My Wedding Review : Inai Henna

Dah nak dekat 5 bulan nikah baru terhegeh-hegeh nak update pasal kahwin ya? Heee apa nak buat, masa dan malas menguasai diri. Ok tak apa, Shakira akan cuba juga update slow-slow ya :)

Hari ni Shakira nak review pasal inai or henna. Shakira amek pakej dari Inai Henna Eren or most knownly as Inai Henna By Eren. Ownernya Kak Eren, tinggal area Klang.

Macam biasalah, sebelum tangan dan kaki diconteng-conteng, haruslah belek-belek contoh design yang ada. Shakira pilih motif bunga ala-ala rama-rama. Haha sebenarnya tak wujud pun istilah tu, saja nak namakan macam tu :)


Gambar yang Shakira snap pakai fon sendiri ni gambar sebelum dicuci, serius tak payah basuh pun sebenarnya. Tapi takkan tak solat pulakan? Hehe inai Kak Eren ni sekejap je kering dan terkopek sendiri. Best, i like it. Inai ni kat kuku tangan last week baru habis riwayat. Tapi kat kuku kaki still ada, dah oren-oren sikit. Lamakan inai Kak Eren ni bertahan?

So, Shakira recommend sangat pada B2B kat luar tu lagi-lagi yang tinggal area Klang. Kak Eren boleh datang rumah tau. Harga dengan Kak Eren ni pun berpatutan. Sanak saudara dan jiran pun boleh tumpang sekali kalau ni berinai sama. Hehe.


Ni gambar masa sarung kasut nak ke masjid. Hehe. Oklah tu je rasanya Shakira nak kongsi hari ni, doakan esok lusa Shakira ada kerajinan buat review lagi ya :) Bye!

Nota Kaki : Contest Nama Biskut Paling Kreatif masih berjalan lancar ya, jom ramai-ramai mengkreatifkan minda! Due date 12/5/2014.

5 comments:

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

Cantiknyaaaaaaaaaaaa... ena baru sekali try pakai henna ukir2 ni...

lia said...

wahhhh pekat nyer inai... akak suka tgk inai pekat2 gini... kalau warna ala2 tu, alaaaaahai sendu negoknyer ...

nor_farihan said...

cantiknya hehe

PeRdU cINta said...

Nampak bersemangat warna inainya..cantik..puas hati..

::EIDA:: said...

cantik henna! akak dulu xde henna bungabunga ukir ukir gini hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013