Teaser B2B : Bilik Pengantin Sekarang


How? Cantik tak bilik pengantin kita? Haha bengang ya. Ni gambar bilik Shakira sekaranglah :)

Sebenarnya Shakira nak cerita pasal keadaan bilik. Keadaan bilik bakal pengantin mana yang bersih sebersihnya sebelum majlis bermula?? Memang tak ada punya. Mesti celah-celah, atas, bawah, tepi ada je barang-barang persiapan kahwin diletakkan. Betul tak? Hehe.

Samalah juga dengan bilik Shakira sekarang ni. Penuh dengan barang-barang persiapan kahwin. Tambah pula dengan barang-barang yang nak DIY. Hari tu memang bersepah, tapi kali ni Shakira dah kumpulkan setempat. Nampak tak tingkat 2 katil tu banyak plastik yang diikat? Huhu tu Shakira dah asingkanlah tu :)

Sini Shakira zoomkan untuk korang. Huhu.


Tengok! Macam-macam bungkusan ada. Ada doorgift punya barang, sapu tangan good morning, beg untuk doorgift nanti. Pendek kata, macam-macamlah :)

Tapi nanti bilik pengantin Shakira bukanlah bilik ni. Hehe kecik je bilik bujang ni. Nanti Shakira akan guna bilik mak abah. Bilik mak abah ada aircond! Bestnya. Lagipun perabot katil almari dalam bilk mak abah semuanya baru lagi. Masa pindah sini beli baru :)

Ok, tu jelah nak bebel. Kesimpulannya sini Shakira nak cakap. Walaupun kita ni B2B yang sangat busy, jagalah bilikmu yang sekarang ni. Ikat kumpul barang-barang dalam plastik macam Shakira buat. Kita juga yang senang nak mencari nantikan? Hehe.

Shakira pun sebenarnya dah kena bebel dengan mak baru jadi rajin mengemas bilik. Haha.

Bye :)

6 comments:

puteri airyn said...

Owh dah tak lama nak kenduri yer..??

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

bilik tu tempat letak barang la ya..

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

wahhh wahhhh dah nak kahwin ke kak??? Alhamdulillah... jangan lupa jemput...

Yumida Huda said...

wah..x lama lg hari bahagia shakira
moga dipermudahkan segala urusan shakira
isi tabung sini
kalau free, jemput LIKE post ni:

LIKE SINI

TQ :)

Nadia Johari said...

Pergh dasytnyer bilik..bila trikhnyer syg

Mr.Buncit said...

Wow.. Tahniah Shakira.
Banyak barang tuh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013