Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Menenangkan Hati Yang Kecewa

Hati sedang kecewa dan terluka? Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang? Di dalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka. Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan. Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata menitis setiap waktu.

Cinta itu ada pasang surutnya. Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.

Namun bukan semua masalah kecewa itu berlaku kerana percintaan dan masalah jodoh. Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain. Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa. Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak-anak.

Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk-rendam dan membuatkan kita merasa lemah. Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah, kita berpura-pura kuat. Kita tersenyum, tapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita? Sampai bila kita harus berpura-pura?

Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan. Ada perasaan lemah dan duka.

 

1. Membaca Surah Yassin

Mungkin selama ini kita kurang membaca Al-Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini. Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang. Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.

Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati. Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah-surah yang lain. Sangat menenangkan hati

Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3 atau lain-lain (teknologi dah canggih sekarangkan)

 

2. Solat Sunat Tahajjud

Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud. Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar

” Sahaja aku solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “
Pada rakaat pertama, bacalah Al-Fatihah diikuti surah Al-Kafirun dan pada rakaat kedua bacalah Al-Fatihah diikuti pula surah Al-Ikhlas. Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.

Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.

Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja. Adukan masalah kita direct kepada Allah. Mintalah ketenangan hati.

** tips mudah untuk bangun tidur **
  • Berwudhuk sebelum tidur
  • Baca Surah Al-Mulk atleast 10 ayat - paling malas :)
  • Baca doa tidur dan niat dalam hati Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu
  • Kunci jam
 

3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir

  • La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
  • Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung)
 Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus juga sampai ke lubuk hati.

 

4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kekecewaan

Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan kita sebak. Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta ataupun kecewa.
Kita ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesak hati betul tak? Jangan menabur garam di atas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh :)

 

5. Sentiasalah Mengingati Allah

Ini yang paling penting sekali. Sentiasa mengingati Allah. Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.

Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa, Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita. Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNya.
“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” (QS Ar-Ra’d : 28)
Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” (QS At-Taubah : 40)

ALLAH loves you no matter what :)

Sumber : AkuIslam.com
 

* Alhamdulillah kad kahwin dah siap, biar dugaan datang dan pergi hati ini tetap cekal menghadapinya InsyaAllah *

Wanita Perlu Tahu Tentang PinkTober

Pagi ni Shakira terlebih rajin. Lepas Subuh tak tidur pun. Haha kantoi selama ni ya :) Disebabkan terlebih rajin hari ni, Shakira siap tengok TV lagi pagi-pagi. Lepas selesai isi sanubari pagi dengan motivasi Ustaz Hushim Salleh, Shakira sambung terus tengok MHI atau pun panjangnya Malaysia Hari Ini. Hehe.

Tajuk MHI pagi ni ialah Pinktober. Apa itu Pinktober? Ok, Shakira pun baru je tau pagi tadi. Jom kita kongsi sama-sama.

PINKTOBER
PINK atau merah jambu ialah warna reben yang menjadi simbol melambangkan kempen kesedaran payu dara. TOBER pula singkatan bulan Oktober. Jadi PINKTOBER bermaksud pin yang dikeluarkan oleh mana-mana badan NGO sempena menyambut bulan Oktober yang mana bulan Oktober telah dipilih sebagai bulan memperingati dan menguatkan kesedaran tentang penyakit barah payu dara sedunia.

Ok kat sini Shakira nak kongsikan antara cara kita sebagai wanita bagi mencegah kehadiran barah payu dara :
  • Katakan 'TIDAK' pada alkohol >>> Kajian mendapati wanita yang mengambil minuman beralkohol mempunyai kadar yang tinggi mendapat barah. Berdasarkan kajian wanita yang mengambil 2 hingga 5 minuman setiap hari mempunyai 11/2 kali risiko berbanding wanita yang tidak mengambil alkohol. Satu gelas wain setiap hari sebagai contoh mempunyai risiko sebanyak 7%. Risiko ini tidak termasuk faktor risiko yang lain seperti kaum, berat badan, sejarah barah dalam keluarga, umur mendapat haid atau menapaus bermula, jumlah kehamilan, faktor penyusuan anak dan penggunaan pil perancang atau hormon (HRT).
  • Berhenti merokok >>> Pesanan ini juga diketengahkan buat kaum lelaki yang merokok. Tabiat merokok bukan sahaja dikaitkan dengan barah paru-paru, malah juga barah payu dara. Wanita yang mula merokok di usia muda mempunyai risiko tinggi mendapat barah payu dara. Merokok juga berkait dengan penyakit jantung. Jika kita seorang yang merokok, kita mempunyai alasan yang tepat untuk berhenti merokok.
  • Bersenam >>> Terdapat banyak kajian menunjukkan bahawa aktiviti bersenam dapat mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasuk barah payu dara. Namun ini tidak bermakna kita perlu bersenam seperti Madonna (beliau dilaporkan bersenam sehingga 4 jam sehari yang mengakibatkan penceraian beliau dengan suami). Adalah dianggarkan bahawa dengan hanya berjalan sebanyak 1.25 hingga 2.5 jam seminggu sudah cukup untuk mengurangkan risiko barah payu dara di kalangan wanita sebanyak 18%.
  • Periksa payu dara sendiri sekerap mungkin >>> Ini merupakan langkah yang paling penting untuk kita. Langkah ini tidak akan mengurangkan risiko untuk kita mendapat barah payu dara, namun ia dapat mengesan simpton ini di peringkat awal dan menjamin kita mendapat rawatan yang kurang agresif atau teruk.
  • Amalkan pemakanan berlemak rendah >>> Kita tahu bahawa ostregan memainkan peranan besar dalam perkembangan barah payu dara dan tisu berlemak mengandungi sedikit ostrogen. Oleh itu kegemukan meningkatkan risiko mendapat barah payu dara. Namun jika berat badan kita berlebihan sebelum menapaus, risiko mendapat barah payu dara lebih rendah dan jika selepas risikonya lebih tinggi dari biasa. Ini kerana wanita yang berlebihan berat badannya kurang mengovum dari biasa. Jadi sel payu dara mereka terdedah kepada kandungan ostrogen yang rendah. Selepas pasca menapaus, ostrogen kita dikaitkan dengan jumlah lemak kita. Lebih banyak lemak, lebih tinggi paras ostrogennya.
  • Buat pemeriksaan mammogram >>> Seperti pemeriksaan payu dara, ujian mammogram juga hanya mampu mengesan, bukan mencegah barah payu dara. Ini kerana ujian mammogram mampu mengesan ketulan yang lebih kecil berbanding melalui pemeriksaan. Juga ia mampu mengesan sel barah yang tidak dapat dirasa dengan tangan. Menjalani ujian mammogram adalah mudah. Ia tidak memerlukan seseorang itu berpuasa. Cuma kita dilarang menggunakan deodran atau bedak di bahagian ketiak dan dada kerana ia akan menggangu artifaks filem. Tunggu seminggu selepas haid untuk menjalani ujian ini apabila tisu payu dara kita lebih lembut. 

Ok bagi di antara kita yang mempunyai sejarah keluarga dalam penyakit barah payu dara ini, lebih baik atau seeloknya terus berjumpa dengan doktor untuk mengesannya dengan lebih awal. Ini kerana faktor keturunan juga boleh menyumbang kepada simpton ini.

Kepada penghidap barah payu dara, disarankan supaya sentiasa kuatkan semangat. Jangan putus asa untuk meneruskan kehidupan. Sokongan padu dari orang sekeliling juga dapat menerapkan harapan bagi penghidap penyakit ini kerana telah terbukti di dalam negara kita sendiri bahawa seorang wanita yang menghidap barah payu dara mampu pulih secara 100% dengan adanya semangat yang kuat.

Jadi, tabahlah dalam mengharungi setiap penderitaan kerana tiap apa yang Allah bagi tu terselit hikmahnya. Sayangi mahkota wanitamu :)

Petua Hilangkan Gatal Tekak

Bagi yang mengalami gatal tekak akibat batuk yang berpanjangan, bolehlah cuba petua ni :)

Ambil sesudu kicap masin dan perahkan limau nipis ke dalamnya.


Amalkan minum ramuan ni ketika tekak terasa gatal. InsyaAllah ia akan melegakan gatal tekak dan membantu mengurangkan batuk.

Ikhlas. Sekadar satu perkongsian :)


Sumber gambar : GOOGLE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013