Showing posts with label teaser. Show all posts
Showing posts with label teaser. Show all posts

DIY B2B : Kasut Nikah

Tak habis-habis lagi dengan review ya? Hehe harap tak ada yang marahlah ya, lagipun kekeringan idea ni. Jadi reviewlah peneman sejati :)

Di harap semua review yang Shakira buat dan bakal buat akan menjadi titik idea atau inspirasi untuk bakal pengantin dekat luar tu. Huhu sekadar berkongsi ilmu. Bolehkan?


Ok hari ni Shakira nak review pasal kasut nikah. Before nikah Shakira ada buat teaser kasut nikah, kan? Seperti gambar di atas. Teaser konon! Hehe jom kita DIY sama-sama.

Bahan-bahan yang diperlukan :

1. Kasut - Shakira beli RM45 je kat Jusco Bukit Raja -

2. Manik - Balance buat hantaran masa bertunang dulu -

3. Gam pistol - Memang dah ada kat rumah -

Senang je, potong takat manik yang kita nak. Gam atas kasut :) Siap dipakai nak pergi nikah! Haha.


JUMLAH KOS : RM45

Shakira pilih kasut yang senang dan simple, boleh pakai balik lepas nikah. Nak jalan-jalan ke, kerja ke. Huhu. Oklah! Tu je buat hari ni. Bye B2B semua :)

Teaser B2B : Centerpiece


Nah, gambar tapak je Shakira bagi. Teaserkan? Bye :)

Teaser B2B : Pre Wedding

Ingat lagi entry sini? Tahniah blogger Maszie dan blogger Adrianna sebab pandai meneka berpandukan gambar kek kamera yang Shakira post kat situ. Good!

Ok, done our pre-wedding photoshoot yang berlangsung jumaat yang lepas, beberapa jam sebelum solat jumaat. Hehe tema? GAME OF LOVE. Permainan cinta! Lokasi? Ole-Ole Bowling Shah Alam and roundaboard berdekatan Masjid Shah Alam :) - betul ke Shakira eja roundaboard tu?

Sebenarnya memang niat nak letak sekeping kat sini sebab teaser kan, tapi En Hamdan request letak dua tiga keping. Nah tengoklah empat lima keping Shakira bagi. Haha all this is snap shot yang terhasil by our Official Photographer Saif Photography & Media Creative. Before this they known as Budget-Foto. Dorang juga OP masa Shakira dan En Hamdan tunang tahun lepas. Hehe.

 

Haha tarikh dah terkeluar, anggap jelah tu jemputan juga ya. Tu tarikh nikah. Actually ni dapar free sekali dengan pakej gambar yang Shakira amek! Ok, all the edited pictures look superb right? I love it! Recommended sangat untuk B2B kat luar tu, harganya pun mampu milik InsyaAllah. Klik je link dorang and direct to deal anything :)

Teaser B2B : Kasut Nikah

Ok, this is teaser of my kasut nikah. Biasa je. Harganya RM45, beli siap-siap jadikan barang hantaran tunang hari tu. Beli kat Jusco Bukit Raja brand apa entah. Memang cepat lupa kalau cap ayam punya. Huhu tu je yang mampu :)


Simple and sedap mata Shakira memandang. Boleh pakai pergi kerja lepas sah! Tapi apa kaitan dengan manik-manik tu? Haha adalah projeknya, dah nama pun B2B. Tunggu :)

Teaser B2B : Bilik Pengantin Sekarang


How? Cantik tak bilik pengantin kita? Haha bengang ya. Ni gambar bilik Shakira sekaranglah :)

Sebenarnya Shakira nak cerita pasal keadaan bilik. Keadaan bilik bakal pengantin mana yang bersih sebersihnya sebelum majlis bermula?? Memang tak ada punya. Mesti celah-celah, atas, bawah, tepi ada je barang-barang persiapan kahwin diletakkan. Betul tak? Hehe.

Samalah juga dengan bilik Shakira sekarang ni. Penuh dengan barang-barang persiapan kahwin. Tambah pula dengan barang-barang yang nak DIY. Hari tu memang bersepah, tapi kali ni Shakira dah kumpulkan setempat. Nampak tak tingkat 2 katil tu banyak plastik yang diikat? Huhu tu Shakira dah asingkanlah tu :)

Sini Shakira zoomkan untuk korang. Huhu.


Tengok! Macam-macam bungkusan ada. Ada doorgift punya barang, sapu tangan good morning, beg untuk doorgift nanti. Pendek kata, macam-macamlah :)

Tapi nanti bilik pengantin Shakira bukanlah bilik ni. Hehe kecik je bilik bujang ni. Nanti Shakira akan guna bilik mak abah. Bilik mak abah ada aircond! Bestnya. Lagipun perabot katil almari dalam bilk mak abah semuanya baru lagi. Masa pindah sini beli baru :)

Ok, tu jelah nak bebel. Kesimpulannya sini Shakira nak cakap. Walaupun kita ni B2B yang sangat busy, jagalah bilikmu yang sekarang ni. Ikat kumpul barang-barang dalam plastik macam Shakira buat. Kita juga yang senang nak mencari nantikan? Hehe.

Shakira pun sebenarnya dah kena bebel dengan mak baru jadi rajin mengemas bilik. Haha.

Bye :)

Teaser B2B : Sampin Nikah

Minggu lepas Shakira setel belikan En Hamdan sampin untuk dipakai masa nikah. Sebenarnya masa tunang tahun lepas, memang Jakel dah bagi free masa beli kain pasang kat sana dan kitorang pun dah siap-siap buat sebagai hantaran masa tunang. Tapi En Hamdan tak minat! Haha cerewet juga tunang Shakira ni ya :)

Sebenarnya En Hamdan kata dia nak beli sendiri kat area rumah dia. Tapi Shakira dah belikan dulu. Huhu.


Kenapa kabur tak jelas? Memanglah! Nikan teaser, tak supriselah tunjuk semua. Huhu Shakira puas hati, sebab harganya RM50 je. Tapi sampinnya memang cantik. Kena dengan baju nikah nanti. Shakira dah hantar gambar kat En Hamdan, dia terus call dan cakap suka! Huhu senangnya hati.

Ok done pasal sampin! Jangan lupa ya En Hamdan, ganti balik RM50. Dah janjikan? Haha.

Teaser B2B : Bunga Tisu

Teaser ke macam ni? Tunjuk semua ni boleh pula tajuk panggil teaser.



Hehe korang tak tahu pun Shakira nak buat apa dengan bunga tisu nikan? Ha tu boleh dikira teaserlah tu. Huhu bye :)

Teaser B2B : Kad Kahwin Shakira

Malulah nak tunjuk. Ala, teaser je pun. Hehe.

















































Nak tengok juga ke? Korang scroll jelah sendiri :)











































Ala tak payahlah! Bukan nampak keseluruhan pun. Apa nak juga? Ok. Scroll lagi.









































Betul nak tengok ni? Hehe ok. Scroll! Ala sikit je lagi :)












































Sabar. Sabarlah! Huh!






























































Betul ni nak tengok? Tak nak ubah keputusan? Huhu.

































































Ok! Fine, Shakira tunjuk sekarang juga!























































Haha Shakira tipu jelah!

Mana ada lagi kad kahwin, pergi survey vendor pun belum lagi. Cuma usha-usha design kat Google je. Tu pun main save the image je, keputusannya memang tak ada lagi.


Hujung bulan ni En Hamdan datang, baru kitorang pergi berdua ke arah matlamat kad kahwin. Haha ayat dah macam profesor berkaliber gitu! Ceh. Hehe.

Korang yang mana Bride-To-Be or Ex Bride-To-Be tu ada any idea tak untuk pemalas nak survey macam Shakira ni? Hehe bagitau Shakira mana vendor yang terbaik untuk kad kahwin yang cantik yet elegant sangat and simple but not too simple.

Ahh bantailah apa-apa kriteria pun. Hehe janji tolong Shakira. Please, any idea. Come here :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013