All You Need Is Love ...

 

Teringat blog lama, nama blog CINTA UNTUK KITA dan huraian blognya ALL YOU NEED IS LOVE. Tapi semua tu kenangan. Nak cakap thanks pada dia yang banyak Shakira ceritakan dalam blog tu dulu.

Thanks sebabkan dia, alhamdulillah Shakira bertemu En. Hamdan sekarang. Thanks atas sikap dia yang buat Shakira tak tahan, Allah hadiahkan Shakira seorang tunang yang baik sekarang. Thanks juga sebab dia tersenarai antara dua insan dalam sujud istikharah Shakira yang lalu. Allah dah bagi keputusan dan InsyaAllah En. Hamdan akan manjadi imam Shakira hingga akhir hayat kelak. Amin.

Sekarang blog baru ni namanya LOTS OF LOVE BY SHAKIRA. Tak ada sebarang huraian untuk blog ni. Rasa macam terkena pula. Macam sesuai with my situation. Kalau dulu CINTA UNTUK KITA seolah-olah Shakira masih mencari cinta dan huraiannya ALL YOU NEED IS LOVE menggambarkan yang Shakira masih berjuang untuk mendapatkan cinta sejati lebih-lebih lagi Cinta Illahi.

LOTS OF LOVE BY SHAKIRA kali ni menggambarkan Shakira sedang menikmati kasih-sayang yang ada. Kasih sayang yang hadir lepas bertahun menatang hubungan yang dijaga bagai minyak yang hampir nak tumpah namun akhirnya tumpah juga di tepi jalan. Hehe buat lawak sikit, tak nak serius sangat.

Harap LOTS OF LOVE BY SHAKIRA ni akan melahirkan Shakira yang sempurna cintanya pada Illahi, keluarga, tunang dan semua sahabat. Shakira tak nak lagi mencari cinta yang tak pasti walaupun hubungannya ada seperti dulu. Shakira yakin inilah jalannya. Jalan cinta hidup Shakira.

Selamat tinggal CINTA UNTUK KITA, kekallah dikau LOTS OF LOVE BY SHAKIRA. Amin.


Sumber Gambar : GOOGLE

Resipi : Pisang Rebus

Ni pekena pagi-pagi dengan kopi panas memang terangkat. Hehe tak pun masa hujan turun membasahi bumi macam sekarang ni. Haha memang sedap. Direct to cara buat :)

  • Buang kulit pisang yang telah masak
  • Masukkan air ke dalam periuk dan didihkannya
  • Setelah air betul-betul mendidih, masukkan pisang yang dah dibuang kulitnya tadi
  • Sambil tu, taburkan kelapa parut yang telah digaul bersama garam secukup rasa ke dalam satu mangkuk
  • Setelah pisang empuk, toskan dan potong ikut kesesuaian sebelum digaul bersama bahan kelapa parut tadi
  • Gaul mengikut citarasa masing-masing
  • Siap untuk dinikmati

Selamat mencuba :)

Selamat Pengantin Baru Firdaus & Suriati

Sepupu Shakira ni. Last week sah menjadi suami isteri. Even Shakira tak sihat sangat masa tu, gagahkan juga diri ni balik kampung di Felda Mempaga 2, Pahang. Huhu. Layan gambarlah ya :)









Tema majlis nikahnya putih emas, sandingnya pula pink purple atau pun dalam bahasa melayunya merah jambu ungu. Huhu. Cantik. Minggu depan belah lelaki pula di Felda apa entah namanya, tapi dekat Sabak Bernam. Dekat je. Hehe.

Selamat Pengantin Baru Firdaus dan Suriati. Moga cepat dapat baby ya. Hehe.

Idea Bulan Madu : Potret Alam Warnai Perlis

Mengeksplotasi potensi negeri Perlis sebagai destinasi bulan madu mampu menyuntik suatu kelainan yang harus kita terokai. Negeri permai lagi mempesona merupakan ungkapan paling tepat untuk menggambarkan keindahan dan kedamaian negeri Perlis. Berbekalkan lanskap alam yang indah dan memukau, menawarkan sesuatu yang menarik untuk pencinta alam. Antara lokasi menarik untuk dikunjungi :
  • Hutan Lipur Bukit Ayer

  •  Hutan Lipur Bukit Kubu
  •  Taman Rekreasi Tasik Melati

Di Perlis juga terdapat makanan yang kita wajib cuba. Antaranya ialah :
  • Harumanis
  
  • Laksa Perlis
  


Dapatkan honeymoon package yang disediakan oleh mana-mana agensi pelancongan sekarang! Selamat bercuti :)

Sumber Info : Majalah Pesona Pengantin Edisi Disember 2012
Sumber gambar : GOOGLE 

Sabarlah Shakira

Dugaan demi dugaan datang bila dah berikat ni. Lagi-lagi dari segi dugaan kesihatan Shakira ni. Hmm sabarlah Shakira. Apa pun jenis dugaan yang datang, tak kisahlah masalah kesihatan ke masalah hubungan gaduh-gaduh dengan En. Hamdan ke pasti Allah tu dah sediakan sesuatu yang akan buat Shakira bahagia satu hari nanti.

Amin.

Idea Bulan Madu : Destinasi Hijau Di Perak

Negeri Perak sememangnya kaya dengan keindahan eco-pelancongan atau ada juga yang menggelarkannya sebagai 'destinasi hijau'. Percutian sebegini merujuk kepada kawasan yang menarik untuk diterokai yang merangkumi kawasan gua, taman negara, gunung-ganang dan air terjun. Antara 3 tempat yang menarik di Perak ialah :

  • Gua Tempurung
Gua Tempurung adalah sebuah gua batu yang terletak di Gopeng. Namanya di ambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 kilometer dan dipercayai wujud sejak 8000 SM lagi.

  • Taman Negeri Royal Belum
Royal Belum merupakan sebuah hutan dara yang luas dan salah satu kawasan hutan simpan terbesar di Semenanjung. Hutan ini kaya dengan tumbuhan dan haiwan yang mengagumkan kita. Merasai sendiri keunikan musim cinta di dalam hutan, kita bebas untuk bermalam di Bumbun. Selain daripada itu kita juga boleh memancing, menaiki bot, mandi air terjun yang dingin dan berakit.

  • Pulau Pangkor
'Pang Ko' yang bermaksud pulau cantik dalam bahasa Thai adalah destinasi hebat buat kita yang ingin mencari ketenangan bercinta. Jika ingin dijelaskan akan keindahan persekitarannya, ternyata tidak terungkap dengan kata-kata. Antara aktivit yang boleh kita lakukan ialah menaiki bot laju yang mengelilingi pulau. Kita juga boleh berkunjung ke Taman Fu Lin Kong di mana terdapatnya replika Tembok Besar Cina.



Dapatkan honeymoon package yang disediakan oleh mana-mana agensi pelancongan sekarang! Selamat bercuti :)

Sumber Info : Majalah Pesona Pengantin Edisi Disember 2012
Sumber Gambar : GOOGLE

Idea Bulan Madu : Persisir Pantai Memukau Di Terengganu

Keheningan suasana sekitar pantai pasti mampu memberi ketenangan ideal ketika berbulan madu. Tambah pula bila kita dapat melihat dan berkaki ayam di persisir pantainya yang memutih bak hamparan kapas, cukup mengujakan. Antara 2 lokasi yang boleh dijadikan pilihan ialah :

  • Pulau Kapas
Memanfaatkan keindahan alam yang ada di depan mata, pastinya sungguh mengasyikkan kita. 'Snorkeling', selam skuba, memancing, berkayak antara aktivit yang boleh kita lakukan di Pulau Kapas ini. Terdapat juga beberapa resort yang beroperasi bagi memudahkan pengunjung bermalam. Antaranya ialah khidmat dari Kapas Island Resort, Kapas Turtle Valley dan The Light House.


 

 
  • Pulau Tenggol
Pulau Tenggol merupakan salah satu lokasi menyelam yang menarik di Terengganu. Terletak 45 minit dari persisir pantai Kuala Dungundi bahagian selatan negeri tersebut. Pulau ini kecil iaitu hanya 3km panjang dan 2km lebar. Bagaimanapun, ia dapat menjadikan percutian kita sebagai sesuatu yang menarik. Saiznya tidak menghalang daripada mendapat sambutan dan disebut-sebut sebagai 'syurga' lebih-lebih lagi di kalangan penggemar aktivit menyelam skuba.



Dapatkan honeymoon package yang disediakan oleh mana-mana agensi pelancongan sekarang! Selamat bercuti :)

Sumber Info : Majalah Pesona Pengantin Edisi Disember 2012
Sumber Gambar : GOOGLE

Destinasi Honeymoon Impian ...

Shakira berasal dari Kuala Lumpur dan berumur 23 tahun. InsyaAllah tiada aral melintang Shakira akan melangsungkan hari bahagia ijab qabul bersama tunang tersayang iaitu En. Hamdan. En. Hamdan berumur 28 tahun dan berasal dari Negeri Sembilan. Kiranya kami ni layak digelar Bride and Groom-To-Be. Tak gitu? Huhu.

Bercakap mengenai perkahwinan, pengantin baru dan nikah semestinya akan terpacul soalan mengenai bulan madu. Setakat ini kami berdua tak ada apa-apa perancangan. Mungkin rezeki selepas halal yang menentukan di mana destinasi bulan madu kami dan honeymoon package apa yang bakal kami nikmati. Hehe malu. Tapi kami pernah juga bercakap mengenai Kepulauan Bali yang terletak di negara Indonesia kerana En. Hamdan pernah menjejakkan kaki ke sana :)

Namun kalau dah rezeki, siapa boleh halang. Betul tak? Manalah tahu dengan Shakira melibatkan diri dalam contest honeymoon package "Destinasi Honeymoon Impian" yang ditaja oleh Tareeq Al Jannah dan dianjur oleh iLuvTour.com ini bakal menjadikan angan-angan kami berdua sebagai satu kenyataan depan mata? InsyaAllah diizinkan Allah dapatlah kami terbang jauh bersama honeymoon package ke Bali.


En. Hamdan pernah ke bumi majoritinya penganut Hindu ini lebih kurang lima tahun lepas. Rezeki En. Hamdan, kerana ketika itu tempat kerjanya mengadakan lawatan ke sana. Untunglah. Hehe. En. Hamdan dan semua rakan sekerjanya terbang ke sana dengan menaiki penerbangan MAS. Mereka bertolak dari KLIA pada jam 1 petang. Sesampainya di Lapangan Terbang Bali pada jam 5 petang, mereka semua disambut meriah oleh penyambut tetamu Bali serta dikalungkan bunga setiap seorang. Wahh teruja Shakira ni. Hehe.


Setelah itu, mereka di bawa menaiki bas yang telah disewa ke hotel penginapan. Terlalu banyak hotel yang terdapat di sana, namun Hotel Hard Rock Cafe, Bali yang menjadi pilihan oleh pihak pengurusan tempat kerja En. Hamdan. Menurut cerita En. Hamdan lagi, Hotel Hard Rock Cafe ini terletak di belakang bangunan yang pernah menjadi tragedi letupan bom oleh pengganas satu ketika dulu dan kini menjadi sejarah.



Untuk menghilangkan penat dan lenguh-lenguh badan ketika dalam perjalanan dari Malaysia, En. Hamdan dan rakan sekerjanya diberi layanan istimewa iaitu servis urutan di spa yang terdapat di dalam hotel tersebut. Untunglah dah penat satu badan, dapat pula spa. Betul-betul menenangkan fikiran dan masing-masing dapat mengumpul tenaga untuk perjalanan keesokan harinya.

Di hari kedua, mereka semua dibawa menaiki bas ke tempat tarian di mana tarian-tarian kebudayaan Indonesia khususnya dipersembahkan. Kata En. Hamdan, di sana mereka disajikan Tarian Legong, Tarian Kecak dan banyak lagi. Kostum sut pemakaian si penari menyerupai sesuatu ataupun binatang seperti naga. Rupa kostum dan pergerakan tarian mereka agak menyeramkan, namun itulah kekayaan yang mereka ada yang telah diwarisi turun-temurun.


Setelah itu, mereka dibawa lagi ke satu tempat iaitu tempat air mata air mandian suci. Kata En. Hamdan, sebelum mereka dibenarkan masuk, mereka semua dipakaikan satu kain yang diletakkan di atas bahu. Ada juga yang mengikatnya di pinggang. Tujuannya adalah sebagai tanda penghormatan seseorang masuk ke tempat suci. Cerita En. Hamdan, di dalam tempat suci tersebut terdapat pelbagai jenis patung Hindu. Ada juga di antara pelancong yang mandi dengan tujuan untuk menyucikan diri masing-masing. En. Hamdan dan semua rakannya cuma berlegar di setiap sudut tempat suci itu sambil cuci mata dengan kehebatan kuasa Allah dalam membentuk air mata air yang mana penganut di sana menjadikan ia sebagai tempat mandian suci.


Seperti terkandung dalam pakej yang telah ditempah, mereka dibawa makan tengahari di satu kedai makan yang terdapat disekitarnya. En. Hamdan ada juga cerita pada Shakira mengenai makanan di sana. Jangan risau katanya, kerana di Bali mereka benar-benar menitik beratkan adab halal dan haram dalam hidangan yang disajikan lebih-lebih lagi kepada pengunjung yang beragama Islam. Pecal Lele, Gado-gado, Sate antara yang terhidang buat santapan pelancong. Kalau kat Shah Alam kononnya ala-ala macam kita makan di kedai makan Ayam Penyet Wong Solo. Hehe.


Perjalanan demi perjalanan menaiki bas memang agak lama dan jauh. Namun, kebosanan pelancong dapat ditutup oleh pihak penganjur bas tersebut. Ini kerana, mereka semua dijamu dengan permainan yang pelbagai. Ada permainan teka-teki, membalas pantun, karaoke dan banyak lagi. Dengan itu, perjalanan yang jauh tidak akan dirasa, namun senyuman dibibir yang makin terukir kerana keramahan dan kepintaran penganjur bas tersebut.

Kata En. Hamdan, di sepanjang perjalanan iaitu di tepi-tepi jalan kita sebagai pelancong dapat melihat patung-patung Hindu yang dibentuk untuk santapan mata. Ada yang menyerupai sesuatu kisah, berkaitan binatang dan sebagainya. Biarpun jalanraya di sana agak sempit, namun itu telah menjadi kebiasaan penduduk di sana. Sempitnya jalanraya tidak menjadi batu penghalang buat pelancong yang benar-benar ingin mempelajari dunia selok-belok di bumi Bali.

Pada hari ketiga, tepat jam 7 pagi mereka dibawa ke satu tempat ukiran kayu. Kata En. Hamdan, sepanjang-panjang kedai yang terdapat di situ semuanya menjalankan perniagaan ukiran kayu. Pelbagai bentuk yang dihasilkan dapat menarik minat pelancong untuk membelinya sebagai kenangan ketika pulang ke tanah air sendiri.

Selepas itu, En. Hamdan dan semua rakannya di bawa melawat ke ladang kopi dan koko. Di sana bukan sekadar kopi dan koko, terdapat juga tumbuhan lain yang boleh dijadikan manfaat seperti akar kayu yang mana banyak dipromosikan seantero dunia. Dari situ, mereka semua menaiki bas pergi ke satu dataran tinggi di mana tempat mereka menjamu makan tengahari pada hari tersebut. Kata En. Hamdan, kedai makan tersebut betul-betul bersebelahan dengan gunung berapi yang baru sahaja memuntahkan larvanya. Biarpun dekat dengan gunung berapi yang aktif, suasana anginnya agak sejuk kerana kedudukan geografinya yang terletak di kawasan tinggi. Shakira nak tergelak bila En. Hamdan menggunakan tisu yang direndam dengan air panas kononnya untuk menghangatkan badan yang terlalu sejuk. Huhu.

Sebelum hari gelap, mereka dibawa pula ke ladang strawberi. Sesuai sangatlah dengan En. Hamdan yang gemarkan buah strawberi. En. Hamdan kata pengalaman makan strawberi yang dicelup coklat tidak dapat dilupakan. Hehe. Sebagai penggemar tegar strawberi, tak lengkap sekiranya En. Hamdan tak borong strawberi yang banyak pada ketika itu.


Di hari keempat dalam perjalanan ke Pulau Bali dengan menaiki bas, mereka telah melalui satu jalan yang sesak dengan monyet. En. Hamdan kata pada mulanya agak takut. Pelancong dilarang mengusik monyet tersebut kerana risau akan digigit kerana keadaannya yang agak ganas. Namun itu satu pengalaman yang manakjubkan ketika turun dari bas dan berjalan kaki dikelilingi pula dengan monyet yang banyak. Kepada pelancong wanita khususnya dilarang membawa beg tangan ketika itu, kerana ada satu pengalaman yang terjadi pada isteri bos tempat kerja En. Hamdan. Beg tangannya telah ditarik oleh salah seekor monyet dan dibawa lari ke atas pokok. Bimbang dengan barang peribadinya, pihak pengurusan di sana terpaksa menembak monyet tersebut untuk mendapatkan beg tangan itu semula.


Dalam pukul 12 tengahari, mereka singgah makan dan sesampainya di Pulau Bali atau juga dikenali Pulau Dewata En. Hamdan mengucap panjang. Katanya Pulau Bali memang cantik, tempatnya nyaman. Benarlah kata orang, Pulau Bali merupakan salah satu destinasi pelancongan yang mendapat tarikan meluas dari serata dunia. Siapa yang nak lepaskan peluang untuk berpijak di atas tanah pulau yang pernah mendapat tempat di hati pengunjung sebagai pulau tercantik di planet Bumi?


Kata En. Hamdan lagi, keindahan kehidupan flora dan faunanya turut terjaga. Landskap Pulau Bali amat cantik dan sesuai kepada jurugambar yang ghairah menyelinap setiap inci kehebatan ciptaan Allah yang Maha Kuasa. Ada juga pelancong yang menikmati turunnya matahari di waktu senja di Pantai Dreamland. Ia merupakan momen romantis, sesuai kepada pasangan yang baru bernikah :)
 


Ketika mata sibuk menikmati keindahan Pulau Bali lebih-lebih lagi pada batu yang terbentuk seperti pintu gerbang, mereka disajikan dengan durian Bali. Sedap kata En. Hamdan. Shakira nak juga boleh? Hehe. Di bahagian atas Pulau Bali terdapat juga taman bunga yang mana sesuai untuk dijadikan tempat riadah dan rekreasi bersama orang tersayang. Wahh sesuailah kalau kami dapat pergi dengan mana-mana honeymoon package yang disediakan. Berlari berkejaran di taman bunga ala-ala romantik. Haha.

Hari kelima. Kata En. Hamdan di depan Hotel Hard Rock Cafe terdapat satu pantai yang cukup indah. Selepas bersarapan, mereka menikmati kesejukan airnya bermandi-manda bersama sambil berbual dengan pelancong lain yang turut serta. Kata En. Hamdan ada pelancong dari Australia, Jerman dan banyak lagi. Tapi kata En. Hamdan , memang pelancong asing mencatatkan rekod kedatangan paling ramai ketika itu. Di pantai itu juga terdapat servis snorkeling, diving skuba, banana boat dan macam-macam lagi. Setelah puas merendamkan diri di pantai, mereka naik ke hotel dan bersiap untuk pulang.


Jangan tengok lama-lama ya. Hehe. Selepas selesai check out dari hotel, mereka terus ke Lapangan Terbang Bali pada jam 2 petang. Mereka sampai di KLIA pada jam 7 malam. Dari situ, mereka menaiki bas dan pulang ke rumah masing-masing. Kata En. Hamdan, pengalaman ke sana tidak dapat dilupakan walaupun tidak berapa puas berjalan. Hehe. Biasalah, kalau mengikut lawatan di bawah satu tempat kerja mestilah kita sebagai pekerja wajib mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Macam tu juga En. Hamdan. Bas ke sana, ke sanalah En. Hamdan. Bas ke sini, ke sinilah juga sebaliknya. Pergerakannya seperti terbatas untuk menyelinap bumi Pulau Bali dengan lebih mendalam lagi. Ada juga terdetik di hatinya ingin bersama-sama Shakira merasai kehebatan di sana berdua. Hehe.

InsyaAllah kalau ada rezeki, sampailah kami ke sana. Shakira cemburu juga bila En. Hamdan mula membuka mulut tentang percutiannya ke sana. Cemburu sangat. Hehe bila agaknya kami dapat pergi berdua ke sana bersama honeymoon package yang disediakan? Hanya Allah yang menentukan segalanya. Moga impian kami tercapai hendaknya. Amin. Hehe.

Sumber gambar dan video : GOOGLE dan YOUTUBE

Idea Bulan Madu : Kembara Selangor Mendamaikan

Jika ingin merasakan musim cinta nan indah bertemankan persekitaran pantai paya bakau dan lapangan padi nan menghijau, negeri Selangor adalah tempat yang harus kita kunjungi. Pakej percutian yang tidak memerlukan bajet yang tinggi, namun kepuasan tetap dapat dinikmati sepenuhnya. Antara dua tempat yang menarik dan mampu membuatkan kita terpegun ialah :

  • Pantai Morib, Banting
Biarpun air pantainya tidak sebiru pantai di bahagian timur tanah air, namun pantai di sini punyai daya tarikannya yang tersendiri. Sering dikhabarkan, suasana matahari terbenam adalah moment terindah dan mengasyikkan kepada setiap pengunjung setia di pantai ini.

  • Paya Indah Wetlands
Terletak di Kuala Langat, satu lagi pilihan destinasi bulan madu yang menarik. Merupakan taman eco-pelancongan yang seluas 3.100 hektar, menjanjikan panorama indah untuk dihayati bersama. Antara aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama ialah berbasikal dan berkayak. Jika ingin lebih menarik, kita juga boleh menyewa khemah untuk menikmati malam bersama dalam suasana yang berbeza.


Dapatkan honeymoon package yang disediakan oleh mana-mana agensi pelancongan sekarang! Selamat bercuti :)

Sumber Info : Majalah Pesona Pengantin Edisi Disember 2012
Sumber gambar : GOOGLE

Cerita Raya Keempat

Pagi-pagi sarapan dulu. Kitorang pekena roti canai. Lepas tu boleh pula mengidam aiskrim, alang-alang ada motor aiskrim tengah lalu masa tu satu family melantak aiskrim pagi-pagi. Hehe. Dalam pukul 10 macam tu yang mak-mak abah-abah keluar pergi beli barang doorgift sepupu nak kahwin. Jadi tinggallah kami yang bujang-bujang. Anak dara di rumah. Hehe.


Kitorang masak ikan patin + ikan talapia masak sambal campur terung pipit. Wahh sedap sangat! Cuma Shakira tak minat terung pipit tu, pahit rasanya. Pernah hari tu bakal mak mertua bagi satu plastik besar, satu family Shakira suka makan lagi-lagi buat sambal. Tapi Shakira sorang je tak berapa minat sebab pahit. Hehe.


Malam tu kitorang sambung membungkus aktiviti si bakal pengantin lagi. Haha siapa lagi nak menolong kalau bukan saudara-mara. Betul tak? Hmm kitorang membungkus doorgift untuk para tetamu yang akan datang ke majlis perkahwinan sepupu Shakira tu nanti. Best buat kerja ramai-ramai ni. Sekejap je dah setel. Hehe alhamdulillah.

Sedikit Pengetahuan Tentang Kalkulator

Mari sini Shakira nak share something! Bagi yang nak je tau, yang tak nak tu boleh pangkah merah atas tu laju-laju. Huhu.

Shakira nak cakap pasal kalkulator. Sesetengah kalkulator ada butang OFF kan? Tapi kalau jenis yang macam ni secara automatiknya kita akan tekan butang OFF yang tersedia bila dah tak nak guna. Betul tak? How about kalkulator yang tak ada butang OFF?


Ok memandangkan kalkulator sekarang semuanya menggunakan tenaga solar, jadi kalkulator tersebut akan OFF secara automatik apabila tiba masanya. Betulkan? Tapi kalau kita nak OFF secara manual boleh tak? Shakira akan jawab boleh. Hehe. Tapi nak tekan butang yang mana walhal butang OFF tak disediakan? Shakira tekan mana?

Sini Shakira tunjuk cara nak OFF secara manual. Tekan butang ON tu secara serentak bersama butang nombor 2 dan 3. Shakira dah cuba semua nombor, ternyata butang nombor 5 dan 6 juga berupaya untuk OFFkan kalkulator. Korang cubalah! Hehe seronok pula.


Ops! Tunggu dulu. Jangan seronok sangat. Ada tapinya. Hehe buat masa sekarang, cuma kalkulator brand Canon je yang boleh buat macam tu. Jenis yang lain memang tak boleh, berdasarkan apa yang Shakira cubalah. Hehe kalau korang ada idea lagi, tolong share ya. Nak belajar general knowledge ni tak boleh kedekut tau :)

Ok tu je nak share. Sekarang korang boleh sambung berseronok dengan kalkulator masing-masing. Hehe. Bye!

Al-Fatihah Buat Arwah Nadia Zahari

Nama arwah Nadia Syazwani Zahari. Nama komersialnya dalam industri foto Nadia Zahari.


Shakira tak kenal siapa arwah. Tadi masa jalan-jalan kat Facebook, nampak bekas vendor pelamin masa tunang hari tu post pasal ni. Arwah kemalangan. Perkara yang paling buat Shakira sedih, arwah merupakan Bride-2-Be. Bakal pengantin yang berumur 26 tahun namun tak kesampaian :(

Harap tunang arwah dan keluarga kedua belah pihak dapat menerima ketentuan ni dengan hati terbuka. Semua ni kehendak yang Maha Esa, kita sebagai manusia tak mampu nak menghalang sesuatu yang telah Dia rencanakan buat kita semua.

Berbalik pada hobi dan bakat arwah. Sesuai dengan jurusan pembelajarannya in graphic design, arwah memang seorang yang kreatif. Memang superb hasil foto yang pernah dihasilkan oleh arwah. Arwah juga pernah menjadi OP di hari perkahwinan Ustaz Don Daniyal dan isteri. Shakira terpegun. Namun segalanya dah berakhir dengan panggilan dari Allah.

Tak kisahlah sama ada kita kenal arwah atau tak, Shakira minta kita semua sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Moga rohnya tenang di sana dan sentiasa dicucuri rahmat Allah yang Maha Besar. Amin hendaknya.

Korang boleh baca berita tentang kemalangannya kat sini. Klik sini dan sini pula untuk link tumblr arwah. Facebook arwah pula klik sini.

Al-Fatihah :(

Resipi : Ikan Kembong Masak Taucu Pekat

Direct to cara buat :)

  • Basuh, siang dan bersihkan 6 ekor ikan kembong
  • Goreng ikan kembong setelah diratakan kunyit serta garam secukup rasa
  • Tos dan ketepikan ikan kembong sebentar
 
  • Hiris sebiji bawang merah, tiga ulas bawang putih, sedikit halia dan 4 biji cili api/padi
  • Tumbuk serai dan ketepikan
  • Potong timun mengikut citarasa potongan dan basuh bersih asam keping
  • Tumis bahan hirisan tadi sehingga keperangan
  • Buka dan masukkan 3 paket taucu di iringi secawan air (jangan banyk sebab kita nak buat yang pekat, kalau tak nak pekat bolehlah masukkan lagi air ikut kemahuan masing-masing)
  • Masukkan juga serai, timun dan asam keping yang telah disediakan tadi
 
  • Masak kuah sehingga timun menjadi lembut
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa keseimbangan
  • Akhir sekali masukkan ikan kembong yang telah digoreng tadi
  • Siap untuk dimakan :)

Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013