Showing posts with label mak. Show all posts
Showing posts with label mak. Show all posts

Hamil?

Assalamualaikum semua. Selamat malam. Ops silap! Dah pagi buta rupanya, 12:13 pagi. Hehe.

Mata tak dapat nak lelap sebab memikirkan tentang hamil. Yalah, pasangan mana yang tak mendambakan zuriat? Shakira pasti kita semua ada naluri macam tu, lagi-lagi si isteri. Betul tak?

Bila dah jadi seorang isteri ni, walaupun baru sebulan bernikah mesti dah terbayang seakan ada nyawa dalam perut. Ya, nyawa seorang insan yang bergelar anak. Huhu rasa sayu je taip entry ni. Nada mengharap :(

Shakira dah seminggu tahan sakit perut. Angin penuh je rasa. Jap-jap kentut, sendawa. Hmm sakit tau tak? Bila angin mula berombak je, mulalah terasa loya tekak ni. Bila dah loya, nak muntah. Setakat ni shakira dah 2 hari muntah waktu pagi. Pagi kelmarin dan semalam.

Hmm tapi angin-angin pun Shakira kuat makan. Sejak perut berangin ni, pagi petang siang malam asyik lapar je. Lapar lain macam je rasa. Makan semua yang berat pula tu. Roti biskut letak tepi. Haha.

Hmm lagi satu sejak dua menjak ni, asyik lenguh-lenguh je satu badan. Lenguhnya macam lenguh masa nak datang period. Tapi Shakira tak pernah rasa selenguh ni. Lenguh dari atas sampai bawah. Hmm. Tu tanda hamil ke?

Tak apalah, Shakira ni memang tengah menunggu period ni. Jangkanya dalam 14hb atau 15hb Jan ni. Sebab last month period 18hb Dis. Hmm entahlah. Shakira tak nak terlalu berfikir sebenarnya, tapi otak ni tak dapat nak lari dari berfikir. Hehe entah kenapa. Dengan terngiang-ngiang mak Shakira kata badan Shakira ni nampak macam orang mengandung. Mungkin tu naluri seorang ibukan? Hehe mana tau masin mulut mak. Amin. Doakan ya semua.

Oklah. En Hamdan dah menjeling suruh tidur. Hehe bye!


Mimpi Semalam

Apa yang Shakira tau, Shakira tidur je terus wajah seorang blogger cantik ni datang. Haha siapakah gerangannya? Blogger Nadia Johari :) Entah macam mana boleh dia register jadi pelakon malam semalam. Hehe.

http://miszrockers.blogspot.com/

Permulaan cerita, Nadia ni naik motor dengan seorang perempuan. Katanya adik dia (dalam mimpi tu cakap). Naik motor sebiji motor Shakira pula tu! Dengan nombor plat sama, warna pun. My Baby Girl tu. Huhu Shakira yang masa tu tengah buat apa entah kat tepi jalan, tegur Nadia. Tanya dia nak ke mana. Dengan slumber dengan wajah berlagaknya Nadia jawab nak pergi join Game Killer Karaoke! Haha korang yang tak tau pasal Killer Karaoke ni bolehlah search Youtube ya.


Memandangkan lokasinya pun tak jauh dengan tempat kitorang bertegur siapa tu, Shakira pun pergi juga tempat tujuan Nadia dengan adiknya tadi. Tiba-tiba je Shakira sampai, dalam mimpi tu tak tunjuk pula Shakira pergi naik apa. Haha sila percaya cerita mengarut ni :)

Sampai je sana, terus giliran Nadia dengan adiknya. Menggelupur Nadia ni get ready. Hehe masa tu game yang pertama dorang dapat game jalan atas papan yang bergoyang dan retak. Haha padahal dalam Killer Karaoke, realitinya mana ada game macam tu. Nampak tak betapa kreatifnya pengarah mimpi ni?

Wisel bunyi, papan tu mula bergerak dan ala-ala nak retak. Nadia dengan adiknya sambil berpimpin tangan mula mengorak langkah. Slow-slow dorang gerak atas papan tu. Shakira bagi semangat dari tepi. Pelik dalam mimpi tu Shakira je penonton yang datang studio bagi semangat macam pom-pon girl. Tak ada bajet nak ambil pelakon tambahan ke wahai pengarah mimpiku? Hehe.

Sampai tengah, adik Nadia dah macam tak dapat kawal keadaan. Terus terjatuh. Pergh bunyinya jangan cakaplah. Tinggi pula tu jatuhnya. Bila tak berjaya sampai ke hujung, maknanya kumpulan dorang kalah dan tak dapat nak teruskan perjuangan. Hehe muka Nadia ketat gila masa tu!

Tapi yang paling memeranjatkan Shakira, kumpulan kedua yang masuk gelanggang nak teruskan perjuangan juga nak tau siapa?? Haha insan tu ialah mak abah Shakira. Geli hati je, agaknya masa Shakira mimpi tu tersengih tak macam kerang busuk? Huhu dengan semangat mak abah dah get ready. Tak pasti pula masa tu mak abah dapat main game apa, dalam mimpi tak ada mention (Haish banyak betul kelemahan jalan cerita ni ya).


Wisel dibunyikan menandakan mak abah perlu mengorak langkah merebut kemenangan! Tiba-tiba, baru je kaki mak abah nak melangkah, wisel dibunyikan semula. Semua pandang ke arah pemegang wisel tu. Nak tau apa dia cakap?? Dia cakap dah masuk Zohor ni, jom kita solat dulu! Hahah Ya Rabbi, terus kecewa muka mak abah! Shakira pun tiba-tiba terus terjaga dari tidur. Hehe.

Motif mimpi? Tak pasti apa, yang pastinya sangat aneh. Tak pasal-pasal sahabat blogger masuk mimpi. Mungkin Shakira rindu kat Nadia kot. Huhu dah lama tak jumpa. Last jumpa pun masa Ramadhan hari tu, Iftar Bersama Blogger :)

Nadia-Nadia, malam ni kalau nak masuk mimpi Shakira lagi tolong minta watak lain pula ya. Mak abah Shakira pun sama :)

Bukan Main Lagi Mak Shakira

Huhu ceritanya macam ni, mak Shakira dengan jiran-jiran ni memang rajin. Macam-macam jenis rajinlah dorang ni. Masak-masak bawa satu rumah, makan sama-sama. Kadang tu lepak depan rumah, seorang buat air seorang buat kuih. Nikmati sama-sama. Kalau ada kenduri-kendara pun memang turun padang. Bantu apa yang patut.

Belum cerita hal joging. Pergi joging sama-sama naik satu kereta, kadang tu kat Taman Rakyat Klang tu. Masing-masing bawa makanan masing-masing. Kononnya lepas joging nak breakfastlah tu ramai-ramai. Huhu macam-macam :)

Tapi hari ni Shakira nak bagitahu, hari tu mak Shakira dengan jiran-jiran main make up oi. Hehe macam tak percayakan? Sekali tengok gambar mak ada dalam Facebook abah. Huhu dah macam artis gitu mak Shakira jadi model make up. Abah kata mak dah macam Abby Abadi :)


Cantikkan mak Shakira ni kena make up? Pandai posing lagi tu. Tengoklah anak dia. Hehe dah mula angkat bakul sendiri nampak. Mak Shakira ni sporting je kan, melayang kerenah jiran-jiran. Macam-macam, tak kisahlah apa pun, asalkan mak bahagia.

# Lupa pula nak kenalkan, mak Shakira ni namanya Puan Zaiton Mohamed as per mentioned dekat sidebar tepi tu. Berusia 43 tahun. Muda lagi you. Orang selalu ingat mak ni kakak Shakira tau! Huhu :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013