Showing posts with label perempuan. Show all posts
Showing posts with label perempuan. Show all posts

Contest Nama Biskut Paling Kreatif

Aiyoooo dah lama betul tak update blog ni. Almost 3 months kot rasanya. Huhu sorry readers!

Tiba-tiba hari ni Shakira muncul dengan contest bagai ni apahal?? Hehe tak adalah, Shakira dapat permintaan dari seorang gadis ni. Dia sibuk buat biskut raya. Wahhh mentang-mentang dah nak puasa ni, tup-tup masuk raya. Tak lama je lagikan? So, dalam sibuk-sibuk dia buat biskut tak tahu pula nak letak nama yang special. Konon-konon nak nama yang lain daripada yang lainlah tu.

So, hadirnya Shakira hari ni nak bikin contest nilah :) Korang nak rasa tak kuih yang dia buat tu? Nak? Ok jom baca dulu syarat-syarat nak join ok!


  • warganegara Malaysia ada blog dan menetap kat Malaysia je
  • buat entry bertajuk "Contest Nama Biskut Paling Kreatif"
  • follow blog Shakira yang dah lama usang ni :) -tiada paksaan-
  • follow blog tuan buat biskut ni Aya Yate -tiada paksaan-
  • copy paste gambar di bawah dan create satu nama paling kreatif untuk gambar biskut tersebut
  • KLU : korang dah biasa dengan nama biskut Snow Almond? Ok, cuba bagi yang lagi gempak dari tu ok!

Submit entry korang kat kotak komen di bawah. Entry lain tak dilayan ok. Due date on 12 May 2014. Apa tunggu lagi, hadiah misteri menanti korang semua! Jom sokong bisnes kawan kita ni dan mana tahu raya tahun ni dapat rasa biskut homemade yang sedap ni :)

Thanks korang dan SELAMAT BERCONTEST gituuu! Huhu.

Hamil?

Assalamualaikum semua. Selamat malam. Ops silap! Dah pagi buta rupanya, 12:13 pagi. Hehe.

Mata tak dapat nak lelap sebab memikirkan tentang hamil. Yalah, pasangan mana yang tak mendambakan zuriat? Shakira pasti kita semua ada naluri macam tu, lagi-lagi si isteri. Betul tak?

Bila dah jadi seorang isteri ni, walaupun baru sebulan bernikah mesti dah terbayang seakan ada nyawa dalam perut. Ya, nyawa seorang insan yang bergelar anak. Huhu rasa sayu je taip entry ni. Nada mengharap :(

Shakira dah seminggu tahan sakit perut. Angin penuh je rasa. Jap-jap kentut, sendawa. Hmm sakit tau tak? Bila angin mula berombak je, mulalah terasa loya tekak ni. Bila dah loya, nak muntah. Setakat ni shakira dah 2 hari muntah waktu pagi. Pagi kelmarin dan semalam.

Hmm tapi angin-angin pun Shakira kuat makan. Sejak perut berangin ni, pagi petang siang malam asyik lapar je. Lapar lain macam je rasa. Makan semua yang berat pula tu. Roti biskut letak tepi. Haha.

Hmm lagi satu sejak dua menjak ni, asyik lenguh-lenguh je satu badan. Lenguhnya macam lenguh masa nak datang period. Tapi Shakira tak pernah rasa selenguh ni. Lenguh dari atas sampai bawah. Hmm. Tu tanda hamil ke?

Tak apalah, Shakira ni memang tengah menunggu period ni. Jangkanya dalam 14hb atau 15hb Jan ni. Sebab last month period 18hb Dis. Hmm entahlah. Shakira tak nak terlalu berfikir sebenarnya, tapi otak ni tak dapat nak lari dari berfikir. Hehe entah kenapa. Dengan terngiang-ngiang mak Shakira kata badan Shakira ni nampak macam orang mengandung. Mungkin tu naluri seorang ibukan? Hehe mana tau masin mulut mak. Amin. Doakan ya semua.

Oklah. En Hamdan dah menjeling suruh tidur. Hehe bye!


Hadiah Perkahwinan Yang Pertama :)

Mesej masuk..

"Kyra..ada rumah tak malam ni?"

Mesej dibalas..

"Ada.. Kenapa?"

Mesej seterusnya diterima..

"Hehe..aku datang dalam 8 lebih..dah sampai aku call ko"

Sampai-sampai je tengok insan yang mesej tu datang bawa hadiah! Haha rupanya dia tak dapat datang majlis Shakira nanti. Sedihnya. Dia student, terpaksa balik Arau malam tu juga (malam Ahad lepas) :(

Namanya Ieda. Satu dorm dengan Shakira dan Hijanah juga masa zaman sekolah teknik dulu. Peluk semalam air mata berjujuran lagi sekali. Oh no! Memang lembutkan hati Shakira ni? Haha perasan! Nilah hadiahnya.


Akanku buka hadiah ni lepas selesai majlis ya. Thanks Ieda, love you! Study baik-baik. Pray for me dear, i am gonna miss you :)

Selamat Pengantin Baru Zahir & Hijanah

Hehe tak menang tangan nak update pasal orang kahwin ni :)

Jom layan gambar masa nikah dorang pada 29 November 2013 di Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar. Masa sanding Shakira tak dapat datang sebab busy kemas rumah. Ehem-ehem! Almaklumlah kita pun busy nak majlis. Hehe.


Baju kelabu yang tengah main handphone tu kenal tak? Hehe tu kakak Hijanah ni, wartawan baru kat Astro Arena :)


Hijanah ni sahabat Shakira dari zaman sekolah teknik lagi. Satu dorm pula tu, kitorang memang rapat even ada juga gaduh-gaduh. Huhu tu standardlah. Apa-apa pun tahniah buat Hijanah dan suaminya Zahir. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu :)

Sikap Lelaki & Perempuan

(L) Mempunyai ego tersendiri yang menyebabkan sukar untuk menerima pertolongan orang lain dan pandangan orang lain terutama sekali pasangannya.
(P) Mudah menerima dan terpengaruh dengan dengan pandangan orang lain lebih-lebih lagi dengan orang yang dicintainya.

(L) Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda-tanda tidak bermaruah atau berprinsip.
(P) Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yang tidak berbelah bagi.

(L) Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yg berlaku di depan mata.
(P) Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya orang yang disayangi.

(L)  Suka menyendiri dan menjauhkan diri apabila berada dalam keadaan tertekan.
(P)  Suka bercerita kepada orang lain tentang masalah yang sedang dihadapi dengan harapan mendapat simpati.

(L)  Mempunyai emosi seperti getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap sahaja.
(P)  Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yang lambat reda.

(L) Biasanya suka memberi arahan, mempunyai sikap seperti ketua yang berkuasa.
(P) Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.

(L) Bersikap pemurah atau boros.
(P) Bersikap kedekut atau jimat.

(L) Mempunyai fikiran bersifat makro iaitu melihat sesuatu secara keseluruhan.
(P) Mempunyai penilaian bersifat makro iaitu melihat seustu secara terperinci.

(L) Tidak fokus kepada sesuatu perkara.
(P) Fokus kepada sesuatu perkara.

(L) Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel.
(P) Cinta sepenuh hati dan setia pada yang satu.

(L) Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imejnya tergugat.
(P) Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imejnya tergugat.

(L) Kurang teliti semasa berkomunikasi tetapi cepat memberi pendapat.
(P) Mendengar dengan teliti sebelum membuat keputusan.

(L) Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.
(P) Lebih banyak menumpukan kepada aspek perasaan dan kemanusiaan.

(L) Meminta bantuan kerana malas atau tidak berdaya.
(P) Meminta dan memberi bantuan tanda sayang dan ingin bermanja.

(L) Akan melawan dan menjauhkan diri diam seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.
(P) Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.

(L) Tidak suka bercakap tentang pasangannya.
(P) Suka bercakap dan memuji pasangan sebagai tanda menghormatinya.

(L) Agak berat untuk meminta maaf dan mengaku kesalahan.
(P) Cepat dan mudah meminta maaf.

(L) Dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran.
(P) Sentiasa risau apabila menghadapi kesukaran.

(L) Suka MEMBUAT keputusan.
(P) Suka MENGIKUT keputusan.

* tak pasti pula ni FAKTA atau AUTA. Sumber pun Shakira dah tak ingat dari mana :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013