Blaus Labuh Tak Terbeli

Selamat pagi semua! Huhu. Godek album dalam fon ni tadi nampak gambar ni. Masa ni Shakira kat kedai baju, nak shopping raya kononnya. Cantikkan? Just nice.


Minat dengan baju ni tapi sedih, tak muat. Haha. Dah try, kat bahagian ketiak pula tak boleh masuk. Akak kat kedai tu boleh pula suruh cuba lagi, boleh katanya. Ahh tak naklah! Kang koyak sekali habis melayang duit Shakira bawa balik baju koyak + menanggung bayaran ganti. Dahlah bajet nak shopping raya hari tu pun ciput je. Hehe.

Shakira nak sangat baju tu sebab jarang ada blaus yang labuh macam ni. Bukan jarang, memang tak pernah ada pun. Haha. Shakira still mencari baju macam ni. Padahal banyak je dah nampak kat kedai-kedai, tapi nak turun motor untuk menyinggah tu Shakira malas.

Kalau malas, jawapannya balik je rumah :)

4 comments:

dEdEQ dE wIshEs said...

XPE2 . KANG UPAH TAILOR JAHIT . HEHE

NURSHAKIRA ABDUL HALIM said...

dEdEQ dE wIshEs
amboi! blaus gini pun nak tailor bagai! haha tak payah..

Farah Waheda Wahid said...

boleh buat contoh dan hantar tailor untuk jahitkan... *_^ kalau betul minat...

Kakzakie said...

Beli aje kain ela Sya dan buat kat tailor. Bawa sekali gambar ni tunjuk pada tailor...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013