(P) Mudah menerima dan terpengaruh dengan dengan pandangan orang lain lebih-lebih lagi dengan orang yang dicintainya.
(L) Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda-tanda tidak bermaruah atau berprinsip.
(P) Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yang tidak berbelah bagi.
(L) Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yg berlaku di depan mata.
(P) Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya orang yang disayangi.
(L) Suka menyendiri dan menjauhkan diri apabila berada dalam keadaan tertekan.
(P) Suka bercerita kepada orang lain tentang masalah yang sedang dihadapi dengan harapan mendapat simpati.
(L) Mempunyai emosi seperti getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap sahaja.
(P) Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yang lambat reda.
(L) Biasanya suka memberi arahan, mempunyai sikap seperti ketua yang berkuasa.
(P) Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.
(L) Bersikap pemurah atau boros.
(P) Bersikap kedekut atau jimat.
(L) Mempunyai fikiran bersifat makro iaitu melihat sesuatu secara keseluruhan.
(P) Mempunyai penilaian bersifat makro iaitu melihat seustu secara terperinci.
(L) Tidak fokus kepada sesuatu perkara.
(P) Fokus kepada sesuatu perkara.
(L) Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel.
(P) Cinta sepenuh hati dan setia pada yang satu.
(L) Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imejnya tergugat.
(P) Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imejnya tergugat.
(L) Kurang teliti semasa berkomunikasi tetapi cepat memberi pendapat.
(P) Mendengar dengan teliti sebelum membuat keputusan.
(L) Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.
(P) Lebih banyak menumpukan kepada aspek perasaan dan kemanusiaan.
(L) Meminta bantuan kerana malas atau tidak berdaya.
(P) Meminta dan memberi bantuan tanda sayang dan ingin bermanja.
(L) Akan melawan dan menjauhkan diri diam seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.
(P) Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.
(L) Tidak suka bercakap tentang pasangannya.
(P) Suka bercakap dan memuji pasangan sebagai tanda menghormatinya.
(L) Agak berat untuk meminta maaf dan mengaku kesalahan.
(P) Cepat dan mudah meminta maaf.
(L) Dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran.
(P) Sentiasa risau apabila menghadapi kesukaran.
(L) Suka MEMBUAT keputusan.
(P) Suka MENGIKUT keputusan.
* tak pasti pula ni FAKTA atau AUTA. Sumber pun Shakira dah tak ingat dari mana :)
1 comment:
Sbb tu laki + prempuan saling melengkapi.. :D