Assalamualaikum semua. Selamat malam. Ops silap! Dah pagi buta rupanya, 12:13 pagi. Hehe.
Mata tak dapat nak lelap sebab memikirkan tentang hamil. Yalah, pasangan mana yang tak mendambakan zuriat? Shakira pasti kita semua ada naluri macam tu, lagi-lagi si isteri. Betul tak?
Bila dah jadi seorang isteri ni, walaupun baru sebulan bernikah mesti dah terbayang seakan ada nyawa dalam perut. Ya, nyawa seorang insan yang bergelar anak. Huhu rasa sayu je taip entry ni. Nada mengharap :(
Shakira dah seminggu tahan sakit perut. Angin penuh je rasa. Jap-jap kentut, sendawa. Hmm sakit tau tak? Bila angin mula berombak je, mulalah terasa loya tekak ni. Bila dah loya, nak muntah. Setakat ni shakira dah 2 hari muntah waktu pagi. Pagi kelmarin dan semalam.
Hmm tapi angin-angin pun Shakira kuat makan. Sejak perut berangin ni, pagi petang siang malam asyik lapar je. Lapar lain macam je rasa. Makan semua yang berat pula tu. Roti biskut letak tepi. Haha.
Hmm lagi satu sejak dua menjak ni, asyik lenguh-lenguh je satu badan. Lenguhnya macam lenguh masa nak datang period. Tapi Shakira tak pernah rasa selenguh ni. Lenguh dari atas sampai bawah. Hmm. Tu tanda hamil ke?
Tak apalah, Shakira ni memang tengah menunggu period ni. Jangkanya dalam 14hb atau 15hb Jan ni. Sebab last month period 18hb Dis. Hmm entahlah. Shakira tak nak terlalu berfikir sebenarnya, tapi otak ni tak dapat nak lari dari berfikir. Hehe entah kenapa. Dengan terngiang-ngiang mak Shakira kata badan Shakira ni nampak macam orang mengandung. Mungkin tu naluri seorang ibukan? Hehe mana tau masin mulut mak. Amin. Doakan ya semua.
Oklah. En Hamdan dah menjeling suruh tidur. Hehe bye!
19 comments:
Hehehehe insyaAllah, ena doakan semoga dimurahkan rezeki akk tu... Semoga dapat berita menggembirakan.. weeeee
Haha cute je kena jeling :P Smoga dpt baby cepat! Amin :D
lama myepi...rinduuu..akak doakan diam2 dah berisi... masin mulut ibu btol lah tu...tahniah.
Insyaallah.. terus berusaha
Insyaa
insyaALLAH ada rezeki nanti :)
wahh simpton2 tu dah ada.. masin tu mulot mak! :)
assalamualaikum kyra.. tu tanda2 kehamilan rasanya. akak ipar sheila pun baru sebulan nikah. terus double line bila check upt. hehee. in shaa Allah, ada rezeki nanti kyra jadi mummy. jgn stress2 ok dear ;)
check upt
insyaallah ada lah kot
tahniah
tahniah
amin...
hope dpt good news...hihi
Insyaallah... hope allah makbulkn doa kyra (*¯︶¯*)
Simptom yg mcm fiqa rasa last month till now, perut asyik bloating je pastu tekak mual huhu. Cuba la check after 3-4 days period delay :)
InsyaAllah kalu ada rezki cepatlah lekat tu...macam ada tanda2 dah tu...Baru sebulan...
Simptom2 tue la yg sye rse dlue...
Perut rse senak, asik sendawa, kuat mkn, cepat letih, asik mengantuk...
Try cek, in sha allah ade good news..
Moga ad rezeki ye..ayut blm ad..hihihi..sbb tgh cuti.. ;)
Insya Allah.. saya doakan cepat2 ye :)
oppss..mcm diseru2 nak terjah entri ni..