Selesai Majlis Berkampung

Alhamdulillah semalam hari Ahad, 17/11/2013 keluarga Shakira buat majlis berkampung. Mungkin ada yang faham dan ada yang tak faham tentang berkampung ni. Meh sini Shakira terangkan :)

Kalau kat kampung biasanya tak payah buat pun tak apa, sebab kat kampung automatik dah ada geng-geng rewang untuk sebarang majlis perkahwinan. Siapa yang kena masak, kena tu kena ni semua. Huhu. Tapi kalau kat bandar macam tempat Shakira, jarang ada geng-geng yang dah dilantik untuk merewang bagai. Sebab tu abah Shakira buat majlis berkampung ni, duduk berbincang memohon bantuan mengenai peranan masing-masing.

Majlis Shakira nanti guna khidmat katering. Tapi abah Shakira saja buat majlis berkampung juga. Tujuan utamanya untuk mendapatkan bantuan dan kerjasama dari beberapa orang jiran tetangga yang sudi menghulurkan tenaga dan tengok-tengok apa yang patut di Majlis Perkahwinan Shakira dan En. Hamdan nanti :) Biasanya orang-orang nilah yang bakal memakai bunga duit atau zaman sekarang ni lebih dikenali sebagai corsage.

Ok jom layan gambar semalam ya :)


Mampu lagi bergambar walaupun Shakira baru keluar hospital :)


Antara kawan mak dan abah yang hadir :)


Antara hidangan ringkas yang disediakan :)


Bakal pengantin yang kononnya malu, duduk snap gambar dalam bilik. Huhu. Adik Shakira yang bongsu entah apa dia tengah buat tu agaknya :)

Jadi tulah serba sedikit yag Shakira nak ceritakan hari ni. Selamat menjalani majlis berkampung ya B2B semua. Bye!

5 comments:

Farah Waheda Wahid said...

last attend majlis berkampung ni masa sekolah rendah dulu, masa kakak2 sepupu dan abang2 sepupu nak kahwin... time akak dah tak ada berkampung dah..semua instant jer...ihikss...

Miss Hidy said...

First time dgr majlis berkampung ni..
Bagus jugak kalau dapat bantuan dari ramai orang, semoga dipermudahkan majlis shakira nanti :)

Isz Kha said...

wah!!! meriahnyer...dah lama tak rasa suasana berkampung ni...
selamat yer Shakira untuk majlis tu nantisemoga semuanya berjalan lancar...=)

Yumida Huda said...

nampak sedap la makanan tu shakira
dah la perut tgh lapa ni
beznye..semangat kejiranan mmg meriah klo semuanya bekerjasama

*topup celcom dah masuk. thanks bebyk k shakira :) alhamdulillah

Vee said...

klu kat kg mmg rewang lah . kat sini , nak cari jiran yg ramah dan mesra boelh dikira . tapi klu minta tlg jemaah surau mungkin boleh rasanya ... semoga urusan shakira berjalan lancar ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013