Shakira & Denggi Part 3

Baca sini dulu :)
Shakira & Denggi Part 1
Shakira & Denggi Part 2

23 Julai 2013
Yeah! Pagi yang sangat best! Tidur malam tadinya pun tersangatlah lena. Haha semua gara-gara doktor dah janji yang Shakira boleh keluar pagi tu. Pagi-pagi juga doktor yang semalam nak cucuk Shakira semula tu datang bawa result darah, dan buat pemeriksaan tekanan darah untuk kali terakhir sebagai pengesahan. Rasa nak melompat je dari atas katil tu bila doktor kata confirm Shakira boleh check out. Huhu. Seronok sangat Allah je tahu.


Pagi-pagi Shakira dah berkemas tau. Pergi wad adik, dia pun dapat good news yang sama. Huhu senang untuk mak abah juga, ambil kitorang sekali terus. Betul tak?


Call abah bagitahu dah boleh balik sekali dengan adik. Mak abah sampai hospital kalau tak silap pukul 11 pagi macam tu. Tanya nurse tu berapa nak kena bayar, kononnya Shakira nak standby la pergi cucuk duit kat ATM luar. Hehe rupanya free je. Tak payah bayar untuk pesakit denggi. Huhu alhamdulillah!

Sebelum tali kat pergelangan Shakira ni dipotong, Shakira salam jiran-jiran sebelah katil. Rasa sayu pula tiba-tiba menyerang. Lagi-lagi akak sebelah katil Shakira tu sakit teruk. Otaknya dijangkiti kuman. Masa Shakira mula masuk, dia dah dua minggu kat dalam wad. Kesian dia. Shakira harap akak tu kuat dan cepat sembuh.


Tamat sudah kenangan Shakira menjadi pesakit denggi di Hosptial Besar Klang selama 4 hari :) Alhamdulillah sekarang dah sihat dan boleh bekerja macam biasa. Adik Shakira pun sama, dah pergi sekolah macam biasa. Amin. Huhu tapi rasa janggal pula dah seminggu tak masuk office, bila dah masuk bos suruh isi form cuti untuk raya. Haha a lots of cuti jawabnya, tak apa Annual Leave sedia membantu :)

Nasib Baik Bukan Lucah

Wahhhh tajuk Shakira pagi-pagi ni bukan main. Hehe but dont judge the book from its cover only ya! And please baca entry Shakira ni sampai habis baru kata "oooooooo".


Korang mesti kenal dorang punya, Alvin dan juga Vivian. Tujuan Shakira bukan nak burukkan siapa-siapa ya. Tapi nak cerita malam tadi punya mimpi. Jeng3! Haha nak tau apa kaitan dorang berdua ni dengan mimpi Shakira tak? Teruskan bacaan.

Macam ni. Secara realitinya memang Shakira ada bisnes biskut raya sekarang ni, yalah musim nak rayakan. Entah macam mana malam tadi boleh pula mimpi dorang berdua datang nak beli biskut raya. Harga yang Shakira jual realitinya RM19 satu bekas, dalam mimpi tu boleh pula dorang minta RM10 satu bekas dengan alasan dorang nak beli 30 bekas. Haha.

Shakira pun dengan semangat call mak tanya boleh tak jual dengan harga macam tu sebab dorang nak beli banyak. Mak pun laju je bagi respon positif, mak cakap boleh. Macam lipas kudunglah Shakira membungkus 30 bekas biskut raya tu. Huhu semangat berniaga!

Tiba-tiba Shakira rasa sakit sangat dekat kepala ni, rupanya terhantuk kat tepi katil. Adoyai, cerita mimpi tak habis lagi! Kacau betullah katil ni. Tapi bersyukur jugalah sebab dorang berdua ni kan famous dengan adegan-adegan SENONOH sangat secara realitinya dalam setiap video dan blog dorang. Nasib baik dorang tak buat aksi lucah tu dalam mimpi Shakira. Haha.

Tapi otak ni dok fikir kenapa boleh jadikan dorang pelakon utama dalam mimpi malam tadi eh? Hmm mungkin sebab petang semalam Shakira ada tengok video maaf dari dorang kat Youtube. Mungkin tu yang kesannya sampai termimpikan dorang. Haha macam-macam!


Sumber gambar : GOOGLE

Shakira & Denggi Part 2

Baca sini dulu :)

21 Julai 2013
Hari Ahad. Macam biasa start dari masuk wad tu, 1 hari mesti kena amek darah 4 kali. Kalau digodek-godek tapi urat tak membantu, dicucuknya lagi. Huhu tahap kesabaran memang menggunung sangat masa kena tahan wad pasal denggi ni tau! Doktor-doktor semua ok, tapi adalah seoarang dua yang tengah praktikal. Dicucuknya tangan Shakira ni, cari darah tak dapat-dapat. Disodok ke kiri, ke kanan pula. Senyum jelah mampu, ikut hati rasa nak lepuk je. Haha.

Alhamdulillah ramai saudara yang datang melawat Shakira dan adik masa tu. Tapi maaflah gambar tak ada dalam simpanan Shakira. Semua keluarkan gadget masing-masing sebab nak ambil gambar artis tengah sakit ni. Hehe so artis ni pun lupa nak minta transfer :)

22 Julai 2013
Dah hari Isnin, perasaan nak balik memang membuak-buak. Tapi tengok tekanan darah tak tinggi-tinggi pun, sabar je. Dalam hati berzikir je pada Allah sebab nak balik sangat, tak mampu nak tahan sakit dengan jarum lagi.



Air kosong, air 100 Plus dah berbotol-botol Shakira telan. Rasa nak muntah pun ada, sebab perut penuh dengan air je. Tapi apa nak buat, tu je ubat untuk pesakit denggi. Hehe doktor datang tanya dah minum belum. Minum banyak tak. Kencing hari ni berapa banyak, buang air besar ok tak. Tu je soalan dia yang buat rasa kepala ni tak mampu nak angguk lagi. Tapi alhamdulillah pagi tu, ada satu doktor datang buka jarum yang besar kat tangan kanan Shakira ni. Dia kata dah tak payah masuk air lagi. Syukur sangat.

Makan memang tak ada selera langsung. Makanan yang disediakan pihak hospital pun Shakira tengok je, tak mampu nak telan walaupun sikit. Huhu mak datang bawa anggur, roti dan macam-macam. Hehe tu pun Shakira usik sikit je. Tunang datang bawa bubur McD dan coklat cadbury, Shakira telan jugalah sebab dah ala-ala mengidam. Sampai adik-adik Shakira yang datang malawat pesan, kalau Shakira tak habis bagi dorang. Haha macam-macam!

Malam tu lepas result darah keluar, doktor sahkan yang Shakira perlu cucuk semula jarum dan masuk air. Ya Rabbi, kalau korang nak gelak dipersilakan ya. Tapi malam tu Shakira menangis merayu kat doktor tu yang Shakira tak nak masuk air lagi. Shakira sorokkan tangan Shakira tau! Haha rasa macam budak-budak sangat masa tu. Tapi serius mati-matian Shakira kata tak nak walaupun doktor tu paksa juga!

Tak lama lepas tu datang satu lagi doktor, dia pujuk dan suruh Shakira minum air dengan lebih banyak lagi kalau tak nak kena masuk air. Shakira sanggup ok! Haha Shakira minum sebanyaknya. Shakira tak rela tangan ni sakit dicucuk lagi. Kalau ingatkan balik memang terasa malu, tapi apa nak buat. Sakit woi! Huhu.

Sistem Faraid

Perkataan Faraid dari segi bahasa mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan. Menurut Istilah Syarak pula, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia dan tidak meninggalkan wasiat sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri, suami, ibu, dll), menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan kepada waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak dengan pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenarkan oleh Syarak. Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah :
  1. Tanah
  2. Bangunan (rumah)
  3. Barang kemas (emas, perak, dll)
  4. Insurans dan wang tunai (samada dilaburkan atau tidak)
  5. Binatang ternakan (kambing, lembu, unta, kerbau, dll)
Terdapat 15 ahli waris dari pihak lelaki dan 10 ahli pihak perempuan yang utama dan layak menerima harta pusaka.

Waris dari pihak lelaki adalah seperti berikut :
  • Anak lelaki
  • Cucu lelaki dari anak lelaki
  • Bapa
  • Datuk
  • Saudara lelaki seibu sebapa
  • Saudara lelaki sebapa
  • Saudara lelaki seibu
  • Anak saudara lelaki dari seibu sebapa
  • Anak saudara lelaki dari seibu atau sebapa
  • Bapa saudara seibu sebapa
  • Bapa saudara sebapa
  • Sepupu dari bapa saudara seibu sebapa
  • Sepupu dari bapa saudara sebapa
  • Suami
  • Hamba sahaya
Jika kesemua waris di atas wujud, maka hanya tiga orang sahaja yang layak iaitu :
  • Bapa
  • Anak lelaki
  • Suami
Waris dari pihak perempuan pula adalah :
  • Anak perempuan
  • Cucu perempuan dari anak lelaki
  • Ibu
  • Nenek sebelah ibu
  • Nenek sebelah bapa
  • Saudara perempuan seibu sebapa
  • Saudara perempuan seibu
  • Saudara perempuan sebapa
  • Isteri
  • Petuan perempuan bagi hamba sahaya
Jika kesemua waris di atas wujud, maka hanya lima orang sahaja yang layak iaitu :
  • Anak perempuan
  • Cucu perempuan dari anak lelaki
  • Ibu
  • Saudara perempuan seibu sebapa
  • Isteri
Jika kesemua 25 waris lelaki dan perempuan masih hidup, maka keutamaan akan diberikan kepada hanya lima ahli waris berikut :
  • Bapa
  • Ibu
  • Anak lelaki
  • Anak perempuan
  • Suami / Isteri

Sumber : SISTEM FARAID

Shakira & Denggi Part 1

19 Julai 2013
Masa ni Shakira ada dekat office, pagi masuk macam biasa je perasaannya. Macam biasa sengal dengan officemate, borak-borak bagai. Hati seronok sebab bos macam tak masuk je gayanya masa dia call pagi tu *hantu betul.

Tiba-tiba satu badan rasa sejuk. Sejuk tambah seram tau! Huhu dont know why. Mula-mula buat bodoh je, Shakira pergi slowkan aircond. Tapi setengah jam kemudian tu, tak ada kesan positif pun. Makin sejuk rasanya satu badan. Shakira pun cakap kat officemate yang Shakira nak tidur jap kat bilik fail.

Kipas langsung Shakira tak ON dalam bilik fail tu, tapi sejuknya bukan main. Macam tidur bawah hujan! Hehe. Shakira tengok jam dah nak tengahari, mata berat kepala pun berat sangat. Minta officemate ambilkan secawan air suam. Ok! Terpaksa buka puasa masa tu sebab betul-betul tak larat.

Lepas pukul 2.30 petang, minta abah datang office. Shakira memang tak tahan sangat masa tu, nak balik sangat-sangat. Bos pula tiba-tiba sampai, sabar je la padahal pagi tadi Shakira dah macam excited ingat bos tak masuk. Huhu nak tak nak buat muka seposen juga, tapi memang Shakira sakit betul ya. Hehe alhamdulillah bos bagi balik :)

Motor Shakira biar je kat office, sebab dah minta adik Shakira ambil bila dia balik kerja petang tu. Shakira pun balik dengan abah dengan rasa lega sebab dapat jumpa mak *Shakira kalau sakit, memang akan bertambah sakit kalau tak jumpa mak. Hehe kantoi.


20 Julai 2013
Mak suruh Shakira mandi, siap-siap. Tengok kat tepi katil, mak dah siap bungkus-bungkus baju seluar Shakira. Shakira memang dah agak, mesti abah mak nak bawa pergi hospital sebab nak melawat adik Shakira sekali. Dia dah kena tahan wad dulu dari Shakira, dua tiga hari sebelum kalau tak silap. Sama juga dengan kes denggi.

Dalam kereta, memang minta doa tak nak denggi sebab memang Shakira dah tahu nanti kena tahan wad ambil darah masuk air semua. Takut! Yes Shakira penakut jarum. Huhu. Lepas pendaftaran kat Hospital Besar Klang selesai, Shakira dimasukkan ke Zon Kuning.

Pergh! memang ramai gila orang masa tu. Macam-macam kes Shakira tengok. Ada yang nak cek darah macam Shakira (suspek denggi), ada yang tangan luka parah sebab mercun, ada yang nak buat operation. Macam-macam gaya ada, tapi masa tu Shakira buat hal sendiri je.

Cek tekanan darah Shakira memang rendah, 60 je. Cuba lagi sekali masih juga rendah, 66 macam tu. Sah Shakira terpaksa tidur wad masa tu. Dalam Zon Kuning tu juga airmata Shakira ni mengalir tahan sakit. Sebab apa? Sebab apa lagi kalau bukan sebab ambil darah, untuk sahkan denggi atau tak. Hmm mula-mula cucuk kanan, tak dapat. Urat kecil katanya, tak berapa nampak. Tukar pula tangan kiri, alhamdulillah dapat darahnya. Tapi sakitnya Allah je tau :(


Shakira & Denggi

Selamat pagi.

Maaf semua, dah nak dekat 2 minggu Shakira diam seribu bahasa. Blog ni pun sawang segan-segan je nak keluar. Hehe. Bukan apa, Shakira baru keluar hospital sebenarnya. Seminggu Shakira kena tahan dekat wad hospital gara-gara denggi.


Sekarang alhamdulillah sikit, Shakira dah beransur pulih dan hari ni dah start kerja balik. Nanti Shakira update pasal perjalanan sakit Shakira dengan denggi ni ya! Hehe.

Sekian :)

Ramadhan Giveaway By ZZ

Hai semua!

Thanks a lot pada blogger Ain yang sudi tag Shakira untuk join satu GA yang dianjurkan oleh ZZOnline Shop. Hehe. Jom tengok banner.


Hadiah untuk pemenang

Pemenang Pertama: Baju Muslimah (RM55-RM60)

Pemenang Kedua: Tudung Awning (RM45-RM50)

Pemenang Ketiga: Shawl atau Tudung Bawal (RM35-RM40)

Pemenang Keempat: Shawl atau Tudung Bawal (RM25-RM30)

Pemenang Kelima: Shawl atau Tudung Bawal (RM15-RM20)

5 pemenang saguhati: Topup bernilai RM10

PEMENANG DIPILIH SECARA RANDOM.ORG


Giveaway ini berlangsung dari 12 Julai 2013 sehingga 30 Julai 2013

Pemenang akan diumumkan pada 31 Julai


Shakira nak tag semua follower and silent reader blog buruk ni. Klik banner atas tu ya :) Selamat mencuba!

Ketuk-ketuk Ramadhan! **tetiba

Kiri Kanan Jaga Kelajuan

Dalam perjalanan Shakira ke office tadi,ada sesuatu yang berlaku.

Ada tiga orang pelajar sekolah rendah nak melintas jalan. Shakira sendiri terkejut dari jauh, dorang lintas dalam keadaan kelam-kabut. Sorang dah tarik, sorang ni dah ke depan, ada sorang lagi teragak-agak nak melintas. Secara tiba-tiba datang satu kereta yang dipandu laju. Pelajar yang teragak-agak nak melintas tadi dah berada di tengah jalan dan secara tiba-tiba pelajar tersebut tersungkur. Kereta yang dipandu laju tadi terpaksa brek secara mengejut!

Korang bayangkan Shakira atas motor ni pun rasa seram sejuk dengan keadaan tu. Fikir dan bayangkan nasib pelajar tu andai kata kereta tu tak sempat nak brek?? Tadi budak tu hampir-hampir masuk bawah kereta tau! Nauzubillah :(

Adik-adik, tolong jangan jadikan jalanraya tu tempat bermain dan suka ria. Bahaya dik. Sebelum nak lintas tu, pandang kiri kanan terlebih dahulu. Jangan pandang je terus lintas! Pastikan betul-betul dulu tak ada kereta, lori, bas atau motor yang sedang bergerak. Barulah adik melintas.

Fikirlah mak di rumah, abah yang sedang berhumpas pulas mencari rezeki untuk kita sekeluarga. Dorang sayangkan adik, dorang tatang adik bagai minyak yang penuh. Mungkin bukan rezeki adik untuk mempunyai keluarga yang hantar dan ambil ke sekolah. Tak apa dik. Dari situ, adik belajarlah berdikari untuk jaga diri, jaga sikap dan jaga amanah kasih-sayang mak abah.

Untuk pemandu kereta, lori atau apa sahaja. Tolong jaga kelajuan korang. Kadang-kadang pelintas jalanraya ni tak perasan jauh atau dekat kedudukan kenderaan dengan mereka dan itu yang membuatkan mereka teragak-agak untuk melintas. Siapa yang tak nak selamat? Siapa yang nak kena semua tu? Tak ada siapa. Jadi tolonglah jaga kelajuan. Kita selamat orang lain pun selamat. InsyaAllah.

Contoh kelajuan yang dibenarkan di kawasan perumahan dan sekolah ialah 30km/j. Cuba kawal kelajuan tu, mungkin lebih rendah. Memang dengarnya macam pelik dan kelakar nak bawa secara sangat perlahan! Tapi bukan sepanjang perjalanankan? Mana yang korang pilih? Sampai lambat kena marah dengan bos atau menanggung bil hospital dan ada nyawa yang melayang kerana korang? Fikirkan. Tak nak kena marah dengan bos, bangun awal dan persiapkan diri ke tempat kerja dengan tenang.

Fikir juga kalau semua tu berlaku pada ahli keluarga kita sendiri? Tak kiralah di sebelah pihak pelintas jalan atau di pihak pemandu. Pemandu dengan pemandu pun boleh menerima sesuatu yang buruk kalau tak jaga kelajuan kenderaan masing-masing. Shakira sedih tengok dan baca berita kemalangan yang semakin meningkat. Memang semua tu kerja Allah, orang kata Kun Faya Kun. Allah kata nak kena, kena jugakan? Tapi sekurang-kurangnya kita kena juga cuba mengelak sebagai simbol kita menghargai diri kita sendiri.


Maaf entry agak panjang, Shakira feel terlebih pula pagi ni. Hehe. Ok sama-sama kita menjaga diri, keluarga dan orang keliling ya. Assalamualaikum.


Sumber gambar : GOOGLE

Segmen : Sebulan Berblog By Shakira










Amaran : Entry sticky post sehingga 18 Julai 2013. Sila ke Blog Archieve untuk entry baru.

Baru sebulan Shakira berblog. Setakat ni ada 103 follower, ditambah dari dua2 widget. Hehe alhamdulillah teruskan menyokong Shakira ya semua. Keadaan blog pun setakat ni boleh tahan cantiklah. Haha cantik ke? Bagi Shakira, ringan tu penting *kalau sesiapa rasa blog ni berat, tegur ya! Thanks.

Ok, berbekalkan hobi menulis yang dianugerahkan Allah, Shakira nak lancarkan satu segmen. Waaa beraninya! Baru sebulan kot, ada ke orang nak ikut segmen Shakira ni?? * Sedih! Tak apalah, tak cuba tak tahukan? Dengan lafaz alhamdulillah hari ni genap sebulan Shakira berblog 4 Julai 2013 dan dengan lafaz bismillah Shakira melancarkan segmen ni dengan hati yang terbuka!

Segmen ni akan tamat kalau penyertaan kurang daripada 5 tau. Huhu tak ada hadiah, tapi faedahnya sama2 kita kongsi sesama blogger. InsyaAllah. Ok, ikut syarat2 simple di bawah ya.

  • Mempunyai blog sendiri
  • Buat entry bertajuk 'Segmen : Sebulan Berblog By Shakira'
  • Copy paste banner di atas dan backlink ke entry ni
  • Follow blog Shakira ni (tak kiralah by Follower biasa atau Google +)
  • Kalau ada facebook, add friend facebook Shakira (boleh klik button FB atas tu) - insyaAllah Shakira approve kalau tak terlepas pandang ya! - tiada paksaan
  • Kalau ada twitter, follow twitter Shakira (boleh klik button Twitter atas tu) - tiada paksaan
  • Copy dan paste link entry di ruangan komen entry ni sahaja ya
  • Tag beberapa orang kawan dan pastikan mereka tahu

InsyaAllah hari demi hari dunia dapat melahirkan insan yang berjaya dalam penulisan maya. Tidak kiralah kita pakar atau tidak, yang penting rajin mencuba. Kalau malas, tepuk dada tanya selera. Rapatkan hubungan sesama rakan maya adalah tujuan Shakira melancarkan segmen ni. InsyaAllah.

Segmen tutup 18 Julai 2013

Happy blogwalking semua!

**TAMAT**

Contest Mega Raya, Teka Syiling Raya, Menang Duit Raya!

Baru je Shakira nak tekan butang log out, ternampak satu contest! Wow mata ni pada mulanya mengantuk terus segar sekarang ni. Haha why? Tengok tajuk dah fahamkan :)


Ok tugasnya kita yang join ni kena teka berapa jumlah duit syiling yang terdapat dalam gambar di bawah. Fuh! penat lagi meneka daripada mengira tau. Hehe.


Ada rezeki adalah ya? Hehe Shakira teka jumlahnya RM67.67 betul tak? Waaaa menangis. Hentam jelah labu! InsyaAllah :)


Contest Mega Raya ini dianjurkan oleh Fuh.My, Media-Siber, Gempak.Org dan ditaja oleh penaja awesome iaitu HairanBlog.Com, Yanty.My, FizaFantagiro, SecretOfShaila, BanKami.Net, Aynoranur.Com, AimaBabyComel, Longoi.Com, SilenceBlogz.Com, KacangBoy.Com, CikKiwi, BeritaKaki, Khairul Asrol, KanvasDakwat.Com, Woww.My, KopiLekat, MoneyClub2u, PencuriMovie.Com, BlogFyna.Com, Pena.My, BoniKacak.Com, FizGraphic.Com, KisahEmasPutih.Com dan BulanPurnama.Net - See more at: http://fuh.my/contest-mega-raya/#sthash.Lnbdvwzt.dp
Contest ini akan tamat pada 5 Ogos 2013, jam 11.59 malam.

Agak-agak ada yang pegang kalkulator tak? Selamat mengira dan meneka ya semua. Hehe.
Contest Mega Raya ini dianjurkan oleh Fuh.My, Media-Siber, Gempak.Org dan ditaja oleh penaja awesome iaitu HairanBlog.Com, Yanty.My, FizaFantagiro, SecretOfShaila, BanKami.Net, Aynoranur.Com, AimaBabyComel, Longoi.Com, SilenceBlogz.Com, KacangBoy.Com, CikKiwi, BeritaKaki, Khairul Asrol, KanvasDakwat.Com, Woww.My, KopiLekat, MoneyClub2u, PencuriMovie.Com, BlogFyna.Com, Pena.My, BoniKacak.Com, FizGraphic.Com, KisahEmasPutih.Com dan BulanPurnama.Net - See more at: http://fuh.my/contest-mega-raya/#sthash.Lnbdvwzt.dpuf
Contest Mega Raya ini dianjurkan oleh Fuh.My, Media-Siber, Gempak.Org dan ditaja oleh penaja awesome iaitu HairanBlog.Com, Yanty.My, FizaFantagiro, SecretOfShaila, BanKami.Net, Aynoranur.Com, AimaBabyComel, Longoi.Com, SilenceBlogz.Com, KacangBoy.Com, CikKiwi, BeritaKaki, Khairul Asrol, KanvasDakwat.Com, Woww.My, KopiLekat, MoneyClub2u, PencuriMovie.Com, BlogFyna.Com, Pena.My, BoniKacak.Com, FizGraphic.Com, KisahEmasPutih.Com dan BulanPurnama.Net - See more at: http://fuh.my/contest-mega-raya/#sthash.Lnbdvwzt.dpuf
Contest Mega Raya ini dianjurkan oleh Fuh.My, Media-Siber, Gempak.Org dan ditaja oleh penaja awesome iaitu HairanBlog.Com, Yanty.My, FizaFantagiro, SecretOfShaila, BanKami.Net, Aynoranur.Com, AimaBabyComel, Longoi.Com, SilenceBlogz.Com, KacangBoy.Com, CikKiwi, BeritaKaki, Khairul Asrol, KanvasDakwat.Com, Woww.My, KopiLekat, MoneyClub2u, PencuriMovie.Com, BlogFyna.Com, Pena.My, BoniKacak.Com, FizGraphic.Com, KisahEmasPutih.Com dan BulanPurnama.Net - See more at: http://fuh.my/contest-mega-raya/#sthash.Lnbdvwzt.dpuf

Bacaan Jawab Azan

Macam mana nak jawab azan?
Apa yang korang lafazkan masa azan tu?
Pernah belajar tapi dah lupa?

Hari ni Shakira nak share dan refresh mengenai bacaan apa yang kita perlu lafazkan ketika mendengar azan berkumandang. Shakira tahu ada di antara kita yang tak berapa pasti dan ada juga yang memang tak tahu. Tak apa, hari ni kita belajar sama-sama ya dan praktikkan sebagai bekalan amalan sunnah.






Dah hafal? Dah faham? Alhamdulillah. Ok bawah ni pula bacaan untuk azan subuh. Sebenarnya sama je tapi ada beza pada satu ayat.

Kalau tak faham boleh tanya ya? Tak pun, google. Banyak ilmu yang boleh kita garap. Tepuk dada, tanya selera :)

Sumber gambar : GOOGLE

Giveaway Rahmatnya Ramadhan


Klik banner laju2!

Jom Blogwalking

Assalamualaikum semua!

Pertama sekali Shakira nak ucapkan ribuan terima kasih kepada blogger yang sudi join segmen Shakira kat sini. Pertama kali buat segmen tau, mula-mula memang tak yakin tapi saja kuatkan diri untuk mencuba walaupun baru sebulan berblog. Alhamdulillah dalam masa 2 minggu yang Shakira beri, ada 10 orang blogger yang baik hati join the story :) Thanks a lot! Ni Shakira promote link mereka yang sudi buat entry, copy dan paste link kat blog buruk Shakira ni. Hehe.


Thanks juga pada yang komen dan memberi idea serta nasihat yang bernas pada Shakira walaupun tak join. Hehe mungkin tak ada masa nak buat entry. Tak apa, Shakira tak paksa pun. Asalkan kita dapat berkenalan dan rapatkan ukhwah yang ada. Hari ni Shakira baik hati, Shakira nak promote sekali link mereka yang komen without join my segmen. Wahh teruja tak? Hehe.


Jomlah terjah dorang. Jangan sombong dalam dunia maya ni ya dan jangan nak mengejar follower je, that is not the main point kenapa kita berblog. Kita mestilah ada sifat rajin, jujur dan ghairah dalam mengupdate blog. Kalau tak ada nak baca sekarang pun tak apa, percayalah mungkin di masa akan datang orang akan baca. Automatik kita dapat pahala berkongsi idea lagi-lagi entry yang berkaitan ilmu. Betul tak? :)

Oklah, salam perkenalan dari Shakira. Selamat blogwalking. Jatuh bangun sendiri ya! Huhu.

Panggilan Terakhir

Shakira cuma nak inform esok dah 18 Julai 2013, segmen paling simple di dunia Shakira tu tamat esok ya korang. Hehe.

Thanks pada yang sudi juga join walaupun segmen Shakira ni tak ada hadiah. Bukan apa, Shakira tengok sejak kebelakangan ni, blogger lebih memilih nak join something yang ada hadiah. Oit! Terasa ke tak ramai yang join segmen Shakira ni? Haha tak terasa pun, malah Shakira bangga sebab Shakira berani anjurkan segmen walaupun baru nak masuk 2 bulan merangkak dalam dunia maya ni. Hehe.

Oklah, tak nak cakap banyak. Ni panggilan terakhir ya, anyone yang sudi nak join di saat-saat akhir ni Shakira buka pintu seluas-luasnya. Hehe nak join klik je banner cubaan pertama Shakira kat bawah ni ya dan follow syarat-syarat yang tertera :)


Salam Ramadhan dari Shakira dan selamat bersegmen. Jom ramai-ramai rapatkan ukhwah sesama blogger, mana tahu ada rezeki kita dapat kumpul bersama macam entry sini. Videonya pula klik sini ya. Hehe syok habis!

Bye.

Wordless Wednesday











# Bayangkan dapat bilik tidur macam ni. More negative of positive?

Sumber gambar : KAK IETA

She Is Number 111

Lepas blogwalking tadi, tengok kat widget follower angkanya 111.


Cantikkan angkanya? Alhamdullillah ada juga yang sudi follow blog merangkak Shakira ni ya. Hehe. Ok tak nak buang masa Shakira nak promote blog yang bertuah tu. Huhu.



The owner : Ain and she is number 111 :)

Jomlah berkenalan dan rapatkan silaturrahin dengan Ain. Tekan je banner header Ain tu laju2 ya. Thanks Ain sebab sudi jejak sini dan to all my followers tak kiralah widget followers ke widget google+ followers ke. Thanks for being my follower and my silent reader. Might be! Hehe bye.

**UPDATED**

Widget follower ni kadang2 memeningkan juga ya? Tadi 111 lain, sekarang dah lain pula. Cuba korang bandingkan gambar bawah ni dengan yang atas sekali tu? Sabar je la ya. Hehe.


Ok tak apa, Shakira murah hati sikit hari ni. Mood baik, alhamdulillah. Hehe Shakira promote juga owner yang lagi satu ni. Jom tekan laju2 banner header bawah ni ya :)


Jomlah berkenalan dengan blogger ni namanya Nelly. Thanks ya Nelly sudi join segmen Shakira dan jadi follower kat sini. Hehe ok, jap lagi kalau widget ni buat hal, tak tau berapa orang nak pegang title 'she is number 111' kan? Haha bye.

Perlu Jaga Sebagai Adab Berpuasa

Alhamdulillah hari genap 7 hari kita semua umat Islam mengerjakan ibadah puasa. Shakira nak share mengenai adab berpuasa. Berpuasa pun kena beradab tau! Kalau tak ada adab, Allah marah. Bila Allah dah marah, Allah takkan bagi pahala buat kita. Dah macam mengajar budak-budak tadika gamaknya. Hehe. Tak apa, menuntut ilmu tak kira usia. Jom kita tengok antara perkara yang perlu kita jaga sebagai adab berpuasa.

  • Jaga pertuturan. Maksudnya jaga lidah kita ni especially kaum hawa. Kaum adam pun take note ya! Hehe. Lepas siap-siap masak hantar lauk rumah jiran sebelah terus balik tau, jangan menyinggah buka cawangan Melodi. Jangan sibuk ikut campur hal orang lain dan tahan nafsu nak mengumpat tu.
  • Jaga penglihatan. Maksudnya cover sikit tengok keliling. Jangan biarkan mata melilau ke arah yang tidak sepatutnya dan boleh menyebabkan naik syahwat.
  • Jaga pendengaran. Dengarlah zikir2 Allah sambil-sambil buat kerja tu. Jangan dengar kepada perkara yang sia-sia dan boleh menyebabkan batalnya amalan puasa kita. Buka youtube tu search macam-macam zikir ada.
  • Jaga perut. Memanglah sebab puasa mana boleh makan! Bukan, maksud Shakira ialah jaga perut dari makan dan minum daripada sumber-sumber yang haram ketika berbuka puasa. Seboleh-bolehnya carilah rezeki yang halal.
  • Jaga kelakuan. Meninggalkan maksiat adalah satu perkara yang amat digalakkan dalam Islam tidak kira dalam bulan puasa atau bulan-bulan yang lain.
  • Jaga kesederhanaan. Berpada-padalah dalam berbelanja lebih-lebih lagi ketika berada di bazar Ramadhan yang selalu membuatkan pembelinya rambang mata. Jangan terlalu mengikut nafsu makan yang berlebihan sehingga boleh menyebabkan pembaziran.
  • Jaga amalan. Perbanyakkan amal ibadah. Sesungguhnya pada bulan Ramadhan, pintu syurga di buka seluasnya oleh Allah. Rebutlah peluang yang ada untuk sentiasa sujud pada Allah.
  • Jaga malam. Rajinkan diri untuk bangun malam. Antara solat-solat sunat yang boleh kita lakukan ialah solat sunat Taubat, solat sunat Tahajjud dan solat sunat Hajat. Dan jangan lupa sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadhan bangun malam untuk merebut indahnya Qiyamullail.

Sedikit sebanyak yang dapat Shakira kongsikan dengan semua. Diharapkan bulan Ramadhan tahun ni akan memberikan seribu satu makna kepada kita sebagai hamba Allah dan menjadikan kita seorang insan yang istiqamah, jujur, khusyuk dan ikhlas.

InsyaAllah.


# Tadi ada nampak kat wall FB ada orang post pasal kawannya baru meninggal dunia. Alfatihah untuk arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh. InsyaAllah.

Tak Mungkin Kerna Sayang By Nuralya Natasha

My little sister Tasha masa umur 3-4 tahun dulu :)
Tak Mungkin Kerna Sayang By Nuralya Natasha !
Kualiti video by fon je, plus tak rotate pun. Maaf hope enjoy. Hehe !



Sumber video : YOUTUBE

Video Iftar Bersama Para Blogger 2013



Sumber video : YOUTUBE

Segmen : Blog Paly ajak tengok blog aku!









Ok alang2 tunggu waktu nak balik ni, Shakira nak join satu segmen ringkas dari Blog Paly. Actually, why you have to follow and blogwalking on my blog? Wahh english kau terabur Shakira! Haha.

  • Sebab Shakira bukan manusia sombong, orang tegur Shakira tegur balik
  • Sebab Shakira suka menulis dan membaca! Automatik tak rugi korang tulis entry di blog korang sebab Shakira confirm baca dan insyaAllah akan meninggalkan komen2 yang bernas
  • Sebab Shakira suka rapatkan silaturrahim :)

Oklah, tu je. Korang nak join juga, klik je banner tuan blog tengah menyandar kekenyangan tu ya. Hehe happy blogwalking!

Iftar Bersama Para Blogger

Amaran entry banyak gambar disebabkan tahap kemalasan nak mengedit yang tinggi. Harap bersabar. Hehe.

Selamat pagi semua. Huhu malas nak menaip panjang, biar gambar yang menceritakan segalanya. Haha even snap by fon yang murah je. Semalam Shakira join Iftar Bersama Blogger di Restoran Tupai-Tupai Seksyen 13, Shah Alam. Jom layan gambar!


































Tak puas? Ok jom pergi facebook Shakira, kat situ banyak sangat gambar tambah2 dengan yang di tag lagi. Hehe. Kesimpulannya best sangat2 semalam dengan makanan yang sedap2 semuanya! Nampak tak Shakira dengan blogger famous tu, Kak Yuyu Zulaikha! Hehe i like! Paling syok di interview nama dan blog di bawah sinaran lampu minyak tanah. Haha! Semalam Shakira rasa ada lebih kurang 30 blogger :)

Oklah, penat semalam tak habis lagi, apa2 pun semalam memang superb sangat. Baru first time jumpa, tapi masing2 dah macam kenal lama! Semua kepala gila2, boleh masuklah dengan Shakira! Hehe blogger Broframestone ada buat entry khas for my adik semalam tau, baca sini. Hehe thanks bro!

Hope dapat join lagi event2 yang gempak macam semalam! Jangan lupa roger2 Shakira ya. Hehe bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013