Terperangkap Dalam Lif


Lif dah mula jadi bahan untuk Shakira trauma sekarang ni. Shakira sanggup naik tangga selagi boleh. Kejadian berlaku kat flat mana entah kat area KL, lif tiba-tiba stop secara mengejut. Pintu tak terbuka, dah mula rasa lemas, abah try buka pintu, tengok kitorang berada separuh dari lantai yang sepatutnya kita berpijak untuk keluar.

Ok, dari mula ya. Tujuan ke flat sana sebab beraya. Rumah saudara belah mak kalau tak silap Shakira. Macam biasa sampai depan pintu lif, tekan. Bila dah terbuka, masuk dengan gembiranya sebab mood beraya memang wujud masa tu.

Lif bergerak ke atas, tujuan kami nak ke tingkat 10. Tapi lif tiba-tiba berhenti secara mengejut di tingkat 6. Kitorang buat biasa jelah. Ingatkan ada orang dari tingkat 6 nak masuk. Malangnya, lif tu berhenti je tanpa membuka pintu. Kitorang terdiam. Saling berpandangan sesama sendiri.

Kitorang jerit minta tolong, dengan harapan ada orang dari luar yang mendengar. Senyap, tiada respon. Mak dah mula lemas, Shakira pun. Kitorang asma. Tapi masih cuba bertahan sebab tak nak tunjuk depan adik-adik dan adik sepupu yang ada masa tu. Takut diorang menangis dan lebih takut. Peluh mula keluar dari badan. Panas.

Abah mula kopak pintu lif tu. Fahamkan kopak tu apa :) Pintu lif belah dalam berjaya dibuka, tiba untuk pintu belah luar pula. Korang jangan tak tahu ya lif ada lapisan pintu. Ok alhamdulillah dengan kudrat yang abah ada tambah pula dengan bantuan pakcik Shakira yang turut sama terperangkap ketika itu, kesemua lapisan pintu lif berjaya dibuka.

Namun ada satu lagi halangan! Kitorang berada di tengah-tengah antara lubang keluar dan lantai. Faham? Ok, korang bayangkan korang terpaksa keluar lif dalam keadaan memanjat ke atas? Dapat bayang? Ni Shakira ada lakarkan, harap korang faham.


Ok, dari situ kitorang keluar seorang demi seorang. Kesian mak dan makcik-makcik yang lain. Terpaksa memerah keringat untuk cuba memanjat lantai lif untuk keluar dari situ walaupun lutut orang tua tak berapa kuat. Abah orang terakhir yang keluar. Alhamdulillah kitorang semua selamat dalam ketakutan yang amat sangat. Sampai rumah yang dituju untuk beraya, kitorang ambil kesempatan untuk buat sekali doa kesyukuran. Alhamdulillah.

Cuba dibayangkan kalau ketika kitorang keluar (separuh badan masih di dalam, separuh lagi menuju ke luar-sedang berusaha untuk keluar), lif tu bergerak ke atas mahupun ke bawah? Apa jadi?

Wallahualam.

11 comments:

lia said...

okeh.,... scaryyyy amat...

Cik Puan Rara said...

Ya Allah.naik bulu roma.mmg takut kan.ada pulak 1 cerita.hubby akk cite,perempuan mati dlm lift sbb lif terhempas.yg sadis lg perempuan tu mengandung.

Z.U.E said...

adoi seramnya!

Syu, Syuhada said...

sama la kte, ade sedikit fobia dgn lif sbb penah tgok video org mati terkepit lif..nauzubillah..walaupun video cctv n x jelas tp still scary ;((

Shark Kay said...

aisey..
dah macam cter holywood plak.
mmg seram ni kalu terjadi,
nasib baik ler xdek apa-apa.

kacang buncis said...

dah mcm cita seram pulak kak..hehehehee

Kancil 8349 said...

berharap tidak dapat kenangan seperti kamu...takut ooo

deno said...

dneo pernah terperangkap dalam lif, tapi sekejap je, masa tu deno dan mak... mujur la kejap je, pintu lif tu taknak bukak.. huhu

Sheila Salim said...

Assalamualaikum yangg. ngeri okeh! sheila tak pernah lagi kena camtu.. kesian awak sekeluarga...

Deqla Manjew said...

akk pun seram naik lift sorang2.. terbyg mcm mana la tetiba xde lampu ke.. jem ke..haha.. mintak simpang!

Nadia Johari said...

seramnya..terpikir gak kalau tiba-tiba lif bergerak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013