Showing posts with label tahun melawat malaysia. Show all posts
Showing posts with label tahun melawat malaysia. Show all posts

Tahun Melawat Malaysia 2014 # 3

Malaysia. Sebut je nama negara kita yang tercinta ini, pasti tak ada seorang pun yang geleng kepala mengatakan tidak tahu atau tidak kenal akannya. Semua orang tahu Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mendapat perhatian tinggi dalam sektor pelancongan selain sektor-sektor yang lain.


Shakira pernah berkongsi mengenai tempat menarik untuk bulan madu dalam blog picisan ni. Sila klik mana-mana entry di bawah :


Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 nanti, hari ini Shakira nak kupas balik salah satu tempat secara terperinci hasil daripada lawatan perkongsian ilmu ke laman sesawang yang lain tentang Destinasi Hijau Di Perak :)

  1. Gua Tempurung 

Gua Tempurung merupakan gua batu kapur & mamar yang terindah dan terbesar di negeri Perak, Malaysia. Lokasi Gua Tempurung terletak di Gopeng, Perak dan perjalanan dari Kuala Lumpur ke sini mengambil masa kira-kira 2 jam dengan melewati jalan tol Lebuh Raya Utara-Selatan.


Nama Gua Tempurung berdasarkan dari lima kubah (Chamber) yang seolah-olah menyerupai di bawah tempurung kelapa dan setiap kubah mempunyai berbagai bentuk Stalaktik/Stalagmit yang berbeda.
Untuk masuk ke dalam Gua ini kita tidak boleh masuk bersendirian, perlu ada renjer (guide) yang sentiasa menemani kita sewaktu di dalam gua sehinggalah kita selesai keluar dari gua ini dengan selamat.


Panjang keseluruhan gua ini adalah 1.9 km, ada 640 anak tangga yang perlu didaki dan dituruni. Kita juga perlu menyusuri sungai yang terdapat di dalam Gua Tempurung ini. Sebelum memasuki gua ini kita disaran membawa lampu sendiri kerana di setengah laluan amat gelap. Secara keseluruhannya menyusuri Gua Tempurung merupakan satu ekspedisi yang mencabar bagi mereka yang inginkan aktiviti lasak. Kekuatan fizikal & mental adalah penting.

Sumber : Kompasiana

Selesai Majlis Berkampung

Alhamdulillah semalam hari Ahad, 17/11/2013 keluarga Shakira buat majlis berkampung. Mungkin ada yang faham dan ada yang tak faham tentang berkampung ni. Meh sini Shakira terangkan :)

Kalau kat kampung biasanya tak payah buat pun tak apa, sebab kat kampung automatik dah ada geng-geng rewang untuk sebarang majlis perkahwinan. Siapa yang kena masak, kena tu kena ni semua. Huhu. Tapi kalau kat bandar macam tempat Shakira, jarang ada geng-geng yang dah dilantik untuk merewang bagai. Sebab tu abah Shakira buat majlis berkampung ni, duduk berbincang memohon bantuan mengenai peranan masing-masing.

Majlis Shakira nanti guna khidmat katering. Tapi abah Shakira saja buat majlis berkampung juga. Tujuan utamanya untuk mendapatkan bantuan dan kerjasama dari beberapa orang jiran tetangga yang sudi menghulurkan tenaga dan tengok-tengok apa yang patut di Majlis Perkahwinan Shakira dan En. Hamdan nanti :) Biasanya orang-orang nilah yang bakal memakai bunga duit atau zaman sekarang ni lebih dikenali sebagai corsage.

Ok jom layan gambar semalam ya :)


Mampu lagi bergambar walaupun Shakira baru keluar hospital :)


Antara kawan mak dan abah yang hadir :)


Antara hidangan ringkas yang disediakan :)


Bakal pengantin yang kononnya malu, duduk snap gambar dalam bilik. Huhu. Adik Shakira yang bongsu entah apa dia tengah buat tu agaknya :)

Jadi tulah serba sedikit yag Shakira nak ceritakan hari ni. Selamat menjalani majlis berkampung ya B2B semua. Bye!

Tahun Melawat Malaysia 2014 # 2

Malaysia. Sebut je nama negara kita yang tercinta ini, pasti tak ada seorang pun yang geleng kepala mengatakan tidak tahu atau tidak kenal akannya. Semua orang tahu Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mendapat perhatian tinggi dalam sektor pelancongan selain sektor-sektor yang lain.


Shakira pernah berkongsi mengenai tempat menarik untuk bulan madu dalam blog picisan ni. Sila klik mana-mana entry di bawah :


Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 nanti, hari ini Shakira nak kupas balik salah satu tempat secara terperinci hasil daripada lawatan perkongsian ilmu ke laman sesawang yang lain tentang Persisir Pantai Memukau Di Terengganu :)

  1. Pulau Kapas 

Pulau Kapas terletak kira-kira 5 batu nautika atau 6 km dari Pantai Marang, Terengganu. Pulau ini adalah tempat di mana ramai penduduk tempatan datang dan melawatnya disebabkan oleh perjalanannya yang cepat dari jeti. Kita akan sampai ke pulai ini hanya dalam masa 10 minit dengan bot laju dari Jeti Marang. Marang terletak 18km dari Kuala Terengganu, ibu negeri Terengganu. Jangan keliru dengan bandar Marang dengan bandar Merang ya. Bandar Merang terletak di utara Kuala Terengganu.

Jeti Marang ke Pulau Kapas
09:00 am, 11:00 am, 01:00 pm dan 03:00 pm (01:00 pm ; perkhidmatan tidak disediakan pada hari Jumaat)

Pulau Kapas Untuk Jeti Marang
09:30 am, 11:30 am, 01:30 pm dan 03:30 pm (01:30 pm perkhidmatan tidak terdapat pada hari Jumaat)


Di Pulau Kapas, aktiviti yang boleh kita lakukan ialah seperti berenang, snorkeling, selam skuba, luncur angin, memancing, berkayak. Aktiviti bermotor seperti bot banana tidak dibenarkan. Ketika menyelam ke dalam Pulau Kapas ni, kita berpeluang melihat ikan yang berwarna-warni, batu karang, penyu dan makhluk laut yang lain. Duyong juga pernah dilihat di pulau ini.

Ketika bukan waktu cuti umum kita digalakkan hadir ke Pulau Kapas ini sekiranya kita jenis yang sukakan percutian dalam ketenangan dan keamanan semata-mata, ini kerana sebahagian besar penduduk di sekitarnya sedang bekerja. Kerana musim tengkujuh, kebanyakan resort di sekitar Pulau Kapas ini akan ditutup dari bulan November hingga Februari. Oleh itu, masa yang terbaik untuk pergi akan pada bulan Jun, Julai, Ogos dan September.

Dek kerana perjalananya hanya mengambil masa 10 minit dengan bot laju dari Jeti Marang, kebanyakan penduduk tempatan hanya pergi untuk lawatan sehari ke pulau itu. Jika kita sebagai pelancong tidak mahu tergesa-gesa kesana, kita boleh singgah dan tinggal di resort yang disediakan. Terdapat kira-kira 9 resort utama di Pulau Kapas. Kadar chalet, asrama dan bilik antara RM20 hingga RM300 semalam.

9 resort utama di Pulau Kapas adalah:

Penyu Valley Chalet
The Light House
Duta Puri Island Resort
Kapas Island Resort
Kapas Beach Chalet
Makcik Gemok Beach Resort
Chalet Qimy
Kapas Garden Resort
Site Camp Harmony
 

Sumber : Malaysia Vacation Guide

Tahun Melawat Malaysia 2014

Malaysia. Sebut je nama negara kita yang tercinta ini, pasti tak ada seorang pun yang geleng kepala mengatakan tidak tahu atau tidak kenal akannya. Semua orang tahu Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mendapat perhatian tinggi dalam sektor pelancongan selain sektor-sektor yang lain.


Shakira pernah berkongsi mengenai tempat menarik untuk bulan madu dalam blog picisan ni. Sila klik mana-mana entry di bawah :


Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 nanti, hari ini Shakira nak kupas balik salah satu tempat secara terperinci hasil daripada lawatan perkongsian ilmu ke laman sesawang yang lain tentang Kembara Selangor Mendamaikan :)

  1. Pantai Morib, Banting

Secara peribadinya, Shakira sendiri pernah menjejakkan kaki ke Pantai Morib ini. Pantainya cantik dan tidak terlepas daripada mendapat peluang kunjungan yang tinggi. Ianya sesuai benar dengan pengunjung dari arah Kuala Lumpur untuk merehatkan diri kerana jaraknya yang tidak berapa jauh dan tiada bayaran masuk dikenakan.

Pantai Morib ini terletak di daerah Kuala Langat. Perjalanan untuk sampai ke Pantai Morib dari Kuala Lumpur adalah melalui Jalan Persekutuan atau pun melalui North Klang Valley Expressway via Klang. Dari Klang, teruskan perjalanan sehingga Banting sebelum tiba di Pantai Morib.

Untuk sampai ke Pantai Morib melalui bas, kita cuma perlu menaiki bas Kuala Lumpur ke Banting dari Stesen Bas Lama Klang. Setibanya di Banting, kita boleh samada menaiki bas Sepang ke Morib atau pun menyewa teksi di perhentian teksi bersebelahan dengan perhentian bas di Banting. Kemudahan yang terdapat di Pantai Morib termasuklah juga sebuah pentas serbaguna, gelanggang gasing, padang bola sepak pantai, gerai-gerai makan dan Pusat Pelancongan Darul Ehsan (DETC). Shakira juga pernah berbuka puasa di deretan kedai makan yang disebutkan, sambil menjamu mata dengan turunnya matahari yang indah.



Sumber : Majlis Daerah Kuala Langat

Idea Bulan Madu : Pahang Destinasi Percutian Tanah Tinggi

Berbulan madu di tanah tinggi semakin popular dan sering menjadi pilihan kita. Keindahan bunga-bunga dan tumbuhan palma mencuri tumpuan. Bukan sahaja panoramanya yang indah, malah suhu persekitarannya juga cukup dingin terutama di waktu malam. Manakala di waktu pagi, suasana kabus putih memukau pandangan kita. Antara satu destinasi yang boleh menjadi pilihan ialah :

  • Little England Bukit Fraser
Jika ingin merasakan seperti bercuti di England, Bukit Fraser adalah pilihan paling tepat. Terletak kira-kira 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur, kawasan peranginan tanah tinggi ini menawarkan pengalaman bercuti yang istimewa.

Dengan puncak tertinggi iaitu 1280 meter dari paras laut, lokasi menarik untuk kita lawati adalah tertumpu di tengah-tengah bandar berdekatan dengan manara jam. Selain itu, tidak salah kiranya kita menyempurnakan aktivitu bulan madu dengan mengunjungi tempat menarik seperti bermain golf, menaiki kuda mahupun bersiar-siar di Taman Allan's Water serta bermandi-manda di Air Terjun Jeriau.

 

 

 

 

Dapatkan honeymoon package yang disediakan oleh mana-mana agensi pelancongan sekarang! Selamat bercuti :)

Sumber Info : Majalah Pesona Pengantin Edisi Disember 2012
Sumber Gambar : GOOGLE

Idea Bulan Madu : Potret Alam Warnai Perlis

Mengeksplotasi potensi negeri Perlis sebagai destinasi bulan madu mampu menyuntik suatu kelainan yang harus kita terokai. Negeri permai lagi mempesona merupakan ungkapan paling tepat untuk menggambarkan keindahan dan kedamaian negeri Perlis. Berbekalkan lanskap alam yang indah dan memukau, menawarkan sesuatu yang menarik untuk pencinta alam. Antara lokasi menarik untuk dikunjungi :
  • Hutan Lipur Bukit Ayer

  •  Hutan Lipur Bukit Kubu
  •  Taman Rekreasi Tasik Melati

Di Perlis juga terdapat makanan yang kita wajib cuba. Antaranya ialah :
  • Harumanis
  
  • Laksa Perlis
  


Dapatkan honeymoon package yang disediakan oleh mana-mana agensi pelancongan sekarang! Selamat bercuti :)

Sumber Info : Majalah Pesona Pengantin Edisi Disember 2012
Sumber gambar : GOOGLE 

Idea Bulan Madu : Destinasi Hijau Di Perak

Negeri Perak sememangnya kaya dengan keindahan eco-pelancongan atau ada juga yang menggelarkannya sebagai 'destinasi hijau'. Percutian sebegini merujuk kepada kawasan yang menarik untuk diterokai yang merangkumi kawasan gua, taman negara, gunung-ganang dan air terjun. Antara 3 tempat yang menarik di Perak ialah :

  • Gua Tempurung
Gua Tempurung adalah sebuah gua batu yang terletak di Gopeng. Namanya di ambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 kilometer dan dipercayai wujud sejak 8000 SM lagi.

  • Taman Negeri Royal Belum
Royal Belum merupakan sebuah hutan dara yang luas dan salah satu kawasan hutan simpan terbesar di Semenanjung. Hutan ini kaya dengan tumbuhan dan haiwan yang mengagumkan kita. Merasai sendiri keunikan musim cinta di dalam hutan, kita bebas untuk bermalam di Bumbun. Selain daripada itu kita juga boleh memancing, menaiki bot, mandi air terjun yang dingin dan berakit.

  • Pulau Pangkor
'Pang Ko' yang bermaksud pulau cantik dalam bahasa Thai adalah destinasi hebat buat kita yang ingin mencari ketenangan bercinta. Jika ingin dijelaskan akan keindahan persekitarannya, ternyata tidak terungkap dengan kata-kata. Antara aktivit yang boleh kita lakukan ialah menaiki bot laju yang mengelilingi pulau. Kita juga boleh berkunjung ke Taman Fu Lin Kong di mana terdapatnya replika Tembok Besar Cina.



Dapatkan honeymoon package yang disediakan oleh mana-mana agensi pelancongan sekarang! Selamat bercuti :)

Sumber Info : Majalah Pesona Pengantin Edisi Disember 2012
Sumber Gambar : GOOGLE

Idea Bulan Madu : Persisir Pantai Memukau Di Terengganu

Keheningan suasana sekitar pantai pasti mampu memberi ketenangan ideal ketika berbulan madu. Tambah pula bila kita dapat melihat dan berkaki ayam di persisir pantainya yang memutih bak hamparan kapas, cukup mengujakan. Antara 2 lokasi yang boleh dijadikan pilihan ialah :

  • Pulau Kapas
Memanfaatkan keindahan alam yang ada di depan mata, pastinya sungguh mengasyikkan kita. 'Snorkeling', selam skuba, memancing, berkayak antara aktivit yang boleh kita lakukan di Pulau Kapas ini. Terdapat juga beberapa resort yang beroperasi bagi memudahkan pengunjung bermalam. Antaranya ialah khidmat dari Kapas Island Resort, Kapas Turtle Valley dan The Light House.


 

 
  • Pulau Tenggol
Pulau Tenggol merupakan salah satu lokasi menyelam yang menarik di Terengganu. Terletak 45 minit dari persisir pantai Kuala Dungundi bahagian selatan negeri tersebut. Pulau ini kecil iaitu hanya 3km panjang dan 2km lebar. Bagaimanapun, ia dapat menjadikan percutian kita sebagai sesuatu yang menarik. Saiznya tidak menghalang daripada mendapat sambutan dan disebut-sebut sebagai 'syurga' lebih-lebih lagi di kalangan penggemar aktivit menyelam skuba.



Dapatkan honeymoon package yang disediakan oleh mana-mana agensi pelancongan sekarang! Selamat bercuti :)

Sumber Info : Majalah Pesona Pengantin Edisi Disember 2012
Sumber Gambar : GOOGLE

Idea Bulan Madu : Kembara Selangor Mendamaikan

Jika ingin merasakan musim cinta nan indah bertemankan persekitaran pantai paya bakau dan lapangan padi nan menghijau, negeri Selangor adalah tempat yang harus kita kunjungi. Pakej percutian yang tidak memerlukan bajet yang tinggi, namun kepuasan tetap dapat dinikmati sepenuhnya. Antara dua tempat yang menarik dan mampu membuatkan kita terpegun ialah :

  • Pantai Morib, Banting
Biarpun air pantainya tidak sebiru pantai di bahagian timur tanah air, namun pantai di sini punyai daya tarikannya yang tersendiri. Sering dikhabarkan, suasana matahari terbenam adalah moment terindah dan mengasyikkan kepada setiap pengunjung setia di pantai ini.

  • Paya Indah Wetlands
Terletak di Kuala Langat, satu lagi pilihan destinasi bulan madu yang menarik. Merupakan taman eco-pelancongan yang seluas 3.100 hektar, menjanjikan panorama indah untuk dihayati bersama. Antara aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama ialah berbasikal dan berkayak. Jika ingin lebih menarik, kita juga boleh menyewa khemah untuk menikmati malam bersama dalam suasana yang berbeza.


Dapatkan honeymoon package yang disediakan oleh mana-mana agensi pelancongan sekarang! Selamat bercuti :)

Sumber Info : Majalah Pesona Pengantin Edisi Disember 2012
Sumber gambar : GOOGLE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013