Muka Vs Tudung

Dalam pemilihan tudung ni, korang jenis cerewet nak kena ikut jenis bentuk muka or main tibai je pakai? Actually, Shakira ni dulu masa zaman sekolah memang tudung bawal jelah kan? Pergi mengaji pun gitu jelah, no need pin bagai. No need jugak melilit satu kepala. Just simple ikat di depan di bawah dagu. Siap! Huhu.

Bila masuk zaman belajar kat IPTA dulu mula berjinak dengan selendang. Tak kisahlah selendang jenis macam mana semua Shakira try walaupun muka macam nangka beranak. Erk? Shawl labuh, pendek pun ada. Pashmina ala-ala Yunalah, Hana Tajimalah, apalah semua ada. Haha entah apa rupa muka ni pakai selendang pun tak tahu. Rajin tau Shakira dulu dok melilit bagai atas kepala sampai ke leher. Tapi tak pula terfikir nak rasa rimas or semak macam sekarang ni.


Semua tu dulu je ya. Sekarang ni mungkin sebab faktor usia kot! Ala, 23 tahun tu dah tua ke? Belumkan? Hehe and plus juga faktor nak jadi isteri orang. Might be! Sekarang tudung sarung je jadi pilihan. Senang, pantas dan ada setengahnya tak perlukan khidmat pakcik iron. Haha nampak tak peratus kemalasan yang melanda ni semakin meningkat? Hehe.


Shakira ada banyaklah juga koleksi tudung sarung ni. Masa tunang dulu Shakira pilih tudung sarung juga! Memang request dekat vendor awal-awal. Hehe. Buktinya tengok gambar kat sidebar kanan tu. Huhu cantikkan? Haha kau perasan nombor satu ya Shakira.

Tapi satu je masalah dengan tudung sarung! Bila pakai helmet dia penyek. Haha dia jadi kelepet. Betul tak perkataan ni? Sangat stress bila terpaksa mengharungi keadaan macam tu. Yalah, Shakirakan rempit tegar. Huhu. So kebanyakkannya kalau pergi kerja Shakira pekena tudung bawal je :)


Ada setengah orang tak minat tudung sarung sebab akan membuatkan muka dorang lebih besar, panjang or apa entah. Dah lupa. Hehe short memory betul. Then ada juga yang kata tudung sarung akan membuatkan muka dorang nampak tua.

Tapi dalam hati Shakira ni ada juga berangan tau, masa nikah nanti tak nak pekena tudung sarung lagi. Habis tu Shakira nak tutup pakai apa? Idea please come to mama. Come close to me dear. Hehe.

7 comments:

Lulu Caldina said...

baguslah entri ni :) lulu singgah

Deqla Manjew said...

cantik dan manis sgt2. ;)

dEdEQ dE wIshEs said...

EHEHE . SAME LA KITE LALINK .. HRITU PUN MASE BLAJAR . PUNYER SMANGAT NK LILIT2 . TP BILE DA KEJE . MAK AIH . MALAIH . HAHA . KAI TUDUNG MANGKUK TU JE N BAWAL . HAHA

Aziela said...

Akak memang tak laratlah nak layan tudung selain sarong. Banyak lagi benda yang akak nak layan selain daripada lilit tudung. Akak gagal bab2 lilit dan berdandan nie.

NURSHAKIRA ABDUL HALIM said...

Lulu Caldina
Thanks a lot dear :)

Deqla Manjew
hehehe gula dah banyak tu sis.. :)

dEdEQ dE wIshEs
tau tak apa, sekarang dah malas sangat nak lilit2 kan..hehe

Aziela
ya betul tu kak..banyak lagi benda nak buat dari melayan berjam2 dgn lilitan tudung ni..haha

Sheila Salim said...

Assalamualaikum yangg. ehh kita sebaya ekk? heee sheila suka pakai tudung bawal, tapi malas nak iron. kalau pakai shawl senang gak tapi nak lilit ni jenuh gak. tudung sarung, sesuai sekali untuk orang pemalas macam sheila. muahahhahaaaaaaaaaaa ;p

NURSHAKIRA ABDUL HALIM said...

Sheila Salim
Wasalam syg! huhu tau tak apa..sesuai..sama kita ni ya..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013