Showing posts with label kematian. Show all posts
Showing posts with label kematian. Show all posts

Wanita Perlu Tahu Tentang PinkTober

Pagi ni Shakira terlebih rajin. Lepas Subuh tak tidur pun. Haha kantoi selama ni ya :) Disebabkan terlebih rajin hari ni, Shakira siap tengok TV lagi pagi-pagi. Lepas selesai isi sanubari pagi dengan motivasi Ustaz Hushim Salleh, Shakira sambung terus tengok MHI atau pun panjangnya Malaysia Hari Ini. Hehe.

Tajuk MHI pagi ni ialah Pinktober. Apa itu Pinktober? Ok, Shakira pun baru je tau pagi tadi. Jom kita kongsi sama-sama.

PINKTOBER
PINK atau merah jambu ialah warna reben yang menjadi simbol melambangkan kempen kesedaran payu dara. TOBER pula singkatan bulan Oktober. Jadi PINKTOBER bermaksud pin yang dikeluarkan oleh mana-mana badan NGO sempena menyambut bulan Oktober yang mana bulan Oktober telah dipilih sebagai bulan memperingati dan menguatkan kesedaran tentang penyakit barah payu dara sedunia.

Ok kat sini Shakira nak kongsikan antara cara kita sebagai wanita bagi mencegah kehadiran barah payu dara :
  • Katakan 'TIDAK' pada alkohol >>> Kajian mendapati wanita yang mengambil minuman beralkohol mempunyai kadar yang tinggi mendapat barah. Berdasarkan kajian wanita yang mengambil 2 hingga 5 minuman setiap hari mempunyai 11/2 kali risiko berbanding wanita yang tidak mengambil alkohol. Satu gelas wain setiap hari sebagai contoh mempunyai risiko sebanyak 7%. Risiko ini tidak termasuk faktor risiko yang lain seperti kaum, berat badan, sejarah barah dalam keluarga, umur mendapat haid atau menapaus bermula, jumlah kehamilan, faktor penyusuan anak dan penggunaan pil perancang atau hormon (HRT).
  • Berhenti merokok >>> Pesanan ini juga diketengahkan buat kaum lelaki yang merokok. Tabiat merokok bukan sahaja dikaitkan dengan barah paru-paru, malah juga barah payu dara. Wanita yang mula merokok di usia muda mempunyai risiko tinggi mendapat barah payu dara. Merokok juga berkait dengan penyakit jantung. Jika kita seorang yang merokok, kita mempunyai alasan yang tepat untuk berhenti merokok.
  • Bersenam >>> Terdapat banyak kajian menunjukkan bahawa aktiviti bersenam dapat mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasuk barah payu dara. Namun ini tidak bermakna kita perlu bersenam seperti Madonna (beliau dilaporkan bersenam sehingga 4 jam sehari yang mengakibatkan penceraian beliau dengan suami). Adalah dianggarkan bahawa dengan hanya berjalan sebanyak 1.25 hingga 2.5 jam seminggu sudah cukup untuk mengurangkan risiko barah payu dara di kalangan wanita sebanyak 18%.
  • Periksa payu dara sendiri sekerap mungkin >>> Ini merupakan langkah yang paling penting untuk kita. Langkah ini tidak akan mengurangkan risiko untuk kita mendapat barah payu dara, namun ia dapat mengesan simpton ini di peringkat awal dan menjamin kita mendapat rawatan yang kurang agresif atau teruk.
  • Amalkan pemakanan berlemak rendah >>> Kita tahu bahawa ostregan memainkan peranan besar dalam perkembangan barah payu dara dan tisu berlemak mengandungi sedikit ostrogen. Oleh itu kegemukan meningkatkan risiko mendapat barah payu dara. Namun jika berat badan kita berlebihan sebelum menapaus, risiko mendapat barah payu dara lebih rendah dan jika selepas risikonya lebih tinggi dari biasa. Ini kerana wanita yang berlebihan berat badannya kurang mengovum dari biasa. Jadi sel payu dara mereka terdedah kepada kandungan ostrogen yang rendah. Selepas pasca menapaus, ostrogen kita dikaitkan dengan jumlah lemak kita. Lebih banyak lemak, lebih tinggi paras ostrogennya.
  • Buat pemeriksaan mammogram >>> Seperti pemeriksaan payu dara, ujian mammogram juga hanya mampu mengesan, bukan mencegah barah payu dara. Ini kerana ujian mammogram mampu mengesan ketulan yang lebih kecil berbanding melalui pemeriksaan. Juga ia mampu mengesan sel barah yang tidak dapat dirasa dengan tangan. Menjalani ujian mammogram adalah mudah. Ia tidak memerlukan seseorang itu berpuasa. Cuma kita dilarang menggunakan deodran atau bedak di bahagian ketiak dan dada kerana ia akan menggangu artifaks filem. Tunggu seminggu selepas haid untuk menjalani ujian ini apabila tisu payu dara kita lebih lembut. 

Ok bagi di antara kita yang mempunyai sejarah keluarga dalam penyakit barah payu dara ini, lebih baik atau seeloknya terus berjumpa dengan doktor untuk mengesannya dengan lebih awal. Ini kerana faktor keturunan juga boleh menyumbang kepada simpton ini.

Kepada penghidap barah payu dara, disarankan supaya sentiasa kuatkan semangat. Jangan putus asa untuk meneruskan kehidupan. Sokongan padu dari orang sekeliling juga dapat menerapkan harapan bagi penghidap penyakit ini kerana telah terbukti di dalam negara kita sendiri bahawa seorang wanita yang menghidap barah payu dara mampu pulih secara 100% dengan adanya semangat yang kuat.

Jadi, tabahlah dalam mengharungi setiap penderitaan kerana tiap apa yang Allah bagi tu terselit hikmahnya. Sayangi mahkota wanitamu :)

Bacalah Wahai Kaum Adam, Kenalilah Wanita !

Wanita !
Hebatnya kaum wanita sehinggakan seluruh dunia meraikannya. Seorang wanita saat mendapat berita tentang kehamilannya, hatinya sarat dengan kegembiraan sehingga dia menitiskan airmata. Tidak pernah terlintas difikirannya bahawa proses bersalin itu sendiri boleh menuntut nyawanya. Apa yang dia tahu, dia bakal melahirkan zuriat yang comel ke dunia.

Wanita !
Hebatnya dia tidak pernah mengeluh walaupun saban pagi dia muntah-muntah hinggakan seluruh badannya terasa lemah dan hilang kudrat. Dia mampu tersenyum. Tidak pernah timbul gentar di hati memikirkan rahim milikya yang cuma sebesar buah pear boleh menanggung zuriatnya yang semakin membesar.

Wanita !
Hebatnya dia disaat mula merasakan kesakitan ketika proses bersalin. Hatinya tidak gentar walau secubit pun. Tidak pernah terfikir bahawa nyawanya boleh menjadi galang ganti. Apa yang dia mahu, zuriatnya lahir dengan sihat dan selamat ke dunia.


Wanita !
Hebatnya dia kerana mampu menahan kesakitan sehingga 57 del ketika hendak melahirkan anak. Sakitnya itu bersamaan dengan patahnya 20 tulang-belulang dalam satu masa yang sama. Sedangkan manusia normal cuma mampu menahan sakit sebanyak 45 del sahaja.

Apa yang kita selalu dengar tentang wanita ?
Wanita tercipta dari rusuk lelaki.
Wanita itu sayap lelaki.
Wanita berhati lembut dan kuat emosi.
Wanita itu kaum yang lemah.

Tetapi sedarkah kita disebalik semua itu ?
Wanita dicipta untuk menjadi seorang ibu. Ibu yang mengandung 9 bulan 9 hari dengan segala kepayahan. Ibu yang berjuang dengan maut untuk melahirkan zuriat sebagai penyambung generasi manusia. Ibu yang berjuang menyusukan anak selama 2 tahun lamanya. Ibu yang mengasuh, membesar dan mendidik anak dengan penuh kesabaran. Ibu yang doanya lebih makbul daripada doa seorang ayah.

Wanita jugalah yang menjadi tulang belakang lelaki. Tidak kurang juga, wanita mampu melemahkan lelaki.

Hebatkan wanita?
Anda bertuah menjadi seorang wanita.

Buat Kaum Adam, hargailah Kaum Hawamu :)


Sumber : Nur Atirah

Al-Fatihah Buat Arwah Nadia Zahari

Nama arwah Nadia Syazwani Zahari. Nama komersialnya dalam industri foto Nadia Zahari.


Shakira tak kenal siapa arwah. Tadi masa jalan-jalan kat Facebook, nampak bekas vendor pelamin masa tunang hari tu post pasal ni. Arwah kemalangan. Perkara yang paling buat Shakira sedih, arwah merupakan Bride-2-Be. Bakal pengantin yang berumur 26 tahun namun tak kesampaian :(

Harap tunang arwah dan keluarga kedua belah pihak dapat menerima ketentuan ni dengan hati terbuka. Semua ni kehendak yang Maha Esa, kita sebagai manusia tak mampu nak menghalang sesuatu yang telah Dia rencanakan buat kita semua.

Berbalik pada hobi dan bakat arwah. Sesuai dengan jurusan pembelajarannya in graphic design, arwah memang seorang yang kreatif. Memang superb hasil foto yang pernah dihasilkan oleh arwah. Arwah juga pernah menjadi OP di hari perkahwinan Ustaz Don Daniyal dan isteri. Shakira terpegun. Namun segalanya dah berakhir dengan panggilan dari Allah.

Tak kisahlah sama ada kita kenal arwah atau tak, Shakira minta kita semua sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Moga rohnya tenang di sana dan sentiasa dicucuri rahmat Allah yang Maha Besar. Amin hendaknya.

Korang boleh baca berita tentang kemalangannya kat sini. Klik sini dan sini pula untuk link tumblr arwah. Facebook arwah pula klik sini.

Al-Fatihah :(

Sistem Faraid

Perkataan Faraid dari segi bahasa mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan. Menurut Istilah Syarak pula, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia dan tidak meninggalkan wasiat sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri, suami, ibu, dll), menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan kepada waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak dengan pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenarkan oleh Syarak. Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah :
  1. Tanah
  2. Bangunan (rumah)
  3. Barang kemas (emas, perak, dll)
  4. Insurans dan wang tunai (samada dilaburkan atau tidak)
  5. Binatang ternakan (kambing, lembu, unta, kerbau, dll)
Terdapat 15 ahli waris dari pihak lelaki dan 10 ahli pihak perempuan yang utama dan layak menerima harta pusaka.

Waris dari pihak lelaki adalah seperti berikut :
  • Anak lelaki
  • Cucu lelaki dari anak lelaki
  • Bapa
  • Datuk
  • Saudara lelaki seibu sebapa
  • Saudara lelaki sebapa
  • Saudara lelaki seibu
  • Anak saudara lelaki dari seibu sebapa
  • Anak saudara lelaki dari seibu atau sebapa
  • Bapa saudara seibu sebapa
  • Bapa saudara sebapa
  • Sepupu dari bapa saudara seibu sebapa
  • Sepupu dari bapa saudara sebapa
  • Suami
  • Hamba sahaya
Jika kesemua waris di atas wujud, maka hanya tiga orang sahaja yang layak iaitu :
  • Bapa
  • Anak lelaki
  • Suami
Waris dari pihak perempuan pula adalah :
  • Anak perempuan
  • Cucu perempuan dari anak lelaki
  • Ibu
  • Nenek sebelah ibu
  • Nenek sebelah bapa
  • Saudara perempuan seibu sebapa
  • Saudara perempuan seibu
  • Saudara perempuan sebapa
  • Isteri
  • Petuan perempuan bagi hamba sahaya
Jika kesemua waris di atas wujud, maka hanya lima orang sahaja yang layak iaitu :
  • Anak perempuan
  • Cucu perempuan dari anak lelaki
  • Ibu
  • Saudara perempuan seibu sebapa
  • Isteri
Jika kesemua 25 waris lelaki dan perempuan masih hidup, maka keutamaan akan diberikan kepada hanya lima ahli waris berikut :
  • Bapa
  • Ibu
  • Anak lelaki
  • Anak perempuan
  • Suami / Isteri

Sumber : SISTEM FARAID

Atok....

Sorry sangat dah lama tak update blog ni. Namanya blog baru, tapi tengok tu sawang dah sana sini. Hehe ada2 je!

Shakira cuma nak bagitahu, Jumaat yang indah minggu lepas bertarikh 14 Jun 2013 Allah telah memanggil Encik Yahya Bin Turau iaitu seorang ayah kepada abah Shakira, atok kepada Shakira dan cucu2 yang lain. Shakira sebagai cucu pertama belah abah, Shakira sebak lagi sebenarnya ni :(

Tapi tak apa, Shakira dan ahli keluarga yang lain merelakan pemergian arwah atok dan menganggap ni suatu yang terbaik buat atok. Sejak arwah opah Puan Halimah Binti Mohd Noor pergi menghadap Illahi pada tarikh 24 Jun 2011 yang lalu, arwah atok seakan hilang semangat. Gelak tawanya seakan pura2, tiada lagi keceriaan sebenar di hatinya. Hari demi hari berlalu sendiri, arwah atok menahan rindunya pada arwah opah.

Kini arwah atok dan arwah opah dah bahagia di sana. InsyaAllah Shakira dan ahli keluarga yang lain akan sentiasa mendoakan agar Allah mencucuri rahmat. Shakira sayang sangat pada arwah opah dan atok. Tiada siapa yang dapat mengganti kasih sayang kalian walaupun lepas ni kami menumpang cinta pada nenek dan atok saudara :( Ya Allah kuatkan hati ini. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013