Showing posts with label rindu. Show all posts
Showing posts with label rindu. Show all posts

Hadiah Perkahwinan Yang Pertama :)

Mesej masuk..

"Kyra..ada rumah tak malam ni?"

Mesej dibalas..

"Ada.. Kenapa?"

Mesej seterusnya diterima..

"Hehe..aku datang dalam 8 lebih..dah sampai aku call ko"

Sampai-sampai je tengok insan yang mesej tu datang bawa hadiah! Haha rupanya dia tak dapat datang majlis Shakira nanti. Sedihnya. Dia student, terpaksa balik Arau malam tu juga (malam Ahad lepas) :(

Namanya Ieda. Satu dorm dengan Shakira dan Hijanah juga masa zaman sekolah teknik dulu. Peluk semalam air mata berjujuran lagi sekali. Oh no! Memang lembutkan hati Shakira ni? Haha perasan! Nilah hadiahnya.


Akanku buka hadiah ni lepas selesai majlis ya. Thanks Ieda, love you! Study baik-baik. Pray for me dear, i am gonna miss you :)

Teaser B2B : Pre Wedding

Ingat lagi entry sini? Tahniah blogger Maszie dan blogger Adrianna sebab pandai meneka berpandukan gambar kek kamera yang Shakira post kat situ. Good!

Ok, done our pre-wedding photoshoot yang berlangsung jumaat yang lepas, beberapa jam sebelum solat jumaat. Hehe tema? GAME OF LOVE. Permainan cinta! Lokasi? Ole-Ole Bowling Shah Alam and roundaboard berdekatan Masjid Shah Alam :) - betul ke Shakira eja roundaboard tu?

Sebenarnya memang niat nak letak sekeping kat sini sebab teaser kan, tapi En Hamdan request letak dua tiga keping. Nah tengoklah empat lima keping Shakira bagi. Haha all this is snap shot yang terhasil by our Official Photographer Saif Photography & Media Creative. Before this they known as Budget-Foto. Dorang juga OP masa Shakira dan En Hamdan tunang tahun lepas. Hehe.

 

Haha tarikh dah terkeluar, anggap jelah tu jemputan juga ya. Tu tarikh nikah. Actually ni dapar free sekali dengan pakej gambar yang Shakira amek! Ok, all the edited pictures look superb right? I love it! Recommended sangat untuk B2B kat luar tu, harganya pun mampu milik InsyaAllah. Klik je link dorang and direct to deal anything :)

I Am Back

Rindunya kat korang. Rindunya kat blog ni. Shakira dah kembali. Seronok tak? Haha.

Ada ke yang menanti kemunculan Shakira di pentas blog ni? Hehe gaya tanya dah macam artis mak ni nak :)

Ok, Shakira penat. Penat sangat. Mood nak kerja hari ni pun dah betul-betul ke tengah laut. Bukan takat boleh rendam main air dengan kaki je.

Bila dah terlalu letih, macam ni jadinya. Merapu, merepek. Shakira nak rehat sekejap. Boleh?

Segmen pantun memantun dah tamat. Pemenang pun En Hamdan dah pilih. Nombor tiga je dia serahkan pada Shakira untuk decide, konon beri laluan buat organizerlah tu. Good. I love you En Hamdan! Haha.

Tapi sedih. En Hamdan dah pulang ke kampung halaman. Berjauhan lagi dengan Shakira kat sini :(

Alamak! Sedih rindu tu memanglah. Baru teringat, hadiah belum beli lagi. Aiyo! Wahai pemenang, kamu nak hadiah apa? Hehe.

Oklah, Shakira penat letih lemah malas sebu lemau. LAPAR!!

Good Luck Alang !

Good Luck untuk adik yang paling Shakira sayang, Muhammad Helmi Bin Abdul Halim. Panggilan kat rumah Alang je :)


Pukul 11 sekejap lagi pendaftaran masuk ke IPT di Kolej MCS Mara, Banting. Tahniah Alang! Ni pesan satu-satunya kakakmu ni. Hehe.

# belajar rajin2
# jangan rindu sangat kat aku..hehe
# jangan boros
# jaga diri
# jangan tinggal solat, mengaji, zikir macam selalu

Semoga dapat capai cita2 tak lama lagi. Chayok2 capai Diplomamu, 2 tahun setengah je. Pejam celik pejam celik dah pegang segulung kelayakan, InsyaAllah!


*mood sedih ni, sebab Alang terlalu rapat dengan Shakira. Apa-apa semua dengan Shakira je, sekarang Alang dah duduk asrama sana :(

Rindu Budak Ni !


Budak ke? Huhu kat kilang pun still En Hamdan sempat snap :) Bahaya tau naik tinggi-tinggi tu!


Dah macam gaya abah budak dah ni. Huhu!


Rindulah kat En Hamdan ni. Haha sumpah. Biarlah, bukan orang lain pun :)


Ni kes tak ada kerja, susun biji kelapa sawit jadi macam ni. Then send gambar kat Shakira. Haha biji kelapa sawit pun boleh :)

Hamdan + Shakira jadilah AMRA. Hehe macam mana jumpa? Baca sini :)

Apa En Hamdan tengah buat sekarang ya. Rindu :(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013