DIY B2B : Guestnote & Guestnote Box

Normally B2B suka guna guestbook masa wedding day. Tapi Shakira saja nak bikin kelainan. Haha dah idea datang mencurah, memang tak dapat ditakung lagi :)

Bahan-bahan yang diperlukan ialah :
  1. Kotak (kulitnya keras sikit) - Shakira beli kat Daiso Jusco Bukit Tinggi RM5 -
  2. Huruf-huruf yang dah siap di print, Shakira punya "INSERT YOUR WISH AND ADVICE HERE" - print free kat office -
  3. Gunting - memang dah ada kat rumah -
  4. Gam - memang dah ada kat rumah -
  5. Pisau - pinjam mak -
  6. Kertas pasir - pinjam abah -
Sebelum tu Shakira dah siap create helaian guestnote atau dalam bahasa melayunya ucapan tetamu. Shakira create guna software photoscape je, then print atas kertas berwarna - print kat office juga :) -


Ok jom buat kotaknya pula :) Mula-mula gunting huruf-huruf ikut kreativiti masing-masing.

Cuba susun dan stylekan di atas kotak (senang set awal-awal, takkan ada masalah TERGAM nanti).

Bila dah puas hati nak susun macam mana, simpan dulu huruf-huruf tu dalam kotak.

Mulakan proses menebuk penutup kotak. Gunakan pisau atau gunting selagi boleh untuk membentuk lubang ala-ala peti surat :)

Dari permukaan dalam (tak apa buruk pun, orang takkan nampak punya).

Ha ni permukaan bahagian luar. Ni yang penting, kena buat sekemas mungkin. Selesai membentuk lubang, bersihkan dengan kertas pasir.

Bila dah setel semua, boleh gam huruf-huruf tadi ikut suka :)

Siap untuk digunakan pada hari majlis. Lepas tetamu habis tulis ucapan pada helaian guestnote, dorang akan masukkan dalam kotak ni. Kan comel gitu? Haha.

JUMLAH KOS : RM5.00

Selamat mencuba dan happy DIY-ing B2B semua ya!

Rakan-rakan yang akan datang ke majlis Shakira Ahad nanti, jangan lupa masukkan helaian guestnote korang yang dah siap tulis ucapan ke dalam kotak comel ni ya. Thanks! Huhu bye.

17 comments:

lia said...

wahhh kreatip betul anak dara ni...

PakcikLie PCL said...

bagus lah tu ada tanda ingatan dan nasihat dari tetamu yg sudi.. blh baca berulang kali nasihat2 tu..

Selamat Shakira.

Deqla Manjew said...

wahh rajinnye buat sendiri.. kos pun murah jer.. =)

orench ladee said...

Bgusnyeeeee..kreatif awk ni..nice sharing ('',)
Sy b2b jgk..done follow awk ('',)

msredcheesecake said...

macam cun pulak...murah plak tu...

Emma said...

creative... heheheh bride 2 be nie... kemain ekk !!!

::EIDA:: said...

style! hari tu akak buat wishtree. hehehhehe ok jugak ni.. lain dari yang lain. tak sabar nak tulis nanti laa.. hehehhe

Vee Zawiah said...

ringkas dan mudah . insha Allah dapat byk wish nanti ...

ayut said...

Dh mcm tabung nasihat ni..hihihi..good idea...

Multiple Sclerosis said...

assalamualaikum, salam kenal..
Wah karyanya sangat kreatif guestnotebox-nya

CheQNono said...

Eeee, kreatip la awak. Selamat menempuh alam perkahwinan ya :)

ieda othman said...

seriously, i want too . send ur card with the guest note . nnt aku hantar balik . hehehe . nak jugak !!!

BIE said...

Wahhh.. nice idea yang! hehehehe.. soo cute! n fresh idea.. xsabar nak tunggu your wedding day

Vee Lea said...

This is so creative!! Hahaa. Vee lama lagi nak kawen. Kekekee.. Slmt pengantin baru tau. Baru tau akak kawen ari ni. Huu. Congratulations! Smoga bahagia hingga akhir hayat! xo

Razi ten said...

I wish for your happiness, sorry didn't come to your wedding so I just wish through your blog xD

Aku Penghibur said...

wahh sangat kreatif

Nadia Johari said...

kreatif..jimat kos..nad tak dapat tulis sebab tak jumpa kat mana diletak..hoho

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013