Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

DIY B2B : Replika Cek Hantaran

Assalamualaikum! Sihat ke korang? Hehe.

Ok, ni suami (dulu tunang le) punya keslah ni. Konon-konon dia teringan nak bagi hantaran nikah berbentuk cek, tanya bank tapi tak boleh ambil sekeping. Kena sebuku! Nak buat apa banyak-banyak katanya :(

So, timbullah idea dalam kepala otak Shakira ni. Hehe untuk DIY kali ni kita memerlukan Photoscape sebagai pembantu ya :) Shakira guna Photoscape dan create satu design berbentuk cek. Siapa tak ada Photoscape tu pergi download cepat! Free je pun. Huhu.


Maaflah ya! Shakira lupa dah berapa saiz yang Shakira guna. Hehe maaf!

Nama Bank -BANK CINTA -

Nama Penerima - Nama pengantin perempuan le -

Ringgit Malaysia - Pandai sendirilah ya -

Amaun - Tak payah mention pun tak apa, nak mention suka hatilah ya :) -

Tarikh - Tarikh Nikah -

No. Cek - Tarikh Nikah -

Yang lain-lain tu ikut pada kreatif sendirilah ya. Asalkan design ceknya tak lari daripada yang asal tau.

Huhu korang kalau malas nak buat copy paste jelah Shakira punya tu. Shakira ikhlas :) Tapi kalau nak lagi real, email kat Shakira ya shakirakyra004@gmail.com tapi jangan korang tak edit pula! Editlah yang bersesuaian dengan details korang.

Dah siap, print out. Potong, letak dalam frame dan bersedialah untuk dibawa ke acara pernikahan :)


Jom DIY lagi! Bye.

DIY B2B : Kasut Nikah

Tak habis-habis lagi dengan review ya? Hehe harap tak ada yang marahlah ya, lagipun kekeringan idea ni. Jadi reviewlah peneman sejati :)

Di harap semua review yang Shakira buat dan bakal buat akan menjadi titik idea atau inspirasi untuk bakal pengantin dekat luar tu. Huhu sekadar berkongsi ilmu. Bolehkan?


Ok hari ni Shakira nak review pasal kasut nikah. Before nikah Shakira ada buat teaser kasut nikah, kan? Seperti gambar di atas. Teaser konon! Hehe jom kita DIY sama-sama.

Bahan-bahan yang diperlukan :

1. Kasut - Shakira beli RM45 je kat Jusco Bukit Raja -

2. Manik - Balance buat hantaran masa bertunang dulu -

3. Gam pistol - Memang dah ada kat rumah -

Senang je, potong takat manik yang kita nak. Gam atas kasut :) Siap dipakai nak pergi nikah! Haha.


JUMLAH KOS : RM45

Shakira pilih kasut yang senang dan simple, boleh pakai balik lepas nikah. Nak jalan-jalan ke, kerja ke. Huhu. Oklah! Tu je buat hari ni. Bye B2B semua :)

Resipi : Sup Kambing

Kawan abah Shakira bagi tulang kambing yang dah siap dibakar. Adalah dalam 3-4 batang tulang kitorang dapat. Hehe apa lagi? Direct to cara buat ya.

  • Apa-apa pun sebelum start menumis, jom kita rebus tulang kambing dan bila agak-agak dah lembut isinya, ketepikan sebentar ya :)
  • Tumis bunga lawang, kayu manis dan beberapa biji buah pelaga
  • Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan serai yang telah ditumbuk kasar
  • Bila bahan menumis dah naik bau, masukkan serbuk perencah sup yang telah dibancuh dengan air (biasa Shakira guna Babas, hari tu Adabi je tinggal kat kedai so pakai jelah)
  • Masukkan air rebusan kambing tadi, ikut pada kuah yang kita nak dan biarkan sehingga betul-betul mendidih. Masukkan juga garam dan perasa. Petua nak cepat didih, tutup periuk dengan penutup periuk :)
  • Lepas tu, masukkan batang sup yang telah dipotong serong
  • Sedia dihidang (hari tu Shakira lawankan dengan nasi goreng belacan)
  •  Seronok tengok adik-adik ratah tulang kambing tu, 5 minit kemudian.....

Hehe simple dan senangkan? Selamat mencuba ya :)

Jodohku Habis

Rasanya dah lama tak update apa-apa story dalam blog ni. Kesian sungguh blog ni dah bersawang, siapa volunter nak bersihkan? Hehe.

Jodohku habis? Apakah itu? Huhu.

Ala bukan apa pun. Actually Shakira saja nak cakap sinetron Jodohku yang selalu main kat 104 Astro Ria petang-petang tu dah habis :)


Barisan pelakon :

  • Naysilla Mirdad (Dinda)
  • Dude Harlino (Artha) 
  • Rionaldo Stokhorst (Badai)
  • Chrissie Vanessa (Citra)
  • Paramitha Surady (Lestari)
  • Ari Wibowo (Alfin)
  • Elicia Putri (Kirana)
  • Moudy Wilhelmina (Sonya)
  • Sultan Djorghi (Bram)
  • Tia Ivanka (Susan)
  • Ana Pinem (Maysaroh)

Ok, memang suka dengan jalan ceritanya. Selalu kalau cerita indon orang selalu kaitkan dengan belit-belit. Contoh macam anak kau anak aku, mati hidup balik, 50 tahun jumpa balik cinta lama. Haha macam-macam. Tapi bagi Shakira, sinetron Jodohku ni ada kelainannya. Selain daripada ciri-cirinya yang ke arah islamik, ianya agak tersusun. Tak macam cerita indon lain. Huhu.

OST lagunya pun best, sedap telinga ni mendengar. Lagu "Jika Engkau" dari kumpulan band NOAH. NOAH ni diketuai oleh vokalis bernama ARIEL iaitu bekas vokalis kumpulan band PETERPAN. Ingat lagi tak? Huhu jom tengok youtube di bawah :



Happy endinglah yang paling syok. Artha dan Dinda berkahwin juga setelah macam-macam dugaan dilalui. Badai pula pasrah dengan ketentuan Jodoh dari Allah. Hehe i like.

Tu je nak cerita! Bye :)

Bukan "Rembau Most Wanted" Je Ada :)

Ingat orang Negeri Sembilan je ada Rembau Most Wanted ke En. Hamdan? Moh dengar pula orang Perak punya Bota Most Wanted :)


Bila Selangor nak buat juga ek? Ke dah ada? Rapper, please create lagu untuk Selangor pula, Shakira nak. Haha :)


Sumber video : YOUTUBE

Resipi : Cekodok Kentang

Sesuai untuk sarapan pagi dan minum petang. Malam-malam pun kalau lapar boleh je telan, tak ada siapa nak marah pun. Hehe.

Direct to cara buat :)
  • Letak tepung gandum dalam bekas
  • Potong ubi kentang jadi bentuk dadu

  • Masukkan ubi kentang yang dah didadu tadi ke dalam tepung, gaul rata
  • Masukkan pula air yang dibancuh dengan garam secukup rasa dan air kosong (panas/suam) ikut pada tahap lembut yang kita nak, gaul rata 

  • Tabur bawang goreng
  • Panaskan minyak dalam kuali dan mula menggoreng hingga garing (saiz suka hati)

  •  Jemput makan semua :)

Blog Berubah :)

Cantik tak header baru blog Shakira sekarang?


Hehe umur dah makin naik, tapi masih tak boleh buang sifat keanak-anakan tu agaknya :)

Alkisahnya macam ni. Semalam sifat rajin untuk tukar header datang membuak-buak, meresap ke seluruh anggota badan. Haha Shakira pun mulakanlah projek menukar ni.

Nampak tak gambar kartun dua insan poyo tu? Huhu tu sebenarnya masa Shakira ada blog lama dulu, ada hamba Allah ni buatkan header untuk Shakira. Tak ingat dah kenapa dia bagi. Rasanya Shakira ada menang satu giveaway kot. Rasanyalah, dah lupa. Shakira crop header tu, gantikan dengan design nama blog baru ni.

Tu yang cekak atas kepala girl tu ada word CUK. Hehe it is stand for Cinta Untuk Kita. Huhu tu nama blog lama, siapa yang nak tau ceritanya klik je sini ya :) Background blog ni pun Shakira dah tukar pada warna yang agak menyenangkan mata ni dan paling penting ianya kosong tanpa corak. I love it. Huhu.

Tu jelah nak bebel. Bye!

Resipi : Kobis Goreng

Nampak simple, tapi ada juga orang yang tak reti nak goreng sayur. Direct to cara buat ya :)

  • Hiris bawang putih, bawang merah dan cili merah atau lada besar
  • Potong kobis mengikut citarasa
  • Tumis bahan hirisan tadi sehingga naik bau
  • Masukkan udang kering ikut citarasa
  • Masukkan fishball atau fishcake jika mahu
  • Masukkan kobis yang siap dipotong tadi
  • Gaul sehingga kobis layu
  • Jika tidak mahu terlalu kering, masukkan sedikit air
  • Masukkan garam, gula dan perasa secukupnya
  • Siap untuk dihidang bersama lauk utama


Selamat mencuba!

Resipi : Sambal Ayam

Erk! Sambal Ayam atau Ayam Sambal? Whatever. Hehe. Direct to cara memasak :)

  • Basuh bersih ayam yang telah dipotong
  • Ratakan dengan kunyit dan garam, goreng ayam sehingga garing
  • Tumbuk bawang putih dan bawang merah (lebihkan bawang merah lebih sedap) then ketepikan
  • Potong, rebus dan kisar cili kering bersama sedikit belacan
  • Tumis bawang yang dah ditumbuk tadi hingga wangi
  • Masukkan cili kering yang siap dikisar bersama belacan tadi
  • Biarkan sehingga naik minyak
  • Masukkan asam keping dan serai yang telah ditumbuk
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Next masukkan ayam yang telah siap digoreng tadi, gaul rata
  • Akhir sekali, masukkan bawang merah yang dipotong mayang
  • Siap untuk dimakan bersama nasi panas


Selamat mencuba :)

Review : Sesuci Kasih Seorang Isteri


Isha... Walau apa pun yang terjadi, cinta abang hanya untuk sayang. Ampunkan abang kerana menduakanmu. Sesungguhnya manusia cuma mampu merancang, Dia jualah yang menentukan segala-galanya.

Sofea... Hadirmu bukan pintaku. Tetapi, mengapa kau sanggup memburu cintaku walaupun kita tidak pernah saling mengenali? Siapa aku sebenarnya padamu?

SESUCI KASIH SEORANG ISTERI... luahan hati dari kaca mata seorang suami yang berhadapan dengan dugaan hidup di alam rumah tangga. Luahan hati yang bisa menyentuh perasaan anda...


* Sesuci Kasih Seorang Isteri under Kaki Novel Enterprise, edaran Syarikat Fajar. Novel hasil tulisan Dzie Tyea ni sangat-sangat Shakira recommendkan pada korang semua!

Resipi : Pisang Rebus

Ni pekena pagi-pagi dengan kopi panas memang terangkat. Hehe tak pun masa hujan turun membasahi bumi macam sekarang ni. Haha memang sedap. Direct to cara buat :)

  • Buang kulit pisang yang telah masak
  • Masukkan air ke dalam periuk dan didihkannya
  • Setelah air betul-betul mendidih, masukkan pisang yang dah dibuang kulitnya tadi
  • Sambil tu, taburkan kelapa parut yang telah digaul bersama garam secukup rasa ke dalam satu mangkuk
  • Setelah pisang empuk, toskan dan potong ikut kesesuaian sebelum digaul bersama bahan kelapa parut tadi
  • Gaul mengikut citarasa masing-masing
  • Siap untuk dinikmati

Selamat mencuba :)

Cerita Raya Keempat

Pagi-pagi sarapan dulu. Kitorang pekena roti canai. Lepas tu boleh pula mengidam aiskrim, alang-alang ada motor aiskrim tengah lalu masa tu satu family melantak aiskrim pagi-pagi. Hehe. Dalam pukul 10 macam tu yang mak-mak abah-abah keluar pergi beli barang doorgift sepupu nak kahwin. Jadi tinggallah kami yang bujang-bujang. Anak dara di rumah. Hehe.


Kitorang masak ikan patin + ikan talapia masak sambal campur terung pipit. Wahh sedap sangat! Cuma Shakira tak minat terung pipit tu, pahit rasanya. Pernah hari tu bakal mak mertua bagi satu plastik besar, satu family Shakira suka makan lagi-lagi buat sambal. Tapi Shakira sorang je tak berapa minat sebab pahit. Hehe.


Malam tu kitorang sambung membungkus aktiviti si bakal pengantin lagi. Haha siapa lagi nak menolong kalau bukan saudara-mara. Betul tak? Hmm kitorang membungkus doorgift untuk para tetamu yang akan datang ke majlis perkahwinan sepupu Shakira tu nanti. Best buat kerja ramai-ramai ni. Sekejap je dah setel. Hehe alhamdulillah.

Resipi : Ikan Kembong Masak Taucu Pekat

Direct to cara buat :)

  • Basuh, siang dan bersihkan 6 ekor ikan kembong
  • Goreng ikan kembong setelah diratakan kunyit serta garam secukup rasa
  • Tos dan ketepikan ikan kembong sebentar
 
  • Hiris sebiji bawang merah, tiga ulas bawang putih, sedikit halia dan 4 biji cili api/padi
  • Tumbuk serai dan ketepikan
  • Potong timun mengikut citarasa potongan dan basuh bersih asam keping
  • Tumis bahan hirisan tadi sehingga keperangan
  • Buka dan masukkan 3 paket taucu di iringi secawan air (jangan banyk sebab kita nak buat yang pekat, kalau tak nak pekat bolehlah masukkan lagi air ikut kemahuan masing-masing)
  • Masukkan juga serai, timun dan asam keping yang telah disediakan tadi
 
  • Masak kuah sehingga timun menjadi lembut
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa keseimbangan
  • Akhir sekali masukkan ikan kembong yang telah digoreng tadi
  • Siap untuk dimakan :)

Selamat mencuba!

Shakira Blogger Famous?

Hahahahahahahahahhahahahahahha gelak tak habis macam ni. Nak cerita macam mana kalau asyik gelak je. Huhu sorry my dear. Bukan apa, tengok tajuk tu ada terasa nak muntah tak? Haha.

Tadi Shakira ada buat entry terima kasih buat blogger yang sememangnya famous, she is Lulu Caldina. Nak baca entry tu klik sini. Then ada satu blogger datang singgah dan komen. Ada dua, satu dekat kotak komen blogger dan satu lagi dekat kotak komen Google+. Hehe.



The blogger is Haslinda Hassan Ali. Huhu orang Puchong, dulu Shakira tinggal Puchong juga tapi sekarang dah pindah Klang. Hehe Alhamdulillah termakbul kata-katanya tu famouslah Shakira. Haha famous ke? Hehe hep jangan suka sangat! Perbetulkan niat kita dulu. Kenapa kita menulis? kenapa kita berkongsi idea dan sesuatu secara public? Ada sebabnya.

Bagi Shakira, sebab hobi diri ni memang suka menulis dan membebel. Jadi ada baiknya bebelan tu dicoret di blog sendiri. Dan Alhamdulillah ini bermakna blog ni ada juga peminatnya ya. Ingatkan tak ada. Yalah, banyak lagi kekurangan yang perlu diperbaiki lebih-lebih lagi dari sudut isi-isi penting setiap entry. Hehe.

Jom ramai-ramai serang blog kak Haslinda. Shakira dah review blognya tadi, business woman tu. Wahh wanita bekerjaya dan sememangnya hebat dalam dunia perniagaan. Huhu tadi Shakira nampak ada pasal produk-produk kecantikan sekali. Terjah cepat!

Hehe tapi tak tau kenapa Shakira terasa nak sengih je hari ni. Thanks kak Haslinda sebab sudi singgah baca luangkan masa dengan cerita blog ni dan paling penting dah buat Shakira happy dengan kata-katamu hari ni. Hehe Alhamdulillah :)

Ada yang terasa nak tampar Shakira laju-laju tak? Huhu lari!!

Terima Kasih Lulu Caldina

Biasalah kalau blogger baru nak merangkak macam Shakira ni, masih tercari-cari idea yang baik untuk dikongsi dan diconteng dalam blog ni. Alhamdulillah dah 2 bulan lebih ni ramai pembaca datang dan pergi, meninggalkan jejak untuk Shakira singgah diselit salam perkenalan dan Shakira rasa bersyukur sebab dikurniakan ketentuan oleh Allah sebagai blogger.

Hari ni Shakira nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada Lulu Caldina sebab sudi follow dan paling tak sangka entry-entry blog LOTS OF LOVE BY SHAKIRA ni ada dalam pilihan bloglist blog Lulu.


Bagi Shakira, Lulu seorang blogger famous yang amat meminati sukan bola sepak group Chelsea. Tengok blog Lulu yang biru bak laut tu pun kita dah dapat tau. Huhu. Keep it up Lulu!


Banyak entry Lulu yang up to date mengenai dunia hiburan, berita semasa dalam dan luar negara, gosip hangat dan banyak lagi. Shakira sendiri dah mengikuti perkembangan Lulu Caldina pada setiap entry sebelum Shakira ada blog lagi.

Shakira masih ingat Lulu Caldina pernah buat satu contest teka air 100 Plus. Memang ramai yang join, Shakira sendiri pun join sebab ianya menarik dan kita dapat meneka jawapan yang boleh dijadikan idea secara automatik. Tapi masa tu Shakira di blog lama yang kini dah terpadam. Hehe tak apalah, tak salah untuk mula dari bawah balik macam sekarang ni. Betul tak?

Sebelum undur diri, thanks lagi sekali pada Lulu for support my blog yang tak seberapa ni. Moga Lulu terus maju dalam dunia penulisan. InsyaAllah.

# korang apa tunggu lagi, jom serang blog Lulu Caldina ! Kita kasi gegar :)

Muka Vs Tudung

Dalam pemilihan tudung ni, korang jenis cerewet nak kena ikut jenis bentuk muka or main tibai je pakai? Actually, Shakira ni dulu masa zaman sekolah memang tudung bawal jelah kan? Pergi mengaji pun gitu jelah, no need pin bagai. No need jugak melilit satu kepala. Just simple ikat di depan di bawah dagu. Siap! Huhu.

Bila masuk zaman belajar kat IPTA dulu mula berjinak dengan selendang. Tak kisahlah selendang jenis macam mana semua Shakira try walaupun muka macam nangka beranak. Erk? Shawl labuh, pendek pun ada. Pashmina ala-ala Yunalah, Hana Tajimalah, apalah semua ada. Haha entah apa rupa muka ni pakai selendang pun tak tahu. Rajin tau Shakira dulu dok melilit bagai atas kepala sampai ke leher. Tapi tak pula terfikir nak rasa rimas or semak macam sekarang ni.


Semua tu dulu je ya. Sekarang ni mungkin sebab faktor usia kot! Ala, 23 tahun tu dah tua ke? Belumkan? Hehe and plus juga faktor nak jadi isteri orang. Might be! Sekarang tudung sarung je jadi pilihan. Senang, pantas dan ada setengahnya tak perlukan khidmat pakcik iron. Haha nampak tak peratus kemalasan yang melanda ni semakin meningkat? Hehe.


Shakira ada banyaklah juga koleksi tudung sarung ni. Masa tunang dulu Shakira pilih tudung sarung juga! Memang request dekat vendor awal-awal. Hehe. Buktinya tengok gambar kat sidebar kanan tu. Huhu cantikkan? Haha kau perasan nombor satu ya Shakira.

Tapi satu je masalah dengan tudung sarung! Bila pakai helmet dia penyek. Haha dia jadi kelepet. Betul tak perkataan ni? Sangat stress bila terpaksa mengharungi keadaan macam tu. Yalah, Shakirakan rempit tegar. Huhu. So kebanyakkannya kalau pergi kerja Shakira pekena tudung bawal je :)


Ada setengah orang tak minat tudung sarung sebab akan membuatkan muka dorang lebih besar, panjang or apa entah. Dah lupa. Hehe short memory betul. Then ada juga yang kata tudung sarung akan membuatkan muka dorang nampak tua.

Tapi dalam hati Shakira ni ada juga berangan tau, masa nikah nanti tak nak pekena tudung sarung lagi. Habis tu Shakira nak tutup pakai apa? Idea please come to mama. Come close to me dear. Hehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013