Showing posts with label hospital. Show all posts
Showing posts with label hospital. Show all posts

Selesai Majlis Berkampung

Alhamdulillah semalam hari Ahad, 17/11/2013 keluarga Shakira buat majlis berkampung. Mungkin ada yang faham dan ada yang tak faham tentang berkampung ni. Meh sini Shakira terangkan :)

Kalau kat kampung biasanya tak payah buat pun tak apa, sebab kat kampung automatik dah ada geng-geng rewang untuk sebarang majlis perkahwinan. Siapa yang kena masak, kena tu kena ni semua. Huhu. Tapi kalau kat bandar macam tempat Shakira, jarang ada geng-geng yang dah dilantik untuk merewang bagai. Sebab tu abah Shakira buat majlis berkampung ni, duduk berbincang memohon bantuan mengenai peranan masing-masing.

Majlis Shakira nanti guna khidmat katering. Tapi abah Shakira saja buat majlis berkampung juga. Tujuan utamanya untuk mendapatkan bantuan dan kerjasama dari beberapa orang jiran tetangga yang sudi menghulurkan tenaga dan tengok-tengok apa yang patut di Majlis Perkahwinan Shakira dan En. Hamdan nanti :) Biasanya orang-orang nilah yang bakal memakai bunga duit atau zaman sekarang ni lebih dikenali sebagai corsage.

Ok jom layan gambar semalam ya :)


Mampu lagi bergambar walaupun Shakira baru keluar hospital :)


Antara kawan mak dan abah yang hadir :)


Antara hidangan ringkas yang disediakan :)


Bakal pengantin yang kononnya malu, duduk snap gambar dalam bilik. Huhu. Adik Shakira yang bongsu entah apa dia tengah buat tu agaknya :)

Jadi tulah serba sedikit yag Shakira nak ceritakan hari ni. Selamat menjalani majlis berkampung ya B2B semua. Bye!

Shakira & Denggi Part 3

Baca sini dulu :)
Shakira & Denggi Part 1
Shakira & Denggi Part 2

23 Julai 2013
Yeah! Pagi yang sangat best! Tidur malam tadinya pun tersangatlah lena. Haha semua gara-gara doktor dah janji yang Shakira boleh keluar pagi tu. Pagi-pagi juga doktor yang semalam nak cucuk Shakira semula tu datang bawa result darah, dan buat pemeriksaan tekanan darah untuk kali terakhir sebagai pengesahan. Rasa nak melompat je dari atas katil tu bila doktor kata confirm Shakira boleh check out. Huhu. Seronok sangat Allah je tahu.


Pagi-pagi Shakira dah berkemas tau. Pergi wad adik, dia pun dapat good news yang sama. Huhu senang untuk mak abah juga, ambil kitorang sekali terus. Betul tak?


Call abah bagitahu dah boleh balik sekali dengan adik. Mak abah sampai hospital kalau tak silap pukul 11 pagi macam tu. Tanya nurse tu berapa nak kena bayar, kononnya Shakira nak standby la pergi cucuk duit kat ATM luar. Hehe rupanya free je. Tak payah bayar untuk pesakit denggi. Huhu alhamdulillah!

Sebelum tali kat pergelangan Shakira ni dipotong, Shakira salam jiran-jiran sebelah katil. Rasa sayu pula tiba-tiba menyerang. Lagi-lagi akak sebelah katil Shakira tu sakit teruk. Otaknya dijangkiti kuman. Masa Shakira mula masuk, dia dah dua minggu kat dalam wad. Kesian dia. Shakira harap akak tu kuat dan cepat sembuh.


Tamat sudah kenangan Shakira menjadi pesakit denggi di Hosptial Besar Klang selama 4 hari :) Alhamdulillah sekarang dah sihat dan boleh bekerja macam biasa. Adik Shakira pun sama, dah pergi sekolah macam biasa. Amin. Huhu tapi rasa janggal pula dah seminggu tak masuk office, bila dah masuk bos suruh isi form cuti untuk raya. Haha a lots of cuti jawabnya, tak apa Annual Leave sedia membantu :)

Shakira & Denggi Part 2

Baca sini dulu :)

21 Julai 2013
Hari Ahad. Macam biasa start dari masuk wad tu, 1 hari mesti kena amek darah 4 kali. Kalau digodek-godek tapi urat tak membantu, dicucuknya lagi. Huhu tahap kesabaran memang menggunung sangat masa kena tahan wad pasal denggi ni tau! Doktor-doktor semua ok, tapi adalah seoarang dua yang tengah praktikal. Dicucuknya tangan Shakira ni, cari darah tak dapat-dapat. Disodok ke kiri, ke kanan pula. Senyum jelah mampu, ikut hati rasa nak lepuk je. Haha.

Alhamdulillah ramai saudara yang datang melawat Shakira dan adik masa tu. Tapi maaflah gambar tak ada dalam simpanan Shakira. Semua keluarkan gadget masing-masing sebab nak ambil gambar artis tengah sakit ni. Hehe so artis ni pun lupa nak minta transfer :)

22 Julai 2013
Dah hari Isnin, perasaan nak balik memang membuak-buak. Tapi tengok tekanan darah tak tinggi-tinggi pun, sabar je. Dalam hati berzikir je pada Allah sebab nak balik sangat, tak mampu nak tahan sakit dengan jarum lagi.



Air kosong, air 100 Plus dah berbotol-botol Shakira telan. Rasa nak muntah pun ada, sebab perut penuh dengan air je. Tapi apa nak buat, tu je ubat untuk pesakit denggi. Hehe doktor datang tanya dah minum belum. Minum banyak tak. Kencing hari ni berapa banyak, buang air besar ok tak. Tu je soalan dia yang buat rasa kepala ni tak mampu nak angguk lagi. Tapi alhamdulillah pagi tu, ada satu doktor datang buka jarum yang besar kat tangan kanan Shakira ni. Dia kata dah tak payah masuk air lagi. Syukur sangat.

Makan memang tak ada selera langsung. Makanan yang disediakan pihak hospital pun Shakira tengok je, tak mampu nak telan walaupun sikit. Huhu mak datang bawa anggur, roti dan macam-macam. Hehe tu pun Shakira usik sikit je. Tunang datang bawa bubur McD dan coklat cadbury, Shakira telan jugalah sebab dah ala-ala mengidam. Sampai adik-adik Shakira yang datang malawat pesan, kalau Shakira tak habis bagi dorang. Haha macam-macam!

Malam tu lepas result darah keluar, doktor sahkan yang Shakira perlu cucuk semula jarum dan masuk air. Ya Rabbi, kalau korang nak gelak dipersilakan ya. Tapi malam tu Shakira menangis merayu kat doktor tu yang Shakira tak nak masuk air lagi. Shakira sorokkan tangan Shakira tau! Haha rasa macam budak-budak sangat masa tu. Tapi serius mati-matian Shakira kata tak nak walaupun doktor tu paksa juga!

Tak lama lepas tu datang satu lagi doktor, dia pujuk dan suruh Shakira minum air dengan lebih banyak lagi kalau tak nak kena masuk air. Shakira sanggup ok! Haha Shakira minum sebanyaknya. Shakira tak rela tangan ni sakit dicucuk lagi. Kalau ingatkan balik memang terasa malu, tapi apa nak buat. Sakit woi! Huhu.

Shakira & Denggi Part 1

19 Julai 2013
Masa ni Shakira ada dekat office, pagi masuk macam biasa je perasaannya. Macam biasa sengal dengan officemate, borak-borak bagai. Hati seronok sebab bos macam tak masuk je gayanya masa dia call pagi tu *hantu betul.

Tiba-tiba satu badan rasa sejuk. Sejuk tambah seram tau! Huhu dont know why. Mula-mula buat bodoh je, Shakira pergi slowkan aircond. Tapi setengah jam kemudian tu, tak ada kesan positif pun. Makin sejuk rasanya satu badan. Shakira pun cakap kat officemate yang Shakira nak tidur jap kat bilik fail.

Kipas langsung Shakira tak ON dalam bilik fail tu, tapi sejuknya bukan main. Macam tidur bawah hujan! Hehe. Shakira tengok jam dah nak tengahari, mata berat kepala pun berat sangat. Minta officemate ambilkan secawan air suam. Ok! Terpaksa buka puasa masa tu sebab betul-betul tak larat.

Lepas pukul 2.30 petang, minta abah datang office. Shakira memang tak tahan sangat masa tu, nak balik sangat-sangat. Bos pula tiba-tiba sampai, sabar je la padahal pagi tadi Shakira dah macam excited ingat bos tak masuk. Huhu nak tak nak buat muka seposen juga, tapi memang Shakira sakit betul ya. Hehe alhamdulillah bos bagi balik :)

Motor Shakira biar je kat office, sebab dah minta adik Shakira ambil bila dia balik kerja petang tu. Shakira pun balik dengan abah dengan rasa lega sebab dapat jumpa mak *Shakira kalau sakit, memang akan bertambah sakit kalau tak jumpa mak. Hehe kantoi.


20 Julai 2013
Mak suruh Shakira mandi, siap-siap. Tengok kat tepi katil, mak dah siap bungkus-bungkus baju seluar Shakira. Shakira memang dah agak, mesti abah mak nak bawa pergi hospital sebab nak melawat adik Shakira sekali. Dia dah kena tahan wad dulu dari Shakira, dua tiga hari sebelum kalau tak silap. Sama juga dengan kes denggi.

Dalam kereta, memang minta doa tak nak denggi sebab memang Shakira dah tahu nanti kena tahan wad ambil darah masuk air semua. Takut! Yes Shakira penakut jarum. Huhu. Lepas pendaftaran kat Hospital Besar Klang selesai, Shakira dimasukkan ke Zon Kuning.

Pergh! memang ramai gila orang masa tu. Macam-macam kes Shakira tengok. Ada yang nak cek darah macam Shakira (suspek denggi), ada yang tangan luka parah sebab mercun, ada yang nak buat operation. Macam-macam gaya ada, tapi masa tu Shakira buat hal sendiri je.

Cek tekanan darah Shakira memang rendah, 60 je. Cuba lagi sekali masih juga rendah, 66 macam tu. Sah Shakira terpaksa tidur wad masa tu. Dalam Zon Kuning tu juga airmata Shakira ni mengalir tahan sakit. Sebab apa? Sebab apa lagi kalau bukan sebab ambil darah, untuk sahkan denggi atau tak. Hmm mula-mula cucuk kanan, tak dapat. Urat kecil katanya, tak berapa nampak. Tukar pula tangan kiri, alhamdulillah dapat darahnya. Tapi sakitnya Allah je tau :(


Shakira & Denggi

Selamat pagi.

Maaf semua, dah nak dekat 2 minggu Shakira diam seribu bahasa. Blog ni pun sawang segan-segan je nak keluar. Hehe. Bukan apa, Shakira baru keluar hospital sebenarnya. Seminggu Shakira kena tahan dekat wad hospital gara-gara denggi.


Sekarang alhamdulillah sikit, Shakira dah beransur pulih dan hari ni dah start kerja balik. Nanti Shakira update pasal perjalanan sakit Shakira dengan denggi ni ya! Hehe.

Sekian :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013