Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Resipi : Sup Kambing

Kawan abah Shakira bagi tulang kambing yang dah siap dibakar. Adalah dalam 3-4 batang tulang kitorang dapat. Hehe apa lagi? Direct to cara buat ya.

  • Apa-apa pun sebelum start menumis, jom kita rebus tulang kambing dan bila agak-agak dah lembut isinya, ketepikan sebentar ya :)
  • Tumis bunga lawang, kayu manis dan beberapa biji buah pelaga
  • Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan serai yang telah ditumbuk kasar
  • Bila bahan menumis dah naik bau, masukkan serbuk perencah sup yang telah dibancuh dengan air (biasa Shakira guna Babas, hari tu Adabi je tinggal kat kedai so pakai jelah)
  • Masukkan air rebusan kambing tadi, ikut pada kuah yang kita nak dan biarkan sehingga betul-betul mendidih. Masukkan juga garam dan perasa. Petua nak cepat didih, tutup periuk dengan penutup periuk :)
  • Lepas tu, masukkan batang sup yang telah dipotong serong
  • Sedia dihidang (hari tu Shakira lawankan dengan nasi goreng belacan)
  •  Seronok tengok adik-adik ratah tulang kambing tu, 5 minit kemudian.....

Hehe simple dan senangkan? Selamat mencuba ya :)

Resipi : Cekodok Kentang

Sesuai untuk sarapan pagi dan minum petang. Malam-malam pun kalau lapar boleh je telan, tak ada siapa nak marah pun. Hehe.

Direct to cara buat :)
  • Letak tepung gandum dalam bekas
  • Potong ubi kentang jadi bentuk dadu

  • Masukkan ubi kentang yang dah didadu tadi ke dalam tepung, gaul rata
  • Masukkan pula air yang dibancuh dengan garam secukup rasa dan air kosong (panas/suam) ikut pada tahap lembut yang kita nak, gaul rata 

  • Tabur bawang goreng
  • Panaskan minyak dalam kuali dan mula menggoreng hingga garing (saiz suka hati)

  •  Jemput makan semua :)

Resipi : Kobis Goreng

Nampak simple, tapi ada juga orang yang tak reti nak goreng sayur. Direct to cara buat ya :)

  • Hiris bawang putih, bawang merah dan cili merah atau lada besar
  • Potong kobis mengikut citarasa
  • Tumis bahan hirisan tadi sehingga naik bau
  • Masukkan udang kering ikut citarasa
  • Masukkan fishball atau fishcake jika mahu
  • Masukkan kobis yang siap dipotong tadi
  • Gaul sehingga kobis layu
  • Jika tidak mahu terlalu kering, masukkan sedikit air
  • Masukkan garam, gula dan perasa secukupnya
  • Siap untuk dihidang bersama lauk utama


Selamat mencuba!

Resipi : Sambal Ayam

Erk! Sambal Ayam atau Ayam Sambal? Whatever. Hehe. Direct to cara memasak :)

  • Basuh bersih ayam yang telah dipotong
  • Ratakan dengan kunyit dan garam, goreng ayam sehingga garing
  • Tumbuk bawang putih dan bawang merah (lebihkan bawang merah lebih sedap) then ketepikan
  • Potong, rebus dan kisar cili kering bersama sedikit belacan
  • Tumis bawang yang dah ditumbuk tadi hingga wangi
  • Masukkan cili kering yang siap dikisar bersama belacan tadi
  • Biarkan sehingga naik minyak
  • Masukkan asam keping dan serai yang telah ditumbuk
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Next masukkan ayam yang telah siap digoreng tadi, gaul rata
  • Akhir sekali, masukkan bawang merah yang dipotong mayang
  • Siap untuk dimakan bersama nasi panas


Selamat mencuba :)

Resipi : Pisang Rebus

Ni pekena pagi-pagi dengan kopi panas memang terangkat. Hehe tak pun masa hujan turun membasahi bumi macam sekarang ni. Haha memang sedap. Direct to cara buat :)

  • Buang kulit pisang yang telah masak
  • Masukkan air ke dalam periuk dan didihkannya
  • Setelah air betul-betul mendidih, masukkan pisang yang dah dibuang kulitnya tadi
  • Sambil tu, taburkan kelapa parut yang telah digaul bersama garam secukup rasa ke dalam satu mangkuk
  • Setelah pisang empuk, toskan dan potong ikut kesesuaian sebelum digaul bersama bahan kelapa parut tadi
  • Gaul mengikut citarasa masing-masing
  • Siap untuk dinikmati

Selamat mencuba :)

Resipi : Ikan Kembong Masak Taucu Pekat

Direct to cara buat :)

  • Basuh, siang dan bersihkan 6 ekor ikan kembong
  • Goreng ikan kembong setelah diratakan kunyit serta garam secukup rasa
  • Tos dan ketepikan ikan kembong sebentar
 
  • Hiris sebiji bawang merah, tiga ulas bawang putih, sedikit halia dan 4 biji cili api/padi
  • Tumbuk serai dan ketepikan
  • Potong timun mengikut citarasa potongan dan basuh bersih asam keping
  • Tumis bahan hirisan tadi sehingga keperangan
  • Buka dan masukkan 3 paket taucu di iringi secawan air (jangan banyk sebab kita nak buat yang pekat, kalau tak nak pekat bolehlah masukkan lagi air ikut kemahuan masing-masing)
  • Masukkan juga serai, timun dan asam keping yang telah disediakan tadi
 
  • Masak kuah sehingga timun menjadi lembut
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa keseimbangan
  • Akhir sekali masukkan ikan kembong yang telah digoreng tadi
  • Siap untuk dimakan :)

Selamat mencuba!

Sebelum Cerita Raya Bermula

Biar gambar random ni yang bercerita ya :)


Menu
  1. Kuah Kacang Berdaging
  2. Rendang Ayam
  3. Nasi Impit

Apa? Nak resipi? Hehe nanti tunggu Shakira salin and confirmkan dulu dengan mak Shakira ya. Haha.

Till then :)

Resipi : Roll Bread With Cheese

Direct to cara buat :)


  1. Sekeping roti yang dilenyek bagi nipis sikit (Shakira guna cawan je)
  2. Letakkan sekeping cheese
  3. Letakkan pula sosej
  4. Bancuhkan tepung gandum dengan sedikit air (sebagai bahan lekat)
  5. Gulungkan roti yang sudah siap dan lekatkan hujungnya menggunakan bancuhan tepung gandum tadi
  6. Goreng roti sehingga garing
  7. Belah dua roti untuk melihat cheese yang mencairkan diri :)
  8. Sedia dihidang untuk santapan
Selamat mencuba!

Resipi : Agar-agar Triffle Kuning

Tetap nak credit to Sheila walaupun Shakira tukar resipinya jadi resipi bantai sendiri. Hehe.

Direct to cara buat :)

  • Potong kek swiss roll mengikut saiz yang dikehendaki dan ratakan di dalam loyang
  • Masukkan 3 sudu tepung kastad, 1 sudu gula, 1 tin susu cair dan 1 tin air masak ke dalam periuk kosong
  • Gaulkan bahan tersebut di atas api sederhana sehingga pekat/likat
  • Tuang ke atas kek swiss roll di dalam loyang dan ratakan
  • Seterusnya taburkan buah laici yang telah dibelah dua
  • Sementara itu, cairkan sedikit agar-agar di dalam periuk kosong bersama sedikit air dan pewarna kuning telur
  • Cairkan bahan tersebut di atas api sederhana
  • Masukkan 1 sudu gula dan gaul sehingga agar-agar mencair
  • Tuang ke atas taburan buah laici tadi
  
  • Siap dan sejukkannya di dalam peti ais sebelum dimakan











Selamat mencuba :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013