Resipi : Ikan Kembong Masak Taucu Pekat

Direct to cara buat :)

  • Basuh, siang dan bersihkan 6 ekor ikan kembong
  • Goreng ikan kembong setelah diratakan kunyit serta garam secukup rasa
  • Tos dan ketepikan ikan kembong sebentar
 
  • Hiris sebiji bawang merah, tiga ulas bawang putih, sedikit halia dan 4 biji cili api/padi
  • Tumbuk serai dan ketepikan
  • Potong timun mengikut citarasa potongan dan basuh bersih asam keping
  • Tumis bahan hirisan tadi sehingga keperangan
  • Buka dan masukkan 3 paket taucu di iringi secawan air (jangan banyk sebab kita nak buat yang pekat, kalau tak nak pekat bolehlah masukkan lagi air ikut kemahuan masing-masing)
  • Masukkan juga serai, timun dan asam keping yang telah disediakan tadi
 
  • Masak kuah sehingga timun menjadi lembut
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa keseimbangan
  • Akhir sekali masukkan ikan kembong yang telah digoreng tadi
  • Siap untuk dimakan :)

Selamat mencuba!

5 comments:

Zamani Abe said...

Terbang melayang dari blog & mendarat di sini ('',) Salam Ziarah, & jemput ke blog ya : Blogger Sekalian, Tolong Zam Sound Budak Blogger Baru Ni Boleh Tak?

Tasha Aqisha said...

wah,.. macam sedap je akak.. nk try buat la hari ni...
rjin sgahla blog saya.
http://tashaqisha.blogspot.com/

Amanda Suria said...

X pnh mkn taucu.....

NURSHAKIRA ABDUL HALIM said...

Tasha Aqisha
Mesti la sedap dik.. haha :) perasan ni..

Amanda Suria
Kesiannya kamu.. hehe cubalah makan, mesti kamu suka :)

wawa syaida said...

pandai shakira masak...akak pun ngah belajar sikit2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013