Persediaan Menghadapi Ramadhan

Hari ni 8 Julai 2013. Bermakna lagi dua hari Ramadhan akan tiba. Subhanallah cepatnya masa berlalukan?


Hari ni Shakira nak share dengan blogger semua perkara asas untuk kita menghadapi bulan Ramadhan. Shakira tak ingat mana Shakira dapat artikel ni, tapi Shakira masih ingat dan hari ni Shakira nak sebarkan lagi artikel tuan asalnya. Hehe. Tak apa, perkara baik kita kena kongsi sama2. InsyaAllah Allah akan memberkati kita semua. Amin.

Iman
  • Mestilah taubat yang benar
  • Sentiasa berdoa Allahumma Balighna Ramadhan
  • Perbanyakkan puasa di bulan Syaaban
  • Membaca Al-Quran
  • Bermujahadah untuk beribadat di waktu malam
  • Berzikir setiap masa
Ilmu
  • Membaca buku2 Feqah mengenai puasa
  • Membaca buku2 penyucian jiwa
  • Mendengar ceramah2 tentang Ramadhan
  • Mengulangkaji surah2 yang dihafal sebagai persediaan solat samada sebagai Imam atau Makmum
Dakwah
  • Bersedia memberi tazkirah
  • Mengingatkan orang lain tentang Ramadhan
  • Memberi hadiah Ramadhan kepada rakan2 atau keluarga dengan niat kerana Allah
Keluarga
  • Membuat persediaan menyambut Ramadhan bersama keluarga
  • Membaca buku atau risalah berkaitan Ramadhan bersama keluarga
Keazaman
  • Membuka lembaran hidup yang baru
  • Menjadikan hari2 dalam bulan Ramadhan lebih baik daripada hari2 bulan biasa
  • Sentiasa memakmurkan rumah Allah
  • Membersihkan puasa daripada perkara2 yang mengotorkannya
  • Menghadirkan niat untuk beramal soleh di bulan Ramadhan
  • Sentiasa berlapang dada
Jihad
  • Bersungguh2 melawan nafsu
  • Menahan diri daripada berlebihan dalam berbelanja
  • Menjaga lidah daripada sebutan yang keji
  • Menahan syahwat daripada perkara yang haram
  • Membaut semakan amalan yang telah dilaksanakan dalam bulan Ramadhan

Ok, tu serba-sedikit yang Shakira ingat. Lagi 2 hari ni, Shakira harap kita sama2 berlapang dada menanti saat pintu Syurga di buka seluas2nya ni. InsyaAllah puasa kita diterima Allah.

Selamat menyambut Ramadhan ya!

1 comment:

merahitujambu said...

selamat menyambut ramadahan ya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013