Ketika
itu, aku dan keluarga pulang ke kampung halaman adik ipar abahku yang
ku panggil sebagai 'makngah'. Itulah kali pertama aku menjejakkan kaki
sedangkan keluargaku sudah biasa ke sana. Hanya 'makngah' yang aku
kenal, adik-beradiknya yang lain memang tidak pernah bersua muka
denganku sebelum ini.
"Apahal mamat ni..dok pandang-pandang dari tadi..?" hatiku bertanya sendiri.
Air teh dan biskut yang terhidang depan mata aku jamah perlahan. Sesekali aku melirik padanya. Ternyata dia masih menatapku.
"Aduh..aku jadi tak tentu arah pulak ni..sudah-sudahlah pandang aku ni..aduh.." keluh hatiku lagi.
Dari mula menjamah sehinggalah selesai, si dia masih mencuri pandang ke
arahku. Aku pura-pura tidak menyedari tindakannya, sehinggalah aku dan
keluarga meminta izin untuk bermalam di sana memandangkan hari sudah
gelap.
"Sejuk betul tidur kat kampung ni ya.. kalau dapat
tinggal sini best jugak" kataku perlahan ketika sedang bersiap-siap
untuk pulang pada keesokkan paginya.
Ketika menunggu abah
memanaskan enjin kereta, aku sempat bertanya pada salah seorang adikku
mengenai si dia yang memandangkanku semalam. Rupanya lelaki itu ialah
adik 'makngah' bernama Hamdan dan biasa di gelar sebagai 'Acu' oleh
adik-beradiknya.
"Ohh..ok.." jawabku ringkas.
Sebelum masuk ke dalam kereta, si dia telah meminta nombor telefon
adik-adikku. Semua nombor dia minta, kecuali aku. Selesai bersalaman
dengan 'makngah' dan keluarganya, kami sekeluarga pun gerak pulang.
"Ayong! Acu kirim salam..!!" jerit salah seorang adikku secara tiba-tiba.
Ayong itu panggilanku di dalam keluarga. Terkejut aku dibuatnya dan jeritan adikku disambut oleh emak pula.
"Amboi... mana tahu tu jodoh kau Ayong.. mak tengok Acu tu baik
orangnya, rajin kerja..hormat orang tua.." kata-kata emak telah
membuatkan aku berfikir.
"Cinta itu biarlah kerana Allah.. " sahut abahku pula.
Aku berfikir dan berfikir, adakah semua ni gurauan atau kenyataan?
Adakah ini takdir yang telah Kau lakar untukku Ya Allah?? Kata-kata abah
yang ringkas membuatkan aku teringat pada satu sabda Rasullullah yang
mana menyatakan bahawa Allah akan berfirman di Hari Kiamat nanti.
..Di mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada
hari ini, Aku akan memberikan naungan kepadanya dalam naunganKu di saat
tidak ada naungan kecuali naunganKu..
"Ahhh..! si dia main-main je tu.." tegas hatiku dalam-dalam.
Selang beberapa bulan, kami berhubung melalui telefon. Ternyata salah seorang adikku telah memberi nombor telefonku kepadanya.
"Dah dapat nombor aku rupanya mamat ni.." kataku.
Melihatkan caranya yang serius dan menghormatiku, aku membuka hati
untuk memberi ruang padanya meluahkan perasaan. Hari demi hari, kami
kian akrab.Kami saling berkongsi pendapat dan cerita. Aku selesa
dengannya walaupun kami berjauhan dan hanya berhubung melalui telefon.
Dipendekkan cerita, dia telah menghantar 'makngah' dan 'pakngah'
sebagai wakil untuk merisikku. Keluargaku menerima kehadiran mereka
dengan baik. Seakan tidak percaya aku dirisik oleh seorang lelaki dan
hanya Allah yang tahu apa yang kurasakan ketika itu.
"Aku serahkan semuanya padaMu Ya Allah.." bisikku perlahan ketika sedang sibuk menghidang makanan untuk tetamu yang hadir.
Setelah dipersetujui, 23 Disember 2012 telah menjadi saksi majlis
pertunangan aku dan si dia yang pernah membuat aku tidak tentu arah
ketika direnungnya. Aku percaya pada Qada' dan Qadar. Aku yakin Allah
memberkati perkenalan yang amat singkat ini untuk kami lebih mengenali.
Segalanya berlaku terlalu pantas dan tanpa disedari, aku dan dia bakal
diijab qabul tidak lama lagi. InsyaAllah.
Kini, ikatan
pertunangan kami bakal mencecah 8 bulan. Benarlah kata orang, ‘Dari Mata
Turun Ke Hati’. Sungguh besar cinta yang Kau hadirkan pada kami, Ya
Allah. Kami akan menjaga amanat ini dengan sebaiknya. Amin.
9 comments:
wahh..mnariknya kisah die jmpe
suweetnya cara korang berjumpa
Jie Susanos
Thanks! hehe..
Z.U.E
kak zue, sweet ya? TQ hehe..
WAHH . SONOKNYE . HEHE .. MESTI PAMILY BESAR NNTI . HEHE
dEdEQ dE wIshEs
family besar semakin ramai ke badan family makin besar.. muahaha :)
Assalamualaikum. sweet! alhamdullilah. tak sabar nak tengok bab kawin pula. heeee :)
Wssalam..hehe sabar..doa2kan kami yaaa :P
Insyaallah, jika takdir telah menetapkan jodoh kalian berdua. Pasti merasa nasi minyak tak lama lagi, amin. :) Salam kenal dr MP