The Greatness Of Allah


Alhamdulillah dah nak dekat 4 bulan. Kenapa baru sekarang nak cerita? Mungkin ada yang dah tau, mungkin ada yang belum. Tujuan entry ni bukan untuk menunjuk-nunjuk, apatah lagi nak riak heboh sana-sini. Tapi lebih untuk memohon doa dari korang semua untuk mendoakan kesihatan Shakira dan bakal anak dalam perut ni.

Buku pink dah tercalit nama si ibu. Siapa si ibu? Shakira :) Macam tak percaya. Macam main-main pun ada. Tapi nilah yang dikatakan kebesaran Allah. Rezeki Allah. Buat buku pink dan first check up dah selesai, alhamdulillah ok. Semoga semuanya berjalan lancar lagi lepas ni.

Mom-To-Be. Amin.

# Wedding Review tak selesai lagi. Aiyo! Heee..

Bihun Cap Masjid


Alhamdulillah, setakat ni tak pernah lagi Shakira beli bihun ni :)

Sumber gambar : GOOGLE

My Wedding Review : Baju Malam Berinai

Update laju-laju :)

Shakira pernah maklumkan sebelum nikah hari tu yag Shakira berangan sangat nak pekena Songket Peplum masa malam berinai :)

Konon nak sangat warna gold or dalam bahasa melayunya emas. Hehe nampak outstanding sangat bila pakai waktu malam. Kan?


Tapi Shakira tak dapat warna yang diidamkan. Shakira dapat warna kuning :) Oklah lebih kurang warna emas juga tu *pujuk hati* hehe. Ni beberapa keping gambar di malam berinai.


Alhamdulillah dapat juga capai impian. Huhu yang penting eden raso malam tu sumo orang nampak pengantin! Haha kuning diraja tu :) Semua baju Shakira dan suami malam berinai tu sekali dalam pakej yang ditawarkan oleh Butik Elegant Bridal, Pandamaran Klang :)

Nampak bunga tangan Shakira yang merah menyala tu? Huhu ok doakan esok lusa Shakira rajin buat DIY ya. Kita belajar sama-sama tau. Sampai sini je. Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013