Shakira pernah berkongsi mengenai tempat menarik untuk bulan madu dalam blog picisan ni. Sila klik mana-mana entry di bawah :
- Kembara Selangor Mendamaikan
- Persisir Pantai Memukau Di Terengganu
- Destinasi Hijau Di Perak
- Potret Alam Warnai Perlis
- Pahang Destinasi Percutian Tanah Tinggi
Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 nanti, hari ini Shakira nak kupas balik salah satu tempat secara terperinci hasil daripada lawatan perkongsian ilmu ke laman sesawang yang lain tentang Destinasi Hijau Di Perak :)
Gua Tempurung merupakan gua batu kapur & mamar yang terindah dan terbesar di negeri Perak, Malaysia. Lokasi Gua Tempurung terletak di Gopeng, Perak dan perjalanan dari Kuala Lumpur ke sini mengambil masa kira-kira 2 jam dengan melewati jalan tol Lebuh Raya Utara-Selatan.
Nama Gua Tempurung berdasarkan dari lima kubah (Chamber) yang seolah-olah menyerupai di bawah tempurung kelapa dan setiap kubah mempunyai berbagai bentuk Stalaktik/Stalagmit yang berbeda.
Untuk masuk ke dalam Gua ini kita tidak boleh masuk bersendirian, perlu ada renjer (guide) yang sentiasa menemani kita sewaktu di dalam gua sehinggalah kita selesai keluar dari gua ini dengan selamat.
Panjang keseluruhan gua ini adalah 1.9 km, ada 640 anak tangga yang perlu didaki dan dituruni. Kita juga perlu menyusuri sungai yang terdapat di dalam Gua Tempurung ini. Sebelum memasuki gua ini kita disaran membawa lampu sendiri kerana di setengah laluan amat gelap. Secara keseluruhannya menyusuri Gua Tempurung merupakan satu ekspedisi yang mencabar bagi mereka yang inginkan aktiviti lasak. Kekuatan fizikal & mental adalah penting.
Sumber : Kompasiana
2 comments:
malaysia byk tpt menarik dan byka tpt tak pergi lagi ...
pernah dengar pasal kisah mistik kat situ.. hehe