Showing posts with label tunang. Show all posts
Showing posts with label tunang. Show all posts

DIY B2B : Bunga Tangan Nikah

MY WEDDING REVIEW : Inai Henna Baju & Veil Nikah

Hari ni Shakira nak review pasal bunga tangan masa Shakira nikah hari tu. Simple je, murah pula tu. Guna bahan yang ada je :)

Bahan-bahan yang digunakan seperti berikut :

1. Bunga span - Shakira guna bunga yang digunakan masa hantaran bertunang dulu -

2. Reben kuning & pink - lebihan yang digunakan masa hantaran bertunang dulu -

3. Pita pelekat hijau - lebihan yang digunakan masa hantaran bertunang dulu -

4. Manik - lebihan yang digunakan masa hantaran bertunang dulu -

Sorry tak ada gambar semasa pembikinan. Hehe cantum semua bunga tu tup-tuyp dah siap :)


Pendek kata semuanya bahan dari hantaran masa bertunang dulu je :)


JUMLAH KOS : RM0.00

Rajin dan semangatlah men-DIY ya B2B semua! Bye.

10 Hari Lagi

Baca tajuk je macam dah fahamkan? Hehe siapa yang memang dah sedia maklum yang Shakira ni B2B, memang dah faham sangat :)

Lagi 10 hari, apa yang dah siap? Dah ready ke apa yang patut? Rohani dan jasmani? Ilmu di dada? Pengetahuan kekeluargaan? Hmm bagi Shakira semua tu automatik nanti sendiri tau macam mana nak handle di samping ambil juga masa untuk study. Betul ke apa yang Shakira cakap ni bekas B2B semua? Huhu.

Semalam baru je setel last fitting baju. Baju nikah, baju malam berinai, baju sanding dan baju potong kek/outdoor photoshoot. Huhu empat baju je ke? Yalah, Shakira malas nak tukar-tukar bagai dengan baju-baju tradisional yang lain. Rasanya sekarang ni pun dah jarang orang buat. Hehe tapi kalau korang nak buat tak salah pun, tu cuma pendapat Shakira je :)

Semalam dah tak kerja merayau dengan En. Hamdan try baju, cari bantal kat Tesco Bukit Tinggi. Cari karpet lagi. Ha! Cerita pasal karpet, tengok dekat Tesco saiz yang Shakira nak harganya RM190 tau. Naib baik terdetik kat hati masa tu tak nak beli dulu, konon nak survey kedai lain. Keluar dari Tesco pergi kedai biasa yang deret-deret tu, saiz yang sama boleh dapat harga RM100. Pergh kalau beli yang RM190 tadi, serius rugi. Haha ni memang ayat B2B budget :)

Hmm apa lagi nak cerita ek? Tak ada kot sebab hari ni terasa macam monday blues sangat. Pipi kiri ni sakit, macam sakit gigi je. Hmm. Maaflah entry ni tak ada gambar. Hehe. Sampai sini jelah.

Sekian.

Menenangkan Hati Yang Kecewa

Hati sedang kecewa dan terluka? Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang? Di dalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka. Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan. Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata menitis setiap waktu.

Cinta itu ada pasang surutnya. Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.

Namun bukan semua masalah kecewa itu berlaku kerana percintaan dan masalah jodoh. Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain. Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa. Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak-anak.

Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk-rendam dan membuatkan kita merasa lemah. Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah, kita berpura-pura kuat. Kita tersenyum, tapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita? Sampai bila kita harus berpura-pura?

Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan. Ada perasaan lemah dan duka.

 

1. Membaca Surah Yassin

Mungkin selama ini kita kurang membaca Al-Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini. Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang. Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.

Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati. Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah-surah yang lain. Sangat menenangkan hati

Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3 atau lain-lain (teknologi dah canggih sekarangkan)

 

2. Solat Sunat Tahajjud

Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud. Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar

” Sahaja aku solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “
Pada rakaat pertama, bacalah Al-Fatihah diikuti surah Al-Kafirun dan pada rakaat kedua bacalah Al-Fatihah diikuti pula surah Al-Ikhlas. Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.

Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.

Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja. Adukan masalah kita direct kepada Allah. Mintalah ketenangan hati.

** tips mudah untuk bangun tidur **
  • Berwudhuk sebelum tidur
  • Baca Surah Al-Mulk atleast 10 ayat - paling malas :)
  • Baca doa tidur dan niat dalam hati Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu
  • Kunci jam
 

3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir

  • La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
  • Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung)
 Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus juga sampai ke lubuk hati.

 

4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kekecewaan

Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan kita sebak. Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta ataupun kecewa.
Kita ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesak hati betul tak? Jangan menabur garam di atas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh :)

 

5. Sentiasalah Mengingati Allah

Ini yang paling penting sekali. Sentiasa mengingati Allah. Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.

Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa, Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita. Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNya.
“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” (QS Ar-Ra’d : 28)
Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” (QS At-Taubah : 40)

ALLAH loves you no matter what :)

Sumber : AkuIslam.com
 

* Alhamdulillah kad kahwin dah siap, biar dugaan datang dan pergi hati ini tetap cekal menghadapinya InsyaAllah *

Pemenang Bikin Dialog Gambar Minah Ni Kalau Nak Topup RM30

Yeah! Alhamdulillah akhirnya dapat juga Shakira memilih pemenang. Sorry ya sebab ambil masa sikit. Hehe. Penat woo, baca satu-satu. Semua kelakar, semua pandai buat lawak. Sampai En. Hamdan pun teruja tau. Hehe tapi apakan daya, hanya tiga yang bertuah je yang bakal menerima mesej topup :)


Sebelum tu, semak nombor korang kat sini ok :)

Diumumkan! Jeng! Jeng! Jeng! Hehe.

Tempat Pertama - Topup RM30

Tempat Kedua - Topup RM20

Tempat Ketiga - Topup RM10

Kepada pemenang, sila email nombor telefon dan rangkaian yang digunakan ke shakirakyra004@gmail.com dengan kadar segera :) TAHNIAH Shakira ucapkan.


Pada yang tak menang tu jangan sedih, cuba lagi nanti kalau Shakira buat lagi ya. Hehe thanks korang sebab support Shakira dan thanks juga En. Hamdan selaku sponsor pertambahan hadiah topup ni. Bye!

Sumber gambar : GOOGLE

Dibenarkan Bernikah

Alhamdulillah.

Tadi ni Shakira baru je balik dari Pejabat Agama Daerah Klang (PAIDK). Buat apa situ? Hehe buat apa lagi kalau bukan hantar borang permohonan nikah. Teringat kenangan kursus kahwin dengan En Hamdan kat situ juga, bulan April lepas :)

Tengahari lepas lunch tadi baru Shakira gerak. Sampai sana pukul 2:40 macam tu. Tengok ramai orang berkumpul depan pintu, rupanya kaunter masih tutup. Yalah, hari nikan hari Jumaat. Waktu lunch mesti lebih panjang daripada hari biasakan. Kat mana-mana tempat pun macam tulah, so dengan sabarnya Shakira pun join menunggu depan pintu. Hehe.

Dalam pukul 2:50 macam tu pintu kaunter dibuka, lega rasanya. Yalah, lenguh kaki ni berdiri lama-lama. Shakira pula pakai high heel hari ni, menahan jelah muka. Huhu sampai dalam je, terus ramai-ramai beratur depan kaunter pertanyaan. Masing-masing dengan urusan. Lepas bagitahu tujuan datang pada petugas kaunter tu, terus dapat nombor dan duduklah sebentar sementara menanti nombor anda dipanggil ya. Haha perkara biasa :)

Lama tak lama jugalah prosesnya, boleh dikira berapa kali Shakira menguap. Haha mengantuk tau menunggu giliran ni. Proses semak borang dan lampiran tu sekejap je, tak sampai 15 minit pun. Cumanya proses menunggu kebenaran nikah tu dicetak. Tu yang lama sikit. Masa tulah mata Shakira ni penuh dek syaitan bergayut. Haha sabar jelah.

Alhamdulillah, senyum sampai ke telinga bila nama dipanggil dan diberikan surat kebenaran bernikah. Bersyukur tak terkata. Yalah, harus diingatkan ya semua. Kalau kita buat persiapan kahwin yang lain bagai nak rak, kalau surat kebenaran bernikah ni tak ada memang sia-sialah semua persiapan. Kebenaran bernikah tu memang benda nombor satu, paling penting tu. Ingat ya. Hehe.

Boring korang baca tak ada gambarkan? Asyik membebel je. Hehe sorrylah, card reader tak bawa. So, Shakira tak boleh nak masukkan gambar dalam PC ni. Esok ya. Shakira akan buat entry step by step mengenai prosuder permohonan bernikah. Ok?

Sampai sini je, penat tak hilang lagi ni. Tapi apa nak buat, ghairah nak menaip entry tak terkawal. Haha bye!

Teaser B2B : Pre Wedding

Ingat lagi entry sini? Tahniah blogger Maszie dan blogger Adrianna sebab pandai meneka berpandukan gambar kek kamera yang Shakira post kat situ. Good!

Ok, done our pre-wedding photoshoot yang berlangsung jumaat yang lepas, beberapa jam sebelum solat jumaat. Hehe tema? GAME OF LOVE. Permainan cinta! Lokasi? Ole-Ole Bowling Shah Alam and roundaboard berdekatan Masjid Shah Alam :) - betul ke Shakira eja roundaboard tu?

Sebenarnya memang niat nak letak sekeping kat sini sebab teaser kan, tapi En Hamdan request letak dua tiga keping. Nah tengoklah empat lima keping Shakira bagi. Haha all this is snap shot yang terhasil by our Official Photographer Saif Photography & Media Creative. Before this they known as Budget-Foto. Dorang juga OP masa Shakira dan En Hamdan tunang tahun lepas. Hehe.

 

Haha tarikh dah terkeluar, anggap jelah tu jemputan juga ya. Tu tarikh nikah. Actually ni dapar free sekali dengan pakej gambar yang Shakira amek! Ok, all the edited pictures look superb right? I love it! Recommended sangat untuk B2B kat luar tu, harganya pun mampu milik InsyaAllah. Klik je link dorang and direct to deal anything :)

Pemenang Segmen Berpantun By Shakira

Yeah! Teruja sangat Shakira nak umum siapakah gerangan yang berjaya meletakkan diri di tempat pertama, kedua dan ketiga untuk segmen yang Shakira anjurkan tempoh hari :)

Tempat pertama dan kedua dipilih oleh En Hamdan a.k.a my tunang. Hehe tempat ketiga pula Shakira yang pilih. Ok tak nak buang masa dengan bebelan yang biasa ni, jom! Check it out.

Tempat Pertama - PakcikLie PCL

buah bidara ulaman gajus,
sambal pedas cun ternganger,
Shakira punya segmen terbagus,
memertabat pantun antara blogger.


Tempat Kedua - broFami

berjalan-jalan hingga ke petang,
untuk berjumpa dgn Pak Amin,
sudah lama ke awak bertunang,
bila agaknya nak naik pelamin.


Tempat Ketiga - amal salleh

Petang-petang mendayung sampan,
Mendayung dengan pemuda tampan,
Peraduan pantun shakira anjurkan,
Gaya tersendiri ketengahkan warisan.


Tahniah dan setinggi-tinggi syabas untuk pemenang di atas. Sila emailkan NAMA PENUH, ALAMAT, NOMBOR TELEFON ke shakirakyra004@gmail.com secepat yang mungkin ya.

Pada yang tak dipilih sebagai pemenang tu, jangan sedih. Nanti ada rezeki Shakira anjurkan lagi. Nak? Hehe. Sejujurnya bagi Shakira, semua yang join tu merupakan juara sebab berani perah idea kreatif memartabatkan seni kita :)

Ok, lega hati bila dah umum pemenang. Sekarang nak fikir kerja mengepos hadiah je lagi. Hehe bye!

**ada masa terluang nanti Shakira nak cuba balas semua pantun-pantun yang dihantar. InsyaAllah doa-doakan tau :)

I Am Back

Rindunya kat korang. Rindunya kat blog ni. Shakira dah kembali. Seronok tak? Haha.

Ada ke yang menanti kemunculan Shakira di pentas blog ni? Hehe gaya tanya dah macam artis mak ni nak :)

Ok, Shakira penat. Penat sangat. Mood nak kerja hari ni pun dah betul-betul ke tengah laut. Bukan takat boleh rendam main air dengan kaki je.

Bila dah terlalu letih, macam ni jadinya. Merapu, merepek. Shakira nak rehat sekejap. Boleh?

Segmen pantun memantun dah tamat. Pemenang pun En Hamdan dah pilih. Nombor tiga je dia serahkan pada Shakira untuk decide, konon beri laluan buat organizerlah tu. Good. I love you En Hamdan! Haha.

Tapi sedih. En Hamdan dah pulang ke kampung halaman. Berjauhan lagi dengan Shakira kat sini :(

Alamak! Sedih rindu tu memanglah. Baru teringat, hadiah belum beli lagi. Aiyo! Wahai pemenang, kamu nak hadiah apa? Hehe.

Oklah, Shakira penat letih lemah malas sebu lemau. LAPAR!!

Kami Dah Layak Nak Kahwin

Hehe entry menggatal ni rasanya :)

Bukan apa, Shakira belek-belek fail dalam bilik tadi. Buka dan tengok balik sijil-sijil masa zaman muda dulu. Erk? Sekarang dah tua ke Shakira ni? Hehe.

Belek punya belek ternampak sijil kahwin ni.


Huhu teringat masa penyerahan sijil tamat kursus kahwin bulan April lepas, rasa macam konvo lagi sekali je. En Hamdan duk tengok je masa Shakira berjalan ke depan. Dah cover-cover ayu dah Shakira masa tu. Haha :)

Masa En Hamdan ke depan, Shakira balas juga duk renung dia lama-lama. Tapi dia buat tak tahu je! Huh sabar jelah. Memang hati lelaki ni hati batu kot. Tak ada perasaan. Lepas dia baca entry ni, mesti dia mesej Shakira. Haha.

Kami dah ada sijil, korang? Kami dah layak, korang? Haha gila tanya macam ni.

Bye!

Rindu Budak Ni !


Budak ke? Huhu kat kilang pun still En Hamdan sempat snap :) Bahaya tau naik tinggi-tinggi tu!


Dah macam gaya abah budak dah ni. Huhu!


Rindulah kat En Hamdan ni. Haha sumpah. Biarlah, bukan orang lain pun :)


Ni kes tak ada kerja, susun biji kelapa sawit jadi macam ni. Then send gambar kat Shakira. Haha biji kelapa sawit pun boleh :)

Hamdan + Shakira jadilah AMRA. Hehe macam mana jumpa? Baca sini :)

Apa En Hamdan tengah buat sekarang ya. Rindu :(

All You Need Is Love ...

 

Teringat blog lama, nama blog CINTA UNTUK KITA dan huraian blognya ALL YOU NEED IS LOVE. Tapi semua tu kenangan. Nak cakap thanks pada dia yang banyak Shakira ceritakan dalam blog tu dulu.

Thanks sebabkan dia, alhamdulillah Shakira bertemu En. Hamdan sekarang. Thanks atas sikap dia yang buat Shakira tak tahan, Allah hadiahkan Shakira seorang tunang yang baik sekarang. Thanks juga sebab dia tersenarai antara dua insan dalam sujud istikharah Shakira yang lalu. Allah dah bagi keputusan dan InsyaAllah En. Hamdan akan manjadi imam Shakira hingga akhir hayat kelak. Amin.

Sekarang blog baru ni namanya LOTS OF LOVE BY SHAKIRA. Tak ada sebarang huraian untuk blog ni. Rasa macam terkena pula. Macam sesuai with my situation. Kalau dulu CINTA UNTUK KITA seolah-olah Shakira masih mencari cinta dan huraiannya ALL YOU NEED IS LOVE menggambarkan yang Shakira masih berjuang untuk mendapatkan cinta sejati lebih-lebih lagi Cinta Illahi.

LOTS OF LOVE BY SHAKIRA kali ni menggambarkan Shakira sedang menikmati kasih-sayang yang ada. Kasih sayang yang hadir lepas bertahun menatang hubungan yang dijaga bagai minyak yang hampir nak tumpah namun akhirnya tumpah juga di tepi jalan. Hehe buat lawak sikit, tak nak serius sangat.

Harap LOTS OF LOVE BY SHAKIRA ni akan melahirkan Shakira yang sempurna cintanya pada Illahi, keluarga, tunang dan semua sahabat. Shakira tak nak lagi mencari cinta yang tak pasti walaupun hubungannya ada seperti dulu. Shakira yakin inilah jalannya. Jalan cinta hidup Shakira.

Selamat tinggal CINTA UNTUK KITA, kekallah dikau LOTS OF LOVE BY SHAKIRA. Amin.


Sumber Gambar : GOOGLE

Sabarlah Shakira

Dugaan demi dugaan datang bila dah berikat ni. Lagi-lagi dari segi dugaan kesihatan Shakira ni. Hmm sabarlah Shakira. Apa pun jenis dugaan yang datang, tak kisahlah masalah kesihatan ke masalah hubungan gaduh-gaduh dengan En. Hamdan ke pasti Allah tu dah sediakan sesuatu yang akan buat Shakira bahagia satu hari nanti.

Amin.

Destinasi Honeymoon Impian ...

Shakira berasal dari Kuala Lumpur dan berumur 23 tahun. InsyaAllah tiada aral melintang Shakira akan melangsungkan hari bahagia ijab qabul bersama tunang tersayang iaitu En. Hamdan. En. Hamdan berumur 28 tahun dan berasal dari Negeri Sembilan. Kiranya kami ni layak digelar Bride and Groom-To-Be. Tak gitu? Huhu.

Bercakap mengenai perkahwinan, pengantin baru dan nikah semestinya akan terpacul soalan mengenai bulan madu. Setakat ini kami berdua tak ada apa-apa perancangan. Mungkin rezeki selepas halal yang menentukan di mana destinasi bulan madu kami dan honeymoon package apa yang bakal kami nikmati. Hehe malu. Tapi kami pernah juga bercakap mengenai Kepulauan Bali yang terletak di negara Indonesia kerana En. Hamdan pernah menjejakkan kaki ke sana :)

Namun kalau dah rezeki, siapa boleh halang. Betul tak? Manalah tahu dengan Shakira melibatkan diri dalam contest honeymoon package "Destinasi Honeymoon Impian" yang ditaja oleh Tareeq Al Jannah dan dianjur oleh iLuvTour.com ini bakal menjadikan angan-angan kami berdua sebagai satu kenyataan depan mata? InsyaAllah diizinkan Allah dapatlah kami terbang jauh bersama honeymoon package ke Bali.


En. Hamdan pernah ke bumi majoritinya penganut Hindu ini lebih kurang lima tahun lepas. Rezeki En. Hamdan, kerana ketika itu tempat kerjanya mengadakan lawatan ke sana. Untunglah. Hehe. En. Hamdan dan semua rakan sekerjanya terbang ke sana dengan menaiki penerbangan MAS. Mereka bertolak dari KLIA pada jam 1 petang. Sesampainya di Lapangan Terbang Bali pada jam 5 petang, mereka semua disambut meriah oleh penyambut tetamu Bali serta dikalungkan bunga setiap seorang. Wahh teruja Shakira ni. Hehe.


Setelah itu, mereka di bawa menaiki bas yang telah disewa ke hotel penginapan. Terlalu banyak hotel yang terdapat di sana, namun Hotel Hard Rock Cafe, Bali yang menjadi pilihan oleh pihak pengurusan tempat kerja En. Hamdan. Menurut cerita En. Hamdan lagi, Hotel Hard Rock Cafe ini terletak di belakang bangunan yang pernah menjadi tragedi letupan bom oleh pengganas satu ketika dulu dan kini menjadi sejarah.



Untuk menghilangkan penat dan lenguh-lenguh badan ketika dalam perjalanan dari Malaysia, En. Hamdan dan rakan sekerjanya diberi layanan istimewa iaitu servis urutan di spa yang terdapat di dalam hotel tersebut. Untunglah dah penat satu badan, dapat pula spa. Betul-betul menenangkan fikiran dan masing-masing dapat mengumpul tenaga untuk perjalanan keesokan harinya.

Di hari kedua, mereka semua dibawa menaiki bas ke tempat tarian di mana tarian-tarian kebudayaan Indonesia khususnya dipersembahkan. Kata En. Hamdan, di sana mereka disajikan Tarian Legong, Tarian Kecak dan banyak lagi. Kostum sut pemakaian si penari menyerupai sesuatu ataupun binatang seperti naga. Rupa kostum dan pergerakan tarian mereka agak menyeramkan, namun itulah kekayaan yang mereka ada yang telah diwarisi turun-temurun.


Setelah itu, mereka dibawa lagi ke satu tempat iaitu tempat air mata air mandian suci. Kata En. Hamdan, sebelum mereka dibenarkan masuk, mereka semua dipakaikan satu kain yang diletakkan di atas bahu. Ada juga yang mengikatnya di pinggang. Tujuannya adalah sebagai tanda penghormatan seseorang masuk ke tempat suci. Cerita En. Hamdan, di dalam tempat suci tersebut terdapat pelbagai jenis patung Hindu. Ada juga di antara pelancong yang mandi dengan tujuan untuk menyucikan diri masing-masing. En. Hamdan dan semua rakannya cuma berlegar di setiap sudut tempat suci itu sambil cuci mata dengan kehebatan kuasa Allah dalam membentuk air mata air yang mana penganut di sana menjadikan ia sebagai tempat mandian suci.


Seperti terkandung dalam pakej yang telah ditempah, mereka dibawa makan tengahari di satu kedai makan yang terdapat disekitarnya. En. Hamdan ada juga cerita pada Shakira mengenai makanan di sana. Jangan risau katanya, kerana di Bali mereka benar-benar menitik beratkan adab halal dan haram dalam hidangan yang disajikan lebih-lebih lagi kepada pengunjung yang beragama Islam. Pecal Lele, Gado-gado, Sate antara yang terhidang buat santapan pelancong. Kalau kat Shah Alam kononnya ala-ala macam kita makan di kedai makan Ayam Penyet Wong Solo. Hehe.


Perjalanan demi perjalanan menaiki bas memang agak lama dan jauh. Namun, kebosanan pelancong dapat ditutup oleh pihak penganjur bas tersebut. Ini kerana, mereka semua dijamu dengan permainan yang pelbagai. Ada permainan teka-teki, membalas pantun, karaoke dan banyak lagi. Dengan itu, perjalanan yang jauh tidak akan dirasa, namun senyuman dibibir yang makin terukir kerana keramahan dan kepintaran penganjur bas tersebut.

Kata En. Hamdan, di sepanjang perjalanan iaitu di tepi-tepi jalan kita sebagai pelancong dapat melihat patung-patung Hindu yang dibentuk untuk santapan mata. Ada yang menyerupai sesuatu kisah, berkaitan binatang dan sebagainya. Biarpun jalanraya di sana agak sempit, namun itu telah menjadi kebiasaan penduduk di sana. Sempitnya jalanraya tidak menjadi batu penghalang buat pelancong yang benar-benar ingin mempelajari dunia selok-belok di bumi Bali.

Pada hari ketiga, tepat jam 7 pagi mereka dibawa ke satu tempat ukiran kayu. Kata En. Hamdan, sepanjang-panjang kedai yang terdapat di situ semuanya menjalankan perniagaan ukiran kayu. Pelbagai bentuk yang dihasilkan dapat menarik minat pelancong untuk membelinya sebagai kenangan ketika pulang ke tanah air sendiri.

Selepas itu, En. Hamdan dan semua rakannya di bawa melawat ke ladang kopi dan koko. Di sana bukan sekadar kopi dan koko, terdapat juga tumbuhan lain yang boleh dijadikan manfaat seperti akar kayu yang mana banyak dipromosikan seantero dunia. Dari situ, mereka semua menaiki bas pergi ke satu dataran tinggi di mana tempat mereka menjamu makan tengahari pada hari tersebut. Kata En. Hamdan, kedai makan tersebut betul-betul bersebelahan dengan gunung berapi yang baru sahaja memuntahkan larvanya. Biarpun dekat dengan gunung berapi yang aktif, suasana anginnya agak sejuk kerana kedudukan geografinya yang terletak di kawasan tinggi. Shakira nak tergelak bila En. Hamdan menggunakan tisu yang direndam dengan air panas kononnya untuk menghangatkan badan yang terlalu sejuk. Huhu.

Sebelum hari gelap, mereka dibawa pula ke ladang strawberi. Sesuai sangatlah dengan En. Hamdan yang gemarkan buah strawberi. En. Hamdan kata pengalaman makan strawberi yang dicelup coklat tidak dapat dilupakan. Hehe. Sebagai penggemar tegar strawberi, tak lengkap sekiranya En. Hamdan tak borong strawberi yang banyak pada ketika itu.


Di hari keempat dalam perjalanan ke Pulau Bali dengan menaiki bas, mereka telah melalui satu jalan yang sesak dengan monyet. En. Hamdan kata pada mulanya agak takut. Pelancong dilarang mengusik monyet tersebut kerana risau akan digigit kerana keadaannya yang agak ganas. Namun itu satu pengalaman yang manakjubkan ketika turun dari bas dan berjalan kaki dikelilingi pula dengan monyet yang banyak. Kepada pelancong wanita khususnya dilarang membawa beg tangan ketika itu, kerana ada satu pengalaman yang terjadi pada isteri bos tempat kerja En. Hamdan. Beg tangannya telah ditarik oleh salah seekor monyet dan dibawa lari ke atas pokok. Bimbang dengan barang peribadinya, pihak pengurusan di sana terpaksa menembak monyet tersebut untuk mendapatkan beg tangan itu semula.


Dalam pukul 12 tengahari, mereka singgah makan dan sesampainya di Pulau Bali atau juga dikenali Pulau Dewata En. Hamdan mengucap panjang. Katanya Pulau Bali memang cantik, tempatnya nyaman. Benarlah kata orang, Pulau Bali merupakan salah satu destinasi pelancongan yang mendapat tarikan meluas dari serata dunia. Siapa yang nak lepaskan peluang untuk berpijak di atas tanah pulau yang pernah mendapat tempat di hati pengunjung sebagai pulau tercantik di planet Bumi?


Kata En. Hamdan lagi, keindahan kehidupan flora dan faunanya turut terjaga. Landskap Pulau Bali amat cantik dan sesuai kepada jurugambar yang ghairah menyelinap setiap inci kehebatan ciptaan Allah yang Maha Kuasa. Ada juga pelancong yang menikmati turunnya matahari di waktu senja di Pantai Dreamland. Ia merupakan momen romantis, sesuai kepada pasangan yang baru bernikah :)
 


Ketika mata sibuk menikmati keindahan Pulau Bali lebih-lebih lagi pada batu yang terbentuk seperti pintu gerbang, mereka disajikan dengan durian Bali. Sedap kata En. Hamdan. Shakira nak juga boleh? Hehe. Di bahagian atas Pulau Bali terdapat juga taman bunga yang mana sesuai untuk dijadikan tempat riadah dan rekreasi bersama orang tersayang. Wahh sesuailah kalau kami dapat pergi dengan mana-mana honeymoon package yang disediakan. Berlari berkejaran di taman bunga ala-ala romantik. Haha.

Hari kelima. Kata En. Hamdan di depan Hotel Hard Rock Cafe terdapat satu pantai yang cukup indah. Selepas bersarapan, mereka menikmati kesejukan airnya bermandi-manda bersama sambil berbual dengan pelancong lain yang turut serta. Kata En. Hamdan ada pelancong dari Australia, Jerman dan banyak lagi. Tapi kata En. Hamdan , memang pelancong asing mencatatkan rekod kedatangan paling ramai ketika itu. Di pantai itu juga terdapat servis snorkeling, diving skuba, banana boat dan macam-macam lagi. Setelah puas merendamkan diri di pantai, mereka naik ke hotel dan bersiap untuk pulang.


Jangan tengok lama-lama ya. Hehe. Selepas selesai check out dari hotel, mereka terus ke Lapangan Terbang Bali pada jam 2 petang. Mereka sampai di KLIA pada jam 7 malam. Dari situ, mereka menaiki bas dan pulang ke rumah masing-masing. Kata En. Hamdan, pengalaman ke sana tidak dapat dilupakan walaupun tidak berapa puas berjalan. Hehe. Biasalah, kalau mengikut lawatan di bawah satu tempat kerja mestilah kita sebagai pekerja wajib mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Macam tu juga En. Hamdan. Bas ke sana, ke sanalah En. Hamdan. Bas ke sini, ke sinilah juga sebaliknya. Pergerakannya seperti terbatas untuk menyelinap bumi Pulau Bali dengan lebih mendalam lagi. Ada juga terdetik di hatinya ingin bersama-sama Shakira merasai kehebatan di sana berdua. Hehe.

InsyaAllah kalau ada rezeki, sampailah kami ke sana. Shakira cemburu juga bila En. Hamdan mula membuka mulut tentang percutiannya ke sana. Cemburu sangat. Hehe bila agaknya kami dapat pergi berdua ke sana bersama honeymoon package yang disediakan? Hanya Allah yang menentukan segalanya. Moga impian kami tercapai hendaknya. Amin. Hehe.

Sumber gambar dan video : GOOGLE dan YOUTUBE

Review E-Day : Tunang Saya!

What? Tunang pun nak direview ke? Saja je ni tengah tak ada kerja *padahal kerja berlambak. Hehe.

Ok, as per mentioned kat sidebar blog ni, my fiancee's name is En. Hamdan. Huhu.



Actually, Shakira dengan En. Hamdan kenal tak lama terus diikat. Hehe nak tahu macam mana kami jumpa dan berkenalan? Jom baca kisahnya kat sini. Dah baca? Huhu sepantas kilatkan? Tak apa, kami percaya pada Allah yang menentukan segala atur cara dunia ni. InsyaAllah.

This is my En. Hamdan a.k.a my fiancee. Huhu.


Bawah ni pict masa hari kejadian tunang. Hehe apa punya bahasa Shakira guna ni? Hmm.



Ok, serba sedikit ya. En. Hamdan sekarang berumur 28 tahun. Telah dilahirkan pada 1 Jun 1985 di teratak yang terletak di Felda Pasoh 1 Negeri Sembilan. Amekkaw! Bersalin dalam rumah. Huhu.

Seorang yang berkulit hitam manis, badannya sasa *Shakira selalu ejek gemuk je. Hehe jahatkan? Tak tinggi, tak rendah. Yang pasti lebih tinggi dari Shakiralah!

Bekerja di kilang Felda Pasoh 1 Negeri Sembilan **nanti dah nikah, Shakira tinggal sana. Huhu. En. Hamdan merupakan anak ke 6 daripada 7 adik-beradik. Nampak je ganas, tapi dia pemalu sebenarnya. Kalau dia senyum, alahai mak. Haha jangan lebih2 Shakira.

Sebab Shakira terima dia? Sebab kesungguhan dia. Full of meaning. Huhu. Oklah, rasa tu je kot nak review.

Bye!

AMRA (Hamdan & Shakira)

Ketika itu, aku dan keluarga pulang ke kampung halaman adik ipar abahku yang ku panggil sebagai 'makngah'. Itulah kali pertama aku menjejakkan kaki sedangkan keluargaku sudah biasa ke sana. Hanya 'makngah' yang aku kenal, adik-beradiknya yang lain memang tidak pernah bersua muka denganku sebelum ini.

"Apahal mamat ni..dok pandang-pandang dari tadi..?" hatiku bertanya sendiri.

Air teh dan biskut yang terhidang depan mata aku jamah perlahan. Sesekali aku melirik padanya. Ternyata dia masih menatapku.

"Aduh..aku jadi tak tentu arah pulak ni..sudah-sudahlah pandang aku ni..aduh.." keluh hatiku lagi.

Dari mula menjamah sehinggalah selesai, si dia masih mencuri pandang ke arahku. Aku pura-pura tidak menyedari tindakannya, sehinggalah aku dan keluarga meminta izin untuk bermalam di sana memandangkan hari sudah gelap.

"Sejuk betul tidur kat kampung ni ya.. kalau dapat tinggal sini best jugak" kataku perlahan ketika sedang bersiap-siap untuk pulang pada keesokkan paginya.

Ketika menunggu abah memanaskan enjin kereta, aku sempat bertanya pada salah seorang adikku mengenai si dia yang memandangkanku semalam. Rupanya lelaki itu ialah adik 'makngah' bernama Hamdan dan biasa di gelar sebagai 'Acu' oleh adik-beradiknya.

"Ohh..ok.." jawabku ringkas.

Sebelum masuk ke dalam kereta, si dia telah meminta nombor telefon adik-adikku. Semua nombor dia minta, kecuali aku. Selesai bersalaman dengan 'makngah' dan keluarganya, kami sekeluarga pun gerak pulang.

"Ayong! Acu kirim salam..!!" jerit salah seorang adikku secara tiba-tiba.

Ayong itu panggilanku di dalam keluarga. Terkejut aku dibuatnya dan jeritan adikku disambut oleh emak pula.

"Amboi... mana tahu tu jodoh kau Ayong.. mak tengok Acu tu baik orangnya, rajin kerja..hormat orang tua.." kata-kata emak telah membuatkan aku berfikir.

"Cinta itu biarlah kerana Allah.. " sahut abahku pula.

Aku berfikir dan berfikir, adakah semua ni gurauan atau kenyataan? Adakah ini takdir yang telah Kau lakar untukku Ya Allah?? Kata-kata abah yang ringkas membuatkan aku teringat pada satu sabda Rasullullah yang mana menyatakan bahawa Allah akan berfirman di Hari Kiamat nanti.

..Di mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini, Aku akan memberikan naungan kepadanya dalam naunganKu di saat tidak ada naungan kecuali naunganKu..

"Ahhh..! si dia main-main je tu.." tegas hatiku dalam-dalam.

Selang beberapa bulan, kami berhubung melalui telefon. Ternyata salah seorang adikku telah memberi nombor telefonku kepadanya.

"Dah dapat nombor aku rupanya mamat ni.." kataku.

Melihatkan caranya yang serius dan menghormatiku, aku membuka hati untuk memberi ruang padanya meluahkan perasaan. Hari demi hari, kami kian akrab.Kami saling berkongsi pendapat dan cerita. Aku selesa dengannya walaupun kami berjauhan dan hanya berhubung melalui telefon.

Dipendekkan cerita, dia telah menghantar 'makngah' dan 'pakngah' sebagai wakil untuk merisikku. Keluargaku menerima kehadiran mereka dengan baik. Seakan tidak percaya aku dirisik oleh seorang lelaki dan hanya Allah yang tahu apa yang kurasakan ketika itu.

"Aku serahkan semuanya padaMu Ya Allah.." bisikku perlahan ketika sedang sibuk menghidang makanan untuk tetamu yang hadir.

Setelah dipersetujui, 23 Disember 2012 telah menjadi saksi majlis pertunangan aku dan si dia yang pernah membuat aku tidak tentu arah ketika direnungnya. Aku percaya pada Qada' dan Qadar. Aku yakin Allah memberkati perkenalan yang amat singkat ini untuk kami lebih mengenali. Segalanya berlaku terlalu pantas dan tanpa disedari, aku dan dia bakal diijab qabul tidak lama lagi. InsyaAllah.

Kini, ikatan pertunangan kami bakal mencecah 8 bulan. Benarlah kata orang, ‘Dari Mata Turun Ke Hati’. Sungguh besar cinta yang Kau hadirkan pada kami, Ya Allah. Kami akan menjaga amanat ini dengan sebaiknya. Amin.

Review E-Day : Baju Tunang+Make Up+Hand Bouquet

Quick update!







Dah puas tengok gambar? Hehe saja letak gambar dulu. Ok, baju tunang hari tu, make up dan hand bouquet Shakira tu semuanya by Ratu Rias Bridal dan Elegant Bridal. Kedua2nya berlokasi di Klang. Thanks semua yang datang cakap cantik. Waa jangan nak angkat bakul sangat Shakira ya. Huhu servis ni berbaloi sangat for me. Sangat recommended!

Anything pergi je link dorang. Lajunya update. Bye!

Review E-Day : Henna / Inai

Hai semua!

Before cerita, sini Shakira tepek gambar dulu. Huhu layan.




Ok fokus pada henna/inai di tangan Shakira je tau. Abaikan jari2 Shakira yang montok dan ala2 tembam tu. Haha. For me, tak suka langsung dengan ukiran masa tunang hari tu. Why? Sebab tak cantik, lepas tu cas mahal! You know what?? Baca dulu sampai habis. Hehe.

Macam ni ceritanya, sehari sebelum hari kejadian Shakira kelam kabut cari kedai yang buat henna/inai ni. Nak tunggu uptown, malas pula nak keluar malam2. So, pergi pagi2 kat area Little India Klang tu. Memang pernah dengar cerita dari blogger lain yang situ banyak kedai henna/inai ni. Tapi malangnya pagi tu, 1 kedai je buka! Huh terfikir Shakira datang terlalu awal ke apa.

Masa tu redho jelah. Nak tak nak kena buat juga, sebab petang tu vendor pelamin nak datang pasang pelamin. Vendor meja kerusi pun nak datang petang tu juga. So, pasrah!

Before buat, Shakira sebagai customer mestilah nak tengok katalogkan?? But orang kedai tu kata tak ada katalog. Hmm lagi satu hal. Shakira yang masa tu malas dah nak berfikir, terus biarkan orang tu conteng2 kedua2 tangan Shakira ni. 

Ok dah siap contengan! RM30 kak. Ha???

Ok, bayar terus balik! Tak nak cerita lagi pasal henna/inai tunang ni! Sedih. 

Bye.

# moral of the story : survey awal2!

Review E-Day : Meja & Kerusi Makan Tetamu

Morning!

Aik? Meja kerusi pun nak review ke Shakira oi? Hehe biarlah. Anggap je ni entry penghargaan untuk semua pihak yang terlibat semasa hari kejadian.

Meja kerusi ni Shakira booked from one of my officemate, kawan dia ada buat servis meja kerusi bagai ni. Jadi, Shakira hired dorang. Huhu RM200 je untuk 250 kerusi dan 25 meja petak + lapik meja. Nak nombor? Macam biasa, email Shakira ya.

 

Tengok gambar atas tu, susun bawah bangunan apartment Shakira je. Betul2 depan rumah Shakira. Jimat tak payah booked kanopi. Hehe tapi dua tiga hari sebelum tu dah minta izin tuan punya motor2 yang park kat situ. Hehe terima kasih sebab bagi kerjasama! Sayang jiran2 semua. Haha.

 

Tengok tu abah Shakira busy layan panggilan telefon. Huhu mungkin masa tu tetamu banyak call tanya jalan. Might be! Hmm kemas je susunan yang my dad buat. Ops! lupa, adik2 Shakira yang hero semuanya tolong abah juga dari mula buka meja sampailah kemas2 semuanya. Terima kasih ya! Sayang kamu semua!

 

Ada buah rambutan lagi atas meja. Anggap je centerpiece! Centerpiece boleh makan punya. Hehe tu buah terjun namanya! Haha kenapa? Sebab malam sebelum tu, tiba2 ada lori datang bawa berbakul2 rambutan. Rupanya tu pakcik En. Hamdan yang rumahnya dekat je dengan rumah Shakira. Huhu thank you so much bakal uncle! Hehe.

Oklah, penatlah menaip. Nanti kita jumpa lagi. Bye!

Review E-Day : Doorgift

Review lagi?? Hehe belum habis lagi, nak buat macam mana. Lagipun blog ni diari Shakira juga kan? Dah tua2 nanti bolehlah Shakira baca ditemani oleh cucu2 Shakira. Eh! Dah jauh menyimpang ni. Hehehe.

Ok, sorry gambar doorgift masa Shakira tunang hari tu memang tak ada siapa pun snap. Haha memang semuanya lupa! Mana taknya, tetamu dah separuh makan baru kelam kabut keluarkan dari dalam bilik. Haha nak suruh OP snap pun memang tak ingat langsung. What to do, pasrah. Tapi tak apa, Shakira bagi gambar yang lebih kurang je ya? Shakira curi dari Google, maaf pada tuan empunya ya!



 

Ok, Shakira tak adalah kreatif sangat sampai letak penyepit tu. Hehe. Shakira staple then letak bunga kecik warna kuning. Tema masa tu kan tema diraja. Huhu dirajalah sangat!



 

Ok, atas ni pula sticker yang Shakira DIY sendiri. Guna photoscape je. Print kat ofis, FOC. Balik rumah gunting, tampal kat doorgift. Haha bos tau habislah! Hehe.

Shakira masih tak dapat lupakan arwah atok sebenarnya. Tapi tak apalah, kita yang masih bernyawa ni mesti kena teruskan hidup. Betul tak? Oklah, tunggu next review ya! Bye.

Review E-Day : Makan Time!

Hai semua.

Sihat ke? Shakira sihat hari ni tapi tak sepenuhnya. Huhu perut main gila dari pagi tadi ni. Tapi tak apa, Shakira cuba tahan, Shakira gagahkan juga untuk menaip entry baru. Hehe tak boleh blah ayat!

Ok, today I want to share about makanan yang dihidangkan masa hari pertunangan Shakira hari tu. Huhu bolehkan? Bolehkan jela, tak habis dengan review lagi ni. Hehe.




Ada nasi putih, ayam masak merah, dalca sayur, kuih2, buah limau dan apa lagi Shakira tak ingat! Hehe. Alhamdulillah yang datang masa kejadian kata semuanya sedap. Amin! Terima kasih mak sebab pandai carikan tukang masak a.k.a kawan mak juga. Terima kasih acik Misah. Hehe :)

Siapa2 yang tinggal area Sg. Udang, Kg. Delek Klang ni kalau nak buat majlis kecil2 tapi malas masak sendiri, bolehlah guna khidmat acik Misah ni. Sedap tau! Jamin tak rugi. Hehe Shakira nak tinggalkan nombor telefon kat sini tapi rasa tak bagus pula. Tak apa! Kalau korang nak try khidmat ni, apa2 email Shakira ya. Nanti Shakira bagi nombor dan bolehlah korang halo2 dengan acik Misah :)

Oklah, sakit perut! Till here :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013