Showing posts with label nikah. Show all posts
Showing posts with label nikah. Show all posts

DIY B2B : Replika Cek Hantaran

Assalamualaikum! Sihat ke korang? Hehe.

Ok, ni suami (dulu tunang le) punya keslah ni. Konon-konon dia teringan nak bagi hantaran nikah berbentuk cek, tanya bank tapi tak boleh ambil sekeping. Kena sebuku! Nak buat apa banyak-banyak katanya :(

So, timbullah idea dalam kepala otak Shakira ni. Hehe untuk DIY kali ni kita memerlukan Photoscape sebagai pembantu ya :) Shakira guna Photoscape dan create satu design berbentuk cek. Siapa tak ada Photoscape tu pergi download cepat! Free je pun. Huhu.


Maaflah ya! Shakira lupa dah berapa saiz yang Shakira guna. Hehe maaf!

Nama Bank -BANK CINTA -

Nama Penerima - Nama pengantin perempuan le -

Ringgit Malaysia - Pandai sendirilah ya -

Amaun - Tak payah mention pun tak apa, nak mention suka hatilah ya :) -

Tarikh - Tarikh Nikah -

No. Cek - Tarikh Nikah -

Yang lain-lain tu ikut pada kreatif sendirilah ya. Asalkan design ceknya tak lari daripada yang asal tau.

Huhu korang kalau malas nak buat copy paste jelah Shakira punya tu. Shakira ikhlas :) Tapi kalau nak lagi real, email kat Shakira ya shakirakyra004@gmail.com tapi jangan korang tak edit pula! Editlah yang bersesuaian dengan details korang.

Dah siap, print out. Potong, letak dalam frame dan bersedialah untuk dibawa ke acara pernikahan :)


Jom DIY lagi! Bye.

DIY B2B : Kasut Nikah

Tak habis-habis lagi dengan review ya? Hehe harap tak ada yang marahlah ya, lagipun kekeringan idea ni. Jadi reviewlah peneman sejati :)

Di harap semua review yang Shakira buat dan bakal buat akan menjadi titik idea atau inspirasi untuk bakal pengantin dekat luar tu. Huhu sekadar berkongsi ilmu. Bolehkan?


Ok hari ni Shakira nak review pasal kasut nikah. Before nikah Shakira ada buat teaser kasut nikah, kan? Seperti gambar di atas. Teaser konon! Hehe jom kita DIY sama-sama.

Bahan-bahan yang diperlukan :

1. Kasut - Shakira beli RM45 je kat Jusco Bukit Raja -

2. Manik - Balance buat hantaran masa bertunang dulu -

3. Gam pistol - Memang dah ada kat rumah -

Senang je, potong takat manik yang kita nak. Gam atas kasut :) Siap dipakai nak pergi nikah! Haha.


JUMLAH KOS : RM45

Shakira pilih kasut yang senang dan simple, boleh pakai balik lepas nikah. Nak jalan-jalan ke, kerja ke. Huhu. Oklah! Tu je buat hari ni. Bye B2B semua :)

DIY B2B : Bunga Tangan Nikah

MY WEDDING REVIEW : Inai Henna Baju & Veil Nikah

Hari ni Shakira nak review pasal bunga tangan masa Shakira nikah hari tu. Simple je, murah pula tu. Guna bahan yang ada je :)

Bahan-bahan yang digunakan seperti berikut :

1. Bunga span - Shakira guna bunga yang digunakan masa hantaran bertunang dulu -

2. Reben kuning & pink - lebihan yang digunakan masa hantaran bertunang dulu -

3. Pita pelekat hijau - lebihan yang digunakan masa hantaran bertunang dulu -

4. Manik - lebihan yang digunakan masa hantaran bertunang dulu -

Sorry tak ada gambar semasa pembikinan. Hehe cantum semua bunga tu tup-tuyp dah siap :)


Pendek kata semuanya bahan dari hantaran masa bertunang dulu je :)


JUMLAH KOS : RM0.00

Rajin dan semangatlah men-DIY ya B2B semua! Bye.

My Wedding Review : Baju & Veil Nikah

MY WEDDING REVIEW : INAI HENNA

Untuk baju, memang Shakira dah decide awal-awal nak buat baju kurung biasa. Tapi nak nampak kelainan sikit. Lain macam mana tu ya?
Hehe inspirasi datang dari design di atas, maaflah Shakira tak ingat mana Shakira dapat gambar ni. Google je terus save :)

Shakira dan suami memang dah siap beli kain untuk hantaran bertunang dulu. Awalkan? Hehe malas nak pening-pening. Beli sama-sama dekat Jakel Shah Alam. Oklah kat sana. Pelayan pun baik, peramah dan boleh layan keranah kita kalau kita tak berapa berkenan dengan apa yang ditunjuk. Hehe.

Shakira hantar jahit baju nikah Shakira dekat Butik Elegant Bridal. Lokasi Pandamaran Klang. Kak Ita owner dia memang sporting, siap sedia terima design dan jahit ikut apa kita nak. Masa tu Shakira memang plan nak hantar baju suami sekali, tapi tempahan penuh. Kak Ita boleh ambil baju Shakira je, so baju nikah suami dijahit oleh salah satu kedai dekat Plaza Alam Sentral Shah Alam. Tak ingat dah apa namanya. Hehe dah lama sangat :)

Memang tak ada masalah langsung, semuanya siap pada masa yang dijanjikan. Alhamdulillah. Veil nikah, corak yang memang tersedia. Kak Ita tinggal potong dan jahit jadikan bentuk veil je. Senang. Hehe. Yang paling Shakira suka, veil ni kain chiffon, macam kain nikah juga. Teksturnya nampak berat dan jatuh ke bawah :)


Baju suami Shakira pilih batu untuk di suai padan di leher dan pergelangan tangan. Warna batu tu putih dan maroon, sebab nak sesuaikan dengan manik-manik yang sedia ada kat baju Shakira. Batu tu ringan je, macam manik. So, tak mendatangkan kesukaran bila suami memakainya. Hehe.


Coklat? Kenapa warna coklat untuk nikah? Hehe saja. Konon-konon tema kelahiran. Kamikan bernikah, jadi kami masuk fasa atau hidup yang baru :) That's why coklat menjadi tema nikah. Huhu poyo gila!


Ok. Till here, bye!

My Wedding Review : Inai Henna

Dah nak dekat 5 bulan nikah baru terhegeh-hegeh nak update pasal kahwin ya? Heee apa nak buat, masa dan malas menguasai diri. Ok tak apa, Shakira akan cuba juga update slow-slow ya :)

Hari ni Shakira nak review pasal inai or henna. Shakira amek pakej dari Inai Henna Eren or most knownly as Inai Henna By Eren. Ownernya Kak Eren, tinggal area Klang.

Macam biasalah, sebelum tangan dan kaki diconteng-conteng, haruslah belek-belek contoh design yang ada. Shakira pilih motif bunga ala-ala rama-rama. Haha sebenarnya tak wujud pun istilah tu, saja nak namakan macam tu :)


Gambar yang Shakira snap pakai fon sendiri ni gambar sebelum dicuci, serius tak payah basuh pun sebenarnya. Tapi takkan tak solat pulakan? Hehe inai Kak Eren ni sekejap je kering dan terkopek sendiri. Best, i like it. Inai ni kat kuku tangan last week baru habis riwayat. Tapi kat kuku kaki still ada, dah oren-oren sikit. Lamakan inai Kak Eren ni bertahan?

So, Shakira recommend sangat pada B2B kat luar tu lagi-lagi yang tinggal area Klang. Kak Eren boleh datang rumah tau. Harga dengan Kak Eren ni pun berpatutan. Sanak saudara dan jiran pun boleh tumpang sekali kalau ni berinai sama. Hehe.


Ni gambar masa sarung kasut nak ke masjid. Hehe. Oklah tu je rasanya Shakira nak kongsi hari ni, doakan esok lusa Shakira ada kerajinan buat review lagi ya :) Bye!

Nota Kaki : Contest Nama Biskut Paling Kreatif masih berjalan lancar ya, jom ramai-ramai mengkreatifkan minda! Due date 12/5/2014.

Hamil?

Assalamualaikum semua. Selamat malam. Ops silap! Dah pagi buta rupanya, 12:13 pagi. Hehe.

Mata tak dapat nak lelap sebab memikirkan tentang hamil. Yalah, pasangan mana yang tak mendambakan zuriat? Shakira pasti kita semua ada naluri macam tu, lagi-lagi si isteri. Betul tak?

Bila dah jadi seorang isteri ni, walaupun baru sebulan bernikah mesti dah terbayang seakan ada nyawa dalam perut. Ya, nyawa seorang insan yang bergelar anak. Huhu rasa sayu je taip entry ni. Nada mengharap :(

Shakira dah seminggu tahan sakit perut. Angin penuh je rasa. Jap-jap kentut, sendawa. Hmm sakit tau tak? Bila angin mula berombak je, mulalah terasa loya tekak ni. Bila dah loya, nak muntah. Setakat ni shakira dah 2 hari muntah waktu pagi. Pagi kelmarin dan semalam.

Hmm tapi angin-angin pun Shakira kuat makan. Sejak perut berangin ni, pagi petang siang malam asyik lapar je. Lapar lain macam je rasa. Makan semua yang berat pula tu. Roti biskut letak tepi. Haha.

Hmm lagi satu sejak dua menjak ni, asyik lenguh-lenguh je satu badan. Lenguhnya macam lenguh masa nak datang period. Tapi Shakira tak pernah rasa selenguh ni. Lenguh dari atas sampai bawah. Hmm. Tu tanda hamil ke?

Tak apalah, Shakira ni memang tengah menunggu period ni. Jangkanya dalam 14hb atau 15hb Jan ni. Sebab last month period 18hb Dis. Hmm entahlah. Shakira tak nak terlalu berfikir sebenarnya, tapi otak ni tak dapat nak lari dari berfikir. Hehe entah kenapa. Dengan terngiang-ngiang mak Shakira kata badan Shakira ni nampak macam orang mengandung. Mungkin tu naluri seorang ibukan? Hehe mana tau masin mulut mak. Amin. Doakan ya semua.

Oklah. En Hamdan dah menjeling suruh tidur. Hehe bye!


UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN NURSHAKIRA & HAMDAN

“BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..YA ALLAH YA TUHAN KAMI..JADIKAN RUMAHTANGGA KEDUA MEMPELAI INI SEINDAH RUMAHTANGGA ADAM DAN HAWA, SETABAH IBRAHIM DAN HAJAR, SEBAHAGIA YUSOF DAN ZULAIKHA, SESETIA SULAIMAN DAN BALQIS SERTA SESUCI MUHAMMAD DAN KHADIJAH..MURAHKANLAH REZEKI MEREKA, PANJANGKANLAH UMUR MEREKA, DEKATKAN MEREKA DENGAN KEBAIKAN, JAUHKAN MEREKA DENGAN KEBURUKAN DAN KURNIAKANLAH MEREKA KESENANGAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT..”


DENGAN LAFAZ TAHMID DAN PENUH KESYUKURAN KE HADRAT ILLAHI, SAYA NURSHAKIRA BINTI ABDUL HALIM DAN PASANGAN HAMDAN BIN SHUIBON INGIN MENJEMPUT SAHABAT BLOGGER YANG MENGENALI DIRI INI BAGI MENYEMPURNAKAN MAJLIS PERKAHWINAN KAMI SEPERTI MAKLUMAT BERIKUT

LOKASI MAJLIS
CG-4, AMAZING HEIGHTS, JALAN UDANG KARA, 41250 SG. UDANG, KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN
TARIKH
8 DISEMBER 2013 (AHAD) BERSAMAAN 5 SAFAR 1435H
JAMUAN MAKAN
11 PAGI – 4 PETANG
BERSANDING
1.30 TENGAHARI

# JIKA ADA ANTARA KITA YANG TIDAK SENANG DENGAN UNDANGAN MELALUI ATAS TALIAN DAN MEMERLUKAN KAD, SILA EMAIL ALAMAT RUMAH. JIKA YANG MAHUKAN SOFTCOPY PETA SAHAJA JUGA BOLEH EMAIL. EMAILKAN KE shakirakyra004@gmail.com :)

SEMOGA DENGAN KEHADIRAN SEMUA AKAN MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS PENYATUAN DUA HATI INI DAN MENDAPAT KEBERKATAN DARI ALLAH S.W.T. INSYAALLAH.

Teaser B2B : Kasut Nikah

Ok, this is teaser of my kasut nikah. Biasa je. Harganya RM45, beli siap-siap jadikan barang hantaran tunang hari tu. Beli kat Jusco Bukit Raja brand apa entah. Memang cepat lupa kalau cap ayam punya. Huhu tu je yang mampu :)


Simple and sedap mata Shakira memandang. Boleh pakai pergi kerja lepas sah! Tapi apa kaitan dengan manik-manik tu? Haha adalah projeknya, dah nama pun B2B. Tunggu :)

Teaser B2B : Sampin Nikah

Minggu lepas Shakira setel belikan En Hamdan sampin untuk dipakai masa nikah. Sebenarnya masa tunang tahun lepas, memang Jakel dah bagi free masa beli kain pasang kat sana dan kitorang pun dah siap-siap buat sebagai hantaran masa tunang. Tapi En Hamdan tak minat! Haha cerewet juga tunang Shakira ni ya :)

Sebenarnya En Hamdan kata dia nak beli sendiri kat area rumah dia. Tapi Shakira dah belikan dulu. Huhu.


Kenapa kabur tak jelas? Memanglah! Nikan teaser, tak supriselah tunjuk semua. Huhu Shakira puas hati, sebab harganya RM50 je. Tapi sampinnya memang cantik. Kena dengan baju nikah nanti. Shakira dah hantar gambar kat En Hamdan, dia terus call dan cakap suka! Huhu senangnya hati.

Ok done pasal sampin! Jangan lupa ya En Hamdan, ganti balik RM50. Dah janjikan? Haha.

6 Bulan Lagi

Hai korang.

Tengok ticker date Shakira kat atas tu tak? Genap 6 bulan je lagi ni. Alhamdulillah tinggal 6 bulan lagi untuk Shakira dan En. Hamdan membuat persiapan. Ya Allah, permudahkanlah segalanya.


Amin.

Sumber gambar : GOOGLE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013