Showing posts with label kampung. Show all posts
Showing posts with label kampung. Show all posts

Cerita Raya Keempat

Pagi-pagi sarapan dulu. Kitorang pekena roti canai. Lepas tu boleh pula mengidam aiskrim, alang-alang ada motor aiskrim tengah lalu masa tu satu family melantak aiskrim pagi-pagi. Hehe. Dalam pukul 10 macam tu yang mak-mak abah-abah keluar pergi beli barang doorgift sepupu nak kahwin. Jadi tinggallah kami yang bujang-bujang. Anak dara di rumah. Hehe.


Kitorang masak ikan patin + ikan talapia masak sambal campur terung pipit. Wahh sedap sangat! Cuma Shakira tak minat terung pipit tu, pahit rasanya. Pernah hari tu bakal mak mertua bagi satu plastik besar, satu family Shakira suka makan lagi-lagi buat sambal. Tapi Shakira sorang je tak berapa minat sebab pahit. Hehe.


Malam tu kitorang sambung membungkus aktiviti si bakal pengantin lagi. Haha siapa lagi nak menolong kalau bukan saudara-mara. Betul tak? Hmm kitorang membungkus doorgift untuk para tetamu yang akan datang ke majlis perkahwinan sepupu Shakira tu nanti. Best buat kerja ramai-ramai ni. Sekejap je dah setel. Hehe alhamdulillah.

Cerita Raya Ketiga

Cerita Raya Pertama
Cerita Raya Kedua

Masih kat Jengka. Best sangat sebab ada saudara yang datang bawa durian. Musang King pula! Selera sungguh. Huhu pagi-pagi dah pekena durian.


Ada ikan patin. Huhu nak masak tempoyak tau, my favourite dish. Petai pun ada dibuat ulam. Ikan patin tu ada separuh buat masak asam pedas. Memang terangkat masakan kampung ni kan? Shakira pun tolong-tolong masak lepas tu makan tengahari ramai-ramai. Memang syok. Lepas habis, syok juga kena basuh pinggan yang berlambak. Haha.


Lepas makan kitorang pun gerak pulang ke Mempaga balik. Huhu lepaslah rindu dengan saudara di Jengka tu. Malam tu aktiviti kitorang ialah menggulung sapu tangan Good Morning sambil pekena kopi panas. Hehe.


Actually, minggu depan sepupu Shakira nak nikah. Wah nak jadi isteri orang weh. Hehe tu yang alang-alang dah balik raya kitorang rewang sekali siapkan apa yang patut. Sapu tangan ni tujuannya untuk diberi pada orang yang nak masak-masak masa hari majlis perkahwinan tu nanti :)

Cerita Raya Kedua

Cerita Raya Pertama

Lepas Zohor kitorang gerak ke Jengka, nak beraya rumah saudara kat sana pula. Sebelum tu snap jap! Hehe.

Wan Shakira pun ikut masa tu. Naik satu kereta dengan kitorang satu family, nasib baik yang hero-hero tak ikut. Jadi muatlah Wan nak duduk dalam Exora abah. Huhu. Wan ni mak kepada mak Shakira tau :)

Raya kedua yang ringkas. Bye!

AMRA (Hamdan & Shakira)

Ketika itu, aku dan keluarga pulang ke kampung halaman adik ipar abahku yang ku panggil sebagai 'makngah'. Itulah kali pertama aku menjejakkan kaki sedangkan keluargaku sudah biasa ke sana. Hanya 'makngah' yang aku kenal, adik-beradiknya yang lain memang tidak pernah bersua muka denganku sebelum ini.

"Apahal mamat ni..dok pandang-pandang dari tadi..?" hatiku bertanya sendiri.

Air teh dan biskut yang terhidang depan mata aku jamah perlahan. Sesekali aku melirik padanya. Ternyata dia masih menatapku.

"Aduh..aku jadi tak tentu arah pulak ni..sudah-sudahlah pandang aku ni..aduh.." keluh hatiku lagi.

Dari mula menjamah sehinggalah selesai, si dia masih mencuri pandang ke arahku. Aku pura-pura tidak menyedari tindakannya, sehinggalah aku dan keluarga meminta izin untuk bermalam di sana memandangkan hari sudah gelap.

"Sejuk betul tidur kat kampung ni ya.. kalau dapat tinggal sini best jugak" kataku perlahan ketika sedang bersiap-siap untuk pulang pada keesokkan paginya.

Ketika menunggu abah memanaskan enjin kereta, aku sempat bertanya pada salah seorang adikku mengenai si dia yang memandangkanku semalam. Rupanya lelaki itu ialah adik 'makngah' bernama Hamdan dan biasa di gelar sebagai 'Acu' oleh adik-beradiknya.

"Ohh..ok.." jawabku ringkas.

Sebelum masuk ke dalam kereta, si dia telah meminta nombor telefon adik-adikku. Semua nombor dia minta, kecuali aku. Selesai bersalaman dengan 'makngah' dan keluarganya, kami sekeluarga pun gerak pulang.

"Ayong! Acu kirim salam..!!" jerit salah seorang adikku secara tiba-tiba.

Ayong itu panggilanku di dalam keluarga. Terkejut aku dibuatnya dan jeritan adikku disambut oleh emak pula.

"Amboi... mana tahu tu jodoh kau Ayong.. mak tengok Acu tu baik orangnya, rajin kerja..hormat orang tua.." kata-kata emak telah membuatkan aku berfikir.

"Cinta itu biarlah kerana Allah.. " sahut abahku pula.

Aku berfikir dan berfikir, adakah semua ni gurauan atau kenyataan? Adakah ini takdir yang telah Kau lakar untukku Ya Allah?? Kata-kata abah yang ringkas membuatkan aku teringat pada satu sabda Rasullullah yang mana menyatakan bahawa Allah akan berfirman di Hari Kiamat nanti.

..Di mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini, Aku akan memberikan naungan kepadanya dalam naunganKu di saat tidak ada naungan kecuali naunganKu..

"Ahhh..! si dia main-main je tu.." tegas hatiku dalam-dalam.

Selang beberapa bulan, kami berhubung melalui telefon. Ternyata salah seorang adikku telah memberi nombor telefonku kepadanya.

"Dah dapat nombor aku rupanya mamat ni.." kataku.

Melihatkan caranya yang serius dan menghormatiku, aku membuka hati untuk memberi ruang padanya meluahkan perasaan. Hari demi hari, kami kian akrab.Kami saling berkongsi pendapat dan cerita. Aku selesa dengannya walaupun kami berjauhan dan hanya berhubung melalui telefon.

Dipendekkan cerita, dia telah menghantar 'makngah' dan 'pakngah' sebagai wakil untuk merisikku. Keluargaku menerima kehadiran mereka dengan baik. Seakan tidak percaya aku dirisik oleh seorang lelaki dan hanya Allah yang tahu apa yang kurasakan ketika itu.

"Aku serahkan semuanya padaMu Ya Allah.." bisikku perlahan ketika sedang sibuk menghidang makanan untuk tetamu yang hadir.

Setelah dipersetujui, 23 Disember 2012 telah menjadi saksi majlis pertunangan aku dan si dia yang pernah membuat aku tidak tentu arah ketika direnungnya. Aku percaya pada Qada' dan Qadar. Aku yakin Allah memberkati perkenalan yang amat singkat ini untuk kami lebih mengenali. Segalanya berlaku terlalu pantas dan tanpa disedari, aku dan dia bakal diijab qabul tidak lama lagi. InsyaAllah.

Kini, ikatan pertunangan kami bakal mencecah 8 bulan. Benarlah kata orang, ‘Dari Mata Turun Ke Hati’. Sungguh besar cinta yang Kau hadirkan pada kami, Ya Allah. Kami akan menjaga amanat ini dengan sebaiknya. Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013