Bebelan Hari Ini

Huhu membebel sendiri di hari Jumaat ni. Alhamdulilah dah dekat 2 minggu Shakira menyulam cinta dan kasih sebagai isteri kepada En. Hamdan. Hehe ayat poyo rasa nak hempuk jekan :)

Shakira rasa bahagia sangat. Yalah, sekarang kalau nak buat apa-apa dah jadi berdua. Fikir perut sendiri, kena fikir perut suami juga. Huhu suami? Macam tak caya je, macam mimpi je.

Penat memang penat, tak dinafikan. Lagi-lagi bab masak dan kemas rumah. Tak tahu kenapa penatnya lain macam. Haha. Yalah, dulu rumah bujang apa je yang En. Hamdan kemas. Nasib baik En. Hamdan pandai masak. Hehe.


Honeymoon? For now, rumah jelah. Haha habiskan tahun 2013 ni baru fikir honeymoon. Lambat-lambat sangat kang tahun depan jadinya babymoon. Hehe. Amin, doakan ya!

Blog apa cerita? Huhu makin hari makin malas nak update. Kalau update pun, update status facebook je sebab tulis pendek-pendek terus post. Hehe pemalas dah ni Shakira. Blog, maafkan daku ya ;) Dah makin ke belakang ranking blog. Huhu.

Nak review tentang wedding, tapi bila? Oh no, apalah nak jadi. Haha InsyaAllah Shakira akan gagahkan juga buat review wedding ya. Dont worry.

Hmm oklah, till here. Bye.

Sebenarnya Aku Isteri Dia

Hehe poyokan tajuk?

Alhamdulillah Shakira selamat menjadi suri dalam hati suami tercinta En. Hamdan. Maaflah dah lama tak update blog ni.

Dah bersawang gamaknya ya. Huhu ni Shakira selit gambar sebelah perempuan masa nikah, malam berinai, sanding dan outdoor photoshoot.



Snap dari fon sepupu je ni. Hehe moga lepaslah rindu kat Shakira eh. Sebenarnya penat ni, baru je habis majlis belah lelaki tadi siang. Oklah,penat. Bye.

DIY B2B : Guestnote & Guestnote Box

Normally B2B suka guna guestbook masa wedding day. Tapi Shakira saja nak bikin kelainan. Haha dah idea datang mencurah, memang tak dapat ditakung lagi :)

Bahan-bahan yang diperlukan ialah :
  1. Kotak (kulitnya keras sikit) - Shakira beli kat Daiso Jusco Bukit Tinggi RM5 -
  2. Huruf-huruf yang dah siap di print, Shakira punya "INSERT YOUR WISH AND ADVICE HERE" - print free kat office -
  3. Gunting - memang dah ada kat rumah -
  4. Gam - memang dah ada kat rumah -
  5. Pisau - pinjam mak -
  6. Kertas pasir - pinjam abah -
Sebelum tu Shakira dah siap create helaian guestnote atau dalam bahasa melayunya ucapan tetamu. Shakira create guna software photoscape je, then print atas kertas berwarna - print kat office juga :) -


Ok jom buat kotaknya pula :) Mula-mula gunting huruf-huruf ikut kreativiti masing-masing.

Cuba susun dan stylekan di atas kotak (senang set awal-awal, takkan ada masalah TERGAM nanti).

Bila dah puas hati nak susun macam mana, simpan dulu huruf-huruf tu dalam kotak.

Mulakan proses menebuk penutup kotak. Gunakan pisau atau gunting selagi boleh untuk membentuk lubang ala-ala peti surat :)

Dari permukaan dalam (tak apa buruk pun, orang takkan nampak punya).

Ha ni permukaan bahagian luar. Ni yang penting, kena buat sekemas mungkin. Selesai membentuk lubang, bersihkan dengan kertas pasir.

Bila dah setel semua, boleh gam huruf-huruf tadi ikut suka :)

Siap untuk digunakan pada hari majlis. Lepas tetamu habis tulis ucapan pada helaian guestnote, dorang akan masukkan dalam kotak ni. Kan comel gitu? Haha.

JUMLAH KOS : RM5.00

Selamat mencuba dan happy DIY-ing B2B semua ya!

Rakan-rakan yang akan datang ke majlis Shakira Ahad nanti, jangan lupa masukkan helaian guestnote korang yang dah siap tulis ucapan ke dalam kotak comel ni ya. Thanks! Huhu bye.

Hadiah Perkahwinan Yang Pertama :)

Mesej masuk..

"Kyra..ada rumah tak malam ni?"

Mesej dibalas..

"Ada.. Kenapa?"

Mesej seterusnya diterima..

"Hehe..aku datang dalam 8 lebih..dah sampai aku call ko"

Sampai-sampai je tengok insan yang mesej tu datang bawa hadiah! Haha rupanya dia tak dapat datang majlis Shakira nanti. Sedihnya. Dia student, terpaksa balik Arau malam tu juga (malam Ahad lepas) :(

Namanya Ieda. Satu dorm dengan Shakira dan Hijanah juga masa zaman sekolah teknik dulu. Peluk semalam air mata berjujuran lagi sekali. Oh no! Memang lembutkan hati Shakira ni? Haha perasan! Nilah hadiahnya.


Akanku buka hadiah ni lepas selesai majlis ya. Thanks Ieda, love you! Study baik-baik. Pray for me dear, i am gonna miss you :)

Selamat Pengantin Baru Zahir & Hijanah

Hehe tak menang tangan nak update pasal orang kahwin ni :)

Jom layan gambar masa nikah dorang pada 29 November 2013 di Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar. Masa sanding Shakira tak dapat datang sebab busy kemas rumah. Ehem-ehem! Almaklumlah kita pun busy nak majlis. Hehe.


Baju kelabu yang tengah main handphone tu kenal tak? Hehe tu kakak Hijanah ni, wartawan baru kat Astro Arena :)


Hijanah ni sahabat Shakira dari zaman sekolah teknik lagi. Satu dorm pula tu, kitorang memang rapat even ada juga gaduh-gaduh. Huhu tu standardlah. Apa-apa pun tahniah buat Hijanah dan suaminya Zahir. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu :)

Selamat Pengantin Baru Razali & Fiezah



 

Hehe puas tengok gambar? Razali tu pakcik Shakira, adik abah. Fiezah tu pula sepupu Shakira belah mak :) Alhamdulillah selamat diijabkabulkan pada 23 November 2013. Gambar nikah Shakira tak ingat nak snap. Maaf!

Sandingnya pada 24 November 2013, semua gambar kat atas tu gambar malam berinai dan gambar sanding! Semua majlis berlangsung di Felda Mempaga 3, Pahang.

Tahniah my uncle and my cousin. Hehe semoga berbahagia hingga ke akhir nyawa. Dapat baby yang comel. Amin.

Giveaway Peserta Bertuah


KLIK BANNER UNTUK JOIN

HADIAH:


Pemenang akan menerima sehelai blouse gojes menawan ni. Mungkinkah anda pemenang bertuah tersebut. Jengjengjeng… Jom! Sama-sama kita raikan GA simple ni.


TAMAT: 31 DISEMBER 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013