Jumpa Isnin Depan :)

Hai semua :)

Ok saja nak bagitahu, hari ni Shakira kerja halfday tau. Lepas lunch ni nak pergi cucuk HIV. Hehe faham-fahamlah life B2B nak kena buat preparation bagai. Oh busy! Kononlah busynya. Huhu.

Esok dan lusa pula Shakira off kerja. Why? Rahsia. Haha nanti dah setel baru Shakira bagitahu ya. Ni Shakira bagi hint ataupun klu apa aktiviti Shakira sampaikan kena cuti kerja :)


Wahh sedapnya kek, kreatif betul ya buat bentuk kamera. Tabik! Huhu korang dapat teka tak apa aktivitinya melalui gambar ni? Ala, tak payah susah-susahlah teka. Nanti Shakira bagitahu ok?

So Shakira tak dapatlah nak jalan-jalan ke blog korang selama cuti ni, sebab kat rumah tak syoklah online pakai handphone. Kecik, pening kepala nak mengadap. Nak PC juga baru selesa. Hehe tunggu isnin ya Shakira masuk office balik. Kita ketemu di ruangan blog, akanku gerakkan jariku untuk menari-nari di atas papan kekunci. Haha ayat!

Untuk yang nak join Segmen Komen Berpantun By Shakira tu, ada masa lagi ni. Sabtu (28/9/2013) dah tamat. Setakat ni ada 19 pantun yang Shakira dah terima, terima kasih sokong Shakira. Tepat sabtu Shakira publish semua komen yang berpantun ya. En Hamdan tu tak sabar-sabar nak memilih pemenang. Haha. InsyaAllah tak ada aral melintang, Selasa atau Rabu depan Shakira umum pemenang ya :)

Bye :)


Sumber gambar : GOOGLE

12 comments:

PakcikLie PCL said...

ni kira urusan dunia akhirat eh shakira.. menuju gerbang bahagia semoga senang dan mudah urusannya. salam kat en Hamdan..

NURSHAKIRA ABDUL HALIM said...

PakcikLie PCL
Ya bro PCL, banyak hal nak setelkan ni.. pening :)

Sheila Salim said...

Assalamualaikum yanggg. semoga dipermudahkan segala urusan kamu. tak sabor nak tengok kamu dipelamin indah bersama suami tercinta :)

Farah Waheda Wahid said...

semoga segala urusan dipermudahkan yer...

NURSHAKIRA ABDUL HALIM said...

waslam sheila.. thanks dear, lambat lagi..hehe

Farah Waheda Wahid
Thanks kakak :p

adrianna syaz said...

Wah..shakira..wat photoshoot ke ni?

Nadia Johari said...

hah nak beli pilih kek untuk hari istimewa erk..hehe

Maszie Fatah said...

seronoknye photoshoot kan....akak yg x sabor2...semoga segala urusan berjln dgn jayanye...aminn

Deqla Manjew said...

wajib tu test HIV.. kalo tak, mana bole kawen...hihi...

HASRUL HASSAN said...

Pss... cuba letak iklan NUFFNANG yang sidebar tu kat atas, derang suka bagi CPUV kat blog yang paparkan iklan derang kat tempat utama .. ingat ehh ... :)

ZQ Batik said...

hohoho! semoga dipermudahkan segala urusan...

kacang buncis said...

salam.....
moga dipermudahkan urusan dan sentiasa mendapat keberkatan dalam hidup :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013