Showing posts with label kursus kahwin. Show all posts
Showing posts with label kursus kahwin. Show all posts

Prosedur Permohonan Bernikah

Macam janji Shakira dekat entry sini, hari ni Shakira nak berkongsi secara terperinci apa yang perlu dilakukan oleh bakal pengantin untuk mendapat kebenaran bernikah khususnya untuk pihak perempuan di Selangor :)

  • Macam kes Shakira, En. Hamdan orang Negeri Sembilan. Jadinya En. Hamdan punya tugas kena buat permohonan dan dapatkan kebenaran untuk bernikah di luar kariah (Shakira : Negeri Selangor)
  • Bila dah dapat permohonan lengkap dan kebenaran dari pihak lelaki, bermulalah tugas pihak perempuan pula nak minta kebenaran. Negeri Selangor sekarang dah pakai sistem online. Pergi je link http://ncr.jais.gov.my/
  • Daftarkan diri dulu.
  • Keluar paparan berikutnya, yang bertanda hijau tulah yang ada kaitan dengan kita. Warna merah tu tak ada kaitan. So, maksudnya kat sini isi semua maklumat yang dikehendaki pada yang warna hijau je. Senangkan?
  • Kalau alamat pada kad pengenalan tak sama dengan alamat tinggal sekarang, sila isi Borang 1 (Akuan Pengesahan Pemastautin) - Shakira dulu Puchong, tak tukar lagi kad pengenalan :)
  • Isi pula Borang 2C (Permohonan Kebenaran Berkahwin Perempuan)
  • Isi pula Borang 2D (Persetujuan Wali & Wakalah Wali)
  • Setelah selesai isi semua borang, cetak keluar atau dalam Englishnya print out :)
  • Lampirkan salinan kad pengenalan sendiri, kad pengenalan wali, kad pengenalan 2 orang saksi.
  • Lampirkan salinan sijil nikah ibubapa (jika yang berkahwin anak sulung) - yang asal perlu juga dilampirkan sekali.
  • Lampirkan juga salinan sijil kursus kahwin - yang asal perlu juga dilampirkan sama.
  • Lampir slip keputusan ujian saringan HIV yang telah dijalankan di klinik atau hospital kerajaan sahaja (Shakira : Klinik Kesihatan Kerajaan Pandamaran Klang)
  • Bila dah lengkap yang di atas ni, hantar pada jurunikah bertugas dan hadir bersama wali dan 2 orang saksi. Semua tandatangan perlu dilakukan di depan jurunikah (Shakira : rumah jurunikah dekat je dengan rumah Shakira)
  • Setelah itu, hantar permohonan tersebut ke pejabat agama (Shakira : Pejabat Agama Islam Daerah Klang)
  • Nyatakan tujuan datang, ambil nombor dan tunggu giliran dipanggil.
  • Semakan akan dibuat oleh pihak bertugas di kaunter setelah nombor dipanggil. Jika sudah lengkap, borang permohonan akan diserah pada kaunter lain (kita pula diminta duduk sebentar)
  • Setelah nama dipanggil sekali lagi, semua borang permohonan yang kita hantar tadi akan dipulangkan.
  • Kita juga akan dapat borang kosong yang perlu di isi dari nombor 5 hingga 7, nombor 9 dan 10 yang mana di belakangnya terdapat surat perakuan lafaz taa'liq.
 
  • Pembayaran sebanyak RM10.00 dikenakan.
  • Paling penting kita akan dapat kebenaran bernikah :)
  • Dah selesai hal kat pejabat agama, direct pergi bagi semuanya pada jurunikah dan jurunikahlah yang akan pegang semua tu sampailah tiba hari nikah.
  • Apa lagi nak buat? Dah habis. Bolehlah pulang dengan hati yang berbunga sambil tunggu hari untuk bernikah :)

So, tulah yang Shakira dapat bantu semua bride-to-be hari ni. Moga dapat jadi perkongsian yang berguna untuk semua generasi. Ceh wah. Hehe. Selamat bertugas menuju alam rumahtangga ya. Haha bye :)

Dibenarkan Bernikah

Alhamdulillah.

Tadi ni Shakira baru je balik dari Pejabat Agama Daerah Klang (PAIDK). Buat apa situ? Hehe buat apa lagi kalau bukan hantar borang permohonan nikah. Teringat kenangan kursus kahwin dengan En Hamdan kat situ juga, bulan April lepas :)

Tengahari lepas lunch tadi baru Shakira gerak. Sampai sana pukul 2:40 macam tu. Tengok ramai orang berkumpul depan pintu, rupanya kaunter masih tutup. Yalah, hari nikan hari Jumaat. Waktu lunch mesti lebih panjang daripada hari biasakan. Kat mana-mana tempat pun macam tulah, so dengan sabarnya Shakira pun join menunggu depan pintu. Hehe.

Dalam pukul 2:50 macam tu pintu kaunter dibuka, lega rasanya. Yalah, lenguh kaki ni berdiri lama-lama. Shakira pula pakai high heel hari ni, menahan jelah muka. Huhu sampai dalam je, terus ramai-ramai beratur depan kaunter pertanyaan. Masing-masing dengan urusan. Lepas bagitahu tujuan datang pada petugas kaunter tu, terus dapat nombor dan duduklah sebentar sementara menanti nombor anda dipanggil ya. Haha perkara biasa :)

Lama tak lama jugalah prosesnya, boleh dikira berapa kali Shakira menguap. Haha mengantuk tau menunggu giliran ni. Proses semak borang dan lampiran tu sekejap je, tak sampai 15 minit pun. Cumanya proses menunggu kebenaran nikah tu dicetak. Tu yang lama sikit. Masa tulah mata Shakira ni penuh dek syaitan bergayut. Haha sabar jelah.

Alhamdulillah, senyum sampai ke telinga bila nama dipanggil dan diberikan surat kebenaran bernikah. Bersyukur tak terkata. Yalah, harus diingatkan ya semua. Kalau kita buat persiapan kahwin yang lain bagai nak rak, kalau surat kebenaran bernikah ni tak ada memang sia-sialah semua persiapan. Kebenaran bernikah tu memang benda nombor satu, paling penting tu. Ingat ya. Hehe.

Boring korang baca tak ada gambarkan? Asyik membebel je. Hehe sorrylah, card reader tak bawa. So, Shakira tak boleh nak masukkan gambar dalam PC ni. Esok ya. Shakira akan buat entry step by step mengenai prosuder permohonan bernikah. Ok?

Sampai sini je, penat tak hilang lagi ni. Tapi apa nak buat, ghairah nak menaip entry tak terkawal. Haha bye!

Kami Dah Layak Nak Kahwin

Hehe entry menggatal ni rasanya :)

Bukan apa, Shakira belek-belek fail dalam bilik tadi. Buka dan tengok balik sijil-sijil masa zaman muda dulu. Erk? Sekarang dah tua ke Shakira ni? Hehe.

Belek punya belek ternampak sijil kahwin ni.


Huhu teringat masa penyerahan sijil tamat kursus kahwin bulan April lepas, rasa macam konvo lagi sekali je. En Hamdan duk tengok je masa Shakira berjalan ke depan. Dah cover-cover ayu dah Shakira masa tu. Haha :)

Masa En Hamdan ke depan, Shakira balas juga duk renung dia lama-lama. Tapi dia buat tak tahu je! Huh sabar jelah. Memang hati lelaki ni hati batu kot. Tak ada perasaan. Lepas dia baca entry ni, mesti dia mesej Shakira. Haha.

Kami dah ada sijil, korang? Kami dah layak, korang? Haha gila tanya macam ni.

Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013