Bacalah Wahai Kaum Adam, Kenalilah Wanita !

Wanita !
Hebatnya kaum wanita sehinggakan seluruh dunia meraikannya. Seorang wanita saat mendapat berita tentang kehamilannya, hatinya sarat dengan kegembiraan sehingga dia menitiskan airmata. Tidak pernah terlintas difikirannya bahawa proses bersalin itu sendiri boleh menuntut nyawanya. Apa yang dia tahu, dia bakal melahirkan zuriat yang comel ke dunia.

Wanita !
Hebatnya dia tidak pernah mengeluh walaupun saban pagi dia muntah-muntah hinggakan seluruh badannya terasa lemah dan hilang kudrat. Dia mampu tersenyum. Tidak pernah timbul gentar di hati memikirkan rahim milikya yang cuma sebesar buah pear boleh menanggung zuriatnya yang semakin membesar.

Wanita !
Hebatnya dia disaat mula merasakan kesakitan ketika proses bersalin. Hatinya tidak gentar walau secubit pun. Tidak pernah terfikir bahawa nyawanya boleh menjadi galang ganti. Apa yang dia mahu, zuriatnya lahir dengan sihat dan selamat ke dunia.


Wanita !
Hebatnya dia kerana mampu menahan kesakitan sehingga 57 del ketika hendak melahirkan anak. Sakitnya itu bersamaan dengan patahnya 20 tulang-belulang dalam satu masa yang sama. Sedangkan manusia normal cuma mampu menahan sakit sebanyak 45 del sahaja.

Apa yang kita selalu dengar tentang wanita ?
Wanita tercipta dari rusuk lelaki.
Wanita itu sayap lelaki.
Wanita berhati lembut dan kuat emosi.
Wanita itu kaum yang lemah.

Tetapi sedarkah kita disebalik semua itu ?
Wanita dicipta untuk menjadi seorang ibu. Ibu yang mengandung 9 bulan 9 hari dengan segala kepayahan. Ibu yang berjuang dengan maut untuk melahirkan zuriat sebagai penyambung generasi manusia. Ibu yang berjuang menyusukan anak selama 2 tahun lamanya. Ibu yang mengasuh, membesar dan mendidik anak dengan penuh kesabaran. Ibu yang doanya lebih makbul daripada doa seorang ayah.

Wanita jugalah yang menjadi tulang belakang lelaki. Tidak kurang juga, wanita mampu melemahkan lelaki.

Hebatkan wanita?
Anda bertuah menjadi seorang wanita.

Buat Kaum Adam, hargailah Kaum Hawamu :)


Sumber : Nur Atirah

7 comments:

puteri airyn said...

Betul tu.. Nice sharing.. :-)

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

Hebat sungguh wanita ni. Tak dapat dinafikan lagi. Oleh itu, hargailah mak kita serta perempuan yang kita sayang. Sayangi mereka

are_lin@yu said...

btul tu..btapa kuatnya wanita kan..tgi darjat seorang wanita dan ibu..

Maszie Fatah said...

thank sharing :-)

Yumida Huda said...

alhamdulillah
bertuahnya menjadi wanita
byk ganjaran yg kita dpt
jemput join segmen ni :

http://umikasum.blogspot.com/2013/09/segmen-simple-mudah.html

pemenang akan memenangi hadiah:
CD Pocket + Apron + Wallet
Cellphone Jewellery Sticker + Ankle Bracelet
kalau free...jom join sekali :)

wawa syaida said...

thanks shakira sharing...bertuah dilahirkan sebagai seorang wanita

Nadia Johari said...

Bila ckp pasl bersalin muka terpikir macam mana la kita nnti..heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013