Kiri Kanan Jaga Kelajuan

Dalam perjalanan Shakira ke office tadi,ada sesuatu yang berlaku.

Ada tiga orang pelajar sekolah rendah nak melintas jalan. Shakira sendiri terkejut dari jauh, dorang lintas dalam keadaan kelam-kabut. Sorang dah tarik, sorang ni dah ke depan, ada sorang lagi teragak-agak nak melintas. Secara tiba-tiba datang satu kereta yang dipandu laju. Pelajar yang teragak-agak nak melintas tadi dah berada di tengah jalan dan secara tiba-tiba pelajar tersebut tersungkur. Kereta yang dipandu laju tadi terpaksa brek secara mengejut!

Korang bayangkan Shakira atas motor ni pun rasa seram sejuk dengan keadaan tu. Fikir dan bayangkan nasib pelajar tu andai kata kereta tu tak sempat nak brek?? Tadi budak tu hampir-hampir masuk bawah kereta tau! Nauzubillah :(

Adik-adik, tolong jangan jadikan jalanraya tu tempat bermain dan suka ria. Bahaya dik. Sebelum nak lintas tu, pandang kiri kanan terlebih dahulu. Jangan pandang je terus lintas! Pastikan betul-betul dulu tak ada kereta, lori, bas atau motor yang sedang bergerak. Barulah adik melintas.

Fikirlah mak di rumah, abah yang sedang berhumpas pulas mencari rezeki untuk kita sekeluarga. Dorang sayangkan adik, dorang tatang adik bagai minyak yang penuh. Mungkin bukan rezeki adik untuk mempunyai keluarga yang hantar dan ambil ke sekolah. Tak apa dik. Dari situ, adik belajarlah berdikari untuk jaga diri, jaga sikap dan jaga amanah kasih-sayang mak abah.

Untuk pemandu kereta, lori atau apa sahaja. Tolong jaga kelajuan korang. Kadang-kadang pelintas jalanraya ni tak perasan jauh atau dekat kedudukan kenderaan dengan mereka dan itu yang membuatkan mereka teragak-agak untuk melintas. Siapa yang tak nak selamat? Siapa yang nak kena semua tu? Tak ada siapa. Jadi tolonglah jaga kelajuan. Kita selamat orang lain pun selamat. InsyaAllah.

Contoh kelajuan yang dibenarkan di kawasan perumahan dan sekolah ialah 30km/j. Cuba kawal kelajuan tu, mungkin lebih rendah. Memang dengarnya macam pelik dan kelakar nak bawa secara sangat perlahan! Tapi bukan sepanjang perjalanankan? Mana yang korang pilih? Sampai lambat kena marah dengan bos atau menanggung bil hospital dan ada nyawa yang melayang kerana korang? Fikirkan. Tak nak kena marah dengan bos, bangun awal dan persiapkan diri ke tempat kerja dengan tenang.

Fikir juga kalau semua tu berlaku pada ahli keluarga kita sendiri? Tak kiralah di sebelah pihak pelintas jalan atau di pihak pemandu. Pemandu dengan pemandu pun boleh menerima sesuatu yang buruk kalau tak jaga kelajuan kenderaan masing-masing. Shakira sedih tengok dan baca berita kemalangan yang semakin meningkat. Memang semua tu kerja Allah, orang kata Kun Faya Kun. Allah kata nak kena, kena jugakan? Tapi sekurang-kurangnya kita kena juga cuba mengelak sebagai simbol kita menghargai diri kita sendiri.


Maaf entry agak panjang, Shakira feel terlebih pula pagi ni. Hehe. Ok sama-sama kita menjaga diri, keluarga dan orang keliling ya. Assalamualaikum.


Sumber gambar : GOOGLE

5 comments:

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

ena pun pernah drive nyaris nak langgar budak sekolah ni... ya Allah, sebaik ena sempat ngelak, last2 keta ena yg cedera..T_T

Starniea_Ahaaw said...

Patut sediakan sorg pak guard tlg budak2 lintas mcm kat sekolah saya dulu.

Kirah join ni jom..hadiah dia best...

http://angguk2.blogspot.com/2013/07/ramadhan-giveaway-by-zz.html

Kancil 8349 said...

tu yang merisaukan kita..sudah diajar namun kanak - kanak nie mana ingat...dan kita sebagai orang dewasa kena waspada...jangan main laju je bawa kereta....

Sylarius Yusof said...

Ni kat kawasan sekolah kan? Kadang kebanyakan driver kat Malaysia ni mana ada common sense, main redah aje tak kira kawasan tu sekolah ke, area taman ke. Janji dia nak bawak laju cepat sampai. Mentaliti tu.

Nadia Johari said...

tu la bahaya..perlu ada orang jaga budak2 melintas ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013