan Sponsor 
 (tunggu sehingga habis loading)


http://bit.ly/14ZrpY1
 http://bit.ly/ZP9QVX
http://my.sharings.cc/syaika/share/SmoothManageable/
http://my.sharings.cc/syaika/share/LibresseShineOn

Follow Twitter 



Hadiah-Hadiah Terhebat


Top Referral x 1

 1) Produk SNE (Excel Tea) bernilai RM75 + 1 hamper cenderahati bernilai RM20 + 1 keahlian percuma SNE
+
2) Jam Dinding Limited Edition (Customized) bernilai RM 25 + Percuma Baucer RM50 bagi pembelian Kad Kahwin
+
3) 2 pcs Book Mark Limited Edition Bear Comel


 Hadiah Cabutan Random.org


Vital Energy Q10 Lotion (Toner) + Compressed Mask bernilai RM 85 x 1 pemenang
Vital Energy Whitening Lotion (Toner) bernilai RM 80 x 1 pemenang
Serbuk Cheeze bernilai RM 75 x 1 pemenang
Set Kecantikan 3 In 1 Nour Ain bernilai RM 52 x 1 pemenang
Shawl Half Moon Sakura bernilai RM 45 x 1 pemenang
Mini Fondue Porselin bernilai RM 45 x 1 pemenang
Adjustable Slimming Belt bernilai RM 40 x 1 pemenang
Wangian Kasturi Puteh Syifa bernilai RM 35.90 x 1 pemenang
 Kain Pasang Cotton bernilai RM 30 x 1 pemenang
Jam Dinding Limited Edition (Customized) bernilai RM 25 x 4 pemenang
Chocolate Love Box bernilai Rm 25 x 1 pemenang
Shisheido Black Mask 5 pcs bernilai RM 18 x 1 pemenang
Top Up RM 10 x 4 pemenang
Top Up RM 5 x 3 pemenang
2 pcs Book Mark Limited Edition Bear Comel x 11 pemenang 
Baucer Anis Felt Craft 10% x 3 pemenang
Header Blog x 5 pemenang



Hadiah Saguhati Random.org

Review Blog x 8 pemenang

KLIK GAMBAR UNTUK LIHAT HADIAH

Rajin-rajin la korang promote GA ni ye sebab Farisha nak cari banyak pemenang!!
Di samping tu, korang berpeluang menang hadiah Top Referral bernilai RM 170!!

**Sepanjang 1st Big Giveaway ini dijalankan, akan terdapat promosi + hadiah percuma yang akan diberikan kepada pengomen yang bertuah oleh Para Sponsor! Nak tahu entry yang mana?
Tunggu! *-*

Tarikh Tamat  : 15/06/2013, jam 12 tengah malam
Pemenang akan di umumkan pada 18/06/2013

Sekian Terima Kasih 

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013