Showing posts with label e-day. Show all posts
Showing posts with label e-day. Show all posts

Review E-Day : Tunang Saya!

What? Tunang pun nak direview ke? Saja je ni tengah tak ada kerja *padahal kerja berlambak. Hehe.

Ok, as per mentioned kat sidebar blog ni, my fiancee's name is En. Hamdan. Huhu.



Actually, Shakira dengan En. Hamdan kenal tak lama terus diikat. Hehe nak tahu macam mana kami jumpa dan berkenalan? Jom baca kisahnya kat sini. Dah baca? Huhu sepantas kilatkan? Tak apa, kami percaya pada Allah yang menentukan segala atur cara dunia ni. InsyaAllah.

This is my En. Hamdan a.k.a my fiancee. Huhu.


Bawah ni pict masa hari kejadian tunang. Hehe apa punya bahasa Shakira guna ni? Hmm.



Ok, serba sedikit ya. En. Hamdan sekarang berumur 28 tahun. Telah dilahirkan pada 1 Jun 1985 di teratak yang terletak di Felda Pasoh 1 Negeri Sembilan. Amekkaw! Bersalin dalam rumah. Huhu.

Seorang yang berkulit hitam manis, badannya sasa *Shakira selalu ejek gemuk je. Hehe jahatkan? Tak tinggi, tak rendah. Yang pasti lebih tinggi dari Shakiralah!

Bekerja di kilang Felda Pasoh 1 Negeri Sembilan **nanti dah nikah, Shakira tinggal sana. Huhu. En. Hamdan merupakan anak ke 6 daripada 7 adik-beradik. Nampak je ganas, tapi dia pemalu sebenarnya. Kalau dia senyum, alahai mak. Haha jangan lebih2 Shakira.

Sebab Shakira terima dia? Sebab kesungguhan dia. Full of meaning. Huhu. Oklah, rasa tu je kot nak review.

Bye!

Review E-Day : Baju Tunang+Make Up+Hand Bouquet

Quick update!







Dah puas tengok gambar? Hehe saja letak gambar dulu. Ok, baju tunang hari tu, make up dan hand bouquet Shakira tu semuanya by Ratu Rias Bridal dan Elegant Bridal. Kedua2nya berlokasi di Klang. Thanks semua yang datang cakap cantik. Waa jangan nak angkat bakul sangat Shakira ya. Huhu servis ni berbaloi sangat for me. Sangat recommended!

Anything pergi je link dorang. Lajunya update. Bye!

Review E-Day : Henna / Inai

Hai semua!

Before cerita, sini Shakira tepek gambar dulu. Huhu layan.




Ok fokus pada henna/inai di tangan Shakira je tau. Abaikan jari2 Shakira yang montok dan ala2 tembam tu. Haha. For me, tak suka langsung dengan ukiran masa tunang hari tu. Why? Sebab tak cantik, lepas tu cas mahal! You know what?? Baca dulu sampai habis. Hehe.

Macam ni ceritanya, sehari sebelum hari kejadian Shakira kelam kabut cari kedai yang buat henna/inai ni. Nak tunggu uptown, malas pula nak keluar malam2. So, pergi pagi2 kat area Little India Klang tu. Memang pernah dengar cerita dari blogger lain yang situ banyak kedai henna/inai ni. Tapi malangnya pagi tu, 1 kedai je buka! Huh terfikir Shakira datang terlalu awal ke apa.

Masa tu redho jelah. Nak tak nak kena buat juga, sebab petang tu vendor pelamin nak datang pasang pelamin. Vendor meja kerusi pun nak datang petang tu juga. So, pasrah!

Before buat, Shakira sebagai customer mestilah nak tengok katalogkan?? But orang kedai tu kata tak ada katalog. Hmm lagi satu hal. Shakira yang masa tu malas dah nak berfikir, terus biarkan orang tu conteng2 kedua2 tangan Shakira ni. 

Ok dah siap contengan! RM30 kak. Ha???

Ok, bayar terus balik! Tak nak cerita lagi pasal henna/inai tunang ni! Sedih. 

Bye.

# moral of the story : survey awal2!

Review E-Day : Meja & Kerusi Makan Tetamu

Morning!

Aik? Meja kerusi pun nak review ke Shakira oi? Hehe biarlah. Anggap je ni entry penghargaan untuk semua pihak yang terlibat semasa hari kejadian.

Meja kerusi ni Shakira booked from one of my officemate, kawan dia ada buat servis meja kerusi bagai ni. Jadi, Shakira hired dorang. Huhu RM200 je untuk 250 kerusi dan 25 meja petak + lapik meja. Nak nombor? Macam biasa, email Shakira ya.

 

Tengok gambar atas tu, susun bawah bangunan apartment Shakira je. Betul2 depan rumah Shakira. Jimat tak payah booked kanopi. Hehe tapi dua tiga hari sebelum tu dah minta izin tuan punya motor2 yang park kat situ. Hehe terima kasih sebab bagi kerjasama! Sayang jiran2 semua. Haha.

 

Tengok tu abah Shakira busy layan panggilan telefon. Huhu mungkin masa tu tetamu banyak call tanya jalan. Might be! Hmm kemas je susunan yang my dad buat. Ops! lupa, adik2 Shakira yang hero semuanya tolong abah juga dari mula buka meja sampailah kemas2 semuanya. Terima kasih ya! Sayang kamu semua!

 

Ada buah rambutan lagi atas meja. Anggap je centerpiece! Centerpiece boleh makan punya. Hehe tu buah terjun namanya! Haha kenapa? Sebab malam sebelum tu, tiba2 ada lori datang bawa berbakul2 rambutan. Rupanya tu pakcik En. Hamdan yang rumahnya dekat je dengan rumah Shakira. Huhu thank you so much bakal uncle! Hehe.

Oklah, penatlah menaip. Nanti kita jumpa lagi. Bye!

Review E-Day : Doorgift

Review lagi?? Hehe belum habis lagi, nak buat macam mana. Lagipun blog ni diari Shakira juga kan? Dah tua2 nanti bolehlah Shakira baca ditemani oleh cucu2 Shakira. Eh! Dah jauh menyimpang ni. Hehehe.

Ok, sorry gambar doorgift masa Shakira tunang hari tu memang tak ada siapa pun snap. Haha memang semuanya lupa! Mana taknya, tetamu dah separuh makan baru kelam kabut keluarkan dari dalam bilik. Haha nak suruh OP snap pun memang tak ingat langsung. What to do, pasrah. Tapi tak apa, Shakira bagi gambar yang lebih kurang je ya? Shakira curi dari Google, maaf pada tuan empunya ya!



 

Ok, Shakira tak adalah kreatif sangat sampai letak penyepit tu. Hehe. Shakira staple then letak bunga kecik warna kuning. Tema masa tu kan tema diraja. Huhu dirajalah sangat!



 

Ok, atas ni pula sticker yang Shakira DIY sendiri. Guna photoscape je. Print kat ofis, FOC. Balik rumah gunting, tampal kat doorgift. Haha bos tau habislah! Hehe.

Shakira masih tak dapat lupakan arwah atok sebenarnya. Tapi tak apalah, kita yang masih bernyawa ni mesti kena teruskan hidup. Betul tak? Oklah, tunggu next review ya! Bye.

Review E-Day : Makan Time!

Hai semua.

Sihat ke? Shakira sihat hari ni tapi tak sepenuhnya. Huhu perut main gila dari pagi tadi ni. Tapi tak apa, Shakira cuba tahan, Shakira gagahkan juga untuk menaip entry baru. Hehe tak boleh blah ayat!

Ok, today I want to share about makanan yang dihidangkan masa hari pertunangan Shakira hari tu. Huhu bolehkan? Bolehkan jela, tak habis dengan review lagi ni. Hehe.




Ada nasi putih, ayam masak merah, dalca sayur, kuih2, buah limau dan apa lagi Shakira tak ingat! Hehe. Alhamdulillah yang datang masa kejadian kata semuanya sedap. Amin! Terima kasih mak sebab pandai carikan tukang masak a.k.a kawan mak juga. Terima kasih acik Misah. Hehe :)

Siapa2 yang tinggal area Sg. Udang, Kg. Delek Klang ni kalau nak buat majlis kecil2 tapi malas masak sendiri, bolehlah guna khidmat acik Misah ni. Sedap tau! Jamin tak rugi. Hehe Shakira nak tinggalkan nombor telefon kat sini tapi rasa tak bagus pula. Tak apa! Kalau korang nak try khidmat ni, apa2 email Shakira ya. Nanti Shakira bagi nombor dan bolehlah korang halo2 dengan acik Misah :)

Oklah, sakit perut! Till here :)

Review E-Day : Pelamin Mini

Hai!

Sihat semua? Hari ni Shakira sambung review majlis tunang hari tu ya. Bolehkan? Hehe. Today is about my mini dais, atau dalam bahasa melayunya pelamin mini saya! Hehe. Jom layan gambar!



Less is more. Hehe simple je pelamin tunang hari tu. Pengantin budget? Ok angkat tangan, mengaku! Huhu asal cantik. Haha. Tema majlis tunang hari tu kuning putih, diraja sangat kuningnya! Pelamin ni Shakira booked dari Butik DSun Impian. Cantik2 koleksi yang lain tau! Ada macam2lah dari kepala sampai kaki termasuk kesemua keperluan majlis. Hehe tapi masa tunang hari tu, pelamin je yang Shakira hired dorang. Boleh contact dorang kat sini :)

Ok, sampai di sini :)

Review E-Day : Hantaran

Amaran : Entry banyak gambar, sila sabar. Hehe.

Selamat pagi semua!

Hari ni dah 5 bulan 19 hari Shakira bergelar tunangan kepada En. Hamdan. Rasa sekejap je masa berlalu, tak lama lagi dah nak hujung tahun. Ya Allah, Kau permudahkanlah segalanya. Amin. Ok! Mood Shakira hari ni nak review hari kejadian tunang yang lalu. Hehe apa punya ayat ni? Shakira mula dengan hantaran ya, yang lain tu nanti2 Shakira review tau. Huhu. Jom layan gambar!


Ok, atas ni semua hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki. Means from me to my fianceelah. Hehe. Sorrylah, gambar hantaran dari pihak lelaki tak snap pun satu2, Shakira pun silap tak ingatkan OP Shakira masa tu. Hmm tak apalah, tak ada rezeki nak buat macam manakan? Tapi Shakira adalah sikit gambar yang menampakkan juga hantaran dari pihak lelaki. Jom layan sekejap!


Dah nampak? Hehe. For your information, semua hantaran dari kedua2 pihak DIY masing2 je. Masing2 13 dulang. Haha dah tersama, nak buat macam mana. Padahal sepatutnya 13 from me and 15 from him. Hehe. Tak kreatif pun buat2 jelah kreatif. Huhu. Ok itu jelah review untuk hari ni ya! Jumpa di lain hari :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013