Cerita Raya Keempat

Pagi-pagi sarapan dulu. Kitorang pekena roti canai. Lepas tu boleh pula mengidam aiskrim, alang-alang ada motor aiskrim tengah lalu masa tu satu family melantak aiskrim pagi-pagi. Hehe. Dalam pukul 10 macam tu yang mak-mak abah-abah keluar pergi beli barang doorgift sepupu nak kahwin. Jadi tinggallah kami yang bujang-bujang. Anak dara di rumah. Hehe.


Kitorang masak ikan patin + ikan talapia masak sambal campur terung pipit. Wahh sedap sangat! Cuma Shakira tak minat terung pipit tu, pahit rasanya. Pernah hari tu bakal mak mertua bagi satu plastik besar, satu family Shakira suka makan lagi-lagi buat sambal. Tapi Shakira sorang je tak berapa minat sebab pahit. Hehe.


Malam tu kitorang sambung membungkus aktiviti si bakal pengantin lagi. Haha siapa lagi nak menolong kalau bukan saudara-mara. Betul tak? Hmm kitorang membungkus doorgift untuk para tetamu yang akan datang ke majlis perkahwinan sepupu Shakira tu nanti. Best buat kerja ramai-ramai ni. Sekejap je dah setel. Hehe alhamdulillah.

9 comments:

  1. terung pipit la sedap, dear...

    ReplyDelete
  2. aktiviti raya yang lain dari yang lain ni, pasti meriah dan seronok ni....

    ReplyDelete
  3. Salam
    ai saya ida
    newbies blogger
    baru follow blog ni
    jemput ye follow blog saya
    umielman.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Terung pipit pahit dia lemak-lemak sedap. Kakak suka Sha... kalau sekali cuba lain kali mesti nak lagi. Kena belajar makan dan rasa dulu Sha...

    ReplyDelete
  5. lia
    eeee pahit! kita tak minta..heee

    Farah Waheda Wahid
    yup! betul tu.. hehee

    Puan Ida
    InsyaAllah sis :) thanks sudi singgah sini..

    ReplyDelete
  6. Kakzakie
    amboi akak suka ya? huhu kita dah cuba dah kak..keluar balik..:)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum yangggggg, bestnya bergotong royong! teringat masa kawin, ramai bestie turun padang tolong kitaaaaaaaaaaa :)

    ReplyDelete
  8. Tak pandai makan terung pipit jugak...terung biasa tu pun akak baru belajar makan tahun ni...tu yg kawan yang paksa suruh cuba makan jugak :)

    ReplyDelete
  9. wawa syaida
    wahhh ni lagi super power terung biasa pun baru belajar2 ya..hehe good luck :)

    ReplyDelete

- Thanks sudi baca cerita Shakira
- Please comment wisely
- Happy blogwalking