Resipi : Simple Pavlova

Direct to cara buat ya!

  • Sebelum start buat kerja, panaskan dulu oven pada 140 darjah celsius, api bawah sahaja.
  • Asingkan 4 biji putih telur dengan kuning telur ke dalam mangkuk pengisar (jangan ada sedikit pun kuning telur, asingkan dengan cermat ya)
  • Putar putih telur dengan kelajuan paling tinggi sampai teksturnya gebu (nak tahu dah gebu belum, telangkupkan mangkuk pengisar putih telur tu takkan jatuh)
  • Dengan kelajuan tinggi juga, masukkan 3/4 cawan gula kastor sedikit demi sedikit (kalau tak nak manis sangat, boleh kurangkan lagi ikut masing2)
  • Masukkan 1 sudu besar tepung jagung dan terus putar dengan kelajuan yang sama sehingga adunan menjadi kental
  • Seterusnya tanpa menggunakan pengisar, masukkan 1/2 sudu teh esen vanilla dan 1/2 sudu teh cuka makan
  • Gaul rata sehingga adunan sebati (gaul guna spatula, tak ada spatula gunalah senduk yang ala2 spatula)

  • Sediakan dulang pembakar. Lapikkan dengan baking paper, tabur sedikit tepung jagung dan tuang adunan ke atasnya (ikut besar mana kita nak buat)
  • Masukkan ke dalam oven, turunkan kepada 110-120 darjah celcius api atas bawah dan bakar selama 1 jam 15 minit (sebenarnya ikut jenis oven juga, kalau korang tengok warna kulit pavlova korang tu dah keperangan, kulitnya juga rangup dan dalamnya lembut macam marshmallow, tu dah ok)
  • Bila dah cukup masanya, buka pintu oven tu sedikit dan biarkan pavlova tu sebentar (dalam 5-10 minit)
  • Sambil tu ambil secawan penuh atau 250ml whipping cream bukan tenusu punya dan putar pada kelajuan yang tinggi dalam 10-15 minit (putar sehingga cream kental)
  • Potong buah2 ikut citarasa masing2 (sebaiknya buah yang masam, sebab pavlova dan cream dah manis)
  • Mula hias pavlova ikut kreativiti korang!





Ni first trial Shakira, alhamdulillah. Hehe hari tu Shakira buat yang besar satu dengan beberapa biji mini pavlova. Sedap dan paling syok bila my dad yang susah nak puji orang tu puji pavlova Shakira tu sedap. Haha best2!

Oklah, selamat mencuba ya!

12 comments:

zakirasli .. said...

Boleh buat juadah berbuka nanti :D

NURSHAKIRA ABDUL HALIM said...

zakirasli ..
hehe ni semalam dah habis dah bedal satu family..:)

Pn.bayu said...

sedapnya pavlova...nyumm nyumm

NURSHAKIRA ABDUL HALIM said...

Pn.bayu
Sedapkan? nyum2..hehe

elise hamin said...

dah boleh bukak kedai kek nih!

sha dhira said...

Sedapnya.. shad klik iklan2 nuffnang akak :)

eimah siti said...

pavlova the best...hee ^^

NURSHAKIRA ABDUL HALIM said...

sha dhira
thanks dik! :)




eimah siti
hehe memang the best! :)

NURSHAKIRA ABDUL HALIM said...

elise hamin
kedai kek?? ha dah terlebih tu..huhu

tenku butang said...

waaaaaaaaaaaaaaaaa.. memang nampak sedapp n lazattt.. n senang jea baca step2nya ni.. thanx sangat2 tauuu.. nanti kalau lupa teman dah ada link shakira dah kat FB teman.. heee.. thanx yunkk!!

NURSHAKIRA ABDUL HALIM said...

tenku butang
sharing is caring what..haha ok dear, try la dulu ya :) good luck..hehe

Maszie Fatah said...

wahhh sedapnye...menjadi lettew...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013