Jika ingin merasakan musim cinta nan indah bertemankan persekitaran pantai paya bakau dan lapangan padi nan menghijau, negeri Selangor adalah tempat yang harus kita kunjungi. Pakej percutian yang tidak memerlukan bajet yang tinggi, namun kepuasan tetap dapat dinikmati sepenuhnya. Antara dua tempat yang menarik dan mampu membuatkan kita terpegun ialah :
Biarpun air pantainya tidak sebiru pantai di bahagian timur tanah air, namun pantai di sini punyai daya tarikannya yang tersendiri. Sering dikhabarkan, suasana matahari terbenam adalah moment terindah dan mengasyikkan kepada setiap pengunjung setia di pantai ini.
Terletak di Kuala Langat, satu lagi pilihan destinasi bulan madu yang menarik. Merupakan taman eco-pelancongan yang seluas 3.100 hektar, menjanjikan panorama indah untuk dihayati bersama. Antara aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama ialah berbasikal dan berkayak. Jika ingin lebih menarik, kita juga boleh menyewa khemah untuk menikmati malam bersama dalam suasana yang berbeza.
Dapatkan honeymoon package yang disediakan oleh mana-mana agensi pelancongan sekarang! Selamat bercuti :)
Sumber Info : Majalah Pesona Pengantin Edisi Disember 2012
Sumber gambar : GOOGLE
3 comments:
penah masuk paya indah tu... lawa amik2 gmbr tp nak lepak lama2 mcm seram lak ;)
assalamualaikum yangg, morib dah pernah pergi. best! yang dekat langat ni comning soon insyallah. nak kayaking lagi with hubby, weeeeee ♥
Dua2 tempat ni cntik..