Showing posts with label sepupu. Show all posts
Showing posts with label sepupu. Show all posts

Selamat Pengantin Baru Razali & Fiezah



 

Hehe puas tengok gambar? Razali tu pakcik Shakira, adik abah. Fiezah tu pula sepupu Shakira belah mak :) Alhamdulillah selamat diijabkabulkan pada 23 November 2013. Gambar nikah Shakira tak ingat nak snap. Maaf!

Sandingnya pada 24 November 2013, semua gambar kat atas tu gambar malam berinai dan gambar sanding! Semua majlis berlangsung di Felda Mempaga 3, Pahang.

Tahniah my uncle and my cousin. Hehe semoga berbahagia hingga ke akhir nyawa. Dapat baby yang comel. Amin.

Selamat Datang Mohd Amieqail

Ni sepupu Shakira yang baru dilahirkan ke dunia :) Namanya Muhd Amieqail Bin Mohd Tarmizi. Sepupu Shakira yang comel ni anak kepada adik mak Shakira. Senang cerita anak makcik Shakiralah. Hehe.


Comelnya dia. Geram je Shakira tau. Masa pegang hari tu pun takut-takut. Kejap je then suruh mak amek balik. Hehe. Apa-apa pun moga Amikail dapat jadi anak yang soleh buat mama dan abah, juga jadi adik yang baik untuk dua orang abangnya iaitu Mohd Amirul dan Mohd Amizal.

3 hero tau :)

Selamat Pengantin Baru Firdaus & Suriati

Sepupu Shakira ni. Last week sah menjadi suami isteri. Even Shakira tak sihat sangat masa tu, gagahkan juga diri ni balik kampung di Felda Mempaga 2, Pahang. Huhu. Layan gambarlah ya :)









Tema majlis nikahnya putih emas, sandingnya pula pink purple atau pun dalam bahasa melayunya merah jambu ungu. Huhu. Cantik. Minggu depan belah lelaki pula di Felda apa entah namanya, tapi dekat Sabak Bernam. Dekat je. Hehe.

Selamat Pengantin Baru Firdaus dan Suriati. Moga cepat dapat baby ya. Hehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013