Showing posts with label inspirasi. Show all posts
Showing posts with label inspirasi. Show all posts

DIY B2B : Replika Cek Hantaran

Assalamualaikum! Sihat ke korang? Hehe.

Ok, ni suami (dulu tunang le) punya keslah ni. Konon-konon dia teringan nak bagi hantaran nikah berbentuk cek, tanya bank tapi tak boleh ambil sekeping. Kena sebuku! Nak buat apa banyak-banyak katanya :(

So, timbullah idea dalam kepala otak Shakira ni. Hehe untuk DIY kali ni kita memerlukan Photoscape sebagai pembantu ya :) Shakira guna Photoscape dan create satu design berbentuk cek. Siapa tak ada Photoscape tu pergi download cepat! Free je pun. Huhu.


Maaflah ya! Shakira lupa dah berapa saiz yang Shakira guna. Hehe maaf!

Nama Bank -BANK CINTA -

Nama Penerima - Nama pengantin perempuan le -

Ringgit Malaysia - Pandai sendirilah ya -

Amaun - Tak payah mention pun tak apa, nak mention suka hatilah ya :) -

Tarikh - Tarikh Nikah -

No. Cek - Tarikh Nikah -

Yang lain-lain tu ikut pada kreatif sendirilah ya. Asalkan design ceknya tak lari daripada yang asal tau.

Huhu korang kalau malas nak buat copy paste jelah Shakira punya tu. Shakira ikhlas :) Tapi kalau nak lagi real, email kat Shakira ya shakirakyra004@gmail.com tapi jangan korang tak edit pula! Editlah yang bersesuaian dengan details korang.

Dah siap, print out. Potong, letak dalam frame dan bersedialah untuk dibawa ke acara pernikahan :)


Jom DIY lagi! Bye.

DIY B2B : Kasut Nikah

Tak habis-habis lagi dengan review ya? Hehe harap tak ada yang marahlah ya, lagipun kekeringan idea ni. Jadi reviewlah peneman sejati :)

Di harap semua review yang Shakira buat dan bakal buat akan menjadi titik idea atau inspirasi untuk bakal pengantin dekat luar tu. Huhu sekadar berkongsi ilmu. Bolehkan?


Ok hari ni Shakira nak review pasal kasut nikah. Before nikah Shakira ada buat teaser kasut nikah, kan? Seperti gambar di atas. Teaser konon! Hehe jom kita DIY sama-sama.

Bahan-bahan yang diperlukan :

1. Kasut - Shakira beli RM45 je kat Jusco Bukit Raja -

2. Manik - Balance buat hantaran masa bertunang dulu -

3. Gam pistol - Memang dah ada kat rumah -

Senang je, potong takat manik yang kita nak. Gam atas kasut :) Siap dipakai nak pergi nikah! Haha.


JUMLAH KOS : RM45

Shakira pilih kasut yang senang dan simple, boleh pakai balik lepas nikah. Nak jalan-jalan ke, kerja ke. Huhu. Oklah! Tu je buat hari ni. Bye B2B semua :)

Menenangkan Hati Yang Kecewa

Hati sedang kecewa dan terluka? Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang? Di dalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka. Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan. Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata menitis setiap waktu.

Cinta itu ada pasang surutnya. Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.

Namun bukan semua masalah kecewa itu berlaku kerana percintaan dan masalah jodoh. Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain. Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa. Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak-anak.

Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk-rendam dan membuatkan kita merasa lemah. Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah, kita berpura-pura kuat. Kita tersenyum, tapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita? Sampai bila kita harus berpura-pura?

Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan. Ada perasaan lemah dan duka.

 

1. Membaca Surah Yassin

Mungkin selama ini kita kurang membaca Al-Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini. Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang. Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.

Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati. Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah-surah yang lain. Sangat menenangkan hati

Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3 atau lain-lain (teknologi dah canggih sekarangkan)

 

2. Solat Sunat Tahajjud

Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud. Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar

” Sahaja aku solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “
Pada rakaat pertama, bacalah Al-Fatihah diikuti surah Al-Kafirun dan pada rakaat kedua bacalah Al-Fatihah diikuti pula surah Al-Ikhlas. Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.

Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.

Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja. Adukan masalah kita direct kepada Allah. Mintalah ketenangan hati.

** tips mudah untuk bangun tidur **
  • Berwudhuk sebelum tidur
  • Baca Surah Al-Mulk atleast 10 ayat - paling malas :)
  • Baca doa tidur dan niat dalam hati Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu
  • Kunci jam
 

3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir

  • La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
  • Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung)
 Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus juga sampai ke lubuk hati.

 

4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kekecewaan

Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan kita sebak. Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta ataupun kecewa.
Kita ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesak hati betul tak? Jangan menabur garam di atas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh :)

 

5. Sentiasalah Mengingati Allah

Ini yang paling penting sekali. Sentiasa mengingati Allah. Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.

Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa, Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita. Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNya.
“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” (QS Ar-Ra’d : 28)
Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” (QS At-Taubah : 40)

ALLAH loves you no matter what :)

Sumber : AkuIslam.com
 

* Alhamdulillah kad kahwin dah siap, biar dugaan datang dan pergi hati ini tetap cekal menghadapinya InsyaAllah *

Zaman "Anak-anak Sidek"

Teringat masa Shakira dalam lingkungan darjah 3 atau 4 macam tu, cerita Anak-anak Sidek tak pernah lepas. Huhu komik pun sama. Memang larislah jual kat kedai buku sekolah.

Teringat dengan garangnya Haji Sidek dulu, dengan keletah anak-anak bujangnya. Memang kelakar :) Antara kasih-sayang dan disiplin, tu yang dapat Shakira terapkan dari kisah dorang ni.

Korang nak ikut Shakira imbas balik kenangan masa cerita zaman "Anak-anak Sidek"? Jom! Ada banyak lagi kat Youtube tu. Layanlah ya :)




Sumber video : YOUTUBE

Tips Menjadi Pengapit Pengantin Yang Berjaya

Seumur hidup Shakira, tak pernah jadi pengapit pada mana-mana pengantin. Baik yang dirancang mahupun pengapit terjun. Huhu semua tak pernah. Ada jugalah sepupu yang melamar, tapi Shakira tak nak. Entah kenapa pun Shakira tak tahulah. Tapi hari ni Shakira nak kongsikan sedikit tips untuk menjadi pengapit pengantin yang berjaya.

  • Cari ilmu - Buat kamu yang bakal pangapit tu, google je. Banyak-banyak. Tup-tup masuk blog ni :) Ringankan mulut untuk bertanya pada orang yang ada pengalaman sebagai pengapit. Mana tahu ada perkara yang mungkin akan terlepas pandang semasa majlis berlangsung. Pengapit perlu tahu aliran majlis ya.
  • Warna baju - Biasanya kalau pengantin ada lebih budget, pengantin akan sediakan baju untuk si pengapit. Tapi tak kisahlah samada pengantin belikan atau pengapit beli sendiri, warna tu memainkan peranan penting. Tolong jangan pakai baju yang warnanya serupa dengan pengantin. Kalau nak juga sedondon pilihlah warna yang mungkin lebih cair dari pengantin. Apa-apa pun bincang dengan pengantinlah senang :)
  • Design baju - Ni lagi satu kriteria yang perlu dititik beratkan oleh pengapit. Pengantinnya memang dah cantiklah dalam busana pengantin, tapi tiba-tiba ada kain meleret masa berarak. Ingatkan kain pengantin, rupanya si pengapit. Tak ke naya kamu tu ditugaskan untuk jaga pengantin, ni dah jadi satu hal nak membelek kain kamu yang berjela panjang tu. Kesimpulannya, design baju pengapit biar simple. Tu yang seeloknya, sebab kalau dari jauh bajunya mengerlip tetamu akan pandang pengapit je sepanjang majlis tu. Percayalah.
  • Make up - Pengapit biarlah penampilan wajahnya simple. Nampak natural, orang kata manis dipandang. Tu dah cukup. Rasanya pengapit tak perlu kot untuk upah tukang make up untuk touch up wajah tu macam nak pergi dinner gara-gara nak jadi barbie doll :)
  • Tanggungjawab - Pengapit mestilah dah faham apa tugas dan peranan sepanjang majlis. Jaga pengantin, kipaskan pengantin, lap peluh pengantin, saling mengingatkan pengantin, betulkan pakaian pengantin, redakan perasaan pengantin yang memang gemuruh lagi-lagi saat dinikahkan. Barang-barang wajib macam handphone pengantin, kipas dan tisu tu tolong jangan tertinggal ya.
  • Masa makan beradab - Pengapit perlu tau yang mana tanggungjawabnya perlu menyenduk nasi buat pengantin. Jangan pengantin baru nak mita lauk, kamu dah licin sepinggan. Sebaiknya pengapit makan dulu kenyang-kenyang sebelum majlis bermula, sebab tugas kamu sangat-sangat diperlukan selagi pengantin tak suruh balik. Bukan kata pengapit tak boleh nikmati makanan tu, tapi perlu tau yang pengantin lebih memerlukan kamu di saat itu :)
  • Keserasian - Kalau terima lamaran untuk jadi pengapit tu, kaji dulu boleh ke diri tu serasi dengan pengantin. Bukan apa, keserasian itu penting tau. Kang pengantin entah mana pengapit yang duduk kat kerusi pengantin. Naya je. Biar kita sekepala dengan pengantin, supaya kerjasama dan gelak tawa tu jadi natural. Bukan seolah dipaksa atau dibuat-buat. Bayangkan kalau jadi pengapit untuk musuh? :)

Rasanya tu jelah kot tips yang boleh diguna pakai buat kamu-kamu yang bakal bergelar pengapit. Kalau nak jadi pengapit yang berjaya, buatlah apa yang Shakira listkan ni :) Ni cuma pendapat ya, tapi rasanya pendapat ni tak ada siapa nak bantah. Sebab ianya perkara umum, dah memang menjadi tiang sebagai pengapit. Hehe.

Selamat menjadi pengapit :)

# Masih tak pasti siapa bakal pengapitku :(


Sumber gambar : GOOGLE

Blog Persiapan Perkahwinan Ke? ^_^

Hehe tersenyum je tengok keyword yang masuk dalam blog Shakira ni. Kebanyakannya pasal kahwin. Kahwin, kahwin, kahwin. Huhu.

 

Agaknya pembaca yang masuk blog picisan Shakira ni semuanya tengah buat persiapan nak kahwin ya? Hehe. Bukan ada apa sangat pun, perjalanan baru bermula. Blog Shakira ni baru je berusia 4 bulan lebih. Kalau baby 4 bulan tu agaknya baru belajar meniarap kot, tak pun baru nak belajar angkat punggung. Haha.

Tapi seronok jugakan kalau pembaca dah cop kita sebagai tempat mencari inspirasi :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013