Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

The Greatness Of Allah


Alhamdulillah dah nak dekat 4 bulan. Kenapa baru sekarang nak cerita? Mungkin ada yang dah tau, mungkin ada yang belum. Tujuan entry ni bukan untuk menunjuk-nunjuk, apatah lagi nak riak heboh sana-sini. Tapi lebih untuk memohon doa dari korang semua untuk mendoakan kesihatan Shakira dan bakal anak dalam perut ni.

Buku pink dah tercalit nama si ibu. Siapa si ibu? Shakira :) Macam tak percaya. Macam main-main pun ada. Tapi nilah yang dikatakan kebesaran Allah. Rezeki Allah. Buat buku pink dan first check up dah selesai, alhamdulillah ok. Semoga semuanya berjalan lancar lagi lepas ni.

Mom-To-Be. Amin.

# Wedding Review tak selesai lagi. Aiyo! Heee..

Bebelan Hari Ini

Huhu membebel sendiri di hari Jumaat ni. Alhamdulilah dah dekat 2 minggu Shakira menyulam cinta dan kasih sebagai isteri kepada En. Hamdan. Hehe ayat poyo rasa nak hempuk jekan :)

Shakira rasa bahagia sangat. Yalah, sekarang kalau nak buat apa-apa dah jadi berdua. Fikir perut sendiri, kena fikir perut suami juga. Huhu suami? Macam tak caya je, macam mimpi je.

Penat memang penat, tak dinafikan. Lagi-lagi bab masak dan kemas rumah. Tak tahu kenapa penatnya lain macam. Haha. Yalah, dulu rumah bujang apa je yang En. Hamdan kemas. Nasib baik En. Hamdan pandai masak. Hehe.


Honeymoon? For now, rumah jelah. Haha habiskan tahun 2013 ni baru fikir honeymoon. Lambat-lambat sangat kang tahun depan jadinya babymoon. Hehe. Amin, doakan ya!

Blog apa cerita? Huhu makin hari makin malas nak update. Kalau update pun, update status facebook je sebab tulis pendek-pendek terus post. Hehe pemalas dah ni Shakira. Blog, maafkan daku ya ;) Dah makin ke belakang ranking blog. Huhu.

Nak review tentang wedding, tapi bila? Oh no, apalah nak jadi. Haha InsyaAllah Shakira akan gagahkan juga buat review wedding ya. Dont worry.

Hmm oklah, till here. Bye.

Mimpi Semalam

Apa yang Shakira tau, Shakira tidur je terus wajah seorang blogger cantik ni datang. Haha siapakah gerangannya? Blogger Nadia Johari :) Entah macam mana boleh dia register jadi pelakon malam semalam. Hehe.

http://miszrockers.blogspot.com/

Permulaan cerita, Nadia ni naik motor dengan seorang perempuan. Katanya adik dia (dalam mimpi tu cakap). Naik motor sebiji motor Shakira pula tu! Dengan nombor plat sama, warna pun. My Baby Girl tu. Huhu Shakira yang masa tu tengah buat apa entah kat tepi jalan, tegur Nadia. Tanya dia nak ke mana. Dengan slumber dengan wajah berlagaknya Nadia jawab nak pergi join Game Killer Karaoke! Haha korang yang tak tau pasal Killer Karaoke ni bolehlah search Youtube ya.


Memandangkan lokasinya pun tak jauh dengan tempat kitorang bertegur siapa tu, Shakira pun pergi juga tempat tujuan Nadia dengan adiknya tadi. Tiba-tiba je Shakira sampai, dalam mimpi tu tak tunjuk pula Shakira pergi naik apa. Haha sila percaya cerita mengarut ni :)

Sampai je sana, terus giliran Nadia dengan adiknya. Menggelupur Nadia ni get ready. Hehe masa tu game yang pertama dorang dapat game jalan atas papan yang bergoyang dan retak. Haha padahal dalam Killer Karaoke, realitinya mana ada game macam tu. Nampak tak betapa kreatifnya pengarah mimpi ni?

Wisel bunyi, papan tu mula bergerak dan ala-ala nak retak. Nadia dengan adiknya sambil berpimpin tangan mula mengorak langkah. Slow-slow dorang gerak atas papan tu. Shakira bagi semangat dari tepi. Pelik dalam mimpi tu Shakira je penonton yang datang studio bagi semangat macam pom-pon girl. Tak ada bajet nak ambil pelakon tambahan ke wahai pengarah mimpiku? Hehe.

Sampai tengah, adik Nadia dah macam tak dapat kawal keadaan. Terus terjatuh. Pergh bunyinya jangan cakaplah. Tinggi pula tu jatuhnya. Bila tak berjaya sampai ke hujung, maknanya kumpulan dorang kalah dan tak dapat nak teruskan perjuangan. Hehe muka Nadia ketat gila masa tu!

Tapi yang paling memeranjatkan Shakira, kumpulan kedua yang masuk gelanggang nak teruskan perjuangan juga nak tau siapa?? Haha insan tu ialah mak abah Shakira. Geli hati je, agaknya masa Shakira mimpi tu tersengih tak macam kerang busuk? Huhu dengan semangat mak abah dah get ready. Tak pasti pula masa tu mak abah dapat main game apa, dalam mimpi tak ada mention (Haish banyak betul kelemahan jalan cerita ni ya).


Wisel dibunyikan menandakan mak abah perlu mengorak langkah merebut kemenangan! Tiba-tiba, baru je kaki mak abah nak melangkah, wisel dibunyikan semula. Semua pandang ke arah pemegang wisel tu. Nak tau apa dia cakap?? Dia cakap dah masuk Zohor ni, jom kita solat dulu! Hahah Ya Rabbi, terus kecewa muka mak abah! Shakira pun tiba-tiba terus terjaga dari tidur. Hehe.

Motif mimpi? Tak pasti apa, yang pastinya sangat aneh. Tak pasal-pasal sahabat blogger masuk mimpi. Mungkin Shakira rindu kat Nadia kot. Huhu dah lama tak jumpa. Last jumpa pun masa Ramadhan hari tu, Iftar Bersama Blogger :)

Nadia-Nadia, malam ni kalau nak masuk mimpi Shakira lagi tolong minta watak lain pula ya. Mak abah Shakira pun sama :)

Selesai Majlis Berkampung

Alhamdulillah semalam hari Ahad, 17/11/2013 keluarga Shakira buat majlis berkampung. Mungkin ada yang faham dan ada yang tak faham tentang berkampung ni. Meh sini Shakira terangkan :)

Kalau kat kampung biasanya tak payah buat pun tak apa, sebab kat kampung automatik dah ada geng-geng rewang untuk sebarang majlis perkahwinan. Siapa yang kena masak, kena tu kena ni semua. Huhu. Tapi kalau kat bandar macam tempat Shakira, jarang ada geng-geng yang dah dilantik untuk merewang bagai. Sebab tu abah Shakira buat majlis berkampung ni, duduk berbincang memohon bantuan mengenai peranan masing-masing.

Majlis Shakira nanti guna khidmat katering. Tapi abah Shakira saja buat majlis berkampung juga. Tujuan utamanya untuk mendapatkan bantuan dan kerjasama dari beberapa orang jiran tetangga yang sudi menghulurkan tenaga dan tengok-tengok apa yang patut di Majlis Perkahwinan Shakira dan En. Hamdan nanti :) Biasanya orang-orang nilah yang bakal memakai bunga duit atau zaman sekarang ni lebih dikenali sebagai corsage.

Ok jom layan gambar semalam ya :)


Mampu lagi bergambar walaupun Shakira baru keluar hospital :)


Antara kawan mak dan abah yang hadir :)


Antara hidangan ringkas yang disediakan :)


Bakal pengantin yang kononnya malu, duduk snap gambar dalam bilik. Huhu. Adik Shakira yang bongsu entah apa dia tengah buat tu agaknya :)

Jadi tulah serba sedikit yag Shakira nak ceritakan hari ni. Selamat menjalani majlis berkampung ya B2B semua. Bye!

Zaman "Anak-anak Sidek"

Teringat masa Shakira dalam lingkungan darjah 3 atau 4 macam tu, cerita Anak-anak Sidek tak pernah lepas. Huhu komik pun sama. Memang larislah jual kat kedai buku sekolah.

Teringat dengan garangnya Haji Sidek dulu, dengan keletah anak-anak bujangnya. Memang kelakar :) Antara kasih-sayang dan disiplin, tu yang dapat Shakira terapkan dari kisah dorang ni.

Korang nak ikut Shakira imbas balik kenangan masa cerita zaman "Anak-anak Sidek"? Jom! Ada banyak lagi kat Youtube tu. Layanlah ya :)




Sumber video : YOUTUBE

Bukan Main Lagi Mak Shakira

Huhu ceritanya macam ni, mak Shakira dengan jiran-jiran ni memang rajin. Macam-macam jenis rajinlah dorang ni. Masak-masak bawa satu rumah, makan sama-sama. Kadang tu lepak depan rumah, seorang buat air seorang buat kuih. Nikmati sama-sama. Kalau ada kenduri-kendara pun memang turun padang. Bantu apa yang patut.

Belum cerita hal joging. Pergi joging sama-sama naik satu kereta, kadang tu kat Taman Rakyat Klang tu. Masing-masing bawa makanan masing-masing. Kononnya lepas joging nak breakfastlah tu ramai-ramai. Huhu macam-macam :)

Tapi hari ni Shakira nak bagitahu, hari tu mak Shakira dengan jiran-jiran main make up oi. Hehe macam tak percayakan? Sekali tengok gambar mak ada dalam Facebook abah. Huhu dah macam artis gitu mak Shakira jadi model make up. Abah kata mak dah macam Abby Abadi :)


Cantikkan mak Shakira ni kena make up? Pandai posing lagi tu. Tengoklah anak dia. Hehe dah mula angkat bakul sendiri nampak. Mak Shakira ni sporting je kan, melayang kerenah jiran-jiran. Macam-macam, tak kisahlah apa pun, asalkan mak bahagia.

# Lupa pula nak kenalkan, mak Shakira ni namanya Puan Zaiton Mohamed as per mentioned dekat sidebar tepi tu. Berusia 43 tahun. Muda lagi you. Orang selalu ingat mak ni kakak Shakira tau! Huhu :)

Terperangkap Dalam Lif


Lif dah mula jadi bahan untuk Shakira trauma sekarang ni. Shakira sanggup naik tangga selagi boleh. Kejadian berlaku kat flat mana entah kat area KL, lif tiba-tiba stop secara mengejut. Pintu tak terbuka, dah mula rasa lemas, abah try buka pintu, tengok kitorang berada separuh dari lantai yang sepatutnya kita berpijak untuk keluar.

Ok, dari mula ya. Tujuan ke flat sana sebab beraya. Rumah saudara belah mak kalau tak silap Shakira. Macam biasa sampai depan pintu lif, tekan. Bila dah terbuka, masuk dengan gembiranya sebab mood beraya memang wujud masa tu.

Lif bergerak ke atas, tujuan kami nak ke tingkat 10. Tapi lif tiba-tiba berhenti secara mengejut di tingkat 6. Kitorang buat biasa jelah. Ingatkan ada orang dari tingkat 6 nak masuk. Malangnya, lif tu berhenti je tanpa membuka pintu. Kitorang terdiam. Saling berpandangan sesama sendiri.

Kitorang jerit minta tolong, dengan harapan ada orang dari luar yang mendengar. Senyap, tiada respon. Mak dah mula lemas, Shakira pun. Kitorang asma. Tapi masih cuba bertahan sebab tak nak tunjuk depan adik-adik dan adik sepupu yang ada masa tu. Takut diorang menangis dan lebih takut. Peluh mula keluar dari badan. Panas.

Abah mula kopak pintu lif tu. Fahamkan kopak tu apa :) Pintu lif belah dalam berjaya dibuka, tiba untuk pintu belah luar pula. Korang jangan tak tahu ya lif ada lapisan pintu. Ok alhamdulillah dengan kudrat yang abah ada tambah pula dengan bantuan pakcik Shakira yang turut sama terperangkap ketika itu, kesemua lapisan pintu lif berjaya dibuka.

Namun ada satu lagi halangan! Kitorang berada di tengah-tengah antara lubang keluar dan lantai. Faham? Ok, korang bayangkan korang terpaksa keluar lif dalam keadaan memanjat ke atas? Dapat bayang? Ni Shakira ada lakarkan, harap korang faham.


Ok, dari situ kitorang keluar seorang demi seorang. Kesian mak dan makcik-makcik yang lain. Terpaksa memerah keringat untuk cuba memanjat lantai lif untuk keluar dari situ walaupun lutut orang tua tak berapa kuat. Abah orang terakhir yang keluar. Alhamdulillah kitorang semua selamat dalam ketakutan yang amat sangat. Sampai rumah yang dituju untuk beraya, kitorang ambil kesempatan untuk buat sekali doa kesyukuran. Alhamdulillah.

Cuba dibayangkan kalau ketika kitorang keluar (separuh badan masih di dalam, separuh lagi menuju ke luar-sedang berusaha untuk keluar), lif tu bergerak ke atas mahupun ke bawah? Apa jadi?

Wallahualam.

Selamat Datang Mohd Amieqail

Ni sepupu Shakira yang baru dilahirkan ke dunia :) Namanya Muhd Amieqail Bin Mohd Tarmizi. Sepupu Shakira yang comel ni anak kepada adik mak Shakira. Senang cerita anak makcik Shakiralah. Hehe.


Comelnya dia. Geram je Shakira tau. Masa pegang hari tu pun takut-takut. Kejap je then suruh mak amek balik. Hehe. Apa-apa pun moga Amikail dapat jadi anak yang soleh buat mama dan abah, juga jadi adik yang baik untuk dua orang abangnya iaitu Mohd Amirul dan Mohd Amizal.

3 hero tau :)

Keluarga Shakira

Ni kes tak nak susahkan orang lain tolong snapkan gambar. Snap sendiri nilah hasilnya. Haha sikit je frame masuk.


Last-last mak Shakira cakap "Meh sini mak snapkan.." haha mengalah Shakira akhirnya.


Hehe masa ni Shakira berdiri atas sofa tau. Semata-mata nak snap gambar dengan family's photo ni. Tapi kenapa dalam gambar tu Shakira macam tembam semacam je. Haha :)

Ahli keluarga Shakira semuanya ada 8 orang. Nak kenal dengan ahli keluarga Shakira tak? Nantilah kalau Shakira rajin, Shakira buatkan entry review seorang demi seorang ya.

Puas hati dapat juga bergambar! Thanks mak! Bye :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013