Segmen Komen Berpantun By Shakira

Amaran : Entry sticky post sehingga 28 Sept 2013. Sila ke Blog Archive untuk entry baru.

Untuk kali kedua Shakira lancarkan segmen sejak lahir dalam dunia blog ni. Tapi segmen kali ni agak istimewa sebab kamu semua diajak berpantun. Apa yang perlu dipantunkan? Ok baca syarat-syarat di bawah.

  • follow blog Shakira ni (tiada paksaan)
  • tak payah buat entry, cuma komen dalam kotak komen di bawah menggunakan pantun
  • tak kisah pantun 2 kerat, 4 kerat atau 6 kerat (jangan bersyair sajak ya!)
  • 3 peserta yang memberi komen pantun paling menusuk kalbu, akan dikira sebagai pemenang yang mana akan menerima cenderahati setiap seorang
  • pemilihan pemenang akan diadili oleh En Hamdan a.k.a my tunang :)
  • segmen tamat 28/9/2013 (sabtu)

Simplekan? Tak susah mana pun, cuma nak kena perah idea kreatif je. Good Luck!

*semua komen yang berpantun akan Shakira publish bila tamat segmen ya :)

**TAMAT**

35 comments:

  1. berjalan-jalan hingga ke petang
    untuk berjumpa dgn Pak Amin

    sudah lama ke awak bertunang..?
    bila agaknya nak naik pelamin ..?

    hehe :-D
    -broFami-

    ReplyDelete
  2. hehe . nak join . tapi tak pandai berpantun :P

    ReplyDelete

  3. buah bidara ulaman gajus,
    sambal pedas cun ternganger,
    Shakira punya segmen terbagus,
    memertabat pantun antara blogger.


    datang saya dijemput mesra,
    segmen kedua baru bermula,
    jangan tunggu begitu lama,
    tuan hamba semua hebat-hebat belaka.

    ReplyDelete
  4. assalam shakira..

    buah pauh delima merah,
    rumpun subur atas halaman,
    jauh jauh kak diana terjah,
    singgah pantun sekadar memeriahkan.

    www.nazlee.com

    ReplyDelete
  5. lot of love by shakira,
    apa khabar shakira?

    :)
    pantun ye nk mcmne ni?hihihi...

    ReplyDelete
  6. Ok best!! kakak suka berpantun tak kisah soal hadiah tolak tepi. Follow dah lama dah kakak follow blog Sya kan...

    timanglah timang tinggi-tinggi
    rindu-rinduan di lubuk hati
    wahai tunang sya yang ranggi
    bersatulah cepat kakak menanti

    On the spot pantun hihi... jgn marah

    ReplyDelete
  7. Mieya nie tak ada bakat nak berpantun... huhuhu

    ReplyDelete
  8. yumida try pantun 2 kerat


    bersopan santun belajar mengira,
    jom la berpantun di blog shakira.

    ReplyDelete
  9. buah salak baru dipetik
    buah dukuh buah delima
    ada banyak wanita cantik
    cuma SHAKIRA yg EN.HAMDAN cinta

    ReplyDelete
  10. Indahnya hati bersulam cinta..
    Cinta datang diiringi rindu..
    Tutur madahku bukannya dusta..
    Ingin ku ucapkan I love you..

    ReplyDelete
  11. tunang en.hamdan namanya shakila,
    cepat menagis tapi kental orangnya,
    menanti hari bersejarah bersama-sama,
    shark ucapkan selamat berbahagia,
    semoga majlis selamat semuanya.

    ReplyDelete
  12. insya Allah akan ikut...cuma berpantun je...hehehe

    ReplyDelete
  13. join segmen sering sekali,
    bila dapat hadiah gembira rasa,
    jom la join segmen kali ini,
    Segmen Komen Berpantun By Shakira

    ReplyDelete
  14. si gadis ayu lalunya di titi,
    singgah di tasik bermain buaian,
    cantik tingkahmu indah pekerti,
    menjadi idaman putera impian.

    tak tahu la menusuk kalbu ke tak.. hehe

    ReplyDelete
  15. QUEEN OF THE HOUSE
    ye dear, pantun di sini..hehe nanti dah tamat contest baru shakira publish pantun2 yang dihantar :)

    ReplyDelete
  16. Petang-petang mendayung sampan,
    Mendayung dengan pemuda tampan,
    Peraduan pantun shakira anjurkan,
    Gaya tersendiri ketengahkan warisan.

    :)

    ReplyDelete
  17. Hari-hari makan laksa,
    Sedapnya kuah ikan kelisa,
    Badan kuat seperti perkasa,
    Selamat menyambut hari selasa.

    ReplyDelete
  18. getah sekerap melantun lantun,
    ayam katik ayam serama,
    dalam blogmu kukirim pantun
    buat renungan kita bersama :-)

    ReplyDelete
  19. kudin ladong makan lala,
    anak punai mandi di paya,
    banyak gila perkara gila,
    gila FB paling bahaya..

    ReplyDelete
  20. kucing bantut minum nira
    boya tembaga kena cekop
    anak dah suka mak gembira
    apakan daya pulus tak cukop !..

    ReplyDelete
  21. Kancil ndak pandai dalam bab Pantun nie...tapi ndak salah kalau mencuba..hehehe

    Blogger Kancil belajar kira - kira,
    Belajar untuk jadi kaya,
    Jom kita ikut segmen shakira,
    Semoga bertambah kenalan maya.

    ReplyDelete
  22. Hari2 tgk karton,
    Tengok pulak cite ultromen,
    Saya tak pandai nak pantun,
    Tapi tetap nak komen,

    ReplyDelete
  23. Xpandai sangat tapi tetap nak cuba...

    ReplyDelete
  24. Siapa tetap berpegang dengan iman,
    Hidup matinya tidakkan sesat,
    Siapa teguh menyembah Tuhan,
    Dunia akhirat tentu selamat.

    Maaff jika xberkenan...

    ReplyDelete
  25. haaa... nanti deno join juga... kena fikir pantun dulu :)

    ReplyDelete
  26. ala... kak mia tengah takde idea nak berpantun... huhuhu

    ReplyDelete

  27. Jikalau tidur meninggi hari,
    Rezeki menjauh langkah pun singkat,
    Jika riak beraja di hati,
    Akhlak dan iman menjadi sesat,

    www.jaakechik.com

    ReplyDelete
  28. Menarik segmen ni ... :) memartabatkan sesuatu yang kian dilupai. Saya tabik usaha hebat anda.

    ReplyDelete
  29. wow..tak sangkanya sambutan..menggalakkan ! tp nasib baik takda kak ummi juara pantun blogger..kalau tak habis la :P gurau2 je kan kak ummi

    p/s Shakira , tahniah anda berjaya menjadikan pantun sbg segmen blog.

    ReplyDelete
  30. Atiqah try ye kak ! :-))

    Indah sungguh anak penghulu,
    Lagi indah si penawan hati,
    Hati ini tertunggu-tunggu,
    Bilakah kak shakira nak naik pelamin.

    Ok tak ? Hihihi :-)))

    ReplyDelete
  31. Tumbuh seroja tumbuh mengkudu,
    Rajin berkebun sidara nyonya;
    Sungguh teruja sungguh terkedu,
    Segmen berpantun Shakira yang punyaa.

    Salam dr kampung n luv from kak Ummi buat Shakira... ^^

    ReplyDelete
  32. Mencari karun bertemu kaca,
    Sayang sinyonya meredah jejambat;
    Entri berpantun baru ku baca,
    Sayang semuanya sudah terlambat.

    ReplyDelete

- Thanks sudi baca cerita Shakira
- Please comment wisely
- Happy blogwalking