Showing posts with label ramadhan 2013. Show all posts
Showing posts with label ramadhan 2013. Show all posts

Ramadhan Yang Hilang

Hari ni Shakira halfday kerja, tengahari kang dah boleh balik. Maka bermulalah journey of cuti Shakira. Hehe cuti sampai Selasa depan. InsyaAllah.

Tajuk dah macam cerita pukul 10 malam kat TV3 tu ya? Hehe sesuai dengan entry Shakira pagi ni.

Ringkas. Ramadhan dah makin meninggalkan kita, sayu pula hati. Tak apalah, dah fitrah dalam dunia. Apa atau siapa yang datang, pasti akan pergi dan hilang. Ada rezeki InsyaAllah kembali lagi pada waktu yang telah ditakdirkan.


Syawal bakal menjelma. InsyaAllah sinaran keberkatan dari Allah akan hadir sebab kita semua dah menang melawan hawa nafsu selama berpuasa. Amin.


Sumber gambar : GOOGLE

Iftar Bersama Para Blogger

Amaran entry banyak gambar disebabkan tahap kemalasan nak mengedit yang tinggi. Harap bersabar. Hehe.

Selamat pagi semua. Huhu malas nak menaip panjang, biar gambar yang menceritakan segalanya. Haha even snap by fon yang murah je. Semalam Shakira join Iftar Bersama Blogger di Restoran Tupai-Tupai Seksyen 13, Shah Alam. Jom layan gambar!


































Tak puas? Ok jom pergi facebook Shakira, kat situ banyak sangat gambar tambah2 dengan yang di tag lagi. Hehe. Kesimpulannya best sangat2 semalam dengan makanan yang sedap2 semuanya! Nampak tak Shakira dengan blogger famous tu, Kak Yuyu Zulaikha! Hehe i like! Paling syok di interview nama dan blog di bawah sinaran lampu minyak tanah. Haha! Semalam Shakira rasa ada lebih kurang 30 blogger :)

Oklah, penat semalam tak habis lagi, apa2 pun semalam memang superb sangat. Baru first time jumpa, tapi masing2 dah macam kenal lama! Semua kepala gila2, boleh masuklah dengan Shakira! Hehe blogger Broframestone ada buat entry khas for my adik semalam tau, baca sini. Hehe thanks bro!

Hope dapat join lagi event2 yang gempak macam semalam! Jangan lupa roger2 Shakira ya. Hehe bye!

Persediaan Menghadapi Ramadhan

Hari ni 8 Julai 2013. Bermakna lagi dua hari Ramadhan akan tiba. Subhanallah cepatnya masa berlalukan?


Hari ni Shakira nak share dengan blogger semua perkara asas untuk kita menghadapi bulan Ramadhan. Shakira tak ingat mana Shakira dapat artikel ni, tapi Shakira masih ingat dan hari ni Shakira nak sebarkan lagi artikel tuan asalnya. Hehe. Tak apa, perkara baik kita kena kongsi sama2. InsyaAllah Allah akan memberkati kita semua. Amin.

Iman
  • Mestilah taubat yang benar
  • Sentiasa berdoa Allahumma Balighna Ramadhan
  • Perbanyakkan puasa di bulan Syaaban
  • Membaca Al-Quran
  • Bermujahadah untuk beribadat di waktu malam
  • Berzikir setiap masa
Ilmu
  • Membaca buku2 Feqah mengenai puasa
  • Membaca buku2 penyucian jiwa
  • Mendengar ceramah2 tentang Ramadhan
  • Mengulangkaji surah2 yang dihafal sebagai persediaan solat samada sebagai Imam atau Makmum
Dakwah
  • Bersedia memberi tazkirah
  • Mengingatkan orang lain tentang Ramadhan
  • Memberi hadiah Ramadhan kepada rakan2 atau keluarga dengan niat kerana Allah
Keluarga
  • Membuat persediaan menyambut Ramadhan bersama keluarga
  • Membaca buku atau risalah berkaitan Ramadhan bersama keluarga
Keazaman
  • Membuka lembaran hidup yang baru
  • Menjadikan hari2 dalam bulan Ramadhan lebih baik daripada hari2 bulan biasa
  • Sentiasa memakmurkan rumah Allah
  • Membersihkan puasa daripada perkara2 yang mengotorkannya
  • Menghadirkan niat untuk beramal soleh di bulan Ramadhan
  • Sentiasa berlapang dada
Jihad
  • Bersungguh2 melawan nafsu
  • Menahan diri daripada berlebihan dalam berbelanja
  • Menjaga lidah daripada sebutan yang keji
  • Menahan syahwat daripada perkara yang haram
  • Membaut semakan amalan yang telah dilaksanakan dalam bulan Ramadhan

Ok, tu serba-sedikit yang Shakira ingat. Lagi 2 hari ni, Shakira harap kita sama2 berlapang dada menanti saat pintu Syurga di buka seluas2nya ni. InsyaAllah puasa kita diterima Allah.

Selamat menyambut Ramadhan ya!

Ramadhan Vs Kanak2

Selamat pagi semua!

Lagi seminggu lebih je kita semua nak berpuasakan? Hehe.


Menempuh bulan Ramadhan memang satu saat yang paling seronok. Imbas balik kenangan belajar berpuasa masa zaman kanak2 Shakira dulu. Hari ni puasa penuh, esok sekerat hari pula. Huhu indah kenangan tu kan?

Balik sekolah jalan kaki, haus. Sampai rumah Shakira buat muka kesian, mak bagi buka puasa. Wahh masa tu rasa best sangat! Kelakar pun ada bila fikir balik. Huhu. Kalau mak tak bagi, Shakira pergi buka peti ais duduk kat peti ais tu lama2. Konon nak dapat kesejukan peti ais tu. Haha macam2!

Masuk waktu berbuka puasa, cepat2 duduk depan juadah. Mengalahkan orang yang berpuasa penuh! Haha semua tu kenangan masa lalu Shakira. Agak2 kalau sekarang nak buat perangai macam tu, mak bagi tak? Memang kena baling dengan penyapulah jawabnya. Hehe. Shakira pasti kenangan korang masa berpuasa dulu2 pun lebih kurang dengan Shakira. Betul tak? Huhu.

Ramadhan dah nak hampir ni, masing2 bersiap-sedia dari pelbagai segi. Moga kita semua dapat menyempurnakan tanggungjawab berpuasa ini dengan sebaiknya. InsyaAllah Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013